23 Januari 2015

- berperang pada kenangan -

Assalamualaikum..

Oh Tuhan, butakan mataku
Agarku tak bisa lihat dia
Agar sakit ini tak bertambah
Mengenangkan cinta tak tercipta
Yang suci dijadikan hina
Tikaku serahkan segalanya
tak henti diri aku mencuba
Kini aku menanggung
Yang dulu engkau jadikan sejarah
Habis terang terbitnya gelap pada lubukku
Hingga puas kini sedari kekesalan
Untuk apa kasih dan sayang
Andai genggam bisa terlepasterlena mungkin bersama
Tapi mimpi lainnya
Untuk apa rindu dan cinta
Andai aku bukan tujunya
Cepat kau berpaling kasih
Mendungnya hatiku bila berperang
Pada kenangan


Sayang, pertemuan antara kau dan aku bukanlah seperti yang kita rancang. Kita mengenali tanpa disedari, kita berkawan tanpa dijangka, kita bercinta tanpa dipinta dan kita berpisah tanpa aku duga. Seandainya hidup ini adalah sebuah taman permainan maka kau dan aku adalah mainannya. Andainya hidup ini adalah pementasan maka kau dan aku adalah pelakonnya. Kau pelakon terhebat. Kehebatan kau tak terjangkau dek akal pemikiran aku. Emosi yang kau pamerkan berupaya membuat aku mengigau. Igauan disiang hari, menyangkakan kau akan terus taat setia menyayangi aku namun sebaliknya yang berlaku. Kau, kau pergi meninggalkan aku dikala aku dengan diulit kegembiraan disisi kau. Kau tinggalkan aku tatkala kita sedang bahagia bersama. Dalam tak aku sedari, kau perlahan melangkah mengundurkan diri. Kau biarkan aku terus melangkah ke hadapan tanpa kau disisi. Kau pula terus melangkah ke belakang tanpa langsung memandang wajah aku. Disisi kau, berdiri tegak dia yang menggantikan aku dalam hati kau. Oichhh! terlalu mudah. Terlalu senang kau bertukar kasih. Terlalu cepat kau beralih sayang! Mana janji taat setia kau? mana janji kau akan terus menyayangi aku selamanya? mana janji kau tidak akan sama sekali tinggalkan aku? mana janji kau takkan menyakiti hati aku?? mana semua janji janji kau! Aku sakit, aku sakit dengan permainan kau. Aku pedih dengan semua tindak tanduk kau. Sungguh, sesungguhnya aku terlalu menyayangi kau. Tanpa aku sedar rasa sayang itu memakan diri aku sendiri. Sayang yang aku hulurkan, kesakitan yang kau balas. Bergunung janji kau tabur, akhirnya kau ranapkan dengan sebuah penipuan! penipuan yang membuatkan rasa kebahagiaan yang bertapak dihati aku mati. Sayang, seandainya kau mengetahui rasa hati ini, pasti kau takkan tergamak menyakiti aku. Hidup aku terlalu indah saat kau disisi. Hidup aku terlalu bahagia saat kau didepan mata. Tapi kini hari-hariku bakal berubah. Kehilangan kau membuatkan hidup aku tumbang. kepergian kau bakal membunuh rasa bahagia yang bermukin dihati aku. Kegembiraan aku sekali kau bawa tatkala kau melangkah pergi. Ketahuilah, diri ini terlalu menyayangi kau. Tak tergamak untuk hati aku membenci kau seperti mana kata-kata yang terucap dari bibir aku. Sayang, mengertilah aku terlalu menyayangi kau ! terlalu mengharapkan kau lah insan yang akan menemani aku sehingga aku menutup mata. Sekiranya kau membaca coretan ini sayang, ketahuilah bahawa aku tidak sama sekali membenci kau. Tapi aku terkilan dengan sikap dan tindak tanduk kau. Kau hadiahkan aku dengan sebuah kebahagiaan tapi akhirnya kau ragutnya kembali. Kau buruk siku, sayang! kau mengambil kembali apa yang telah kau berikan kepada aku! Sayang, semoga kau bahagia dengan hidup baru kau. Kata akhir aku, ingatlah aku disini sentiasa menunggu kau kembali. Datanglah kepadaku seandainya kau merasai aku masih lagi bererti untuk kau. Aku benci kau sebab kau buat aku terlalu sayangkan kaw, sayang! i hate u sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan