27 Januari 2015

- 'bambam' kembali?-

Assalamualaikum..


'Bambam', saya tak tahu awak baca ke tidak warkah saya ni. Yang saya tahu, saya tetap ingin meluahkan juga disini apa yang saya rasa tatkala kita kembali berhubung. Terkejut, itulah gambaran pertama yang mampu saya ungkapkan. Sebenarnya saya tak menyangka yang awak akan kembali cari dan contact saya. Ialah, siapalah saya dihati dam mata awak, kan? Saya tengok awak pun dah bahagia dengan insan kesayangan awak. Hurmmm.. 'bambam' awak tahu tak macam mana perasaan saya? awak tahu tak saya berperan dengan perasaan sendiri. Sebenarna jauh di sudut hati ini, saya masih tidak mampu untuk menghapuskan awak dari ingatan saya. Saya juga masih tetap kukuh mengingati kenangan dan janji yang pernah kita patrikan dulu. Hurmmm.. awak sebut tentang klcc. Memang, memang saya tersentap! Tak menyangka sebenarnya, awak masih ingat tentang klcc tu. Huhuuuu!
Previous Post
Next Post

post written by:

1 ulasan: