12 Januari 2015

- Teringat kesah lalu -

Assalamualaikum..

Hai uall. Aku berentry malam ni sekadar untuk mencoretkan apa yang aku rasai. Maaf seandainya coretan aku tidak menyenangi kau, kau, kau, kau, kau dan dia. Oichh itu bukan masalah aku. Hahaaa! Fullstop. *ok abaikan*

Aku rindukan dia. Ya, aku rindukan dia. Dia yang selalu ada tatkala aku memerlukan kekuatan. Dia yang sentiasa bersedia dalam memberi buah fikiran dan meminjamkan telinga tatkala aku memerlukan. Hurmmm aku rindu dia. Kata mereka aku yang tidak pandai menghargai peluang. Betul ke? Kata mereka aku yang tak pandai dalam menilai kaca dan permata. Betul ke? Kata mereka lagi, rindu aku kini hanyalah sia-sia. Betul ke?

Mungkin betul kata mereka. Aku yang tidak pandai menghargai dia. Dia sentiasa ada dalam aku susah dan senang. Dia sentiasa datang menghulurkan bantuan tatkala aku memerlukan. Dia yang sentiasa mengutamakan aku walau dalam apa juga keadaan tapi aku langsung tidak pernah menghargainya. Hurm.. mungkin apa yang dikatakan mereka itu betul. Aku tidakkan mampu lagi untuk menggapai tangan dia. Aku takkan dapat lagi melihat senyuman dia. Aku takkan dapat lagi dihiburkan dengan gurau senda dia. Sungguh, aku teringatkan dia saat ni. Aku rindukan dia. Ingatan aku terhadap dia terlalu jelas. Mana mungkin aku mampu membuang dia jauh dari hidup aku. Mana mungkin aku mampu melepaskan dia pergi. Oichh terlalu sakit menanggung rindu kowt!

Hari ni genap 4tahun dia tinggalkan aku. Dia yang tinggalkan aku ataupun aku yang tinggalkan dia? Entah! aku pun tak dapat nak rungkaikan segalanya. Kekadang aku akui kealpaan aku. Aku sanggup abaikan dia kerana seseorang yang baru aku kenal saat tu. Semua yang berlaku masih segar dalam ingatan aku. Masih aku ingat setiap kepercayaan dan kejujuran yang dia hulurkan untuk aku. Tapi aku.. aku yang terlalu alpa. Aku khianati dia. Hurmm.. aku rindu dia. Sungguh aku rindu dia. :'(

Awak,
Saia tahu awak tak mungkin dapat membaca dan mendengar segala apa luahan yang saia tulis dalam nie. Tapi seandainya awak baca, ingin saia katakan saia rindu awak! Sayia rindu awak sangat sangat Sam. Saia tahu silap dan salah saia. Saia tahu takkan mungkin lagi untuk saia berdampingan disisi awak lagi. Saia tahu saia dah lepaskan peluang untuk bersama awak. Saia tahu, saia tahu semua tu tapi tidak adakah walaupun sedikit peluang dan ruang dalam hati awak untuk saia lagi? Hurmm.. saia rindu awak, hanya itu yang mampu saia katakan. Untuk saat nie, ingatan terhadap awak terlalu kuat. Awak, Saia singkap kisah lalu kita. Saia tatap gambar-gambar kita. Saia tatap hadiah dan kata-kata yang pernah awak berikan kepada saia. Oichhh jatuh airmata saat nie. Sayu hati ni hanya Allah yang tahu. Terbayang di jendela mata saia kisah lalu kita. Awak, ingat tak lagi, dulu tiap-tiap malam awak datang jumpa saia dekat hostel. Huhuu awak cakap even tak dapat keluar tak apalah janji dapat jumpa kejap pun jadilah. Ingat tak kita selalu lepak tepi hostel saia sama-sama. Tiap kali kita jumpa mesti awak banyak diam. Saia yang banyak berceloteh. Awak hanya senyum dan sengeh. tapi takpe, saia suka melihat senyuman awak. Sweet sangat. tapi itu semua dulu. Sekarang saia dah tak dapat lagi melihat semua tue. Saia dah tak dapat lagi nak dengar suara awak. Saia dah tak dapat lagi nak ajak awak teman saia pergi pantai.

Tuhan,
butakan mata aku agar aku tak dapat melihat dia lagi, supaya sakit dihati ini tidak bertambah mengenangkan cinta tak tercipta, yang suci dijadikan hina tatkala aku menyerahkan segalanya, tak pernah lelah aku mencuba tapi kini aku menanggung  yang dulu kau jadikan sejarah, habis terang terbitnya gelap pada lubukku, hingga puas kini sedari kekesalan, untuk apa kasih dan sayang andai genggam mampu terlepas, terlena mungkin bersama tapi mimpi berlainan, apa guna rindu dan cinta andai aku bukan tujunya, terlalu cepat kau berpaling kasih, mendungnya hatiku bila berperang pada kenangan.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: