29 November 2015

Rindu tak terluah | 29 Nov 2015


Mohd Zuhairi Sareef
sam
aku rindu kau
tapi aku tak pasti kau rindu aku ke tidak
hurmmm.. tak tahu kenapa rindu tu terasa sangat mlm ni
kuat sangat ingatan aku dekat kau
orang kata bila kita rindukan someone
someone tu jugak sedang rindukan kita
betul ke
maknanya kau pun tengah rindukan aku ke
hurmmm tah aku pun tak tahu
sebelum ni aku tak pernah mention nama penuh kau, kan
tetiba malam ni terasa nak mention penuh penuh
kalau boleh, nak saja kau jerit kuat kuat dekat telinga kau
aku nak cakap yang aku rindu kau
aku nak cakap yang aku sayang kau
tapi maaf, sebab aku tak mampu
bukan cara aku untuk ungkapkan sayang dan rindu tu
kau pun tahu dan faham, kan
cukuplah hanya aku sorang yang tahu rasa rindu dan sayang tu
aku harap faham prinsip aku
sayang bukan syarat untuk kongsi kesemuanya
kalau betul sayang, terima seadanya
kalau betul sayang, belajar untuk sabar
sabar untuk kerenah tak matang aku ni
belajar untuk tabah lalui hari kau bersama aku
aku sendiri tak faham sikap aku apatah lagi kau
aku rindu kau
nak saja kau call aku, luahkan rasa yang aku rasai sekarang
tapi aku tak mampu
cukup aku seorang yang tau rasa rindu aku pada kau
aku harap ka sentiasa bahagia
aku doakan kau sentiasa sihat
ingatlah dikala kau gembira dan sedih
aku sentiasa untuk kau

Take Note : Kau tak pernah terhapus dari data ingatan aku. Sebaliknya kau semakin mekar dalam memori hati aku. Walau sejauh mana pun kau dari aku. Walau sesibuk mana pun kau dan aku. Walau susah untuk kita contact, kau tetap ada dalam hati aku. Tak pernah aku lupakan kau. Semoga kau sentiasa gembira, sam. Semoga kau dipermudahkan segala urusan. Ingatlah, aku kat sini sentiasa doakan yang baik-baik untuk kau. Rindu kau giler! T_T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan