16 Oktober 2015

Monolog | Part 12

Macam sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar, aku tengok jam dah pun pukul 5 pagi. Maknanya dari pukul 12.30 malam tadi sampai skrg aku langsung tak tidur. Tak menantuk ke? Hahaa tak pun. Mungkin sebab siang tadi aku dah habiskan masa dengan ketiduran sepenuhnya.

Pagi tadi (15/10/15), aku pergi Klinik kesihatan Salak Tinggi. Tak tangan sangat dah, asyik batuk dan bersin yang berpanjangan... sampai tekak pun dah naik perit.. mungkin luka barangkali. Hurmmm lebih kurang pukul 9 lebih aku sampai ke klinik. Alhamdulillah, ada lagi dua tiga orang kawan-kawan yang pergi klinik.. jadi aku taklah terkial-kial sangat. Huhuuu.. Ikut hati memang aku tak larat. nak terbaring je atas katil.. nak tidur je bagi hilang rasa sakit kepala.. Tapi bila difikirkan balik sampai bila nak sembuhkan. Lagipun demam aku dah masuk hari keempat.. bukan bertambah baik sebaliknya semakin teruk..

Sampai je ke klinik, aku terus daftar.. lepas tu tunggu nurse panggil nama untuk cheak tekanan darah dan sebagainya sebelum jumpa doktor... aklamdulillah.. aku duduk sekejap je, terus nurse panggil nama.. nusre tanya sakit apa.. aku cakaplak demam.. nurse tanya dah lama mana.. aku pun cakap lah dari 11/10/15 lagi demam.. huhuu maybe nurse tu kira tarikh kowt.. lepas tu dia pun cakap.. ouh dah empah hari ye.. lama dah tu..aku pun angguk aje lah.. nurse pun ambil tekanan darah aku.. katanya darah rendah.. lepas tu nurse ambil bacaan suhu di dahi.. tak lama lepas tu nurse suruh pergi ambil darah.. alamakkkk.. giler kaw aku tak gabra. sebelum ni mne pernah aku ambil darah.. sakit kowt.. aku kan takut jarum.. hehee.. tapi apa boleh buat.. nak tak nak, kena nakkan juga.. hurmmm aku pun tunggulah giliran untuk ambil darah plak..agak lamalah jugak. lebih kurang satu jam aku tunggu kalau tak silap... waktu nak ambil darah tu nurse tanya selalu ambil tangan sebelah mane.. kanan ke kiri.. huhuu aku cakaplah tak pernah ambil darah.. lepas tu nurse cakap takpe lah ambil sebelah yang dekat... maknannya sebelah kirilah... waktu nak diambil darah tu.. sempat lagi aku tanya nurse.. sakit tak.. hehee akak nurse tu senyum je.. akak nurse tu cakap-cakap dengan aku.. maybe sebab tak nak aku takut dan rasa sakit kowt.. sedar-sedar dah siap proses pengambilan darah. tak sakit pun.. cuma rasa ngilu sikit waktu jarum mula-mula masuk...

Sementara nak tunggu keputusan makmal keluar berkenaan darah.. aku duduk melepak di lobi.. sambil-sambil tunggu nombur giliran untuk jumpa doktor.. giler lambat sangat-sangat.. rasa macam nak give up.. macam nak balik tidur je.. aku memang rasa tak larat sangat waktu tu.. kepala pun rasa sakit macam nak pecahh.. dengan bersinnya lagi.. dengan selsemanya lagi.. dengan batuknya lagi.. hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa waktu tu. rasa macam nak jumpa mak.. nak peluk makk kuat-kuat.. huhuuu rindu makk.. iLOVEu mak.. aku tahan kan diri.. sabarkan hati.. alhamdulillah.. penantian aku berakhir.. akhirnya no 1037 dipanggil untuk berjumpa doktor... doktor lelaki.. doktor hafizan.. sebelum ni aku pernah dirawat oleh doktor yang sama jugak.. baik doktornya.. doktor tanya aku ada ambil darah tak tadi.. dah berapa lama demam.. sebelum ni makan apa-apa ubat tak.. kenapa baru hari ni datang jumpa doktor.. aku pun cakaplah tadi dah ambil darah.. demam dah masuk empat hari.. sebelum ni just makan panadol je.. tapi rasa macam dah semakin teruk itu yang datang sini,. doktor tu hanya mengangguk.. lepas tu doktor pun cakap.. alhamdulillah.. dari ujian darah.. aku tade apa-apa penyakit.. cuma darah aku kurang aku.. maksudnya?.. entah aku pun tak pastu.. mungkin aku kurang air dalam badan kowt.. sebab doktor tu ada pesan.. lepas ni banyakkan minum air masak..aku hanya mengangguk... lepas tu mintak mcm selama dua hari.. alhamdulillah aku dapat.. aku buat alasan nak balik kampung kalau doktor bagi cuti dua hari.. hehee boleh plak doktor tu tanya kampung dekat mana.. aku cakaplah Terengganu.. ditanya pulak dia.. Terengganu area mana.. aku pun cakaplah betul-betul Kuala Terengganu.. ditanya lagi area Kuala Terengganu tu dekat mana.. aku pun cakap Bukit Payong.. lepas tu doktor tu cakap.. ouhh.. saya orang Bukit Besar.. makkk aikk terkejut aku.. patut doktor tu tanya detile pasal Terengganu.. rupa-rupanya dia pun org Terengganu erk.. hampeh -_-'

Alhamdulillah, selepas proses jumpa doktor. Proses mengambil ubat.. tadelah lama sangat.. tak sampai 15 minit aku menunggu terus nombor 1690 dipanggil untuk mengambil ubat.. aku dibekalkan dengan ubat demam.. ubat selsema.. ubat batuk.. ubat cair kahak.. dan juga vitamin.. terkejut jugak sebenarnya sebab aku dibekalkan vitamin.. mybe sebab tengok muka aku macam pelik kowt.. tu yang nurse tu explin.. dia cakap aku kurang darah dan tak cukup air dalam badan sebab tu dibekalkan vitamin.. hehee aku hanya mampu senyum.. 

Lega.. selesai urusan aku.. mc dapat.. ubat pun dapat.. sebelum balik asrama tadi aku sempat singgah kedai untuk beli coolfever..sampai je asrama.. terus aku makan ubat, tampal coolfever kat dahi dan dan tidur.. rehatkan badan yang tak berapa nak sihat ni.. sepanjang hari aku tidur.. sebab tu bila malam.. mata kau segar.. langsung tak rasa mengantuk.. apapun semoga demam aku cepat kebah.. semoga aku cepat sihat.. tak sabar nak pegi camping dekat PD weekend ni. Dah lama kowt aku plan dengan kawan-kawan... duit makan pun kami dah collect.. barang pun ada yang dah siap dibeli.. hehee semoga aku cepat sembuh.. 


Semoga kembali sihat seperti sediakala

1 ulasan:

  1. syafakillah InsyaAllah sakit tu penghapus dosa!
    rehat byk byk ! ^^

    BalasPadam