30 Jun 2015

Segmen Jom Kenal Raya by ASDYdimension



Tamat : 23 Julai 2015

Giveaway Duit Raya Dari BBL




< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya


Tamat : 14 Julai 2015

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY



Tamat : 31 Julai 2015

Raya Giveaway by Rafydahouse




Tamat : 5 Julai 2015

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru



Tag : CC , MM , AR

Tamat : 14 Julai 2015

Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway



Tamat : 10 Julai 2015


Ramadhan | Tazkirah Pagi


Pada suatu ketika, Rasulullah  bertanya kepada para sahabat,

“siapakah yang paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “Malaikat, ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah, “sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “para Nabi,ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata, “para Nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “kalau begitu kamilah yang paling beriman.”
Jawab Rasulullah, “aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang sahabat berkata, “kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang sedih “sesungguhnya, aku rindukan mereka…

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ


Take Note : Basahkan bibirmu dengan zikrullah, insyaAllah banyak kebaikan yang akan kita dapat


29 Jun 2015

Jangan mencari kesempurnaan


Suatu hari, aku bertanya kepada guru
Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali ke belakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"
Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"

Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.



"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..


SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY MOMMYLIZZ


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN MOMMYLIZZ
Salam lebaran Mommylizz.
Semoga lebaran tahun ni diraikan dengan penuh kesyukuran dan keberkatan.
Berbahagialah meraikan lebaran tahun ni disisi
keluarga tercinta, insan tersayang dan sahabat handai.
Hihiii duit raya jangan lupa dihulur-hulurkan ye (=


TAMAT : 7 Julai 2015

Saya Nak Kad Raya Dari EJULZ!!!


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN EJULZ
Semoga lebaran tahun ni disambut dengan penuh kemeriahan
bersama keluarga tercinta, insan tersayang dan sahabat handai.
Pistttt.. duit raya jangan lupa dihulur-hulurkan ye (=

Tamat : 5 Julai 2015

26 Jun 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


18 Jun 2015

Ramadhan | Hari pertama puasa




Alhamdulillah masih diberi ruang dn peluang untuk bertemu Ramadhan. gembira dengan kedatangan Ramadhan. Tapi terselit juga rasa sedih. Permulaan Ramadhan tak dapat nak menyambut dengan keluarga. Kalau dekat rumah, mesti meriah. Mak, ayah, dan adik-adik mesti dah plan macam-macam menu dan juadah untuk bersahur dan berbuka puasa. Oichhh.. tidakkk!

Permulaan Ramadhan, aku menyambutnya di asrama. Sayu hati sebenarnya tengok sebahagian dari kawan-kawan yang packing barang nak balik kampung. Huhuuu.. alaaa aku pun balik kampung jugak nanti. Tapi lambat sikit dari diaorang. Asrama pun time nie tinggal lagi beberapa orang je. Majoriti dah beransur balik kampung. Menikmati cuti semester dan menyambut kedatangan Ramadhan dengan keluarga.

Apapun, aku bersyukur. Bersyukur sebab masih diberi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan pada kali ini. Tak kisahlah jauh dari keluarga pun. Yang penting mereka tetap selalu dan dekat di hati aku. Heheee.. Esok petang giliran balik kampung. Alhamdulillah, semua paper dah selamat aku menjawab dengan jawanya pada petang semalam. So untuk hari ni settle dulu apa yang patut. Esok malam gerak balik kampung. Wassalam..

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek




Tamat : 1 Julai 2015

Simple Giveaway : From Bintulu With Love



Tamat : 10 Julai 2015

Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana


KLIKKK BANNER

Tamat : 17 Julai 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF



Indahkan Ramadhan bersama Ayuinsyirah


Klik Banner

Tamat : 18 Julai 2015

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡

Tamat : 28 Jun 2015


Raya Giveaway by Sally Samsaiman


KLIK BANNER

Tamat : 3 Julai 2015

17 Jun 2015

Ramadhan | Kenali Puasa


Revision ....
Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dari percakapan yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yang musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yang kedatangan haid & nifas
4. Org yang meninggalkan niat puasa
5. Org yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Org yang pitam / mabuk 
7. Org yang sangat lapar & dahaga


Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.
Bagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yang terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..


Take Note : Semoga Ramadhan tahun ni dilalui dengan penuh kemanisan dan kenikmatan dalam beribadah.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

12 Jun 2015

Hati Perempuan | Menyampah dengan sekeliling


Agak meluat dengan komen-komen ‘Syukurlah Malaysia masih aman’ bila ada cerita pasal pergaduhan & jenayah terpampang di susur masa, yang setentunya ditulis dengan nada sindiran.

Kes jenayah, mana-mana pun ada. Bukan baru sekarang, walhal sejak zaman purba lagi. Tidak dinafikan kes jenayah dah banyak. Dan usaha kekang jenayah pun dah banyak. Kalau nak harap polis, JPAM, RELA, Nepal sekuriti saja, payah. Kita sendiri pun nak perhati rumah 24 jam pun tak boleh, nak harapkan orang lain yang tentu beratus rumah nak kena jaga (dan dalam kepala mereka, rumah sendiri entah apa cerita).
Dan golongan2 yang menyindir tadi jugalah yang pada masa sama menuding jari yang golongan polis, JPAM, RELA dan sekuriti ini banyak makan gaji buta dan makan rasuah. Tapi muka mereka tak pernah dilihat pun dalam sama-sama usaha kawal jenayah. Nak masuk rukun tetangga jauh sekali. Nak bersengkang mata ronda perumahan malam-malam, haram.

Bab sindir dan komplen, nombor satu. Jadi, berbaliklah kepada kita sendiri untuk jaga sama2 persekitaran kita. Kalau taknak kena rompak, jaga harta benda. Alah, nasihat macam biasa. Kalau taknak kena ragut, jangan pakai beg tangan selempang. Kalau taknak kena pecah rumah, pasang sistem penggera (kereta 3 biji, takkan alarm tak boleh pasang). Kalau taknak kena cantas tangan dan kepala otak, jangan pinjam along dan masuk kongsi gelap. Kalau taknak kena belasah, jangan cari pasal dengan siapa-siapa.

Jangan sampai satu hari, sindiran makan tuan. Tuhan di atas luas pandangan. Jangan sampai polis yang dicaci, bila sampai masa susah kembali dicari. Jangan cakap besar bangga diri, satu hari bila jatuh orang tak peduli. Jangan gelak, benda pernah jadi.


10 Jun 2015

Hati Perempuan | Keikhlasan



Sebagai manusia, kita tidak dapat mengukur keikhlasan seseorang, bahkan mengukur keikhlasan diri sendiri. Hanya Allah lah yang dapat mengetahui segala amalan umatNya. Semoga kita semua selalu dijadikan umat yang ikhlas dan taqwa.
Aamiin ya Robb.. 



08 Jun 2015

Hati Perempuan | Belajar bercinta

Seorang wanita akan mudah mendapat perhatian dari seorang lelaki kerana kecantikan fizikalnya, sudah bukan rahsia lagi memang .. kenyataanya sudah seperti itu. Tetapi apakah itu jaminan bahawa seorang wanita cantik akan dengan mudahnya mendapatkan cinta dari seorang lelaki? jawapannya belum tentu.

Ketika seorang lelaki hanya mencintai seorang wanita lantaran kecantikan semata, maka dia pun akan mudah merasa bosan, kerana kecantikan fizikal seorang wanita tidaklah kekal, seiring berjalannya waktu kecantikan fizikal pun akan pudar tanpa boleh dilawan.

Kecantikan fizikal boleh saja luntur dan merubah rasa suka atau cinta menjadi hilang, namun tidak dengan Akhlak yang baik, ia akan senantiasa membuat setiap orang yang dekat dengannya merasa selesa, tenteram dan merasa rendang. Cinta hadir atas izin Allah dan mengukuh kerana sebab-sebab yang Allah izinkan pula .. dan Allah menyukai lelaki dan wanita yang mempunyai Akhlak yang baik.

Bukankah Nabi Muhamad SAW diutus Allah untuk menyempurnakan Akhlak manusia ?, dan bukan untuk menyempurnakan kecantikan atau ketampanan manusia. Berkualiti Akhlakmu berbanding lurus dengan kualiti jodohmu kelak. Insyaallah.


Take Note : Cintai dan jujurlah pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum belajar mencintai insan lain. Sayangi diri sendiri dengan kepercayaan dan kesetiaan sebelum belajar setia dengan janji-janji yang diukirkan. 

06 Jun 2015

Hati Perempuan | Terluka

"Boleh tak kita break. Maaf, saya tak mampu lagi menyayangi awak sepenuh hati. Hati saya dah jadi milik orang lain. Saya sendiri tak sedar bila dan bagaimana tapi yang pasti saya tak mampu lagi bersama awak. Saya tak nak nanti dia terluka bila tahu tentang kita. Maafkan saya. Tolong jangan cari saya lagi selepas ni."

Sedari bangun tidur, aku hanya mampu menangis. Menangis dan terus menangis. Aku meratapi nasib yang tidak menyebelahi aku. Apa salah aku. Apa silap aku. Apa dosa aku kepada dia. Tergamak dia melafazkan kata putus. Tak pernah aku menjangka ini akhirnya sebuah perhubungan.

Awak, saya tak pernah menyesal pun mengenali awak. Awak banyak ajar saya erti hidup. Awak ajar saya erti ketabahan. Awak ajar saya bagaimana untuk terus bersemangat dalam hidup ni. Awak terlalu banyak mengajar saya. Saya hargai semua tu. tapi saya tak faham, kenapa sekarang awak buang saya dari hidup awak. Apa silap saya, apa salah saya. Awak tahu tak saat ni apa yang saya rasa?

Terhina! Saya rasa terhina sangat dengan sikap dan perbuatan awak. Tergamak awak lakukan semua ni pada saya. Awak mintak perpisahan semata-mata untuk bersama dia. Dia, kawan karib saya. pernah tak awak fikir perasaan saya. pernah tak awak cuba selami apa yang akan saya fikir bila ketahui relation antara awak dan dia. Sungguh, saya sendiri tak tahu bila masanya hati awak berpaling tadah. Hurmmm...

Awak ingat lagi tak waktu susah kita dulu. Awak ingat lagi tak waktu kita jatuh dulu. Awak ingat lagi tak kepayahan yang sama-sama kita hadapi dulu. Waktu tu, awak janji takkan sesekali tinggalkan saya. Awak janji takkan persiakan pengorbanan saya. Tapi kini janji hanya tinggal janji. Janji yang tak mungkin akan tertunai.

Awak, saya sedar siapa diri ini. Saya masih lagi seorang pelajar. Pelajar yang bergelumang dengan buku-buku. Banyak masa yang saya habiskan untuk buku sehingga awak sedikit terabai. tapi tidakkan awak cuba untuk fahami situasi saya? Kita pernah sama-sama menjadi pelajar. Bezanya kini saya masih sambung belajar dan awak ambil keputusan untuk bekerja. Awak cakap nak kumpul duit cepat-cepat, nanti boleh masuk meminang saya. Tapi kini kenapa sebaliknya yang berlaku!

Awak kini mungkin seorang yang senang. Seorang yang bekerjaya. Seorang yang tidak lagi memerlukan saya disisi. Mungkinkah.. Sebab tu awak kini buang saya. tapi saya tak pernah menyesal, hanya sedikit terkilan dengan sikap awak. Terkilan juga dengan sikap seorang sayang. Tergamaknya awak dan dia.... Hurmmm...


Take note : Ketika entri nie ditulis, aku membayangkan diri berada di tempat seorang sahabat tu. Terlukanya dia kerana insan yang disayangi berpaling tadah. Lagi terlukanya dia apabila seseorang yang dianggapnya sahabat telah menikam kepercayaannya. Paling terlukanya dia disaat dia ketahui rupa-rupanya insan yang dia sayang dan seseorang yang dianggapnya sahabat itu bermain kasih dibelakang dia. Aku simpati dengan apa yang dia hadapi. Semoga dia tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Allah maha adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran dan balasannya. Bertabahlah sahabat.. 

04 Jun 2015

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA


Klik Banner untuk Joinn!

Tamat : 14 Jun 2015

Kisah lelaki itu


Aku memangdang lelaki itu dari kejauhan. Aku melihat pakaian yang dipakainya bercompang camping. Aku melihat raut wajahnya. Sedikit rasa bengis kelihatan. Aku mendengar orang-orang sekeliling menengkingnya. Dia hanya tunduk memandang bumi. Hati aku diragut dengan rasa sayu.

Lalu terdetik dihati " Hina sangat ke menjadi seorang yang miskin? Dia bukan meminta sedekat tapi sekadar mencari sesuap nasi.". Air mata aku mulai bergenang ditubir mata. Lelai itu dikeji dan dimaki namun dia tetap mendiamkan diri. Orang sekeliling memandang rendah kepadanya.

Dimanakah kesedaran sivik kita? Dimanakah nilai murni yang ditetapkan dalam diri kita sedari kecil? DImanakah sikap tolong menolong? Dimanakah sikap belas kasihan? Hurmmm... ingin aku melontarkan suara namun tak berdaya. Hati aku dikuasai rasa sebak. Terbayang liku-liku hidup yang dilalui lelaki itu. Sukarnya.


Take Note : Kekadang senyum adalah cara untuk menyelesaikan banyak masalah dan diam adalah cara untuk menghindari banyaknya masalah.

02 Jun 2015

Mood Study Week

Assalamualaikum..

Final exam dah semakin dekat tapi aku rasa macam tak ready pun lagi. Minggu nie dah pun bermula minggu study week selama satu minggu. Tapi aku masih... Ishhh dimanakah kesedaran sivik aku ni. Kepala masih berkhayal lagi kowt. Hati masih tak merelakan kaki untuk bakal melangkah ke dewan peperiksaan.

Oich tidak... Exam tak pernah menunggu aku. Aku yang sepatutnya mencari ruang dan peluang. Aku seharusnya ingat kembali, apakan azam dan tekad aku sebelum sembung belajar di sini. Aku nak habiskan belajar dengan CGPA yang bagus. Aku nak hadiahkan segulun scroll yang mampu membuatkan mak dan ayah berbangga dengan aku. Ya! Itu tekad dan azam aku. Jadi, kenapa mesti aku masih bermain-main untuk saat ni?

Buku, entah bila aku nak mula menghafal. Segala bagai nota-nota, entah bila aku nak mula memproses segala maklumat yang dirasakan perlu dan penting. Oichhhh!! Ini final exam so jangan dibuat main-main. Silap hari bulan, aku terpaksa ulang paper ataupun ulang semester woiiii.. Tidakkk! Aku tak mahu bazirkan masa aku lagi.

Usia aku semakin meningkat. Ramai sahabat yang seusia dengan aku, sudah pun berkahwin. Ada juga yang telah memiliki cahaya mata. Hehee.. tapi aku masih lagi belajar dan terus belajar. Tak apalah.. Lagi pun aku nak gembirakan hati kedua ibubapa aku. Harapan mereka semoga aku belajar setinggi yang boleh. Bukan untuk kesenangan mereka tapi untuk kesenangan aku dimasa hadapan katanya.

Demi mak dan ayah, aku akan berusaha dan terusakn berusaha. Aku yakin dan pasti, doa mereka tidak pernah putus untuk aku dan adik-adik. Oichhh... rindulah pulak pada mereka. Rasa mcm nak menangis je. Aku memang begini. terlalu sensitif dan terlebih sensitif bila disebut tentang keluarga.

Semoga aku mempu menjawab segala soalan final exam nanti dengan jayanya. Demi mak, ayah dan adik-adik, aku akan berusaha sehabis daya. iLOVEu mak, ayah dan adik-adik. Rindu family!


contest : My Hijab My Priority


Kimchi bersama mak tersayang.
Thanks mak, sebab sentiasa ada untuk angah.
Mak tak pernah jemu dalam memberi nasihat agar sentiasa menutup aurat.

Kimchi bersama kakak angkat a.k.a bestie.
Thanks kak, sebab sentiasa tegur orang dalam berpakaian.

Kimchi bersama kakak angkat a.k.a 'abg' a.k.a bestie
Huhuuu.. thanks kak sebab selalu tegur orang untuk ke arah yg lebih baik.

Kimchi sensorang pun bolehlah..
Tudung bukan hanya sekadar tudung.
Tapi tudung adalah sesuatu yang wajib bagiku
 dalam menutupi semua benda yang patut ditutupi.
Simpanlah dan pertontonkannya hanya untuk yang halal.

KLIK BANNER UNTUK JOINN!

Tamat : 25 Jun 2015

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN


Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN

Pencarian bloglist bagi bulan Julai-Ogos 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 Jun 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.58 malam. Semua dijemput untuk sertai segmen mudah ini. 

Syarat-syaratnya : 

1. Follow blog CNAdd To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Julai-Ogos 2015 by CN"  

3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :





Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mei-Jun dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Julai 2015.


SENARAI PESERTA


Kredit untuk Kak Mialiana

Baju Muslimah

Tamat : 30 Jun 2015

Giveaway : 2nd Anniversary Yana & Dean


Assalamualaikum w.b.t.

1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2015 : Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan Yana dengan Mr.Yogi. Suka, duka, masam, manis...berjaya ditempuhi bersama. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami. Ulangtahun ke-2 pun, kami masih lagi berdua. Insyaallah...berkat doa berterusan daripada kami berdua, daripada ahli keluarga dan semua yang mengenali, manalah taw bila tiba waktunya nanti kan. 

Hari ini juga, dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan 

Klik BANNER untuk join (^^,)

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang
*Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan (^^,)

TARIKH GIVEAWAY : 1 JUN ~ 1 JULAI 2015


Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Tamat : 26 Jun 2015