04 Mei 2015

Assalamualaikum...

Hari ni aku ikut kawan-kawan pergi karaoke. Kami pergi berempat, even berempat tapi gamat gila suasana selama tiga jam kami berkaroke. Melalak sama-sama. Memekak sama-sama. Menari sama-sama dan sama-sama melalut dalam bilik karaoke tu. Serius happy gila. Kecoh walaupun berempat.

Dalam pada berkaraoke tiba-tiba hati aku teringat pada 'atok'. Aku pun menyuruh kawan aku menyanyikan lagi 'Pada Syurga Diwajahmu by Nash'. lagu tu mengingatkan aku pada 'atok'. Lagu tu membuatkan aku merasa seakan-akan dekat dengan 'atok'. Hurmmm... sayu hati aku bila dengar lagu tu. Setiap lirik dan bait-bait lagu tu, aku proses sedalam-dalamnya.

Teringat pula kisah aku dan 'atok' berkaraoke dekat MBO Klang. Uwarghhhh rindunya pada 'atok'. Hampir menitis lagi airmata ni. Sebenarnya bukan hampir tapi memang dah menitis pun. Rindu!  Kenapalah bila teringatkan 'atok', mesti aku rasa nak menangis.

'Atok', koi rindu aok. Koi rindu kisah lalu kita. Rindu sangat nak habiskan masa dengan aok. Sungguh besar effect koi kehilangan aok dalam life koi. Terasa bagai baru semalam kita kenal. Baru semalam rasanya kita meniti bahagia. Kita susuri bandar Klang bersama-sama.  Kita merempit meredah kesesakan Klang sambil berpanas hujan. Indahnya kenangan bersama aok.

Hurmmm.. koi ingat lagi, aok bagi bunga kat koi. Bunga tu sehabis mungkin koi jaga. Bunga ros warna merah sekuntum. Aok cakap sekuntum tu tanda kasih sayang aok hanya untuk koi seorang. tersenyum koi mendengar kata-kata aok. Termalu! Ingat tak waktu kita naik KTM dari Klang pergi TS. Waktu dekat TS, aok belikan bunga yang ada coklet ferrero rocher pada koi. Sweet sangat, koi pun tak sangka aok sweet macam tue sekali. Bunga tu warna orange. Aok cakap saja beli warna tu sebab koi sukakan warna orange.

Bila kita keluar bersama, aok akan belikan koi cadbury. Huhuuu.. ingat lagi excident yang kita hampir dikejar anjing. Waktu tu aok macam bad mood. Bila koi tegur, aok terus melenting, marah-marah dan koi pun merajuk. Ingat tak kita bertekak sebab aok tiba-tiba keluar. Tak sangka pulak, waktu tu aok keluar sebab pergi belikan cadbury untuk koi. Aok tampal note pada cadbury tu. Aok cakp sorry, maafkan aok. Aok tak sengaja tinggikan suara. Aok cakap aok sayang koi. Terus koi tersenyum baca note tue. Sweetnya aok!

Indahnya saat yang kita lalui bersama. Kita jarang bertekak. Kita jarang bergaduh. Kita selalu bersama. happy bersama, lalui susah senang bersama. Setiap permintaan koi, sehabis mungkin aok penuhi. Hurmmm.. ingat lagi, kita makan aiskrim walls waktu berbuka puasa. Huhuuu, sweet giler. banyaknya kenangan indah saat kita bersama. Untuk mencari kepahitan diantara kita terlalu susah, bagaikan satu dalam sejuta.

Tapi kenapa tiba-tiba aok berubah. Tanpa tanda dan pesan, aok meminta perpisahan. Puas koi mencari mana silap koi. puas koi merintih apa salah koi. Kenapa dalam kita meniti bahagia, aok lemparkan derita pada koi. Mudahnya aok meminta kata maaf. Mudahnya aok berpaling tadah setelah beribu janji aok taburi. Sungguh tak koi sangka dalam diam aok berpaling tadah. Hurmmm... pedih hati koi hanya Tuhan yang tahu. Mungkin tiada jodoh antara kita.

Aok, sehingga saat ni koi masih sayangkan aok. Mungkin bukan sebanyak dulu lagi tapi sisa sayang tu tetap masih ada. Koi pernah membenci aok tapi hanya dibibir. Hati koi tak mampu untuk membenci aok. Mengenali aok banyak mengajar koi erti kehidupan, kebahagiaan dan kasih sayang. bersama aok membuatkan koi punyai keyakinan diri yang tinggi. Thanks untuk segalanya. Semoga aok bahagia dengan life baru aok. semoga aok bahagia dengan pengganti koi. Izinkan koi terus menyayangi aok dalam kejauhan. Koi masih berpegang pada janji kita yang dulu...


Previous Post
Next Post

post written by:

4 ulasan: