12 Januari 2015

- Nukilan -

Assalamualaikum

Awak,
Saia rindu awak time ni. Hurmmm tadi saia tengok gambar-gambar kita, syahdunya rasa hati ni. Tetiba terbayang segala kenangan antara awak dan saia. Hati pun diragut rasa sedih. Sedih bila terkenangkan sikap saia terhadap awak. Saia tahu awak banyak terasa dengan sikap saia. Saia tahu awak banyak memendam rasa dengan sikap saia. Saia tahu awak banyak makan hati dengan sikap saia. Hurmm.. Maaf, maaf kerna terlalu banyak melukakan hati awak. Maaf kerana terlalu banyak mendera oerasaan awak. Mungkin inilah balasan yang patut saia terima diatas setiap tindakkan salah yang telah saia lakukan pada awak. Kan? Hari ni genap 4 tahun saia kehilangan awak. Saia tahu awak dah bahagia dengan dia. Saia yakin dia mampu bahagiakan awak. Dia mampu hapuskan ingatan awak terhadap saia. Awak, seandainya awak membaca coretan ni, ingin saia katakan saia memohon maaf. Maaf kerana terlalu banyak melukakan hati awak. Maaf kerana telah membunuh segala impian kita bersama sehingga awak berpaling tadah. Saia tahu dan saia akui khilaf saia. Mungkin saat ni segala penyesalan saia tiada guna lagi tapi ingin saia katakan saia sadar akan kekhilafan saia terhadap awak. Kalaulah diizinkan-Nya, saia nak sangat jumpa awak. Saia nak mintak maaf. Hurmm agak-agak awak maafkan saia ke tidak ya? Saia tahu keputusan yang awak ambil disebabkan tindakan saia yang membuatkan awak terluka. Tapi tidakkah awak tahu, saia turut terluka diatas tindakkan yang awak lakukan. Saia tahu saia bersalah tapi besar sangat ke salah saia sehinggakan awak membuang saia terlalu jauh dari hidup awak? besar sangat ke khilaf saia sehingga awak sanggup rosakkan masa depan awak kerana saia. Ya, mungkin diantara kita tiada jodoh. Mungkin jodoh awak bersama dia tapi kenapa? kenapa dengan cara yang seperti ini? Hurmmm...

Nukilan,
Ichi

Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: