26 September 2014

- Last love song -
I muttered to myself someday,
and talk to each other
only the miracle of meeting you in my heart
I love you, even if they separate us
even if we announce our end to everyone
I muttered to my self
if my feeling is unforgivable
teach me why we met with a miracle
so this warmth won't disappear in my heart
I love you, the heart lives on
everything surely continues
I want to protect this
please believe in my unchanging heart
I want to embrace you by your side
and engrave this love in my heart
I love you, even if they separate us
even if we announce our end to everyone..


Jom klik sini

- berjaga lagi -
Malam kian beranjak tua,
suasana sekeliling kian menyepi,
malam aku ditemani bunyi unggasan dan dengkuran 
hah ! aku berjaga lagi untuk malam ni
bukan hanya malam ni tetapi juga malam yang sudah
hampir setiap malam aku setia bersengkang mata
bukan niat untuk aku terus aktif dikala malam
namun kerna mata tidak mahu memejam
berkali sudah aku memaksa
namun hanya sia-sia
ishh.. apakah penyebab aku berjaga malam
sering kali persoalan itu berada diingatan aku
berkali aku menjari jawapan
namun sia-sia
malam ni aku ditemani lagu-lagu fav
Oich FT Island tiap malam kau temani aku
Haha ! Even tak aku fahami maksudnya
namun aku mampu memhafal tiap rangkap perkataan
ya, aku berjaya menguasai lagu-lagu nya..



10 September 2014

- Give me a smile -


Smile
Don’t always be sad
It’s going to be all right
Don’t cry anymore
The song that I’m singing now
I hope it can comfort you a little
Smile
Don’t just feel pain
It all right
Even if the entire world sends hardship your way
As time passes
You will understand everything
Smile
Look , aren't I by your side ?
I love you
Can you here my heart ?
No matter what others say
Aren't we together ?
Smile
Look, right into my eyes
I love you
This heart that loves you
Won’t ever change
Just lean on my shoulder
Just take a break
Smile
I, who believes in you
Will always be here by your side



07 September 2014

Five Treasure Boys



Nota Kaki : FTISLAND, nie laa band yang aku paling fanatik giler kaw-kaw.. dari dulu sampai skrg aku mantain duk follow perkembangan dan setiap story dyorng. Oichhh tak sangka plak setelah dihitung tolak tambah bahagi campur, dah 7tahun kowt band nie tertubuh.. dyorng matain sekepala.. btw story terbaru, Honggi ada bukak shop online tau. hahaa dan aku nie disbbkan fanatik punyer pasal sanggup berhabis duet utk booking Hongki punyer produk.. hah produk ke ? cop2 bukan produk laa tapi barangan.. baru-baru nie aku ada booking "Cap' dengan 'T-shirt' yang ada sign dyorng.. krikk krikk krikkk.. tak sabar nak tunggu barang sampai.. apapun harap segala proses penghantaran dipermudahkan dan berjalan lancar.. Nyte !

- tayang tayang tayang tayang -
ASSALAMUALAIKUM..^_^
hai reader ^_*

Jam sekarang menunjukkan pukul 12:27am , tapi aku masih kekal setia kat depan laptop. Opss ! tade kerjakan so mengadap laptop je lah. Ok, sebenarnya malam nie aku saja je gedik nak post pasal laman sosial yang aku ada. Hahahahahaaaa , tade kerja , tade kerja , tade kerja dan memang sah aku tade kerja. Lalalalalaaaa macam budak tak cukup umur kan *woiii aku still young forever lah ! 

Alkesah disebabkan aku terlalu fanatik dengan FTISLAND BAND
so aku wujudkan sebujik akaun twitter yang khas untuk ikuti
perkembangan tentang dyorng..Oichhh Oppa, iLOVEu !

CAkkkk ! hahaaa nie akaun twitter aku yang rasmi punya so apa lagi,
meh laaa pakat follow ramai-ramai..
Krikkk Krikk Krikk .. kat akaun nie nie tempat aku merapu meraban
bila panas hati, tak puas hati, sakit hati dan segala bagai macam
yang berkaitan hati lagi.. Jemput follow ioull tau uoll
Auuummcakkk ! hahaa yang ni instagram rasmi milik aku.
kat dalam nie aku banyak kongsi pic yang berkaitan dengan perjalanan hidup aku..
kalau dulu, waktu mula-mula buat insta nie, tiap-tiap hari ada je pic yang aku
upload kat dlm nie, hahaa tapi sekarang dah jarang kowt..
kalau ada pun skrng nie kebanyakkannya pic abg ensom kesyngan aku je .
ouchhh FTISLAND lebiu'll

CAkkkk ! hahahaaa kan aku dah kata.
tengok, terpampang pic abg ensom kesygan aku nie.
Oichh Honggi, lebiu lebiu lebiu giler ! hahaa
serius aku fanatikkk tahap selokkk kat Honggi oppa nie (:
Cakk ! cakk ! cakk ! nie plak abg ensom kesygan cute miut gitu..
Jeajin nama dya tapi aku panggil Oppa je.. hahaaa koya giler !
fighting ! fighting ! fighting oppa !
abg ensom kesygan aku..
hishhhh untunglh kan, pic abg ensom nie jd wallpaper fon aku..
hahaaa LeeHongKi FTISLAND

Cakkkk ! nie laa muka dya sebetol betolnya...
clean and clear gitu kan...
fighting syg's.. olalalalaaa



06 September 2014

- jenis-jenis pisang yang dah pupus -
hai u'all.. u'all rasa u'all dah kenal ke dengan buah pisang yang sedia ada ? mungkin u'all silap kowt sebab ada jugak pisang yang telah lama pupus yakni sezaman dengan dinasour lagi. hahaaa antara jenis pisang yang telah ditemui pupus termasuklah pisang....

PISANG PERAK.
  •  Bukan disebabkan pisang nie berasal dari Perak, akan tetapi disebabkan warna pisang nie tidaklah seglamour pisang emas yang selalu dibawa belayar ke sana-sini. Maka pisang perak nie dibuarkan hanya penduduk di kampung-kampung dan pupus tanpa sempat diketengahkan.  
PISANG AKU
  •  Pisang yang boleh dikategorikan sebagai pisang bangga diri dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat pisang lain. Tidak seperti pisang awak yang digemari sesama pisang kerana sikapnya yang ramah. Akhirnya pisang aku dipulaukan sesama pisang dan pupus begitu sahaja.
PISANG HAMBA
  • Pisang hamba ini mirip seperti pisang raja tapi disebabkan hama maka pisang ini selalu dibuli oleh pisang yang lebih tinggi pangkatnya. Akibat terguris hati dan perasaan maka pisang hamba ini membunuh diri tanpa meninggalkan zuriat.
PISANG GADING
  •  Dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.. peribahasa yang selalu digunakan. Akan tetapi bagi kehidupan pisang, tanduk lebih bernilai dari gading maka tidak hairanlah mengapa pisang tanduk lebih popular dari pisang gading yang dah berkurung dibiarkan pupus.
PISANG BERANGAN
  • Lihat pada nama sahaja ramai yang akan naik angin bila makan pisang nie. Bukan saja hangin di hati tetapi banyak jugak angin-angin susulan akan bertindak keluar bersama bau yang boleh meruntuhkan dinding kesabaran. Setelah dilihat keburukan pisang berangan nie maka masyarakat lebih rela memilih pisang berangan untuk dibuat pencuci mulut sebelum makan.
PISANG ALI
  • Bila diukur dari segi kepopularitian pisang alu dan pisang abu, tidak banyak beza cuma masyarakat lebih gemar memilih pisang abu untuk dikomersilkan atas alasan nama abu lebih sedap dari nama ali. Maka pupuslah pisang ali di muka dunia ini.
 
 TAKE NOTE :
u'all jangan lupa makan buah pisang banyak-banyak tau sebab buah pisang nie baik untuk sistem penghadaman dalam badan. Alaaaa senang cerita, untuk mengelakkan sembelit. okbye (:

    - aku merapu kau apa peduli -
    hai korang ! hai ! hai ! hai !
    *suka hati aku laa nak hai hai berapa ribu kali pun ! hahaa
    tik tok tik tokkk sekali pandang jam
    opsss ! dah awal pagi laa..
    krikk krikkk krikkkkk
    nampaknya mata nie tade tanda-tanda nak tidur pun..
    kuikuikuiii mcm mana nak tido,
    kalau rasa mengantuk pun tidak..
    menguap lagi laa tade..
    hohohooooi maybe effect aku minum air nescafe tadi kowt..
    alkesah nak dijadikan cerita,
    semata-mata nak tengok cerita Spiderman punya pasal
    sanggup kowt aku telan air nescafe tadi..
    hahaaa, nampak tak aku tade keje..
    tah pape kan , kan , kan...
    *wooooiiii aku fanatik spiderman laa beb !
    bla bla bla bla blaaa
    meh sini ku nak bagitahu something..
    pisttt, hahaa sbnarnya aku tade idea pun nak berblogging mlm nie
    sbb tue aku merapu yang tah menda-menda..
    *heheheeeee
    dah ,dah, stop berblogging
    stop , stop , stop , stop , stop ...
    good night syg
    good night dear
    good night u'all.
    ASSALAMUALAIKUM..

    05 September 2014

    - kehilangan itu menyakitkan -
    Siapa kata aku kuat ? dan siapa kata aku tabah ? tidakkah kau sedari hati ini terlalu perit meratapi kehilangan kau, hati ini terlalu penat merintik semenjak kau pergi jauh dari aku. Apa salah aku ? dimana silap aku ? kenapa ini pengakhiran kita ? kenapa tegar kau lukakan hati aku ? kenapa tergamak kau dustai cinta kita ? kenapa sanggup kau mungkiri segala janji yang pernah kau patrikan pada aku ? dan kenapa terlalu banyak kenapa yang aku sendiri tidak punyai jawapannya ??? cinta, apakah erti cinta sebenarnya pada kau ? huh ! senangnya kau mengungkap kata cinta dan akhirnya kau sendiri melangkah pergi dari cinta aku... sedarkah kau, kini dua tahun sudah berlalu tapi aku masih terkontang kanting teringatkan kau. aku masih memegang segala janji yang pernah kau tuturkan pada aku. aku masih mengharapkan kehadiran kau. tidakkah kau sedar bertapa aku terlalu merindui kau. tidakkah kau sedar, aku terlalu menyayangi kau. setiap janji dan kata kata kau, masih utuh dipemikiran aku. pernah kau berjanji untuk jadikan aku cinta terlarang yang terakhir dalam hidup kau. andai kata suatu hari nanti kita berpisah, biarlah kita kekal sebagai kawan dan carilah seorang lelaki sebagai pengganti cinta kita. semoga kehadiran lelaki tersebut mampu membara kita ke jalan yang diredhai Allah. tapi ternyata kau khianati janji kita. tanpa sebab yang munasabah dan tanpa alasan yang kukuh, kau buang aku dari hidup kau. kau pinggirkan aku dari hidup kau. serius hati niesakit tapi apa yang mampu aku lakukan ? huh , aku tak mampu untuk terus mendekati kau. kau semakin jauh dari aku, kau menjauhkan diri tanpa sepatah kata.. pernah kau berjanji untuk kekal bertahan disisi aku, pernah kau berkata, akulah cinta terlarang yang paling kau sayangi, kau tak mampu hidup tanpa aku, akulah ratu dihati kau, akulah sumber untuk kau terus tersenyum tapi kenapa tergamakk kau membunuh segala kata-kata itu. tergamakk kau lukakan hati aku. hurmm hingga saat ini aku masih teringatkan kau, hingga saat ini aku masih rindukan kau, pernah berkali aku belajar untuk membenci kau tapi aku tak mampu. dari hari ke hari rasa rindu aku makin membuakkk.. keinginan untuk aku tatap wajah kau kian menebal tapi dimana harus aku pergi untuk menemui kau ? seandainya kau mengetahui rasa hati ini, ketahuilah aku tidak pernah membenci kau sebaliknya aku masih menyayangi kau. biarpun berpuluh orang menidakkah tindakkan kau terhadap aku tapi aku tetap menyayangi kau dan masih menyayangi kau. semoga kau bahagia dengan pengganti aku, dan aku harap suatu hari nanti aku akan dapat bersua kembali dengan kau. apa pun terjadi, kau laa cinta terlarang terakhir yang aku sayang.. aku pegang segala janji janji kaita bersama suatu masa dulu.. semoga bahagia milik kau sayang.. aku masih menyayangi kau..a.t.o.k!



    - biasa bagi bebudakk tapi malu bagi org dewasa -
      Kalau perkara-perkara ini terjadi pada kanak-kanak, kita akan menganggap biasa dan adakalanya ia kelihatan comel tapi bila terjadi bagi orang dewasa pasti akan melahirkan bibit-bibit malu dan menyampah ! . Hahahahaaa mem baca nie ....


      JATUH DI KHALAYAK RAMAI
    • Kanak-kanak : ramai yang akan datang menolong dan bersimpati, adakalanya ia kelihatan comel
    • Dewasa : ramai yang akan gelak dan tolong tengon serta mengutuk-ugutuk dan dah tentu insiden itu kelihatan burukkkk
      KENA MARAH
    • Kanak-kanak : Perkara yang dikatakan biasa dan dianggap sebagai proses pembelajaran, boleh melahirkan perasaan kesian bagi yang melihat.
    • Dewasa : Perkara yang sangat memalukan bila kena marah dengan awek, siap kena hempukk dengan kasut dan kena marah dengan bini sebab balik lewat.
    CAKAP PELAT/GAGAP
    • Kanak-kanak : akan diajuk percakapan dan akan terus diusik kerana butir-butir perkataan yang disebut akan menimbulkan perasaan kelakar.
    • Dewasa : Jika terjumpa mereka yang mengalami masalah ini sejak lahir akan menimbulkan perasaan kesian tapi bla sengaja bercakap sedemikian memang rasa nak bagi penampar.
    MAKAN SAMBIL BERJALAN
    • Kanak-kanak : Kelihatan biasa bila mereka baru-baru nak berjalan dan tak sampai hati nak marah.
    • Dewasa : Kelihatan kurang ajar yang teramat sangat bila perkara ini dilakukan dikhalayak ramai dalam restoran atau kenduri arwah.
    MANDI TAK TUTUP PINTU
    • Kanak-kanak : Bagi yang belum akil baligh lagi tu kira takpe la jugak, boleh dimaafkan dan boleh dikira sebagai faktor keselamatan.
    • Dewasa : Amatlah burukkk perbuatan ini dan boleh menyebabkan statistik jenayah seksual meningkat serta merta.




    - jika benar kuasa bomoh maka... -
    hai korang ! zaman siber multimedia bagai nie , ramai lagi yg percayakan cakap bomoh dari cakap mak , ayah , ataupun orang-orang alim. Kesahihan bomoh ni masih tak nampak lagi tapi kalaulah apa yg bomoh nie buat atau cakap semuanya jadi, mesti...


    • tak akan wujud agensi mencari jodoh sebab semua akan carik bomoh untuk mendapatkan pasangan tanpa susuh-sussh nak mengorat.
    • mak bapak punya perempuan mesti dalam ketakutan kalau nak menolak pinangan sebab bimbang akan disantau atau disantet oleh pihak lelaki
    • budak-budak sekolah tak payah nak belajar susuh-susah sebab bila sampai exam maka segala jawapan dah tau, hahaaa semuanya dengan bantuan bomoh.
    • Piala Dunia akan didominasi oleh negara Asia kerana kebanyakan ilmu hitam datangnya dari negara-negara Asia.
    • tak perlu adanya doktor, ubat pelangsingan badan dan pihak berkuasa kerana semuanya terserah kepada tangan bomoh yang mampu buat apa saja.
    • akan lebih banyak lagi cerita-cerita seram di wayang dan semua pelakon terdiri dari hantu dan bomoh itu sendiri.



    TAKE NOTE : segala apa yg tertulis diatas sekadar khayalan si penaip, tade kena mengena antara yang berkhayal mahupun yang sedang berangan so mohon berfikir pakai otak ye. Apa-apa pun, tiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya so kembalilah kepada Allah, mintalah pertolongan dari-Nya. sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui . Sekian (: