27 Februari 2015

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE


http://zamani84.blogspot.com/2015/02/giveaway-novel-alaf-21-buat-rakan.html 

Apa yang perlu dilakukan,

  1. Sediakan satu entri di blog anda dengan tajuk GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE
  2. Letakkan banner Giveaway diatas, masukkan pautan (link) ke entri giveaway ini, dan publish
  3. Sertakan link penyertaan anda di ruangan komen di bawah.
  4. Masukkan juga Zamani Abe dalam list blog peserta. Ini bagi memudahkan anda mengetahui keputusannya nanti. 
Tarikh tutup, Khamis minggu depan 5 Mac 2015, pada pukul 2. Jadi jom sertai segera :)


22 Februari 2015

Segmen Mencari Bloglist www.blogahbar.tk




  Join join segmen ni. Manalah tahu kowt anda orang yang bertuah untuk direviewkan.

13 Februari 2015

- Bertahanlah selagi termampu -

Assalamualaikum


Antara kita, aku tak pasti siapa yang selalu ambil berat tentang siapa. Setiap kali bergaduh, pasti kau akan cakap selama ni kau yang selalu mengalah dengan aku. Kau akan cakap kau yang selalu ambil berat tentang aku sedangkan aku zero. Langsung tak pernah ambil berat tentang kau. Aku ni langsung tak pernah nak mengalah. Ego aku terlalu tinggu dimata kau. Oichhh.. betul ke? Setahu aku, aku yang banyak mengalah diantara kita. Aku yang banyak makan hati, memendam rasa dengan sikap kau sejak akhir-akhir ni.
Kau seolah-olah terlalu banyak telah berubah. kau sering marah aku. Kau tengking aku sesuka hati kau. kau selalu perli dan sound aku. Kau kutuk aku macam-macam. Kau buat aku seperti tiada hati dan perasaan. Kau sedarkan siapa aku dalam hati kau. Kau tahu tak siapa kau dalam hati aku. Tolong jangan jatuh dan pijak airmuka aku. Aku terlalu menyayangi kau. Aku terlalu cintakan kau. Aku tak sanggup berpisah dengan kau apatah lagi berjauhan. Hurmmm.. tapi aku sakit dengan tindak tanduk kau sejak akhir-akhir ini. Aku raa kita semakin jauh, Terasa seolah-olah aku bukan lagi insan terpenting dalam hati kau. Betul ke? betul ke aku tak lagi punyai kepentingan untuk kau? Aku rindukan kau yang dulu. Aku rindukan yang yang selalu menghormati hati dan perasaan aku. Aku rindukan kau yang selalu dahulukan aku dalam setiap perkara. Bukan seperti sekarang, kau sering kali membelakangi aku. Kau lakukan perkara yang aku benci. Aku tak pasti sama ada kau tak sengaja ataupun sengaja melakukannya. Yang pasti aku terkilan dengan sikap kau. Kau terlalu ambil mudah dengan rasa hati aku sekarang ni. Kan? Kau sedar tak tahap kesabaran aku kian menipis. Ya, aku memang sayang kau. Rasa sayang aku tak pernah hilang, malahan semakin bertambah. Mungkin ini ujian dan dugaan dalam relation kita. Aku cuba fikir positif. Aku harap kau sedar apa yang sedang kau lakukan kini. Semoga kesedaran dan perubahan kau tidak terlambat. Jangan nanti aku pergi dalam ketidak relaan hati baru kau nak menyesali segalanya. Aku sayangkan kau, tapi aku tak nak terus disakiti walaupun sayang. Aku rela pergi walaupun hati berat daripada berterusan makan hati. Semoga kau mengerti dan memahami rasa hati ni. 

12 Februari 2015

FIRST MINI CONTEST BY SI KOSONG



 JOM JOIN "FIRST MINI CONTEST BY SI KOSONG" SYARAT WAJIB SENANG JE..

JUST FOLLOW BLOG SI KOSONG.. INSHA ALLAH SI KOSNG AKAN FOLLOW BALIK.. 

CARA-CARA NAK JOIN CONTEST: 
FOLLOW SYARAT WAJIB DI ATAS BUAT ENTRY BERTAJUK "FIRST MINI CONTEST BY SI KOSONG" 

LETAK BANNER DEKAT ENTRY BACKLINK KAN KE BLOG SI KOSONG TINGGALKAN LINK ENTRY DI RUANGAN KOMEN INI SAHAJA 

GOODLUCK!!! 
TAMAT : 17 FEB 2015

08 Februari 2015

07 Februari 2015

"Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana.

- TAMAT : 1 Mac 2015 -

03 Februari 2015

- Maafkan aku -

Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti. Cuti sempena Hari Taipusam (entah betul ke tidak ejaan tu). Bila cuti aku akan lebih banyak habiskan masa di dalam bilik dan mengadap laptop. Telefon? Huhuuu telefon diabaikan, tapi sekali-sekala adalah juga jenguk skrin telefon. Segala bagai whatsAap, facebook, twitter, wechat dan masej akan aku abaikan selagi boleh. Tetapi sekiranya rasa perlu dibalas, akan aku balas juga. Waktu cuti macam ni, aku lebih selesa hidup dalam dunia aku sendiri. Apakah? Terperap dalam bilik, mengadap laptop, online blog dan tonton cerita korea secara online. Mujurlah dekat asrama aku, ada wifi. Kalau tidak mahu botak kepala perhabiskan kouta internet. Hehee.. Dunia aku, bukan bermaksud aku tak berkawan dan tidak bertegur sapa dengan orang lain. Dunia aku, aku selesa bersendirian sambil melayan diri sendiri. tapi sekiranya ada diantara kawan-kawan datang mengetuk pintu, aku tetap akan buka dan layan kerenah mereka. Makan? Bila laptop dihadapan mata, aku akan lupa masa untuk makan. Ketika perut berasa lapar, barulah aku melihat jam dan saat itu "Oichhh waktu makan dah terlepas!". Hahaha! Buruk sungguh aku punya perangai,kan. Ok, cukup setakat ni mukadimah aku.

Sebenarnya aku terpanggil untuk buat entri malam ni, setelah membaca moment seseorang di wechat aku. Siapakah dia? kawan kowt, teman rapat kowt, kekasih hati kowt, entah! Aku pun tak pasti macam mana nak diexplinkan. Apapun, sebenarnya hati aku sedikit terkesan dengan moment dia.

'DULU', kita pernah rapat. 'DULU', kita pernah ketawa. 'DULU' kita pernah senyum. 'DULU' kita pernah menangis. "DULU' kita berkongsi masalah. MASA MENGUBAH KITA SEMUA. Kita tak sama macam 'DULU'.  Bila dah tak jumpa kita jadi kekok. Berbual sekadar bertanya khabar. Ya, aku rindu saat waktu 'DULU' tuh. Walaupun aku rindu, aku tahu waktu 'DULU' tuh tak kan sama macam sekarang. Dan Takkan Pernah Kembali :')

Terfikir juga hati ini, moment ni ditujukan kepada aku ke?. Niat hati, nak aku bertanya dia tapi macam segan dan malu pulak. Tapi aku aku kuat mengatakan bahawa moment tu untuk aku. Eh! entah-entah aku perasan lebih. Hahaaaa! Dalam aku ketawa, hati aku terkesan juga dengan kata-kata dan luahan yang dia luahkan tu. Mungkin betul moment tu untuk aku. Kenapa untuk aku? Mungkin sebab aku dah tak masej dia lagi, kowt. Aku dah tak bertanya khabar dia lagi. Aku dah seakan-akan tak ingatkan dia lagi, kowt. Ye ke? Mungkinlah. Segala masej dia pun, aku selalu abaikan. Dia mesej aku tak balas. Dia call aku tak angkat. Ops! rasanya bukan salah aku seorang, dia pun salah jugak, kowt. Ada ke patut call dan masej aku pepagi buta. Time tu aku dah nyenyak tidur, dan bermimpi sampai ke bulan. Tapi tak boleh disalahkan dia seorang rasanya. Aku pun salah. Kenapa esok pagi, bangun tidur aku tak call atau masej dia balik, kan. Entah! Banyak sangat kowt dan kan yang wujud dalam kepala aku ni. Apapun aku memang terasa bersalah. -_-"

Awak,
Orang minta maaf kalau sikap orang buat awak terasa. Orang tahu antara kita macam dan jauh dan terlalu jauh. Bukan niat orang nak jauhkan diri dari awak. Bukan niat orang nak buat awak tertunggu-tunggu. Tapi rasanya awak sendiri pun tahukan. Mungkin bagi awak semua tu perkara kecil, tapi bagi orang besar ertinya semua tu. Orang tak mampu nak berdepan dan luahkan face to face dekat awak. Sebab orang tahu orang yang akan kalah bila kita berbahas. Setiap apa yang keluar dari mulut orang, awak akan menidakkannya. Apa yang awak katakan saja memestinya akan betul. Maaf, maaf dan maaf. Mungkin betul kata awak, kita sekarang macam kekok. Orang pun dapat rasa semua tue.. Bila kita mesej, dah tak ada gurau senda, sakat menyakat. Yang ada hanyalah soalan dan jawaban. Balik-balik ayat yang sama aje. Dah makan ke? Buat apa tu? Sihat tak? Tak keluar ke? Kerja tak? Bz ke? Ganggu tak ni? Huhuuuu! ayat-ayat yang dah boleh dihafal. Apapun sekali lagi orang mintak maaf. Orang tak pasti awak akan baca ataupun tidak entri ni. Tapi yang pasti orang nak awak tahu, apa pun jadi awak tetap kawan orang. Cukuplah kita sekadar kawan. InsyaAllah dengan berkawan, persahabatan kita akan kukuh dan berpanjangan walaupun jarang berjumpa dan bertegur sapa. Orang doakan awak jumpa someone yang jujur dan ikhlas dalam menyayangi awak. Semoga awak bahagia selalu.

01 Februari 2015

- 12 Days Of kisahamydotcom Giveway -

Assalamualaikum.


First Mini Giveway kisahamy.com

Syarat untuk menyertai :
1) Terbuka kepada semua blogger tadi dengan syarat mestilah menjadi follower kisahamy.com terlebih dahulu.
2) Menjadi follower aienainirazali 
3) Follow Google + sitiamilia 
4) Buat satu entri "12 Days Of kisahamydotcom Giveway"
5) Copy coding di bawah dan tinggalkan link anda di kotak komen ye :)
 
 
Dua orang pemenang akan dipilih secara random.org

Selamat berjoin

**Bersamalah kita menyokong GA blogger tempatan.

- Segmen Jom Blogwalking & Menang by Dyan Zakhi -

Assalamualaikum..

Moh kito join!!!
8 pemenang yang terpilih akan dipilih !!!

Untuk syarat korang boleh rujuk pada :

Apa tunggu lagi,
Cuma baca, follow dan like page mereka.
Settle!

follower : 1337
Tamat pada 06/02/2015 

** Bersamalah kita menyokong blogger tempatan ^_^