30 Oktober 2015

Stress | Macam mana nak buang iklan yang menyemakkan
Assalamualaikum

Nampak tak tajuk dekat atas tu? Ye, memang aku tengah stress dengan kehadiran iklan yang menyemakkan google chrome, mozilla firefox dan Torch aku dua tiga hari ni. Aku tak pasti samaada aku sorang je yang menghadapi masalah ni ataupun korang pun mengalami masalah yang sama. yang penting sekarang aku stress dengan iklan tu semua. Memberatkan lagi loding aku.

Nampak tak anak panah kaler merah tu? Hah tu lah antara iklan-iklan sesat yang muncul. Tak kiralah aku sedang blogging ke, twitter ke, tagged ke, bla bla bla ke, iklan-iklan tu memang akan muncul. Kalau macam aku sedang blogwalking, iklan tu pun tetap akan muncul jugak. Entah! Aku pun tak tahu macam mana iklan tu boleh wujud dalam dunia maya aku ni.

Dari lima dah tinggal empat? Hah, itu disebabkan aku tekan pangkal iklan tu. Hurmmmm tapi kebiasaannya, bila aku tekan pangkah, mesti automatik akan ke new page. Maksudnya, secara automatik aku akan ke page iklan yang dipaparkan tu. Ishhh sakit pulak hati aku.

Aku terpaksa pangkah iklan tu satu persatu. Giler kau stress! Susah weh nak tekan pangkah tu. Iklan yang paling atas sebelah kanan tu lah yang paling susah nak pangkah. Asal tekan ke new page, asal tekan je new page. Sakit pulak hati aku. Berapa kali entah aku automatik ke new page bila tekan pangkah tu.

Untuk yang anak panah tu pulak memang aku langsung tak boleh nak hide kan. Macam mana nak hide kalau buttun pangkah pun tade. Dah sasau aku mencari tapi tade pun.

Sebenarnya aku pelik, macam mana iklan-iklan ni boleh muncul. Adakah aku saja yang mengalami masalah ni? Korang ada tak yang berdepan dengan masalah yang sama? Macam mana nak delete terus iklan-iklan tu erk? Aku try juga mencari penyelesaiannya tapi tak jumpa pun. Bila dah jadi macam ni, memang sangat mengganggu untuk aku blogging dan bertweet-tweet. Nak settlekan iklan-iklan ni pun dah hampir 15 minit. Itu yang membuatkan aku rasa malas nak blogging.

Ada sesiapa yang tahu tak kenapa jadi macam ni dan macam mana nak settlekan masalah ni. Mohon otai-otai yang sudi semoga dapat membantu. Dah stress tahap gaban dah ni. Aku ingatkan dua tiga hari je masalah ni, lepas tu iklan-iklan ni akan hilang dengan sendiri tapi macam meleset je pemikiran aku tu. Sebab sampai ke hari ni iklan-iklan tu masih lagi menyibuk.

Iklan-iklan tu semuanya dari Sonic Train Ads
Mohon bantuan kawan-kawan yang tahu untuk membantu.

Renungan Jumaat yang indah

"Orang yang kamu sayang juga milik Allah,
mereka tetap akan pergi walau dengan cara yang menyakitkan.
Pujuklah hati, bersabarlah"

Aku tahu kau sayangkan aku.. aku juga sayangkan kau.. tapi aku milik Allah.. sama seperti kau.. kau dan kau.. bila tiba masanya nanti aku pasti akan pergi juga.. namun yang tak dapat aku pastikan ialah.. sama ada kau atau aku yang akan pergi terlebih dahulu.. aku tahu kau sayangkan aku.. aku juga begitu.. aku tahu kau impikan hidup berpanjangan disisi aku.. aku juga begitu.. tapi kita hanya merancang.. dan Dialah yang akan menentukan.. sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan dariNya untuk kita.. siapa kita.. kita tiada hak untuk menidakkan ketentuanNya.. belajar redha dan terima semuanya dengan ikhlas.. mungin dihati rasa payah.. tapi cuba ikhlaskan diri.. insyaAllah nanti segalanya akan dipermudahkan.. sesungguhnya apa yang berlaku pasti ada hikmah.. pandang dari sudut yang positif.. kehilangan aku nanti mungkin bukan menyedihkan kau sebaliknya menggembirakan.. mungkin bukan membuatkan kau sepi sebaliknya semakin meriah hidup kau nanti.. aku tahu masih ramai yang menyayangi kau selain aku.. hargai mereka yang menyayangi kau..hargai mereka yang ada disekeliling kau.. merekalah sumber kekuatan kau sebenarnya tanya kau sedar.. sesungguhnya walau kita terpisah nanti.. kau tetap utuh dihati aku..

29 Oktober 2015

Erti sayang dan rindu

jika kasih itu boleh ku buktikan...
akan ku ukir namamu di lautan...
biar dirimu lihat betapa kuatnya kasih yg ku berikan...

jika sayang itu boleh ku buktikan..
akan ku ukir namamu di awan...
biar kau dapat lihat betapa luasnya syg yg ku persembahkan..

jika rindu itu boleh ku buktikan...
akan ku minta kau kira pasir di tepian pantai..
biar kau dapat nilai betapa byk rindu yg aku rasakan...
mengucapkan..tak sama seperti merasakan...

namun di kala ini, jika kau minta aku buktikan segalanya...
aku hanya mampu ucapkan selamat tinggal....
kerna kau tak mampu menilai rasa yg ku persembahkan...
buka hatimu....nilai perasaan ku..

jgn di tanya sebanyak mana sygku padamu..
jgn di tanya..sekuat mana kasihku padamu..
dan jgn di tanya sebanyak mane rinduku padamu...
aku tak mampu menjawapnya padamu...

ku biarkan persoalan itu...
bukan bererti aku tak menyanyangimu..
namun ku berikan kau waktu untuk menilai perasaan ku..

maafkan aku....jika kerana ini kau tinggalkan aku...
aku lepaskan dirimu tanpa rasa ragu....
kerana ku tak mahu kau terus begitu...
meragui kasih yg ku berikan padamu....

Aku nak rajin bukan malas
Assalamualaikum
Kalau diikutkan hari ni aku banyak giler kerja.. tapi macam tade hati lagi nak siapkan.. hurmmm macam nak tanggu dan tangguh je lagi tapi esok dah kena hantar.. alahaiii kusut masai pulak rasa hati ni.. bila fikir pasal kerja sekolah mesti hati jadi gundah gulana..bukan aku tak suka nak buat kerja tu tapi sekarang ni kemalasan terlampau kuasai diri.. mungkin sebab dah lama sangat melepak dalam kelas kowt..

Waktu aku sedang tulis entri ni.. hujan tiba-tiba turun.. guruh berdentum dentum.. langit pun dah gelap semacam.. aku tahulah, dah dekat nak maghrib.. tapi ni bukan gelap sebab nak malam tau.. ini gelap sebab nak hujan.. dekat sini, sekarang ni hampir setiap petang hujan.. oichhh kesejukan yang dirasai menusuk sampai ke tulang beb.. memang best kalau dapat tidur.. dah lah kipas siling berputar laju.. angin kencang giler kowt.. almaklumlah baru je bersihkan habuk-habusk kipas.. hehehee

waktu-waktu macam ni memang aku tade hati nak mengadap buku-buku.. bukan kata mengadap, nak tengok buku pun rasa macam taknak.. oichhh pemalas giler kowt aku sekarang ni.. tak sedar ke apa final exam dah dekat.. lagi sebulan wehhhh.. sedarlahhh.. rajinlahhh.. bangkitlahh.. kuatkan semangat.. lawan sikit rasa malas tu.. buang sifat malas tu.. tanamkan azam dalam diri.. ingat balik apa tujuan aku datang sini.. aku nak belajar.. aku nak berjaya.. aku nak konvo dengan pointer yang cantikk.. aku nak gembira dan bahagiakan hati mak dan ayah.. aku nak bahagiakan keluarga aku.. aku nak perkara-perkara yang positif..

Eh, cakap memanglah senang.. tapi yang menanggungnya aku.. yang menghadapnya aku.. semua aku bukan kau.. kau.. dan kau yang lalui.. tapi sememangnya aku patut sedar diri... aku ni student.. tak boleh hanyut dari dunia student.. kembali ke visi dan misi asal aku.. aku nak berjaya dalam pelajaran.. cewahhh.. hahaaaa.. apapun daripada aku merapu dekat sini better aku siapkan kerja sekolah.. kan.. hahaa lawan perasaan malas tu mesti aku muncul perasaan rajin.. yeyehhhhh.. semangat.. semangat.. semangat..

Muharram Birthday Giveaway By Sakura

STICKY POST

Assalamualaikum and greetings !
Sudah sekian lama tidak mengupdate blog ni *Sudah berhabuk agaknya* Sempena dengan Tahun Baru dan hari jadi Sakura yang akan datang ini ~ , Sakura ingin buat giveaway, simple-simple sahaja~ Rasanya sudah agak lewat untuk up post ini kerana hari ini sudah memasuki 8 Muharram *Maklumlah agak busy =) So dengan bangganya Sakura merasmikan giveaway ini ! *Tepuk tangan sikit, haha. Macam biasa, kalau mahu hadiah mesti ada syarat-syaratnya.

Follow Blog :

Follow Instagram : ( Tidak diwajibkan )

Follow Twitter : ( Tidak Diwajibkan )

Follow Facebook :

Add Facebook :

Afievy Ivy

Buat Entri Bertajuk :
Muharram Birthday Giveaway By Sakura

Copy and Paste di blog korang ~ :

STICKY POST

Assalamualaikum and greetings !

Sudah sekian lama tidak mengupdate blog ni *Sudah berhabuk agaknya* Sempena dengan Tahun Baru dan hari jadi Sakura yang akan datang ini ~ , Sakura ingin buat giveaway, simple-simple sahaja~ Rasanya sudah agak lewat untuk up post ini kerana hari ini sudah memasuki 8 Muharram *Maklumlah agak busy =) So dengan bangganya Sakura merasmikan giveaway ini ! *Tepuk tangan sikit, haha. Macam biasa, kalau mahu hadiah mesti ada syarat-syaratnya.

Follow Blog :

Sayidah Napisah

Ilman Nafia

Mrs Yatie

Sakura

Afievy Ivy

Follow Instagram : ( Tidak diwajibkan )

Follow Twitter : ( Tidak Diwajibkan )

Follow Facebook :

Add Facebook :

Afievy Ivy

Buat Entri Bertajuk :

Muharram Birthday Giveaway By Sakura

Copy and Paste di blog korang ~ :

Ucapan birthday : [ For the best wishes will receive gift ~ ]

Ucapan Birthday :

And for the last !

Birthday Date ( Guess, haha )

Contoh :

18 Muharram ( 31 October )

Don't Look Back, You're Not Going That Way

SENARAI NAMA PESERTA

HADIAH OHSEMM

TAMAT PADA 30 MUHARRAM

( 12 NOVEMBER )

Ucapan birthday : [ For the best wishes will receive gift ~ ]

Ucapan Birthday :

Selamat Hari Lahir dear. Semoga panjang umur murah rezeki. Tibanya hari ni maka bertambahlah satu angka lagi dan bertambah jugalah komitment serta tanggungjawab. Hidup ni tak selalunya indah tapi yang indah akan selalu kekal dalam ingatan dan hati kita,

Semoga dengan ketibaan hari kelahiran ni, birthday gurl sentiasa gembira dan bahagia disamping insan tersayang dan tercinta. Jangan pernah menyerah dan mengalah dengan dugaan hidup, hadapi dengan tenang dan jangan sesekali gentar ye. Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya.

Jadilah hamba yang soleh/solehan, anak yang sentiasa berbakti untuk kedua ibubapa dan juga kakak atau adik yang sentiasa ada untuk abang atau adik dikala mereka memerlukan. Semoga ikatan kekeluargaan uoll sentiasa terpatri kukuh dan erat dengan hendakNya.

Selamat Hari Lahir

Happy Birthday Gurl

And for the last !

Birthday Date ( Guess, haha )
Contoh :
18 Muharram ( 31 October )

Don't Look Back, You're Not Going That Way

HADIAH OHSEMM

TAMAT PADA 30 MUHARRAM

( 12 NOVEMBER )

28 Oktober 2015

Benci | TNB yang mengjengkalkan aku!

Sakit hati dengan TNB sebenarnya
Bengang pun ada jugak
Hurmmmm.. perhidmatan yang entah apa-apa
sorry lah pada mana-mana TNB yang terasa tu
yang aku nak story nie tentang TNB yang aku berurusan

Kalau diikutkan dua bijik lampu jalan depan rumah aku
tu dah hampir tiga bulan tak menyala
ROSAK!!! kau faham tak rosakkk!!
dah laa lampu jalan berbayar
bulan-bulan bayar kowt tapi perhidmatan macam apa entah
balik-balik tak menyala, balik-balik rosak

aduan kerosakan?
rasanya dah naik berbuih mulut aku buat aduan tapi macam hareeeem!
dah beberapa kali aku call 15454
bercakap dengan operetor bahagian kerosakan lampu jalan
katanya dalam masa 48 jam akan siap dibaiki
tapi batang hidung pun tak nampak
choiii! aku bengang sebab janji 48jam tu tak ditunaikan
aku benci penipu dan orang yang tak tepati janji
okay, aku masih boleh relek..

anggapan aku maybe TNB tu sibuk
maybe lagi sehari dua akan dibaikki
rupanya janji tinggal janji
janji dalam tong sampah
dalam tak sedar rupanya dah tiga bulan.

malam tadi ayah kesayangan aku ada call
ayah mintak tolong aku call TNB tu lagi sekali
giler kau tak terkejut aku.
aku ingatkan lampu jalan tu dah settle
rupanya tak settle-settle lagi
ayah cakap dah dua kali ayah pegi pejabat TNB bahagian Marang
siap bawak resit bayaran lampu jalan tu bulan-bulan lagi
janji dalam masa 8 jam akan dibaiki
tapi pundek! langsung tak nampak bayang

alahaiii panas menyirap pulak hati aku
usaha ayah aku macam sia-sia jae kowt.
aduan melalui telefon ak dipandang
sampaikan ayah terpaksa pergi pejabat TNB Marang bahagian kerosakan sendiri
tetap si TNB tu tak datang-datang jugak repair lampu tu
serius aku menyirap.

malam tadi ayah ada jugak mengadu
risau sebenarnya bila lampu tu tak menyala
bergelap je depan rumah
risau dekat mak dan adik-adik, kalau ayah balik kerja lewat malam
ya lah, rumah kami kan jauh sikit dari jiran tetangga
so kalau apa-apa yang berlaku siapa yang susah.
yang ada dekat rumah skrg ni
hanya ayah, mak dan dua orang adik aku yang masih sekolah
kalau ayah kerja, balik lewat malam tinggallah mak dengan adik-adik
aku, abang dan adik aku yang lagi seorang dah lah jauh
so sapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan

tadi aku call TNB 15454 lagi sekali
untuk sekian kalinya aku bercakap dengan operetar
dah naik muak sebenarnya aku call TNB ni
sebab isu dan masalah yang sama je
suara aku mula-mula coooll td tapi tetiba teremo plak
aku tanya selalu mmg dlm masa 48jam ke akan dibaiki kerosakan
operetar tu pun jawablah ye.
aku pun cakaplah,
ouh ye ke, tapi kenapa aduan saya dah hampir 3 bulan
dan langsung tade tindakbalas ye.
dah berpuluh-puluh kali saya call, buat aduan yg sama je,
ayah saya siap pergi pejabat TNB lagi tapi tetap sama jugak.
ni bukan 48jam dah siap makan bulan lagi.
ops! opereter tu maybe terkejut kowt tetiba kene sembur
panjang berjela aku meleter tadi tapi dia diam je.
dengar luahan kemarahan hati aku ni hah
last sekali opereter tu bagi no telefon TNB cawangan Marang.

aku call TNB cawangan Marang 09-6182810
dua tiga empat lima kali aku call
call yang ke enam baru angkat
dahlah suara tak ramah mesra
aku tanya ni TNB Marang bahagian kerosakan ke
bole plak dia jwb dengan kasar
tak, call no ni 09-6185887
tak sempat aku nak respon, dia dah letak
macam haremmmmm, dah laa salam aku tak dijawab!

aku call 09-6185887 TNB cawangan Marang bahagian kerosakan
berpuluh kali aku call tapi tak diangkat.
hampeh! Tak tahu mane pergi sume kakitangan TNB
takkkan sume sibuk repair kerosakan kowt
takkan tinggal office kosong kowt
ishhhh.. membara pulak hati aku

rasanya aku dah buat aduan disaluran yang betul
aku dah ikut step by step yang betul
tapi kenapa aduan aku masih tidak dapat disettlekan
siapa yang salah dalam hal ni
TNB ke aku yang salah???

Allah ada tapi kita yang melupakanNya

bila mana dunia tak mengizinkan kau untuk menikmati bahagia - jangan mati
bila dunia tak izinkan kau punya orang yang boleh digenggam erat percaya - jangan mati
bila suara kau tak pernah di dengari walaupun dengan yang terdekat paling dekat denganmu - jangan mati

bila semuanya sentiasa tak adil bagimu
walaupun sedaya upaya
sedaya kudrat kau goncangkan jiwamu lahirnya syukurmu
tolong jangan patah

bila semua hati berkehendak busuk padamu
jangan lemah
kekal teguh

bila semua seolah mebuangmu
biarkan mereka
tetaplah utuh dirimu

bila bilah berkilau seksa meraung raung meminta nadi
mengilai n\ngilai manja kegairahan darah
jangan pernah kau pergi

bila nikotin terlalku seksi bermain main dimata dan bibir
jangan pernah kau dekati
bimbang nanti merana datang bertimpa

bila kelongsong sempit penuh kegelapan merayau rayau
meliuk liuk menggoda kau untuk terpelosok kedalamnya
jangan sesekali kau hampiri
mibang kau akan terjerumus

bila semua yang ada berkehendakan kau sendiri
rayu aku jangan mati
jangan bunuh jiwa itu
belai perlahan lahan
duakan jiwamu
rapatkan mereka
bersahabatlah dengan mereka

satukan dengan Tuhannya
sesungguhnya Tuhan sedang memanggilmu
untuk menghampiri dan duduk denganNya

kerana mungin kau sudah terlalu jauh berjalan tanpa henti
Tuhanmu merinduimu
minta pulang ke dalam pelukan paling hakiki

27 Oktober 2015

Perkara yang lelaki perlu tahu tentang bakal isteri

Selain memiliki sifat yang manja dan suka melenting atau terlampau sensitif, terdapat banyak lagi perkara sebenarnya yang kaum adam ni tidak tahu perihal sifat dan tabiat seorang wanita. Gitchew! Semua perkara yang akan dibicarakan ini nanti adalah perkara umum. Jadi, wahai lelaki sekalian, tak perlulah anda terkejut sangat kerana ibu anda pun mungkin terjebak dengan sifat-sifat yang berkenaan.

Tetapi, sebagai seorang lelaki, sememangnya mereka harus peka dan bersedia untuk berdepan dengan tabiat-tabiat si isteri. Dipetik daripada filem How I Met Your Mother, “If I’m marrying you, I’m marrying your problems too.” Nah, romantis bukan?

Apa dia 8 perkara yang bakal suami perlu tahu tentang perempuan? Jom kita lihat!

#1 Rambut

Secara dasarnya, keguguran rambut dan wanita tidak dapat dipisahkan. Nak nak lagi jika wanita itu bertudung dan berambut panjang, amboi kalau boleh rambut tu nak gugur sentiasa. Payah! Kadang-kadang perempuan itu sendiri pun tertekan apabila melihat rambutnya bersepah di atas lantai rumah, dalam bilik air dan kamar beradu, apa lagi perasaan orang lain kan? Jadi, para lelaki haruslah tahu, itu adalah perkara biasa. Ianya terjadi kepada semua wanita. Tak perlulah anda menyoal isteri anda berkenaan rambut gugur itu pula nanti. Kalau isteri kecil hati nanti siapa yang susah? Apa kata anda merajinkan diri untuk menyapu helaian rambut isteri anda. Bukannya susah sangat pun. Tonjolkan sifat gentleman anda! Barulah isteri kagum dan anda mungkin digelar Suami Perefct 10!

#2 Seluar Tidur Pasar Malam & Baju Kelawar

Hmm ralat rasanya untuk kita-kita ini mengeluarkan wang yang banyak hanya sekadar membeli pakaian tidur. Lagi selesa pakai baju kelawar dan seluar tidur RM10 pasar malam! Betul tak kaum hawa? Kalau betul sep sikit! Ya, janganlah si suami itu terlalu mengharapkan si isteri berpakaian tidur seperti dalam kebanyakan filem-filem barat pula. Kemain, nak isteri pakai satin slip dress ya? Kalau sekali sekala tak mengapa. Si isteri pun apa salahnya pakai yang cantik-cantik untuk suami. Tetapi lelaki harus terima bahawasanya, seluar tidur pasar malam dan baju kelawar tetap menjadi idaman hati para wanita! Terimalah baik buruk isteri anda! Mereka tetap yang terbaik!

#3 Bangun Tidur

Ha! Ni lagi satu, janganlah terlalu mengharapkan isteri anda untuk terus jadi seperti Kim Kardashian sejurus terjaga daripada lenanya. Mana ada perempuan normal yang memakai alat solek ketika tidur! Kalau ada pun mungkin dia itu bersifat diva dan terlalu obses nak kelihatan cantik sentiasa. Ehem, Kim Kardashian sendiri pun tidur tanpa make-up okay! Jadi, anda yang lelaki tu jangan lah terkejut pula kalau muka isteri anda pucat. Itu sebelum dia mandi dan bersiap. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya ‘morning kisses’. Itu adalah yang terbaik!

#4 Masak

Tidak semua wanita itu dikurniakan dengan kebolehan memasak secara handal. Setakat memasak telur kicap itu mungkin tiada masalah, tapi kalau dah hidangan ala barat atau apa sahaja masakan yang tidak biasa si dia makan atau masak, janganlah anda runsing pula. Anda harus kekal bersabar menjadi ‘orang eksperimen’ isteri anda dan beri masa pada si isteri anda untuk belajar memasak dengan sempurna. Jika termasin atau terkurang rasa tu, maafkanlah dia. Walau apa pun, cuba beri isteri anda pujian. Perempuan sukakan pujian! Anggap dia masih dalam proses pembelajaran menuju kearah gelaran isteri mithali. Nak lagi seronok, anda turut sama membantu isteri anda di dapur!

#5 Pre-Menstrual Sindrom (PMS)

Jika isteri marah-marah atau secara tiba-tiba bertukar menjadi singa betina, melenting tak tentu pasal pada anda, janganlah terlalu cepat anda membuat andaian bahawa isteri anda sedang datang bulan dan berada didalam mood PMS. Tidak munasabah sama sekali. Perempuan tidak mengalami PMS setiap hari. Ambil masa untuk relaks, biarkan isteri anda sejuk dan reda dahulu. Selepas itu, baru anda mulakan proses memujuk dan mengambil hati si dia. Ini pasti menenangkan kedua belah pihak. Jangan pula ada memekik terlolong pula pada si dia. Itu bagai simbah minyak ke api namanya. Perempuan memang cepat melenting, tetapi dalam masa yang sama, mereka cepat sejuk. Percayalah.

#6  Bantal Busuk

Hmm tidak dapat dinafikan lagi, zaman yang serba moden sekarang ini pun masih ada lagi jenis perempuan yang tidur sambil memintal bucu bantal peluk! Jangan ketawa, ini serius. Kadang-kadang kita sebagai manusia ini tidak boleh lari daripada tabiat-tabiat yang ketagih sebegitu. Ya lah, ada orang yang tak boleh tidur tanpa bantal busuknya. Bakal suami jangan lah marah pula ya, jika isteri anda tergolong diantara manusia yang masih tidur ditemani bantal busuk. Bertabahlah! Lama kelamaan, anda akan dapat menerima sifat dan tabiat isteri anda itu nanti. Ingat, jika anda mengahwini isteri anda, bermakna anda mengahwini masalah, tabiat, sifat dan personaliti isteri anda juga!

#7 Produk dan Kosmetik Yang Berlebihan

Wanita memang gemarkan kecantikan. Memiliki produk kesihatan dan kosmetik berlebihan itu adalah normal! Syampu sampai tiga botol termasuk rangkaian perapi. Pencuci muka ada dua tidak termasuktoner, scrub, moisturizer dan lain-lain. Sabun badan pula ada lima jenama berlainan. Semuanya memenuhi ruang kamar mandi! Eleh, tak perlu heranlah, memang wanita bersifat begitu. Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas BAGI SEORANG PEREMPUAN. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek didominasi oleh si isteri. Ini adalah pengorbanan seorang suami. Nak jadi Suami Perfect 10 tak?

#8 Siapa Lagi Gemuk? Saya ke Perempuan Tu?

Ah sudah! Dia dah mula dah. Ini adalah salah satu perkara yang lelaki sangat-sangat akan tertekan. Ya, apabila si isteri cuba menyoal teka-teki yang mungkin ermm menjengkelkan. Tetapi sebenarnya, si isteri cuma mahukan pujian dan ingin rasa disayangi. Walaupun secara realitinya anda telah berkahwin dengan si dia, dia masih dahagakan apresiasi daripada anda. Hargai lah dia. Layankan sahaja soalan psiko isteri anda tu. Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Pastinya bapa anda juga pernah diasak soalan sebegini oleh ibu anda. Sabar sajalah. Katakan sahaja yang dia adalah wanita bagaikan bidadari paling sempurna di atas muka bumi ini. Anda mencintai baik buruk dia dan oleh itu, anda mengahwininya. Tadaa!

Sediakan fizikal dan mental sebelum melangkah ke alam perkahwinan
Perkara yang lelaki mahukan tapi di diamkan

Sudah terang lagi bersuluh, kalau nak dibandingkan antara wanita dan lelaki, kaum wanita ni lebih gemar berterus-terang. Si lelaki pula selalunya pilih untuk memendam dari mengungkapkan kemahuan mereka yang mereka nak tu. Apa daaaaa! Hehe.

Ada kemungkinan juga si lelaki tu nak menjaga hati anda, al-maklumlah wanita ni kan sensitif orangnya. Cakap sikit melenting, cakap sikit terasa hati, cakap sikit “hantar saya balik rumah mak!”. Tu yang kaum adam lebih rela simpan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.

Oleh itu, apa salahnya kalau anda ambil masa untuk relaks, tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan, fikirkan apa yang sebaiknya untuk pasangan. Mereka juga punya perasaan dan ingin dimanja. Wah gitu ayat! Hahaha.

Antara kehendak mereka yang diselindung:

#1 Rasa Hormat

Wanita diibaratkan tulang rusuk laki-laki. Kaum adam itu wali dan imam. Ertinya, gelaran mereka adalah lebih tinggi dari kita si wanita ni. Mereka mahukan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar memahami si lelaki ni. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada kita. Bertolak-ansurlah. Hormat yang dimaksudkan ini adalah dari segi berikan idea, sokongan, tingkah-laku dan perasaan yang mulia anda terhadap si dia. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda. Jangan nak selfish sangat ye, wanita!

#2 Kekaguman

Dah kata tadi, mereka juga ingin rasa disayangi dan dimanja. Walau sekasanova mana pun sifat mereka, sesado mana pun badan mereka, ya! Mereka masih mahu dibelai. Cuba susun ayat dan khabarkan ayat puitis manis anda untuk mereka seikhlas hati anda. Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Jangan tidak ikhlas pula. Mereka kadang-kala mempunyai deria yang dapat menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga. Hahaha! Banyak songeh la si lelaki ni pula kan!

#3 Wanita Sebagai Peneman

Lelaki gemar berdampingan bersama wanita yang dicintainya. Dia mungkin mahu anda menemannya pergi melakukan aktiviti kegemaran seperti perlawanan persahabatan futsal, bina badan di gym, berjoging, menonton filem aksi dan sebagainya. Tunjuk yang anda sentiasa menyokong minatnya dari belakang. Dia pasti berterima kasih kepada anda kerana sentiasa menjadi “cheerleader” yang sejati. Sejati angat-angattttt..!

#4 Mahukan Bidadari

Seperti wanita, lelaki juga suka yang cantik-cantik. Oh tidak, maksud bidadari disini bukanlah meminta anda untuk menjadi sempurna dari segala segi. Maksudnya disini, kalau boleh anda cari masa dan letak sedikit usaha untuk kelihatan kemas dan cantik untuk pasangan. Bukan untuk orang lain, ianya khas untuk dilihat pasangan anda. Tak minta untuk ada menjadi seorang supermodel. Cukuplah sekadar memakai pakaian yang sedap mata memandang, kebersihan diri yang rapi dan berbau harum. Dia pasti kagum dengan usaha anda untuk menambat hatinya.

#5 Bercakap Dalam Nada Lemah Lembut

Kalau tengok cerita klasik dulu-dulu, bukan main lagi semua perempuan bertutur dengan cara hemah dan lemah-lembut. Seolah bercakap dalam selimut. Zaman sekarang ni, nak jumpa seorang perempuan yang lemah-lembut je pun susah. Semuanya jenis cakap dari 10 batu dah dengar.

Ha, yang ada pasangan tu, jangan lah buat si dia macam kawan-kawan anda pula. Berkata-katalah dalam kadar yang lemah-lembut, sopan-santun. Tidak dinafikan, lelaki tidak suka perempuan yang plastik atau buat-buat. Kita jadi diri kita, tetapi apabila berkomunikasi atau bertindak denganya, cuba anggap diri kita ni ibarat perempuan melayu terakhir. Okay? Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.

#6 Galakan

Lelaki suka mendapat galakan, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situaasi yang genting atau sedang bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak. Mereka fikir, kalau anda meletakkan kepercayaan terhadap dirinya, mereka pasti boleh menghadapi apa sahaja cabaran. Ingat, kita adalah “cheerleader” mereka! *pakai ala-ala pom pom girl*

#7 Penghargaan

Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk buat hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucaplah terima kasih. Penghargaan dapat menimbulkan rasa cinta anda terhadapnya. Tengoklah, dia pasti tidak jemu untuk tolong anda lagi lain kali melihatkan sifat anda yang sering menghargainya.

#8 Beri Ruang

Mereka sememangnya seorang yang gagah. Tetapi kadang-kala berilah mereka masa untuk lakukan kehendak diri mereka. Beri dia masa untuk lepak bersama kawan-kawannya atau habiskan masa untuk dirinya sendiri. Jangan anda kongkong hidup mereka. Itu mengundang kecelakaan namanya. Lelaki tidak suka dikongkong, begitu juga anda kan? Alaaa ngaku jela uolls!

#9 Diperlukan

Lelaki sudah sedia tahu yang anda mahukan dirinya, tetapi apa salahnya kalau anda tunjukkan! Lelaki mahu rasa diperlukan. Jika dia tidak rasa dirinya diperlukan oleh anda, ini boleh mengganggu-gugat keyakinan dirinya. Romantis dengan dirinya dan buat dia rasa yang anda begitu teruja dan rasa beruntung untuk mendapatkannya dalam hidup anda!

Credit : SINI

PERINGATAN : BUKAN WANITA SAHAJA ADA HATI DAN PERASAAN!
Bertengkar kerana rindu

Kita bertengkar soal yang remeh sahaja
Kita bertengkar soal yang mudah sahaja

Tentang lambat membalas sms
Tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
Tentang cara bercakap dah tak macam selalu

Kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
Siapa yang lebih cinta siapa
Siapa yang sudah mula berubah

Tiada apa-apa
Kita sebenarnya elok-elok
Cuma kita rindu sesama kita

Takpa, nanti kita jumpa