06 Disember 2015

Kenangan lalu menghiris kalbu

Assalamualaikum


Pagi ni aku ada program.. semangat bangun awal pagi.. program apa? biasalah berhujung minggu dekat hostel.. kemas bilik.. dobi kain baju.. settlekan kerja yang tertunggak.. buat nota sikit.. lusa dah start final.. memang semangat aku bangun pagi ni.. tapi tetiba mood boleh down sekelip mata.. alahaii mood..

Bangun tadi.. aku mandi plus dobi kain baju..saja nak bagitahu.. dobi awal sebab taknak nanti berebut dengan bebudak lain dalam toilet tu.. nanti tak best nak dobi sambil melalakkkk.. hahaa karok dalam jambang nohh.. settle dobi aku turun bawah untuk jemur di ampaian bawah matahari.. then masuk bilik.. misi dan visi kemas mengemas bermula.. aku sempat pasang lagu dari dalam lappy.. aku playlist semua lagu dalam tu.. tak tapis langsung.. tengah syok berkemas tetiba terkeluar lagu sentap.. lagu berhantu untuk aku.. lagu yang mampu rentap mood aku.. lagu yang mampu buat mood aku berubah seratus percent.. oichhh tidakkkkk.. aku benci perasaan macam gini.. pembunuh.. membunuh.. killer..

serta merta aku stop buat kerja tadi bila dengar lagu tu.. hurmmm.. berlinangan airmata di tubir.. sungguh aku tak kuat setiap kali lagu tu kedengaran.. dah laa malam tadi pun aku dengar lagu tu.. time tu dalam dewan.. ada program.. terus aku keluar.. teresak-esak jugak lah aku time tu.. aku tak kuat.. lagu kenangan.. lagu berhantu bagi aku..

Aku tak mampu stop lagu tu.. so dengar je lah sambil layan perasaan.. lagu tu sebenarnya best.. makksud pun mendalam.. tapi tu lah.. dah dinamakan lagu kenangan.. so bila dengar mesti kan terkenangkan perkara yang pernah berlaku.. perkara apa?

Someone pernah bagi lagu tu pada aku.. mulanya aku tak tahu dan tak faham apa maksud dia.. hurmmm lama jugak aku ambil masa untuk memahami.. hari-hari aku dengar lagu tu.. berlinang airmata jangan ditanya.. nak sangat faham.. so aku paksa diri untuk dengar dan terus dengar.. ok fine.. akhirnya aku faham.. dan semakin aku pilu bila dengar lagu tu..

Apa yang aku fahami.. lagu tu mengisarkan pengorbanan seorang isteri.. isteri ke? hahahaa tak lawak pun.. dalam sedang diulit kebahagiaan tetiba dugaan menimpa.. si isteri sentiasa ada untuk si suami.. tatkala si suami kian hanyut.. si isteri masih setia disisi.. walau si suami kian jauh.. si isteri sabar dan tabah.. walau si isteri dilupakan namun si isteri rela.. asalkan si suami bahagia.. si isteri memendam rasa.. tak siapa yang tahu.. si suami semakin hanyut dan kian lupa tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang suami.. si isteri tetap terus disisi.. mendoakan yang baik baik untuk si suami.. si isteri kadang kala beremdam airmata.. si suami seakang tersedar dari lena di penghujungnya.. mungkin menyesal dengan apa yang berlaku.. si suami kembali mengharapkan si isteri.. rela menanggung segala yang bakal berlaku.. masihkan si isteri akan menerima si suami.. si suami dirundum pilu tatkala mekihat airmata si isteri mengalir..

Hurmmm.. sedikit sebanyak lagu tu bagaikan kena dengan kisah aku dan dia.. dia tujukan lagu tu pada aku tatkala dia perlahan-lahan melangkah tinggalkan aku.. sejujurnya aku sendiri tak pasti apa silap dan salah aku.. sejujurnya aku tak tahu apa yang aku rasa.. nak marah.. aku sayang dia.. nak benci.. aku rindu dia.. mulut menyumpah beribu kali.. namun hati tetap sayang berjuta kali.. sanggup setahun lamanya aku memendam rasa kerana dia.. bodohkan? bagi aku tak.. sebab bila aku sayangkan someone.. aku akan rasa apa saja yang aku buat.. itulah keputusan dan tindakan yang terbaik.. huhuuu aku mungkin tak nampak kebodohan aku tu.. tatkala masa terus berjalan.. dari situ aku akan berfikir.. kebaikan dan keburukan dalam setiap tindakan aku.. ya aku sayang dia.. tapi memang agak mustahil dan sangat mustahil untuk selamanya dia jadi milik aku.. aku tahu antara kami tiada jodoh.. aku tahu dia bukan tercipta untuk aku.. dia hanyalah orang yang salah aku temui sebelum aku temui orang yang sebetulnya.. dia banyak mengajar aku erti hidup.. suka duka bersama dia banyak membuatkan aku fikir akan kehidupan ni.. hurmmm.. tapi satu yang aku terkilan.. dia pergi tanpatu pada penjelasan.. hanya tu lagu yang dia tujukan pada aku.. katanya insyaAllah suatu hari nanti.. andai kami berjuma, terjumpa, terserempak atau berdua dua mata.. dia akan nyanyikan lagu tu pada aku.. motif? entah.. malas dah aku nak fikir. penat sangat..

Rasanya dah panjang aku terluah disini.. hati lega.. otak sedikit ringan.. yes.. dah boleh sambung sesi kemas mengemas ni.. mood? abaikanlah.. nanti pandailah mood tu datang sendiri.. dah tadi pandai pandai dia hilang sendiri.. kan.. eh, boleh gitu? entah.. apapun aku doakan semoga dia sentiasa sihat dan bahagia.. aku harap dia dapat berubah kearah yang lebih baik secepat mungkin... berubah ke arah yang diredhai Allah.. bukan nak kata aku baik.. tapi aku mengharapkan yang baik baik untuk dia.. aku sayangkan dia.. aku taknak selamanya aku dan dia berada dilandasan yang salah.. perbaiki diri kerarah kebaikan dan yang lebih baik.. jadi hamba yang sebenar benarnya hamba.. dia tetap kawan, musuh, dan selamanya 'atok' aku. - Pada Syurga Diwajahmu -

Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan:

  1. lagu dan kenangan.. cik en pun de lagu yg mengamit kenangan.. ada yg marah ada yg suka..

    BalasPadam
  2. begitulah hidup ni...kdg kita nk benci tp kita tak mampu walaupun byk dah perkara menyakitkan hati yg dia buat..tp baguslah doakn yg baik utk dia

    BalasPadam