22 Januari 2015

# CERPEN

- warkah untuk dia -

Assalamualaikum..



Waktu mula kita berpadu kasih

Di suatu senja di awal Aidilfitri

Wajahmu menawan mencuri hatiku

Dan kau berjanji untuk hidup bersamaku

Dan ku bersumpah kan setia denganmu

Namun kini apa yang telah terjadi

Yang tinggal nisan using dipusaramu

Tertulis namamu dik dan tarikh pergimu

Hancur punah harapan tuk hidup samamu

Hancur harapan untuk hidup bersamamu

Alunan takbir di Aidilfitri

Menyusup dan menghempas jiwa ragaku

Ku rindu  belai cintamu oh kasih

Tak mungkin itu berulang kembali

Alunan takbir di Aidilfitri

Menyusup dan menghempas jiwa ragaku

Ku rindu  belai cintamu oh kasih

Tak mungkin itu berulang kembali

Tinggal kini hidupku menyendiri

Merintis dunia gersang yang tak berakhir

Terbayang wajahmu dik seolah kembali

Seiringan alunan takbir di Aidilfitri

Seiring takbir di awal Aidilfitri


”Awak, saya datang ni. Saya datang melawat awak. Awak bangunlah, bercakaplah dengan saya. Awak, bangunlah. Sampai bila awak nak tidur dekat dalam tu? Awak.. saya tak kuat nak hadapi semua ni seorang diri. Saya perlukan awak. Awak, dengar tak apa yang saya cakap ni? Bangunlah awak. Bangunlah, jangan tinggalkan saya. Saya nak awak. Saya nak peluk awak. Saya rindukan awak. Saya perlukan awak. Awak pernah janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya tapi awak tipu. Awak tipu saya. Awak, tolonglah saya dah tak terdaya nak hadapi semua ni seorang diri. Saya tak kuat tanpa awak. Selama ni awak kekuatan saya, awaklah dunia saya. Tanpa awak gelaplah saya, tanpa awak kosonglah saya. Sekarang awak dah pergi, awak dah tinggalkan saya selamanya. Hidup saya sunyi tanpa awak, sepi tanpa awak disisi. Awak tahu tak setiap malam saya menangis rindukan awak. Setiap malam saya sedekahkan al-fatihah untuk awak. Saya doakan awk tenang disana. Saya harap laluan awak disana dipermudahkan. Saya tahu walaupun berat untuk terima tapi saya terpaksa juga terima. Saya dah pun kehilangan awak. Mereka pun cakap awak dah tinggalkan saya. Awak dah tinggalkan kami semua. Tapi bagi saya awak tetap ada. Awak tak pernah tinggalkan saya. Awak sentiasa dan akan terus mekar hidup di dalam hati saya. Kenangan bersama awak akan saya patri kukuh dihati. Setiap telatah dan kenakalan awak akan terpahat kukuh di ingatan saya. Awak akan selalu hidup di ingatan saya. Awak, saya dah tak mampu menahan titisan airmata lagi. Saya tak nak meratap di pusara awak. Saya tak nak awak terseksa melihat saya macam ni. Awak, saya nak balik dulu ya. Hari pun dah jauh petang ni. InsyaAllah nanti ada masa saya datang lagi. Saya sentiasa doakan yang baik untuk awak. Saya sayang awak. Saya ikhlas dan redha diatas kepergian awak. Semoga awak tenang disana. Al-fatihah..''

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...