13 Februari 2015

- Bertahanlah selagi termampu -

Assalamualaikum


Antara kita, aku tak pasti siapa yang selalu ambil berat tentang siapa. Setiap kali bergaduh, pasti kau akan cakap selama ni kau yang selalu mengalah dengan aku. Kau akan cakap kau yang selalu ambil berat tentang aku sedangkan aku zero. Langsung tak pernah ambil berat tentang kau. Aku ni langsung tak pernah nak mengalah. Ego aku terlalu tinggu dimata kau. Oichhh.. betul ke? Setahu aku, aku yang banyak mengalah diantara kita. Aku yang banyak makan hati, memendam rasa dengan sikap kau sejak akhir-akhir ni.
Kau seolah-olah terlalu banyak telah berubah. kau sering marah aku. Kau tengking aku sesuka hati kau. kau selalu perli dan sound aku. Kau kutuk aku macam-macam. Kau buat aku seperti tiada hati dan perasaan. Kau sedarkan siapa aku dalam hati kau. Kau tahu tak siapa kau dalam hati aku. Tolong jangan jatuh dan pijak airmuka aku. Aku terlalu menyayangi kau. Aku terlalu cintakan kau. Aku tak sanggup berpisah dengan kau apatah lagi berjauhan. Hurmmm.. tapi aku sakit dengan tindak tanduk kau sejak akhir-akhir ini. Aku raa kita semakin jauh, Terasa seolah-olah aku bukan lagi insan terpenting dalam hati kau. Betul ke? betul ke aku tak lagi punyai kepentingan untuk kau? Aku rindukan kau yang dulu. Aku rindukan yang yang selalu menghormati hati dan perasaan aku. Aku rindukan kau yang selalu dahulukan aku dalam setiap perkara. Bukan seperti sekarang, kau sering kali membelakangi aku. Kau lakukan perkara yang aku benci. Aku tak pasti sama ada kau tak sengaja ataupun sengaja melakukannya. Yang pasti aku terkilan dengan sikap kau. Kau terlalu ambil mudah dengan rasa hati aku sekarang ni. Kan? Kau sedar tak tahap kesabaran aku kian menipis. Ya, aku memang sayang kau. Rasa sayang aku tak pernah hilang, malahan semakin bertambah. Mungkin ini ujian dan dugaan dalam relation kita. Aku cuba fikir positif. Aku harap kau sedar apa yang sedang kau lakukan kini. Semoga kesedaran dan perubahan kau tidak terlambat. Jangan nanti aku pergi dalam ketidak relaan hati baru kau nak menyesali segalanya. Aku sayangkan kau, tapi aku tak nak terus disakiti walaupun sayang. Aku rela pergi walaupun hati berat daripada berterusan makan hati. Semoga kau mengerti dan memahami rasa hati ni. 

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan: