02 April 2015

Assalamualaikum..

Malam nie tergerak hati nak update entri dekat sini. Rasanya dah lama aku tak mengabadikan diri untuk blog nie. Iyalah, sejak-sejak aku ada blog baru. Hehee banyak masa dihabiskan dengan blog baru. Glurpp! Bukan bermakna aku akan melupakan blog ni ye. No! No! No!.. aku sayang blog nie. Walaupun tak meriah dan kurang UV namun tetap menjadi pujaan hatiku. Cewahhhh!!! *merapu dah tu woiiii*

Serius, dahagak lama aku tak memanjakan jemari untuk berentri dalam nie. Kalau dulu, pantang ada masa terluang, mesti aku akan blogging dalam ni. Tapi sekarang blog nie macam suram aje kan. Entah! Dah buntuk kepala duk berfikir. Macam mana nak menceriakan balik blog nie, macam dulu-dulu ye. Macam mana nak terik UV untuk kembali menerjah ke blog nie. Heheheeee nampaknya aku perlu bekerja keraslah ni. Ok takpe, demimu blog tersayang, aku relakan jiwa *haprakkkkk!*

Blog nie banyak sangat menyimpan kisah hidup aku. Huhuuu, ingat lagi dulu aku berblogging. Serius macam apa entah. Buta IT, buta blog. Asal letak aje apa yang nak diletak. Asal tulis aje apa yang nak ditulis. Serius tak tahu apa pun tentang blog. Yang tahu, blog nie lebih kurang macam diari. Tempat untuk meluahkan apa yang kita rasa. Kita bebas bersuara dalam blog. Hahaaaa kayu sungguh aku waktu tu.

Sebenarnya aku start berblogging disebabkan subjek English. Aku ingat lagi, waktu tu lecture minta kami buatkan satu blog. Dalam tu kami diminta tulis entri. Tak kisahlah apa-apa enteri pun, yang penting dipost dalam bahasa Inggeris. Perhhhh time tue memang blurr habis. Sudahlah Bi tunggang terbalik, disuruh pulak berenteri. Katanya pastikan setiap hari post satu enteri. Omggg! Agak susah sebenarnya waktu tu. Tapi tetap juga cuba dan mencuba. Alhamdulillah, berjaya juga lakukan dan hasilnya, aku lulus cemerlang untuk subjek tersebut. Thanks Pn. Lin.

Disebabkan kes tersebut, mula timbul minat dihati untuk terus berblogging. Aku pun mulalah satu persatu melangkah dalam dunia blog sehinggalah sekarang. Blog nie dah macam nyawa kedua aku. Hahaaa hidup aku hanya dengan blog nie sehinggalah awal tahu baru-baru nie, aku cipta satu blog baru. Kenapa cipta blog baru? Heheheee ada sesuatu yang membuatkan aku tak mampu lagi untuk terus berblogging dalam nie. Jadinya, aku pun cipta satu blog baru dan terus berblogging di blog tersebut. Blog nie pun ada juga aku buka, tapi sekadar buka aje lah, buka sekejap sekejap.

Untuk malam nie, aku tergerak hati buka blog nie. Satu persatu aku selak enteri yang dulu kala. Oichhh bergenang airmata aku. Mujur tak menitis. Ya, aku kian tabah kini. Aku semakin kuat untuk hadapi semua nie. Aku harap aku akan terus tabah dan terus melangkah tanpa menoleh lagi. Semoga hidup aku dimasa akan datang lebih gembira dan ceria, Aamin.

Korang kalau sudi, terjahlah



Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: