03 Februari 2015

- Maafkan aku -

Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti. Cuti sempena Hari Taipusam (entah betul ke tidak ejaan tu). Bila cuti aku akan lebih banyak habiskan masa di dalam bilik dan mengadap laptop. Telefon? Huhuuu telefon diabaikan, tapi sekali-sekala adalah juga jenguk skrin telefon. Segala bagai whatsAap, facebook, twitter, wechat dan masej akan aku abaikan selagi boleh. Tetapi sekiranya rasa perlu dibalas, akan aku balas juga. Waktu cuti macam ni, aku lebih selesa hidup dalam dunia aku sendiri. Apakah? Terperap dalam bilik, mengadap laptop, online blog dan tonton cerita korea secara online. Mujurlah dekat asrama aku, ada wifi. Kalau tidak mahu botak kepala perhabiskan kouta internet. Hehee.. Dunia aku, bukan bermaksud aku tak berkawan dan tidak bertegur sapa dengan orang lain. Dunia aku, aku selesa bersendirian sambil melayan diri sendiri. tapi sekiranya ada diantara kawan-kawan datang mengetuk pintu, aku tetap akan buka dan layan kerenah mereka. Makan? Bila laptop dihadapan mata, aku akan lupa masa untuk makan. Ketika perut berasa lapar, barulah aku melihat jam dan saat itu "Oichhh waktu makan dah terlepas!". Hahaha! Buruk sungguh aku punya perangai,kan. Ok, cukup setakat ni mukadimah aku.

Sebenarnya aku terpanggil untuk buat entri malam ni, setelah membaca moment seseorang di wechat aku. Siapakah dia? kawan kowt, teman rapat kowt, kekasih hati kowt, entah! Aku pun tak pasti macam mana nak diexplinkan. Apapun, sebenarnya hati aku sedikit terkesan dengan moment dia.

'DULU', kita pernah rapat. 'DULU', kita pernah ketawa. 'DULU' kita pernah senyum. 'DULU' kita pernah menangis. "DULU' kita berkongsi masalah. MASA MENGUBAH KITA SEMUA. Kita tak sama macam 'DULU'.  Bila dah tak jumpa kita jadi kekok. Berbual sekadar bertanya khabar. Ya, aku rindu saat waktu 'DULU' tuh. Walaupun aku rindu, aku tahu waktu 'DULU' tuh tak kan sama macam sekarang. Dan Takkan Pernah Kembali :')

Terfikir juga hati ini, moment ni ditujukan kepada aku ke?. Niat hati, nak aku bertanya dia tapi macam segan dan malu pulak. Tapi aku aku kuat mengatakan bahawa moment tu untuk aku. Eh! entah-entah aku perasan lebih. Hahaaaa! Dalam aku ketawa, hati aku terkesan juga dengan kata-kata dan luahan yang dia luahkan tu. Mungkin betul moment tu untuk aku. Kenapa untuk aku? Mungkin sebab aku dah tak masej dia lagi, kowt. Aku dah tak bertanya khabar dia lagi. Aku dah seakan-akan tak ingatkan dia lagi, kowt. Ye ke? Mungkinlah. Segala masej dia pun, aku selalu abaikan. Dia mesej aku tak balas. Dia call aku tak angkat. Ops! rasanya bukan salah aku seorang, dia pun salah jugak, kowt. Ada ke patut call dan masej aku pepagi buta. Time tu aku dah nyenyak tidur, dan bermimpi sampai ke bulan. Tapi tak boleh disalahkan dia seorang rasanya. Aku pun salah. Kenapa esok pagi, bangun tidur aku tak call atau masej dia balik, kan. Entah! Banyak sangat kowt dan kan yang wujud dalam kepala aku ni. Apapun aku memang terasa bersalah. -_-"

Awak,
Orang minta maaf kalau sikap orang buat awak terasa. Orang tahu antara kita macam dan jauh dan terlalu jauh. Bukan niat orang nak jauhkan diri dari awak. Bukan niat orang nak buat awak tertunggu-tunggu. Tapi rasanya awak sendiri pun tahukan. Mungkin bagi awak semua tu perkara kecil, tapi bagi orang besar ertinya semua tu. Orang tak mampu nak berdepan dan luahkan face to face dekat awak. Sebab orang tahu orang yang akan kalah bila kita berbahas. Setiap apa yang keluar dari mulut orang, awak akan menidakkannya. Apa yang awak katakan saja memestinya akan betul. Maaf, maaf dan maaf. Mungkin betul kata awak, kita sekarang macam kekok. Orang pun dapat rasa semua tue.. Bila kita mesej, dah tak ada gurau senda, sakat menyakat. Yang ada hanyalah soalan dan jawaban. Balik-balik ayat yang sama aje. Dah makan ke? Buat apa tu? Sihat tak? Tak keluar ke? Kerja tak? Bz ke? Ganggu tak ni? Huhuuuu! ayat-ayat yang dah boleh dihafal. Apapun sekali lagi orang mintak maaf. Orang tak pasti awak akan baca ataupun tidak entri ni. Tapi yang pasti orang nak awak tahu, apa pun jadi awak tetap kawan orang. Cukuplah kita sekadar kawan. InsyaAllah dengan berkawan, persahabatan kita akan kukuh dan berpanjangan walaupun jarang berjumpa dan bertegur sapa. Orang doakan awak jumpa someone yang jujur dan ikhlas dalam menyayangi awak. Semoga awak bahagia selalu.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: