31 Januari 2015

- berakhirlah sudah..



..berakhirlah sudah kisah kita dalam percintaan yang menyakitkan..
..pengorbananku selama ini hanya sia-sia..
..cintaku padamu begitu dalam dilubuk hatiku sungguh-sungguh..
..namun semua hancur dengan sandiwaramu..
..hari-hariku sepi selalu..
..bila terkenangkan saatu bersamamu..
..tapi itu semua takkan kembali selama lamanya..
..bila malam tiba didalam tidurku..
..wajah ayumu menghias mimpiku..
..namun itu semua hanya menyakitkan hati ini..
..satu hari nanti bila kau bertemu..
..dengan seorang kekasih barumu..
..janganlah sekali sakiti hantinya..
..seperti diriku..
..kini tiada lagi tinggal kenangan..
..saat bersamamu akan ku rindui..
..airmataku mengalir dipipi..
..aku menangis..


Take note : CINTA? Ada apa sebenarnya dengan cinta. Kenapa mesti dilukai sedangkan hati terlalu menyayangi. Kenapa mesti disakiti tatkala hati terlalu ingin disayangi. Bila disebut tentang cinta, akulah orang yang akan menggeleng kepala sambil membuat gimik muka. Hahahaa! Kenapa? Mungkin sebab, bagi aku cinta itu sesuatu yang terlalu subjektif. Dalam cinta yang masih belum halal untuk kita, jangan sesekali tanamkan harapan yang menggunung. Bimbang nanti penghujung hari, cinta tidak kesampaian maka gunung yang dipenuhi harapan itu ranap berkecai. Hati? Semestinya hati akan sakit tapi tiada apa yang mampu dipertahankan lagi. Cinta pergi dan terus hilang dan airmata akan menjadi teman akrab untuk saat tu. Hahaaa! cinta ouh cinta. Aku bukannya nak mengutuk dan memperlekehkan cinta. Setiapa orang ada hak dan pandangan masing-masing. Aku percaya setiapa orang pernah wujud rasa cinta dihati, begitu juga aku. Dan aku percaya setiap orang pernah ada pengalaman dan belajar dari pengalaman yang pernah diperolehi. Begitu juga aku. Aku merumuskan berdasarkan pengalaman dan situasi yang aku hadapi. Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku perkatakan, tapi bagai tersekat dan terjuntai di tangkai hati aku. Hahahaa! 

27 Januari 2015

- 'bambam' kembali?-

Assalamualaikum..


'Bambam', saya tak tahu awak baca ke tidak warkah saya ni. Yang saya tahu, saya tetap ingin meluahkan juga disini apa yang saya rasa tatkala kita kembali berhubung. Terkejut, itulah gambaran pertama yang mampu saya ungkapkan. Sebenarnya saya tak menyangka yang awak akan kembali cari dan contact saya. Ialah, siapalah saya dihati dam mata awak, kan? Saya tengok awak pun dah bahagia dengan insan kesayangan awak. Hurmmm.. 'bambam' awak tahu tak macam mana perasaan saya? awak tahu tak saya berperan dengan perasaan sendiri. Sebenarna jauh di sudut hati ini, saya masih tidak mampu untuk menghapuskan awak dari ingatan saya. Saya juga masih tetap kukuh mengingati kenangan dan janji yang pernah kita patrikan dulu. Hurmmm.. awak sebut tentang klcc. Memang, memang saya tersentap! Tak menyangka sebenarnya, awak masih ingat tentang klcc tu. Huhuuuu!

25 Januari 2015

- mekdi -

Assalamualaikum

Hahaa ini set yang ditapau kan untuk aku. Katanya nanti boleh buat makan malam dekat asrama.

Cakkk! tapaw mekdi! sampai ke KLIA 2 kami pergi semata-mata nak cari mekdi punya pasal. Hahaaa

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hajat aku nak makan mekdi. Syukur.

Take Nota : Mekdi! mekdi! mekdiiii! Hahahaaaa, akhirnya dapat jugak kunyah mekdi. Alkesahnya, sebenarnya dari minggu lepas lagi aku teringin nak makan mekdi tapi tak ada kesempatan. Dari hari sehari aku merungut. Nak mekdi! teringin nak makan mekdi! bestnya kalau dapat makan mekdi! mekdi! mekdi! dan mekdi memanjang yang aku sebut! Hahaaa nak dijadikan cerita, kebetulan kawan aku masa zaman study Kuantan dulu memang dah plan nak datang melawat aku dekat asrama so aku pun dengan muka tak bersalah minta dia tapaukan mekdi. Hahaaa mekdi! mekdi! mula-mula tu dia tergelak dengan permintaan aku. Yelah, dulu aku ni bukannya hantu mekdi. Aku tak suka makan mekdi dulu sebab dalam burger mekdi ada mayonis. Aku nie memang anti sikit dengan si mayonis. Aku tak makan mayonislah senang cerita. Tapi disebabkan satu insident, akhirnya sampai ke hari ni, mekdi dah jadi salah satu juadah yang aku suka. Hahaaaa mekdi! mekdi! Alkesah, sebenarnya petang tadi Eqa dan Ain plan nak datang ke asrama aku lebih kurang jam 3pm. Tapi disebabkan masalah yang tak dijangka maka lebih kurang pukul 6lebih baru diaorang sampai. Huhuuu mula-mula tu, aku macam frust lah juga bila Eqa whatssAp aku "Aen, org rasa macam tak jadilah datang jumpa awk". Deep! macam frust giler kowt. Hahaa lagipun aku memang dah lama tak jumpa Eqa so memang nak sangatlah jumpa dia. Dia cakap macam dah tak ada mood nak datang jumpa aku, gara-gara kawan Ain buat hal. So tak pasal-pasal dia dan Ain pulak yang gaduh. Dia pun adalah jugak mengadu dekat aku apa yang terjadi. Aku pun macam terkejut dengan apa yang dia luahkan. Sebenarnya aku tak sangka, kawan Ain tu berperangai macam tu. Oichhh, sakit pulak hati aku! Hahaaa ok stop pasal tu. Bila masalah tu dah settle tadi, Ain pun ajaklah Eqa bersiap-siap dan datang jumpa aku. Tapi Eqa macam dah malas plus merajuk. Hahaaa berpenat lelah Ain memujuk akhirnya berjaya juga. Itu pun si Eqa bersiap sambil meleter sorang-sorang. Kuikuikuiiii. Lebih kurang pukul 6lebih, dioorang sampai dekat depan asrama aku. Bincang punya bincang akhirnya, mereka buat keputusan untuk cari mekdi semata-mata nak lepaskan hajat aku. Heheeee. Thanks Eqa dan Ain. Even tadi kesuntukan masa dan sampai sesat-sesat, akhirnya sampai juga hajat orang nak makan mekdi. Thanks sekali lagi sebab belanja orang. Tadi disebabkan kesuntukan maka, kami siap-siap makan, terus diaorang hantar aku balik asrama. Adatlah, duduk asrama pasti ada peraturan dan peraturan dekat sini, pelajar diminta balik ke asrama sebelum pukul 9pm. Apa pun sempat juga aku dan Eqa bergambar sekeping. Sekeping pun jadilah dari tak ada pape, kan.

- biar gambar bersuara -

Assalamualaikum..

JANGAN LUPA UNTUK SENYUM.


Hidup tak terlepas dari kesedihan. Menangislah seandainya itu boleh membuatkan kita merasa lega dan tenang. Airmata yang mengalir bukan bererti kelemahan namun sebaliknya itu adalah kekuatan yang hadir dari rasa tekad nun jauh di dalam diri

sebanyak mata airmata kau mengalir untuk aku banyak lagi airmata aku yang terkeluar demi kau.



penat aku tunggu kau yang tak kunjung tiba. Letih aku memegang janji yang tak kau tunaikan.

menangis lagi. Itu yang termampu aku lakukan bila rindu menyapa tangkai hati.





24 Januari 2015

- kawan -

Assalamualaikum..







Take note : Kawan, dalam berkawan jangan sesekali abaikan kawan. Seandainya kita bertiga jangan abaikan salah seorang dari mereka. Percayalah pasti ada hati yang akan terluka. Belajarlah berlaku jujur dan adil dalam berkawan.

23 Januari 2015

- berperang pada kenangan -

Assalamualaikum..

Oh Tuhan, butakan mataku
Agarku tak bisa lihat dia
Agar sakit ini tak bertambah
Mengenangkan cinta tak tercipta
Yang suci dijadikan hina
Tikaku serahkan segalanya
tak henti diri aku mencuba
Kini aku menanggung
Yang dulu engkau jadikan sejarah
Habis terang terbitnya gelap pada lubukku
Hingga puas kini sedari kekesalan
Untuk apa kasih dan sayang
Andai genggam bisa terlepasterlena mungkin bersama
Tapi mimpi lainnya
Untuk apa rindu dan cinta
Andai aku bukan tujunya
Cepat kau berpaling kasih
Mendungnya hatiku bila berperang
Pada kenangan


Sayang, pertemuan antara kau dan aku bukanlah seperti yang kita rancang. Kita mengenali tanpa disedari, kita berkawan tanpa dijangka, kita bercinta tanpa dipinta dan kita berpisah tanpa aku duga. Seandainya hidup ini adalah sebuah taman permainan maka kau dan aku adalah mainannya. Andainya hidup ini adalah pementasan maka kau dan aku adalah pelakonnya. Kau pelakon terhebat. Kehebatan kau tak terjangkau dek akal pemikiran aku. Emosi yang kau pamerkan berupaya membuat aku mengigau. Igauan disiang hari, menyangkakan kau akan terus taat setia menyayangi aku namun sebaliknya yang berlaku. Kau, kau pergi meninggalkan aku dikala aku dengan diulit kegembiraan disisi kau. Kau tinggalkan aku tatkala kita sedang bahagia bersama. Dalam tak aku sedari, kau perlahan melangkah mengundurkan diri. Kau biarkan aku terus melangkah ke hadapan tanpa kau disisi. Kau pula terus melangkah ke belakang tanpa langsung memandang wajah aku. Disisi kau, berdiri tegak dia yang menggantikan aku dalam hati kau. Oichhh! terlalu mudah. Terlalu senang kau bertukar kasih. Terlalu cepat kau beralih sayang! Mana janji taat setia kau? mana janji kau akan terus menyayangi aku selamanya? mana janji kau tidak akan sama sekali tinggalkan aku? mana janji kau takkan menyakiti hati aku?? mana semua janji janji kau! Aku sakit, aku sakit dengan permainan kau. Aku pedih dengan semua tindak tanduk kau. Sungguh, sesungguhnya aku terlalu menyayangi kau. Tanpa aku sedar rasa sayang itu memakan diri aku sendiri. Sayang yang aku hulurkan, kesakitan yang kau balas. Bergunung janji kau tabur, akhirnya kau ranapkan dengan sebuah penipuan! penipuan yang membuatkan rasa kebahagiaan yang bertapak dihati aku mati. Sayang, seandainya kau mengetahui rasa hati ini, pasti kau takkan tergamak menyakiti aku. Hidup aku terlalu indah saat kau disisi. Hidup aku terlalu bahagia saat kau didepan mata. Tapi kini hari-hariku bakal berubah. Kehilangan kau membuatkan hidup aku tumbang. kepergian kau bakal membunuh rasa bahagia yang bermukin dihati aku. Kegembiraan aku sekali kau bawa tatkala kau melangkah pergi. Ketahuilah, diri ini terlalu menyayangi kau. Tak tergamak untuk hati aku membenci kau seperti mana kata-kata yang terucap dari bibir aku. Sayang, mengertilah aku terlalu menyayangi kau ! terlalu mengharapkan kau lah insan yang akan menemani aku sehingga aku menutup mata. Sekiranya kau membaca coretan ini sayang, ketahuilah bahawa aku tidak sama sekali membenci kau. Tapi aku terkilan dengan sikap dan tindak tanduk kau. Kau hadiahkan aku dengan sebuah kebahagiaan tapi akhirnya kau ragutnya kembali. Kau buruk siku, sayang! kau mengambil kembali apa yang telah kau berikan kepada aku! Sayang, semoga kau bahagia dengan hidup baru kau. Kata akhir aku, ingatlah aku disini sentiasa menunggu kau kembali. Datanglah kepadaku seandainya kau merasai aku masih lagi bererti untuk kau. Aku benci kau sebab kau buat aku terlalu sayangkan kaw, sayang! i hate u sayang.

22 Januari 2015

- warkah untuk dia -

Assalamualaikum..



Waktu mula kita berpadu kasih

Di suatu senja di awal Aidilfitri

Wajahmu menawan mencuri hatiku

Dan kau berjanji untuk hidup bersamaku

Dan ku bersumpah kan setia denganmu

Namun kini apa yang telah terjadi

Yang tinggal nisan using dipusaramu

Tertulis namamu dik dan tarikh pergimu

Hancur punah harapan tuk hidup samamu

Hancur harapan untuk hidup bersamamu

Alunan takbir di Aidilfitri

Menyusup dan menghempas jiwa ragaku

Ku rindu  belai cintamu oh kasih

Tak mungkin itu berulang kembali

Alunan takbir di Aidilfitri

Menyusup dan menghempas jiwa ragaku

Ku rindu  belai cintamu oh kasih

Tak mungkin itu berulang kembali

Tinggal kini hidupku menyendiri

Merintis dunia gersang yang tak berakhir

Terbayang wajahmu dik seolah kembali

Seiringan alunan takbir di Aidilfitri

Seiring takbir di awal Aidilfitri


”Awak, saya datang ni. Saya datang melawat awak. Awak bangunlah, bercakaplah dengan saya. Awak, bangunlah. Sampai bila awak nak tidur dekat dalam tu? Awak.. saya tak kuat nak hadapi semua ni seorang diri. Saya perlukan awak. Awak, dengar tak apa yang saya cakap ni? Bangunlah awak. Bangunlah, jangan tinggalkan saya. Saya nak awak. Saya nak peluk awak. Saya rindukan awak. Saya perlukan awak. Awak pernah janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya tapi awak tipu. Awak tipu saya. Awak, tolonglah saya dah tak terdaya nak hadapi semua ni seorang diri. Saya tak kuat tanpa awak. Selama ni awak kekuatan saya, awaklah dunia saya. Tanpa awak gelaplah saya, tanpa awak kosonglah saya. Sekarang awak dah pergi, awak dah tinggalkan saya selamanya. Hidup saya sunyi tanpa awak, sepi tanpa awak disisi. Awak tahu tak setiap malam saya menangis rindukan awak. Setiap malam saya sedekahkan al-fatihah untuk awak. Saya doakan awk tenang disana. Saya harap laluan awak disana dipermudahkan. Saya tahu walaupun berat untuk terima tapi saya terpaksa juga terima. Saya dah pun kehilangan awak. Mereka pun cakap awak dah tinggalkan saya. Awak dah tinggalkan kami semua. Tapi bagi saya awak tetap ada. Awak tak pernah tinggalkan saya. Awak sentiasa dan akan terus mekar hidup di dalam hati saya. Kenangan bersama awak akan saya patri kukuh dihati. Setiap telatah dan kenakalan awak akan terpahat kukuh di ingatan saya. Awak akan selalu hidup di ingatan saya. Awak, saya dah tak mampu menahan titisan airmata lagi. Saya tak nak meratap di pusara awak. Saya tak nak awak terseksa melihat saya macam ni. Awak, saya nak balik dulu ya. Hari pun dah jauh petang ni. InsyaAllah nanti ada masa saya datang lagi. Saya sentiasa doakan yang baik untuk awak. Saya sayang awak. Saya ikhlas dan redha diatas kepergian awak. Semoga awak tenang disana. Al-fatihah..''

21 Januari 2015

- matahari -

matahari tidak terlalu indah untuk pagi ini
kesuraman cahayanya seakan memahami rasa hati ini
aku keresahan memikirkan malam nanti
mungkinkah malam akan kelam
mungkinkah malam akan sepi
bumi yang selama ini indah dengan cinta
kini punah meranapkan kebahagiaan diantara kita
bintang seakan menumpang kedukaan bersama
bulan memerhatikan kita dengan wajah kesayuan
meratapi nasib dalam kesenduan yang nyata
kenapa mesti hari ini?
matahari bangunlah
indahkan kembali hari kami
engkau perlu hidupkan semula cinta kamu
lupakan kau kisah yang telah berlaku
kami mengharapkan sinar darimu
matahari bangunlah
indahkan kembali hidup kamu
izinkan kami terus melayari kebahagiaan bersama
matahari bangkitlah
indahkan hari hari kami
kami mengharapkan sinar suci kebahagiaan
darimu buat kami semua
matahari..


20 Januari 2015

- teringatkan dia -

Assalamualaikum..

untuk saat nie aku blogging sambil ditemani lagu-lagu menyentuh jiwa. Mungkin bersesuaian kowt dengan apa yang aku rasakan saat nie. Apa yang aku rasakan? Hurmmm entahlah! Terasa seperti semua rasa bercampur menjadi satu dalam sejuta. Apakah itu? Oichhh entah ! aku tak reti nak explinkan macam mana. Fullstop.

Untuk malam nie, hati aku terasa macam sayu. Kenapa sayu? Sebenarnya tadi aku saja-saja belek gambar-gambar lama yang ada dalam laptop ni, sekali boleh pulak terkeluar gambar aku dengan someone. Oichh hati berdebar kencang kwot. Debaran dicampur dengan rasa sebak, sedih, syahdu dan ditambah sedikit sendu maka terhasillah titisan airmata kerinduan aku untuk dia. Siapakah dia?

Rasanya sudah lama aku tak tidur bertemankan airmata, tapi rasanya untuk malam nie sekali lagi airmata menemani aku, kowt. Aku tiba-tiba rindukan dia. Rindu kenangan bersama dia. Rindu detik-detik dia disisi aku. Rindu saat-saat dia protect aku. Aku rindu semua tue tapi aku tahu terlalu mustahil untuk semua tue kembali berulang. Andainya aku dapat putarkan masa, aku bertekad untuk tidak pernah mengenali dia. Jauhkan dia dari hidup aku agar aku tidak rasai sakit yang aku rasai sekarang! agar aku mampu bergelak ketawa dan tidak terlalu mengikutkan perasaan. Tapi mana mungkin aku putarkan semua yang telah berlalu. Mana mungkin aku hapuskan dia dari ingatan dan kenangan aku. Dia, dia terlalu istimewa dalam hidup aku. Dia terlalu istimewa dalam jiwa aku. Dia, insan yang banyak mengajar aku kebahagiaan. Dia, insan yang suatu ketika dahulu menyayangi aku. DIa, insan yang suatu ketika dahulu menyayangi aku sepenuh jiwa hatinya. Dia, insan yang suatu ketika dahulu selalu ada dalam apa juga situasi aku. tapi itu dulu. Dulu yang takkan mungkin lagi aku ulangi lagi. 

Hurmm.. bila teringatkan dia pasti aku menangis. Kenapa mesti terlalu murah airmata aku tatkala menyebut tentang dia? kenapa mesti menengis sebab dia? Kenapa? kenapa? kenapa terlalu banyak kenapa setiap kali tentang dia? Dia, walaupun dia menyakiti hati aku namun aku tetap menyayangi dia. Maaf! aku tak mampu untuk membenci dia. Mungkin mulut aku terlalu lancang bersuara namun hati aku sebaliknya. Hati aku tidak mampu untuk membenci dia. Biar apapun yang terjadi aku tetap menyayangi dia. Biarlah dia insan terakhir yang aku tunggu. Biarlah dia insan terakhir yang aku curahkan segala rasa kasih dan sayang seikhlas hati.


19 Januari 2015

- usai minggu paradigma IKTBN -

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama jugak aku tak blogging, kan? Okay, untuk malam nie aku punyai kesempatan untuk blogging. Untuk pengetahuaan korang, aku sekarang dah pun selamat memegang tittle pelajar IKTBN Sepang dalam jurusan Chargeman A1. InsyaAllah, andai tiada halangan, aku akan tamat pengajian dalam masa 30bulan dari sekarang. oichhh 30bulan, rasa macam lama giler, kan. Hahaaa 30bulan bersamaan 2tahun setengah.Untuk sekarang nie, aku berblogging sementara menunggu meggi aku kembang dan sedia untuk dimakan. *meggi dan student memang tak dapat dipisahkan, kan?*

Alhamdulillah, minggu paradigma telah pun berakhir. Kata orang minggu suai kenal adalah satu kemestian yang akan ditempuhi oleh para pelajar baru termasuklah aku. Hohohooo seminggu yang agak perit untuk diingatkan balik. Paradigma, aku pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan paradigma. tapi yang aku tahu dalam minggu paradigma, ketahanan fizikal dan ketabahan mentel teramatlah diperlukan. Ya, fizikal dan mentel haruslah kuat.

Kedatangan kami disambut dengan banner yang terpampang di
hadapan pintu masuk dewan tempat pendaftaran.
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU
IKTBN SEPANG

Ni sebahagian diantara Wakil Perwakilan Pelajar (MPP) yang terlibat sama
dalam sesi pendaftaran kami, para pelajar baru.
si kecik molek yang bertudung tue adalah pendahari MPP,
yang kat sebelah pulak exco agama kalau tak silap aku,
yang berdiri sebelah kiri dibelakang tue pulak exco kebajakan
yang berasal nun jauh dari Sabahan dan yang berdiri sebelah kanan tu
adalah ketua MPP.

Nampak tak banner tue? Jabatan Mekanikal Senggaraan.
Hehee nie laa jabatan aku. Kami dekat sini mempunyai banyak
jabatan dan dalam setiap jabatan dipecah-pecahkan pula kepada beberapa
couse. Contohnya macam aku, aku dari Jabatan Mekanikal Senggaraan dalam
couse Chargeman A1. Pendaftaran untuk couse aku adalah seramai 19orang termasuk aku.
btw 18orang lelaki dan seorang perumpuan. Aku lettuw.. :')

Inilah hari first kami dalam minggu paradigma. Beratur, berbaris, berkawad, habes semua
kami lakukan even dalam tidak kerelaan. Disini perkara yang paling ditekankan adalah agama dan disiplin,
Dilam minggu paradigma nie, kami dilatih untuk menonjolkan diri dan diberi peluang untuk kenal
dengan lebih rapat lagi diantara satu sama lain. Walaupun kami dari latar belakang dan negeri yang berbeza,
alhamdulillah kampi menjadi kawan disini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami dibahagikan kepada 5kumpulan. dan setiap kumpulan diminta
memberikan nama kepada kumpulan dan bentangkan. Setiap apa aktiviti dan permainan yang diaturkan oleh
para MPP, semuanya diambil kira matanya. Means dipenghujung minggu paradigma, kumpulan
yang mengumpul mata yang terbanyak dikira pemenang. Hohohooo kumpulan aku, kumpulan TSSKN berjaya menyandang tempat ketika. Untuk pengetahuaan korang, TSSKN bermaksud Terengganu, Sabah, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Itu adalah negeri-negeri kami, para ahli kumpulan.

Ini pulak aktiviti petang. Games pertama yang kami mainkan adalah memancing botol. Hahaaa, lawak! untuk
games tersebut, kumpulan aku hanya mampu mendapat tempat kedua. Dan untuk games memenuhkan baldi
pula kumpulan aku tidak mampu mempertahankan angka dua tersebut. Apapun kami enjoy! Ouh ye lupa nak cakap, untuk kumpulan yang kalah, ada denda yang menanti. Kumpulan yang kalah diminta menyanyi lagu Ali Baba dengan gayanya sekali ataupun Joget Inul sekali dengan gimik muka. Hahahaa enjoy!

Nampak peta nie? Okay, untuk hari ke empat kami telah membuat explorece sejauh 10KM.
Oichhh 10KM beb berjalan tengah panas, redah semak samun semata-mata untuk dapatkan cheak point dan
ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuaan korang, di cheak point pertama, kami diminta membersihkan kawasan surau yang terlibah dalam explorace ini dan mencipta sebuah lagu patriotik. Selain itu kami juga diberi kata laluan yang perlu diingati tanpa ditulis di mana-mana kertas atau buku.

''Maafkanku ustaz, saja nak bergurau, lama dah tak bergurau, rindu kisah lalu, teringat kenangan waktu dekat Ulu Yam dulu. Kami mintak maaf. Jangan marah ye, nanti kami belanja minum. Dari kami, taiko Kg Dusun"

Ini tugasan di cheak point kedua. First sekali kami diminta menyayikan lagu Belia, then lagu Anak Itik Tok Wi.
Setelah itu kali disuruh memilih salah seorang akhi kumpulan untuk dijadikan pengantin. Si pengantin akan menampal
lumpur yang telah dicampur dengan gandum di muka setiap ahli yang lain. Setelah itu, si pengantin akan diangkat dan
diarak sehingga ke cheak point ketiga. Kaki pengantin tidak dibenarkan menyentuh tanah. Dipertengahan jalan, syarat yang dikenakan ialah menghumban pengantin ke dalam lumpur untuk membolehkan di menjejak tanah kembali dan berjalan seperti biasa ataupun ahli kumpulan teruskan perjalanan sambil mengusung si pengantin. Hahaa semestinya si pengantin dihumban, kan? mana larat kowt nak mengusung si pengantin yang gedabak berat tue ke cheak point ke tiga. Sudahlah laluan ke cheak point ketiga berliku liku,

Ini situasi di cheak point ke empat. Hahaa tugasan pertama, kami diminta mencari sepuluh barang yang dibuang
oleh manusia di dalam ladang kelapa sawit tersebut. Susah weh! maka kami tidak berjaya dan dendanya ialah, kami
terpaksa memakan bawang putih. Oichhh bawang putih. Tugasan terakhir ialah kami diminta mendirikan sebuah tugu. Maka gambar diatas adalah hasilnya. Hahaa btw, inilah kumpulan aku. Kumpulan TSSKN.

Ini pulak sebahagiaan diantara staff dan MPP yang terlibat dalam minggu paradigma dan explorace.
Dyorang sporting giler kowt, tapi ada jugak part-part yang tak berapa nak sporting tue. Hahaaa!

Ini pulak hari pertama kami memulakan sesi. Hohohoooo pehimpunan sekali bersama senior dan semua staff staff IKTBN.
Nampak tak barisan yang hujung sekali, dekat dengan dinding? Itulah jabatan aku. Dan yang berbaju tshirt biru tanpa jaket tu adalah clas aku. Hohohoooo..


Take Note: Alhamdulillah minggu paradigma telah pun selesai. Segala pahit manis yang tercipta ketika minggu paradigma akan tetap aku kenang. Perkaya yang paling aku tak mampu nak lupakan adalah ketika kami diminta memakan seulah setiap seorang bawang putih, sebijik seorang telur ayam yang mentah, sekeling roti yang berintikan kacang yang diperam dan dikapit. Selama nie tak pernah aku makan bawang putih, akhirnya gara-gara minggu paradigma, aku terpaksa memakannya juga. Hahaa makan bawang seperti makan ubat. Selama ini tak pernah aku makan telur tanpa dimasak, akhirnya aku makan juga gara-gara minggu paradigma. Oichhh banya perkara yang tak pernah aku lakukan sebelum nie, akhirnya aku lakukan juga ketika dalam minggu paradigma. Inilah pengalaman yang menarik untuk aku. Untuk hari ni adalah hari pertama aku masuk class. Even hari nie sepanjang hari kelas aku tade lecture yang masuk * mybe semua lecture Mc kowt harini* tapi kelas tetap meriah. Meriah dengan suara gurau senda dan sakat menyakat akhli kelas aku. Apa pun aku doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga aku mampu tamatkan pengajian dalam masa yang telah ditetapkan, Aamin.

12 Januari 2015

- IKTBN Sepang -



Assalamualaikum uall.
Hai hai bya bye. Ok diam!
Esok aku akan mendaftarkan diri di IKTBN Sepang
dalam jurusan Teknologi Elektrik A1.
Pada uall, doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ya.
Jangan lupa tolong doakan juga aku mampu
hadapi segala bagai masalah yang akan dan bakal
wujud sepanjang aku disana nanti. Huhuuu
aku harap aku mampu habiskan dia tahun aku dalam masa yang singkat
tanpa apa-apa masalah.
Dua tahun, bagi aku suatu masa yang lama
tapi harap-harap aku mampu pendekkan menjadi setahun setengah.
Hehee insyaAllah. Apapun aku harap waktu pendaftaran subjen nanti
aku dapat menolok beberapa subjek yang hampir sama
dan pernah aku pelajari ketika di ABMT dulu.
Apapun dua tahun, perjalanan aku masih lagi terlalu panjang.
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, Aamin.
Okbye, Wassalam. :)

- Nukilan -

Assalamualaikum

Awak,
Saia rindu awak time ni. Hurmmm tadi saia tengok gambar-gambar kita, syahdunya rasa hati ni. Tetiba terbayang segala kenangan antara awak dan saia. Hati pun diragut rasa sedih. Sedih bila terkenangkan sikap saia terhadap awak. Saia tahu awak banyak terasa dengan sikap saia. Saia tahu awak banyak memendam rasa dengan sikap saia. Saia tahu awak banyak makan hati dengan sikap saia. Hurmm.. Maaf, maaf kerna terlalu banyak melukakan hati awak. Maaf kerana terlalu banyak mendera oerasaan awak. Mungkin inilah balasan yang patut saia terima diatas setiap tindakkan salah yang telah saia lakukan pada awak. Kan? Hari ni genap 4 tahun saia kehilangan awak. Saia tahu awak dah bahagia dengan dia. Saia yakin dia mampu bahagiakan awak. Dia mampu hapuskan ingatan awak terhadap saia. Awak, seandainya awak membaca coretan ni, ingin saia katakan saia memohon maaf. Maaf kerana terlalu banyak melukakan hati awak. Maaf kerana telah membunuh segala impian kita bersama sehingga awak berpaling tadah. Saia tahu dan saia akui khilaf saia. Mungkin saat ni segala penyesalan saia tiada guna lagi tapi ingin saia katakan saia sadar akan kekhilafan saia terhadap awak. Kalaulah diizinkan-Nya, saia nak sangat jumpa awak. Saia nak mintak maaf. Hurmm agak-agak awak maafkan saia ke tidak ya? Saia tahu keputusan yang awak ambil disebabkan tindakan saia yang membuatkan awak terluka. Tapi tidakkah awak tahu, saia turut terluka diatas tindakkan yang awak lakukan. Saia tahu saia bersalah tapi besar sangat ke salah saia sehinggakan awak membuang saia terlalu jauh dari hidup awak? besar sangat ke khilaf saia sehingga awak sanggup rosakkan masa depan awak kerana saia. Ya, mungkin diantara kita tiada jodoh. Mungkin jodoh awak bersama dia tapi kenapa? kenapa dengan cara yang seperti ini? Hurmmm...

Nukilan,
Ichi

- Teringat kesah lalu -

Assalamualaikum..

Hai uall. Aku berentry malam ni sekadar untuk mencoretkan apa yang aku rasai. Maaf seandainya coretan aku tidak menyenangi kau, kau, kau, kau, kau dan dia. Oichh itu bukan masalah aku. Hahaaa! Fullstop. *ok abaikan*

Aku rindukan dia. Ya, aku rindukan dia. Dia yang selalu ada tatkala aku memerlukan kekuatan. Dia yang sentiasa bersedia dalam memberi buah fikiran dan meminjamkan telinga tatkala aku memerlukan. Hurmmm aku rindu dia. Kata mereka aku yang tidak pandai menghargai peluang. Betul ke? Kata mereka aku yang tak pandai dalam menilai kaca dan permata. Betul ke? Kata mereka lagi, rindu aku kini hanyalah sia-sia. Betul ke?

Mungkin betul kata mereka. Aku yang tidak pandai menghargai dia. Dia sentiasa ada dalam aku susah dan senang. Dia sentiasa datang menghulurkan bantuan tatkala aku memerlukan. Dia yang sentiasa mengutamakan aku walau dalam apa juga keadaan tapi aku langsung tidak pernah menghargainya. Hurm.. mungkin apa yang dikatakan mereka itu betul. Aku tidakkan mampu lagi untuk menggapai tangan dia. Aku takkan dapat lagi melihat senyuman dia. Aku takkan dapat lagi dihiburkan dengan gurau senda dia. Sungguh, aku teringatkan dia saat ni. Aku rindukan dia. Ingatan aku terhadap dia terlalu jelas. Mana mungkin aku mampu membuang dia jauh dari hidup aku. Mana mungkin aku mampu melepaskan dia pergi. Oichh terlalu sakit menanggung rindu kowt!

Hari ni genap 4tahun dia tinggalkan aku. Dia yang tinggalkan aku ataupun aku yang tinggalkan dia? Entah! aku pun tak dapat nak rungkaikan segalanya. Kekadang aku akui kealpaan aku. Aku sanggup abaikan dia kerana seseorang yang baru aku kenal saat tu. Semua yang berlaku masih segar dalam ingatan aku. Masih aku ingat setiap kepercayaan dan kejujuran yang dia hulurkan untuk aku. Tapi aku.. aku yang terlalu alpa. Aku khianati dia. Hurmm.. aku rindu dia. Sungguh aku rindu dia. :'(

Awak,
Saia tahu awak tak mungkin dapat membaca dan mendengar segala apa luahan yang saia tulis dalam nie. Tapi seandainya awak baca, ingin saia katakan saia rindu awak! Sayia rindu awak sangat sangat Sam. Saia tahu silap dan salah saia. Saia tahu takkan mungkin lagi untuk saia berdampingan disisi awak lagi. Saia tahu saia dah lepaskan peluang untuk bersama awak. Saia tahu, saia tahu semua tu tapi tidak adakah walaupun sedikit peluang dan ruang dalam hati awak untuk saia lagi? Hurmm.. saia rindu awak, hanya itu yang mampu saia katakan. Untuk saat nie, ingatan terhadap awak terlalu kuat. Awak, Saia singkap kisah lalu kita. Saia tatap gambar-gambar kita. Saia tatap hadiah dan kata-kata yang pernah awak berikan kepada saia. Oichhh jatuh airmata saat nie. Sayu hati ni hanya Allah yang tahu. Terbayang di jendela mata saia kisah lalu kita. Awak, ingat tak lagi, dulu tiap-tiap malam awak datang jumpa saia dekat hostel. Huhuu awak cakap even tak dapat keluar tak apalah janji dapat jumpa kejap pun jadilah. Ingat tak kita selalu lepak tepi hostel saia sama-sama. Tiap kali kita jumpa mesti awak banyak diam. Saia yang banyak berceloteh. Awak hanya senyum dan sengeh. tapi takpe, saia suka melihat senyuman awak. Sweet sangat. tapi itu semua dulu. Sekarang saia dah tak dapat lagi melihat semua tue. Saia dah tak dapat lagi nak dengar suara awak. Saia dah tak dapat lagi nak ajak awak teman saia pergi pantai.

Tuhan,
butakan mata aku agar aku tak dapat melihat dia lagi, supaya sakit dihati ini tidak bertambah mengenangkan cinta tak tercipta, yang suci dijadikan hina tatkala aku menyerahkan segalanya, tak pernah lelah aku mencuba tapi kini aku menanggung  yang dulu kau jadikan sejarah, habis terang terbitnya gelap pada lubukku, hingga puas kini sedari kekesalan, untuk apa kasih dan sayang andai genggam mampu terlepas, terlena mungkin bersama tapi mimpi berlainan, apa guna rindu dan cinta andai aku bukan tujunya, terlalu cepat kau berpaling kasih, mendungnya hatiku bila berperang pada kenangan.

- Luahan rasa -

Assalamualaikum



Perit hatiku meronta
Payah kaki ku melangkah
Namun aku gagahi jua
Walau dugaan bergelora
Aku tahu itu permulaan semuanya
Suatu masa kan tiba
Ku meniti dibibir mereka
Segala cacian dan juga tohmahan
Kerana aku ada diatas sana
Namun tak akan lupa dan alpa
Walau hilang orang yang ku kasihi
Tetapi aku masih terus teguh disini
Inilah dugaanku
Inilah ketentuanku
Ku berserah
Perit hatiku meronta
Payah kaki ku melangkah



11 Januari 2015

- Perasaan melihat mangsa banjir -

Assalamualaikum..

Hai readers. Sihat? Ok, good! Pada yang tak berapa nak sihat tue jangan lupa makan ubat tau. Makan banyak-banyak sikit bagi cepat sembuh tau. Huhuuu tapi jangan sampai overdos sudah. Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita-berita yang sangat menyedihkan, kan? Ok, jom selami sedikit sebanyak luahan hati apa yang tak mampu aku luahkan dengan kata-kata.














Take Note: Allah menguji hambaNya dengan kemampuan kudrat setiap hambaNya. Banjir, bencana alam yang pernah terjadi sekitar tajun 70an akhirnya sekali lagi terjadi di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Menurut cerita yang aku dengar, sekitar tahun 70an dulu, kampung tersebut pernah mengalami banjir yang hampir sama seperti sekarang ini. Banjir yang memusnahkan hampir kesemua penempatan penduduk yang tinggal di Pulau Tawar. Petang tadi, aku berpeluang melihat sendiri sekitar tempat kejadian. Kebetula ketika aku sampai, pihak ANGKASA sedang membahagi-bahagikan barangan keperluan dan kelengkapan dapur kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Korang mesti pelikkan macam macam aku boleh sampai ke Pulau Tawar tu. Sebenarnya petang tadi aku telah mengikut kak Oyienz dan keluarganya melawat saudara mara mereka yang tinggal di Pulau Tawar dan telah terlibat dalam kejadian banjir berkenaan. Tatkala kereka kami memasuki kampung Pulau Tawar, abah dan mak *ibubapa Kak Oyienz* mula memperkenal dan menyingkap satu persatu kisah yang mereka ketaui berkenaan kampung tersebut. Menurut kata abah, abah dilahir dan dibesarkan di kangpung Pulau Tawar tersebut. Katanya lagi, sekitar tahun 70an, kampung berkenaan pernah mengalami banjir seperti yang dialami sekarang ini. Katanya lagi, ketika saat itu, para penduduk kehilangan rumah, tempat tinggal dan segala harta benda sama seperti sekarang. Menurut abah, tak sangka pulak kejadian 70an lalu kini kembali berulang. Aku mendengar kisah yang abah ceritakan sambil menghayati permandangan yang diranapkan oleh banjir. Sedikit demi sedikit, hati aku mulai sebak. Sebak melihat keadaan sekeliling yang tak pernah aku lihat didepan mata sebelum ini. Tatkala itu hati aku berdetik, bagaimanalah mereka nak menghadapi semua ini? habis hampir kesemua harta benda mereka. Ada rumah yang hampir roboh, ada rumah yang tercaput pintu, ada rumah yang dipenuhi lumpur. Aku memandang kiri dan kanan bagaikan janggal. Lumpur-lumpur penuh di kaki jalan dan sekitar rumah, pakaian dan sampah sarap yang dihanyutkan air bersepah-sepah di merata tempat. Aku melihat wajah anak-anak mangsa banjir. Oich mereka terlalu kecik untuk mengenal erti kesusuhan dan kesedihan. Hurmm.. hati aku sayu. Aku hanya mampu berdiamkan diri sambil mendengar cerita-cerita dari mak, abah dan Kak Oyienz. Ya Allah, sesungguhnya apa yang Engkau limpahkan kepada kami ada rahmat dan hikmahnya. Semoga kami semua tabah dan sabar melalui ujian dariMu ini. Wassalam.

10 Januari 2015

- ChinaTown, Kuala Terengganu -

Assalamualaikum..

Hai reader, sihat? Okay, good! Jom terjah entry yang aku nak share dengan korang nie. Nak dijadikan cerita, baru-baru nie aku sempatlah hang out dengan kawan baik aku ni sempena tahun baru. Hohohooo, biasalah keluar berdua pun jadilah ye. Kami keluar berjimba-jimba katanya. Jemput jamu pose pose yang sempat kami posing ye (:

























Take Note: Sebenarnya nie hari last kami kemuar bersama sebelum berpisah. Hurmm berpisah? Yalah berpisah! lepas ni agak-agak bilalah kami dapat keluar sama-sama lagi ye. Keluar makan-makan, keluar jalan-jalan, keluar tangap-tangkap gambar, keluar cuci mata, keluar lepaskan tekanan dan keluarkan segala macam keluar yang ada. Sayu hati aku sebenarnya, tapi apakan daya demi cita-cita dan impian, aku terpaksa juga pergi jauh. Jauh ke? Hahaaa resanya tade lah jauh sangat kowt setakat Sepang tu. Tapi bagi aku jauhlah jugak. Mahunya keras bontot terkaku berjam-jam kat dalam bas. Kan? Yalah, apapun aku harap persahabatan kami akan kekal. Semoga ukhwan yang terjalin terpatri kukuh.