23 Ogos 2015

# Monolog

Monolog | Part 2

Aku rindu dia. Tapi aku tahu aku dah tak mampu miliki dia lagi. Dia bukan lagi kepunyaan aku. Dia dah dimiliki secara mutlaknya oleh yang berhak mencintainya. Dia berhak disayangi oleh seseorang yang betul-betul menyayangi dia. Hurmmm... bodohkah aku melepaskan dia tatkala dia sayangkan aku?

Puas aku merenung dimana salah dia. Tapi kesudahannya salah aku sendiri yang jelas kelihatan. Bukan dia yang buat hal tapi aku yang buat perangai. Dia terlalu sabar kowt jaga hati aku tapi aku sesenang abc je sakitkan hati dia. Aku tahu dia banyak bertahan dengan sikap aku. Kenapa? Entah! Mungkin sebab dia betul-betul sayangkan aku kowt. Tapi aku buta untuk melihat semua tu.

Aku rindu dia. Rindu sangat, tapi aku tak mampu luahkan pada dia. Aku ak pasti dia masih lagi stalker blog aku mahupun tidak. Tapi kalau dia masih setia stalker, aku harap dia terbaca entri nie. Aku just nak cakap, aku rindukan dia. Hurmmm..

Aku tahu antara kami dah terlalu jauh. Sangat jauh dan tak mungkin untuk kembali dekat. Terkadang pernah terdetik dihati, untuk aku kembali cari dia tapi aku tak sanggup. Aku tak mampu menghadap dia lagi. Dia bukan lagi kepunyaan aku. Dia dah pun dimiliki. Hurmmm.. aku rindu dia. Kekadant terbit rasa menyesal dihati sebab lepaskan dia dulu. Mungkin antara kami tiada jodoh. Tapi entahlah...

Dalam berjuta-juta kenangan, kenangan bersama dia tetap segar diingatan. Walaupun banyak rasa pahit berbanding yang manis. Hurmmm semuanya disebabkan sikap aku. Sikap tak matang mungkin, ketika itu. Tapi sekarang aku menyesal. Aku dah kehilangan dia.

Hurmmm.. sebelum kahwin, dia pernah cakap akn contact aku seperti biasa. Nanti kalalu ada free dia akan datang jumpa aku. Tapi dia tipuuuu.. lepas kahwin terus dia sepi. Langsung tiada khabar berita. Aku? Aku masih mengharapkan dia. Walaupun aku tahu harapan tu sia-sia. Dia mungkin dah berbahagia disisi isteri dia. Sebaliknya aku yang masih sasau teringatkan dia kekadang.


Hati menyesal, remuk bila terkadang teringatkan dia. Aku yang salah, bukan dia..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...