17 Februari 2012

- surat lama dlm simpananku -

awak....izinkan saia utk meluahkan rasa
awak..maafkan saia andai awak terasa
awak..saia sedar siapa diri saia
awak...saia tahu status diri saia
awak...saia telah cermin diri ini
awak...saia tahu yang awak
anggap saia tidak lebih dari kawan biasa
semua tuh saia tahu
awak.. saia hanyalah gagak di rimba
mana mungkin terbang bersama merak kayangan
awak.. saia tidak punyai apa-apa
yang saia ada hanya rasa ini
awak.. saia memang tidak layak dan 
tidak sesuai untuk bersama awak
awak.. saia telah sedaya upaya cuba untuk
tidak menganggap awak istimewa
yapi saia tidak berdaya kerana hati
kecil ini mengatakan sebaliknya
awak.. semakin saia cuba melupakan awak
semakin kuat saia mengingati awak
entah kenapa ? saia pun tidak tahu
awak.. saia tidak tahu kenapa awak 
begitu dekat di hati ini
awak..maafkan saia kerana menyukai awak
awak.. berdosakah saia kerana menyukai awak ?
awak.. andai ini ketentuan takdir
saia doakan awak bahagia
awak.. jika awak masih mengingati saia
andainya saia sudah tiada lagi di dunia ini...
sedekahkan Al-Fatihah buat saia
tanda kita pernah kenal semasa di dunia ini
awak..terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini
walaupun untuk seketika
saia tetap rasa bahagia bila mengingati detik itu
walaupun kekadang saia berkecil hati
dengan apa yang awak lakukan
tapi saia telah lupakan itu semua
saia telah maafkan awak
awak.. jasa dan budi awak tinggi puncak gunung
tidak ada nilai untuk saia membayarnya
nak cari memang tak bertemu
awak.. mintak halal segala salah dan dosa saia
selama masa bergurau dengan awak
awak.. biarlah kisah silah menjadi kenangan
akan saia simpan kemas dalam hati ini
awak...biarlah saia terseksa
awak... biarlah saia derita
asalkan awak bahagia
asalkan saia tidak lagi menggangu kehidupan awak
asalkan awak tidak lagi perlu melayan kerenah saia
awak... saia doakan yang terbaek untuk awak
di dunia mahupun di akhirat
salam rendu di angin laut buatmu kawan


take note : tadi masa aku tgh kemas barang lama-2 kat dlm kotak, tetiber aku terjumpa sepucuk surat.. kata2 kt dlm surat tue beto-2 uat aku tersentap. dari tulisan si penulis aku acm dpt mengagak siapakah beliau tapi myb mustahil laa kowt kalau dya... tp mungkin laa ugk kn..urm... kata2 ayt tuh mendalam maksudnya. aty nie terpercik kepiluan tatkala barisan demi barisan ayat aku lepasi. segala kenangan bersama beliau jelas di ingatan aku.. sepanjang aku di kuantan, dya banyak menolong aku.. di kolej dya tempat aku stdy.. di luar dya kwn yang paling giler pernah aku ade.. apa pun yg berlaku, seandainya ney warkah dari beliau, aku doakn moga belia happy dan bahagia di sisi someone yang dah berjaya menambat aty beliau..



Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: