30 November 2015

Antara wajah wajah sayang | Rindu

Assalamualaikum


Sayang
ku hitung hari purnama yang menanti
dan semakin terbayang 
igauan yang menjelma
dan jejari ku pilu
mengusap imbasanmu
haruman yang ku genggam
dibelai dingin malam
berguguran bunga si pohon kemboja
embun yang menerpa
menyaksikan detik cinta kita
kini ku mencari lakaran sayangmu
antara sejuta wajah dan suara didepanku
mengapa sayang
cuma ku temu pilu
sayang
ku pujuk rindu
ku bawanya beradu
iramanya menghilang mengiringimu sayang

Take note : Beberapa hari ni rutin harian aku main games 'Plants vs Zombie 2' sambil dengar lagu 'Antara wajah-wajah rindu by Menara'. Lagu lagend ni bro. Lagend tak lagend kalau dah best memang aku layan je. Ulang 44x kali lagu sama pun tak pe sebab aku tak bosan. Sebenarnya lagu nie dah lama ada dalam lappy aku. Almaklumlah lagu seseorang bagi. Tapi tak pernah pulak aku rasa nak hayati sebelum ni. Tak tahu kenapa tetiba dua tiga hari ni, gatal telinga pulak nak dengar. Kali pertama dengar, terus jatuh sedap. Pastu duduk ulanglah 44x tak jemu-jemu. 

Mula-mula dengar lagu ni, aku teringat dekat seseorang tu. Entah manalah dia sekarang erk? Bahagia ke tidak. Hidup lagi ke tidak? Opss! hehee terlebih garam sudah. InsyaAllah, aku doakan yang baik-baik untuk dia. Walau dimana dia berada sekarang, aku doakan kebahagiaan untuk dia. Aku tahu, mustahil dah untuk aku dan dia contact, berjumpa apatah lagi. Dia, seseorang yang baik dan sangat baik yang pernah hadir dalam hidup aku. Dalam semua perkara nak dahulukan aku. Nak sangat jaga hati aku. Aku sedar dalam diam sebenarnya dia banyak makan hati degan sikap dan perangai aku. Huhuuu.. entahlah.. apapun, aku doakan dia bahagia sekarang dengan life dia. Aku tahu kekadang dia ada jugak stalk blog aku nie. Aku just nak cakap.. maaf untuk segala-galanya dan terima kasih untuk segala-galanya. 

Kesan akibat kunyah ais

Assalamualaikum

Dalam dunia yang bergerak pantas ini, kita sering berasa letih kerana sibuk memenuhi tuntutan kehidupan bandar yang semakin mencabar.

Justeru, kita sentiasa lesu atau mudah letih kerana berdepan tekanan fizikal dan mental, terutamanya selepas bekerja sehari suntuk atau senaman berat di gim.

Namun bagi sesetengah orang, keletihan mungkin menandakan ada masalah lebih membimbangkan iaitu anemia. Anemia adalah gangguan kesihatan iaitu bilangan sel merah yang kurang daripada paras normal.

Darah mengangkut oksigen, nutrien, hormon serta bahan lain ke organ dan tisu. Apabila jantung berdenyut, darah akan dipam menerusi pembuluh darah ke semua bahagian badan.

Sebagai komponen yang paling banyak dalam darah, sel-sel darah merah memberi warna merah kepada darah serta mengangkut oksigen daripada paru-paru ke badan menerusi sejenis protein khas dinamakan hemoglobin .

Anemia bermaksud paras sel darah merah atau hemoglobin rendah daripada paras normal. Kesannya, kandungan oksigen yang diangkut dalam darah berkurangan.

Oksigen adalah bahan api yang membolehkan sel-sel hidup dan berfungsi. Fungsi sel, tisu dan organ terjejas jika oksigen yang dibekalkan berkurangan. Sebab itulah kita mudah letih apabila melakukan aktiviti seharian.

Anemia selalunya dihadapi kaum wanita akibat kehilangan darah ketika haid atau kehamilan. Selain itu, masalah kesihatan ini turut disebabkan pendarahan dalam perut, kekurangan nutrisi atau penyakit kronik lain. Namun, faktor utama anemia ialah kekurangan zat besi. Anemia boleh diwarisi daripada ibu bapa.

Punca dan simptom anemia

Punca anemia termasuk kehilangan darah akibat trauma, luka pada saluran gastrousus atau pendarahan haid yang tidak normal, kekurangan vitamin dan mineral yang penting untuk penghasilan sel darah merah, penyakit kronik seperti radang gastrousus, kegagalan buah pinggang, jangkitan akut dan kronik serta penguraian sel darah merah akibat latihan fizikal yang berat. Bagaimanapun, punca anemia yang paling biasa ialah kekurangan zat besi.

Selain keletihan, simptom lain yang biasa termasuk sakit kepala, pening, denyutan jantung tidak teratur, kulit pucat, bunyi berdengung dalam telinga dan sesak nafas.

Cara lain untuk mengenal pasti simptom anemia termasuk memeriksa warna dalam kelopak mata bawah anda (konjunktiva), kuku dan tapak tangan. Konjunktiva, kuku dan tapak tangan yang pucat ialah tanda anemia.

Jika anemia yang teruk tidak dirawat, jantung mesti bekerja lebih kuat dan beban ini boleh menyebab­kan masalah jantung yang dikenali sebagai hipertrofi ventrikel kiri (LVH), aritmia (denyutan jantung tidak teratur) serta menjejaskan imuniti.

Tambahan pula, anemia dalam kalangan ibu yang mengandung mungkin menyebabkan kelahiran pramatang.

Kekurangan zat besi (IDA)

Anemia kekurangan zat besi ialah sejenis amenia yang disebabkan kekurangan zat besi dalam badan untuk menghasilkan sel darah merah.

Ia adalah jenis anemia paling biasa. Faktor kekurangan zat besi termasuk peningkatan keperluan badan terhadap zat besi dalam peringkat kehidupan tertentu (misalnya kehamilan dan tumbesaran), kehilangan zat besi menerusi kehilangan darah serta kekurangan pengambilan atau penyerapan zat besi.

Mengatasi kekurangan zat besi

Perubahan diet langkah pertama untuk mengatasi kekurangan zat besi dalam darah. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), warga dewasa perlu mengambil 18 miligram zat besi setiap hari untuk mengekalkan kesihatan.

Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran berdaun hijau, kacang lentil, tiram dan daging merah kurang berlemak serta ikan dapat membantu meningkatkan kuantiti zat besi.

Namun, kita perlu mengambil makanan ini beberapa kali dalam kuantiti yang tetap kerana badan hanya mampu menyerap kira-kira 10 peratus zat besi daripada diet.

Anda patut kurangkan merokok untuk membantu badan pulih dengan lebih cepat. Selain itu, anda patut menjalani gaya hidup aktif.

Amalkan gaya hidup sihat

Tidak dapat dipertikaikan bahawa zat besi diperlukan untuk kesihatan optimum. Walaupun demikian, kebanyakan penghidap anemia tidak sedar mereka menghidap anemia. Oleh itu, pemeriksaan badan adalah penting. Terdapat beberapa tabiat anemia. Anda patut berjumpa doktor jika teringin mengunyah ais atau tanah liat.

Credit : SINI

Jiwa tenang jika pandai kawal emosi

Assalamualaikum

SEMUA orang berdepan tekanan (stress) tetapi yang membezakannya ialah berapa kerap kita mengalami situasi itu dan tahap tekanan yang dihadapi. Ada yang berdepan tekanan dengan tenang, tidak kurang yang tidak mampu menghadapi tekanan.

Jiwa tenang adalah anugerah daripada Allah SWT berkat sabar dilalui hamba-Nya. Namun, tidak semua mempunyai kesabaran yang tinggi. Segmen Usrati yang bersiaran jam 5.15 petang setiap Khamis mengupas tajuk tekanan.

Ustazah Norhafizah Musa memulakan perbincangan dengan memetik firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan kamu dalam keadaan kamu reda dan kamu diredai. Maka masuklah dalam golongan hamba-Ku dan masuklah syurga-Ku." (Surah al-Fajr, ayat 27-30)

Surah ini wajar dijadikan asas untuk memiliki jiwa tenang dan bagi yang memiliki jiwa yang tenang akan dipanggil dengan penuh penghormatan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya. Adakah kita antara mereka yang memiliki jiwa yang tenang?

Tekanan terbahagi dua

Tekanan terbahagi kepada dua iaitu tekanan dalaman dan luaran. Kebanyakan kita mengalami tekanan dalaman kerana memikirkan sesuatu perkara itu dengan berlebihan. Pada hal masalah kita tidaklah sebesar mana. Ini namanya risau tidak bertempat.

Bukan sahaja perempuan, lelaki juga banyak yang mengalami tekanan. Apabila dilanda tekanan, ia bukan saja membuatkan kita rasa berdebar-debar, jantung berdenyut laju, malah otot dan badan akan turut sakit. Banyak ciri-ciri yang boleh kita lihat apabila seseorang itu tertekan antaranya cepat berpeluh, bercakap dengan terketar-ketar, tangan dan kaki menjadi sejuk serta pelbagai lagi.

Tekanan luaran lebih kepada faktor persekitaran. Apabila kita beralih persekitaran atau suasana, tekanan dialami akan hilang. Panduannya mudah, jangan terlalu ambil pusing dengan cakap-cakap orang, kerana manusia memang suka mencari dan mencipta salah orang lain.

Jangan kita bazirkan masa memikirkan hal tidak penting. Tanpa sedar, ada kala kita sendiri yang mencipta tekanan kepada diri. Bagaimanapun, jika kita tidak pernah mengalami tekanan, itu tidak normal kerana tekanan adalah lumrah kepada manusia.

Kita akan mengalami sakit, menempuhi pelbagai masalah kerana itulah kehidupan. Memang Allah susunkan begitu supaya ada keseimbangan. Nabi SAW membimbing kita untuk memiliki jiwa yang tenang dan berakhlak walaupun berdepan pelbagai ujian hidup.

Seseorang yang memiliki jiwa tenang boleh dilihat dalam caranya meniti kehidupan sehari-hari. Walaupun kita ada kekurangan, jangan cepat mengalah kerana itulah proses untuk mencapai jiwa tenang. Jatuh bangun perkara biasa, jatuh tersungkur sudah tentu. Memang payah untuk melaluinya kerana jiwa kita tidak tenang.

Ambil semangat daripada kisah orang

Ada kala kita perlu mengetahui kisah mereka yang pernah berdepan ujian yang perit supaya dapat mengambil semangat daripada mereka untuk membina keyakinan serta memperkuat pertahanan diri seterusnya kekal positif.

Putus asa adalah perkara biasa bagi manusia tetapi kita boleh mengatasinya dengan meneladani jiwa yang ada pada Rasulullah SAW yang memiliki jiwa tenang.

Tip mudah yang boleh dilakukan apabila berdepan ujian ialah bertenang dengan menarik nafas. Keadaan diri yang tenang membolehkan otak berfungsi dengan baik dan kita mampu berfikir secara rasional untuk mendepani situasi itu.

Akhlak terbaik dalam dunia dan menjadi akhlak ahli syurga iaitu memaafkan orang yang menzalimi, menyambung silaturahim dan memberi kepada orang yang kedekut dengan kita.

Antara ciri yang menggambarkan jiwa tenang ialah memiliki hati yang boleh merasa seolah-olah nampak Allah SWT dengan segala keindahan-Nya, membuatkan kita sabar dengan segala ujian. Orang yang memperoleh hati sebegini tidak cepat melatah dalam hidupnya.

Kita harus sabar untuk mengharapkan reda Allah SWT. Orang yang jiwanya tenang, hatinya sentiasa tenang. Andai jatuh berulang kali, masih boleh bangun untuk meneruskan kehidupan. Justeru, belajarlah mengawal emosi.

Credit : SINI

Plants vs Zombie 2 | Games best

Assalamualaikum



Rasanya dah lama aku tak main games dalam lappy mahupun. telefon... almaklumlah, kebelakangan ni sibuk sikit.. sejak-sejak dah dekat nak final exam ni.. selalunya aku akan habiskan masa berjam-jam depan lappy ataupun telefon semata-mata untuk games... hahaa waktu tu.. jangan ganggu aku.. aku off paket data.. aku tutup wifi.. aku kunci pintu bilik.. semuanya sebab taknak diganggu.. hehee kawan-kawan aku pun dah faham sangat situasi bila aku main games..

Untuk kali ni.. aku gilerkan games Plants vs Zombie 2 pulak.. hurmmm.. games ni pun aku tertengok secara tak sengaja je.. kalau sebelum ni games Plants vs Zombie 1.. aku memang dah khatam.. dah berapa kali main.. berapa kali jumpa bos si zombie tu.. heheee.. cabaran.. cabaran..

Untuk kali ni.. games Plants vs Zombie 2 memebuatkan aku lupa dunia kejap.. padahal dah dekat nak final exam.. buku pun sikit-sikit terabai tu.. tidur pun dah lewat malam.. bangun pagi mulalah tade mood sebab mengantuk.. games.. games.. itu yang susahnya bila aku dah start main games.. aku akan usaha jugak untuk settlekan games tu.. entahlah.. sebab jenis aku.. alang-alang dah main tu biarlah habis.. baru puas hati.. nak jugak tengok endingnya macam mana. ye dok? (=

Dalam games Plants vs Zombie kali nie.. aku terpaksa bekerja keras sikit.. perlu banyakkan berfikir.. susun strategi sebab zombie-zombie tu agak kuat... hahaa dah lah jenis yang pelik-pelik.. aku pun dah naik seram tengok diaorang..



                          



Ini antara plants dan zombie yang wujud dalam games Plants vs Zombie 2.. hahaaa seramkan tengok diaorang.. macam-macam jenis ada.. senjata yang digunakan pun macam lagi best dari yang sebelum ni..

29 November 2015

Kisah silam | Imbas kenangan

Assalamualaikum..

Tadi aku kemas loker.. ternampak external.. aku ingatkan dah hilang.. rupanya tersorok di celah- celah lipatan kain baju.. bertuah pun external.. hari tu meroyan giler aku mencari external tu.. bila dah hampir terlupa ni.. boleh pulak dia muncul.. ok takpe.. kemunculan external tu aku sambut dengan rasa excited.. terus aku stop kejap kemas-kemas loker.. aku capai lappy dan on.. terus aku buka external tu.. saja je nak tengok sebenarnya.. apa yang dah aku simpan dalam externel tu.. dah jadi pekasam ke belum..

mak aikkk.. banyaknya gambar-gambar lama aku.. aku ingatkan semua gambar-gambar tu aku takkan dapat tengok lagi dah.. sedih.. nasib baik masih tersimpan kemas dalam external.. terharu ditambah haru biru sebenarnya bila tengok gambar-gambar lama.. rasa macam nak menangis je.. rindu pulak kenangan lama..

2013 - Santai-santai dengan bebudak kelas.
Waktu study Wireman di ABMWT

2013 - Kerja amali, baik pulih lampu jalan
Wireman ABMWT

2013 - minggu pertama jadi pelajar di ABM. pegi berkelah satu kelas di
Air Terjun Sekayu, Kuala Berang, Terengganu

2009 - Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh

2012 - Penang

2008 - Waktu orentasi di PSDC, Kuantan

2014 - Alumni & Majlis Hari Raya anjuran CIDB
2012 - Jambatan Samantan, temerloh, Pahang

2013 - Seremban

2013 - Amali pendawaian elektrik satu fasa

2013 - Hari pertama dengar ceramah untuk 'Green Card'

2014 - Hari-hari terakhir di ABM.
Merdeka! Time nie dah habis final

2009 - Gambar kelas.
Kami student elektrik, PSDC Kuantan

2009 - Jimba malam dengan Kak Lynn & Kak Oyienz
Pantai teluk Chempedak, Kuantan

20010 - Merayap dalam East Cost Mall, Kuantan

2010 - Jimba malam, lepak Esplaned Tanjung Api, Kuantan

2009 - Sukan antara utm - netball -
Psdc, Kuantan

Take Note : Kenangan tak mungkin dapat diulang kembali. Andainya diulang, belum pasti akan sama seperti yang telah kita lalui. Kenangan mungkin akan kian menjauh tapi akan tetap diingatan.

[OFFICIAL TRAILER] In The Heart of The Sea: Believe To See Things That No One Else Would See

Assalamualaikum

Adakah rasaksa benar-benar wujud? Jangan ketinggalan, Disember ini untuk alami pertemuan sebenar yang diilhamkan oleh Moby-Dick. Jangan ketinggalan, nanti rugi padam muka.







Nak tambah pendapatan?
Jom sign up  8Share sekarang

Lirik Lagu | Salam Sejahtera by Menara

Assalamualaikum


Salam Sejahtera

Tiada kata dapat ku lafazkan lagi
Untuk diri mu
Tiada harta senilai kasihmu itu
Kaulah yang satu
Matiku sanggup kerana dirimu
Kerana menyintai dirimu

* Riwayat hidup ku dalam gelap gelita
Kaulah cahaya
Yang menerangi titian kasih sejati
Ke pintu syurga
Bermula cinta tiada sudahnya
Bersatu selama-lamanya

** Salam sejahtera
Tirai hijabmu terbuka
Sekian lama terpisah
Kenal tak pernah bersua
Ada tapi tak terasa
Rindu dendam berkelana
Tanpa haluan

Karam sudah
Tenggelamku pada mu
Bukti cinta
Kita takkan berpisah
Kasih…

Solo

Ulang * dan **

*** Karam sudah
Tenggelamku pada mu
Bukti cinta
Kita takkan berpisah

Selautan
Kasih kita jadikan
Satu tanda
Dalam nokhtah rahsia

Ulang ***

Lirik Lagu | Terpedaya Perasan by Menara

Assalamualaikum

TERPEDAYA PERASAAN

Diam silih berganti
Aku masih disini
Menghitung hari-hari
Berteman dengan sepi

Hati sering meronta
Bertanya dimanakah dosa diri ini
Hingga kau pergi tinggal ku sendiri

Malam silih berganti
Aku masih menanti
Mungkinkah kau kembali
Membalut luka ini

Hati sering meronta
Bertanya dimanakah dosa diri ini
Hingga kau pergi tinggal ku sendiri

Cintaku terpenjara
Bercucuran airmata
Inikah salam hati
Sayang ku pun tersingkir

Mungkin hanyalah dalam mimpi
Menjerit hati menjerit
Janjimu hanya mainan
Terpedaya perasaan

Bisakah terbuka tuk baluti
Luka hati ku sendiri.

LEE HONG GI - Insensible

video

ENGLISH TRANSLATION

Since when was it?
I thought I forgot everything and guess I was wrong
I couldn’t even stand a day and cry like I’m crazy
I don’t wanna believe

Just like the day I let you go, insensibly
It rains, insensibly
Try to stop
Try to understand that it doesn’t work oh woo oh
I just can’t help crying

I asked my friend if you were okay
I didn’t have to say that though oh yeah
I know I worried for nothing but I was afraid of being forgotten
I don’t wanna believe

Just like the day I let you go, insensibly
It rains, insensibly
Try to stop
Try to understand that it doesn’t work oh woo oh
I just can’t help crying

The memory that I loved you makes me live today

I don’t know anything about love without you
I will be down without you
When it rains so heavily, I feel like you would come back to me Oh
Please come back to me sometime

Just like the day I let you go, insensibly
It rains, insensibly
Try to stop
Try to understand that it doesn’t work oh woo oh
I just can’t help crying




Lee Hong-Ki Delivers Vocal Perfection With Debut FM302

Assalamualaikum




Fans of F.T Island were definitely given something to be thankful for late in 2015. The pop/rock band’s enigmatic and multitalented lead singer, Lee Hong-ki, recently released his debut mini-album, FM302.

The trend in 2015 seems to be heavy experimentation with House, and its less melodic relative, Techno. FM302 goes the route of a more belligerent, club-ready composition with opening track “Let’s Seize the Day.” The track opens the album on a somewhat positive note. While the title suggests Hong-ki’s desire to grasp at every opportunity to better his life, the lyrics express the sentiments of a man in pain who’s searching for release from his burden:

Every night I’m looking for a place
A bottle to drink the pain away
Looking for things
I never knew

While I’ve always been on the fence regarding the genre, there’s no denying the catchiness of the beats and the infectiousness of the rhythms. A testament to just how much control Hong-ki has over his instrument, the music—which by its very nature is meant to be over-the-top—doesn’t at all swallow his voice. It’s your standard thumpa-thumpa, but it’s catchy enough to keep listeners invested.

Hong-ki follows up the crunch and pop of “Let’s Seize the Day” with an absolutely gorgeous ballad. Though lyrically it follows the same maudlin tropes of being lost in the throes of inextinguishable pain after a bad breakup, “Insensible” has a simple melody that allows room for Hong-ki’s voice to explode and expand. As ballads are meant to do, it highlights the vocals. There are few places to hide in a ballad, unless, of course, the composers were intent on the music overpowering the vocal. However, this is a perfect balance of sweeping composition and powerful vocals, the likes of which even erase the bad taste left in my mouth after the tracks that follow.

“Kings for a Day” was a bit disappointing both lyrically and musically. While I’ll never begrudge a song’s positive message, this song was just way too generic and uninteresting, disrupting the flow of an otherwise intriguing debut effort. “Be Your Doll” goes the route of typical K-pop, adding another musical dimension, but nothing much in terms of anything as interesting as what came before or what, thankfully, comes after it. Both songs do the job of adding upbeat pop in the middle of a more mellow album, which makes sense. No one really wants a dreary mini-album to represent their debut as a solo artist. However, it is rather unfortunate how generic sounding the pieces are in comparison to the more musically interesting Techno and inherently emotional balladry.

”LOL (Loudness of Love)” managed to bring FM302 back from the depths of mediocrity. It’s a flawless synth-driven electronic composition that meshes beautifully with Hong-ki’s guttural timbre. “LOL” follows our protagonist, who is going through a bout of loneliness where the only cure is to be closest to the one he loves, holding tight to a moment in time that will alleviate all his self-doubt and feelings of isolation:

I just wanna have tonight
Don’t worry just
Enjoy the ride, the ride
Oh, I feel alive with you
You make me high, so high
Stay right here with me closer
Touch me now
Let me show you how

The album ends with “In the Rain.” As with “Insensible,” we get a flourishing composition – complete with winds, drums, and heavy bode instruments – that perfectly captures the smokiness of Hong-ki’s high tenor. Though it does err more on the side of the OST ballad, as it seems most ballads do as a means to appeal to a wider audience, that doesn’t detract from its power and purpose. It is a bit unfortunate to close an album on such a generic ballad, but it does solidify the boldness of Hong-ki’s voice.

Lee Hong-ki is an exceptional vocalist. No one in their right mind could ever deny that. Be that as it may, as with many debuts, especially from artists venturing away from the comfort of a group, FM302 suffers from a lack of cohesion and focus. Though this variety seems to be the purpose of an album whose title suggests a radio station, it does leave one with the same dizzying sensation left by a station that plays any and everything as an attempt to reach the widest audience. Experimentation with electronic and Techno sandwiched with more typical K-pop/rock fare and heavy ballads with varied results and inconsistent quality. However, what it’s missing in direction, it more than makes up for in some of its composition and the enormity of Hong-ki’s talent. If nothing else, the F.T Island singer’s debut mini highlights just how powerful an instrument he has.

Credit : SINI

Apa itu Kanser Payudara | Pemeriksaan sendiri dan klinikal payudara

Assalamualaikum


Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

1. Berapa kerapkah perlu saya lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?

Lakukan PSP sekali setiap bulan bermula dari umur 18 tahun. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting. 8 daripada 10 benjolan adalah bukan kanser.


2. Bagaimanakah KPD dikesan?

Untuk wanita berusia kurang dari 40 tahun, melalui PSP dan pemeriksaan doktor. Untuk wanita berumur lebih dari 40 tahun, cara yang paling berkesan adalah mamogram. Namun ianya hanya dapat mengesan 80-90% KPD pada peringkat awal. Walaubagaimanapun, doktor perlu juga melakukan pemeriksaan klinikal dan anda perlu melakukan PSP setiap bulan untuk mengesan sebarang perubahan. Tiada satu kaedah yang 100% berkesan.


3. Saya mempunyai suatu benjolan pada payudara saya. Mungkinkah ini KPD?

8 daripada 10 benjolan yang dikesan pada payudara adalah bukan kanser. Ia mungkin gumpalan kelenjar payudara normal atau hyperactive atau sist berisi cecair. Sekiranya anda merasai benjolan dan bimbang ianya KPD, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan. Setiap wanita perlu mengenali payudaranya dengan terperinci dan satu-satunya cara adalah dengan melakukan PSP setiap bulan. Melalui PSP, anda akan mengetahui tekstur payudara. Setiap individu mempunyai tekstur yang tersendiri. Sekiranya anda mendapati terdapat kelainan pada tekstur, segeralah berjumpa dengan doktor.


4. Saya mempunyai masalah ‘Fibrocystic Breast Disease’. Bagaimanakah patut saya lakukan PSP sedangkan payudara saya agak berbenjol-benjol?

Mintalah khidmat nasihat daripada doktor anda untuk mengajar anda PSP. Lakukan PSP sekali sebulan selepas haid bilamana payudara anda paling tidak bengkak dan sakit. Lama-kelamaan anda akan mula ‘mengenali’ payudara anda dan dapat mengesan sebarang perubahan pada payudara anda dengan mudah.

Pemeriksaan Klinikal Payudara

1. Di manakah boleh saya mendapatkan pemeriksaan klinikal?

Anda boleh mendapat perkhidmatan ini dari mana-mana klinik kesihatan, klinik LPPKN ( Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), klinik FPA ( Persatuan Perancang Keluarga) dan klinik swasta. 


2. Berapa kerapkah perlu saya menjalani pemeriksaan dengan doktor? 

Anda perlu menjalani pemeriksaan fizikal dengan doktor sekali setiap tahun. Jika terdapat tanda- tanda atau perubahan pada payudara sebelum tarikh temujanji dengan doktor, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. 


3. Bolehkah sist bukan kanser berubah jadi kanser?

Sist bukan kanser adalah suatu fenomena biasa dan jarang sekali bertukar jadi kanser. Sekiranya anda mempunyai benjol pada payudara , segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sesetengah wanita mengalami benjolan siklikal, iaitu sist yang muncul di awal kitaran haid dan lama-kelamaan mengecut atau hilang, dan ia biasanya tidak berbahaya. Anda perlu dapatkan kepastian dari pakar payudara. Sekiranya anda pernah mempunyai sist payudara dahulu, jangan anggap benjolan baru pada payudara adalah sist juga. Jika benjolan tidak hilang atau bertambah besar, segera berjumpa doktor.


4. Bagaimana KPD didiagnosa?

Ramai wanita mengesan KPD sendiri, sama ada secara kebetulan atau semasa PSP. Seringkali KPD dikesan semasa pemeriksaan kesihatan atau saringan mamogram. Mamogram boleh mengesan 80-90 peratus KPD dan boleh mengesan KPD sebelum benjolan boleh dirasai. Kebanyakan benjolan adalah bukan kanser. Semua benjolan payudara mesti diperiksa melalui: 

- pemeriksaan payudara oleh kakitangan kesihatan

- mamogram

- ultrasound payudara (jika berumur kurang dari 35 tahun)

- biopsi tisu jika perlu

Apa itu Kanser Payudara | Tanda-tanda awal

Assalamualaikum


Tanda-tanda Kanser Payudara

1. Apakah tanda-tanda awal KPD?

Tanda paling kerap adalah benjol atau penebalan tisu payudara. Tanda-tanda lain adalah perubahan pada saiz atau bentuk payudara, lelehan dari puting atau perubahan pada warna dan rupa kulit payudara. Kadang kala, tidak ada sebarang tanda sehinggalah KPD telah merebak. Sebab itulah mamogram adalah penting.


2. Jika saya mengalami sakit payudara, adakah saya mempunyai KPD?

Anda tidak perlu bimbang jika satu-satunya gejala yang anda alami adalah kesakitan. Peringkat awal KPD tidak menyebabkan kesakitan. Lagipun, peringkat awal KPD mungkin tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung. Jika anda masih bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk penjelasan lanjut.


3. Apa berlaku jika benjol dikesan pada payudara?

Doktor akan menggunakan suatu jarum untuk mengeluarkan cairan atau sedikit tisu dari benjol tersebut.Ini akan menunjukkan sama ada benjol tersebut adalah sist berisi cecair (bukan kanser) atau ketulan (kanser/bukan kanser). Doktor juga melakukan biopsi di mana sebahagian atau keseluruhan benjol dikeluarkan dan dihantar ke makmal patologi untuk dipastikan sama ada ianya kanser atau bukan kanser. Pemeriksaan ultrasound kadang-kadang digunakan untuk mengenalpasti jenis (sama ada solid atau cystic) dan bilangan benjolan yang ada.


4. Adakah lelehan dari puting suatu petanda KPD?

Lelehan bercampur darah atau lelehan sebelah sahaja adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera. Pendek kata, sebarang lelehan puting yang membimbangkan perlu dilaporkan kepada doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Kembali ke Atas


Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSP)

1. Berapa kerapkah perlu saya lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?

Lakukan PSP sekali setiap bulan bermula dari umur 18 tahun. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting. 8 daripada 10 benjolan adalah bukan kanser.


2. Bagaimanakah KPD dikesan?

Untuk wanita berusia kurang dari 40 tahun, melalui PSP dan pemeriksaan doktor. Untuk wanita berumur lebih dari 40 tahun, cara yang paling berkesan adalah mamogram. Namun ianya hanya dapat mengesan 80-90% KPD pada peringkat awal. Walaubagaimanapun, doktor perlu juga melakukan pemeriksaan klinikal dan anda perlu melakukan PSP setiap bulan untuk mengesan sebarang perubahan. Tiada satu kaedah yang 100% berkesan.


3. Saya mempunyai suatu benjolan pada payudara saya. Mungkinkah ini KPD?

8 daripada 10 benjolan yang dikesan pada payudara adalah bukan kanser. Ia mungkin gumpalan kelenjar payudara normal atau hyperactive atau sist berisi cecair. Sekiranya anda merasai benjolan dan bimbang ianya KPD, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan. Setiap wanita perlu mengenali payudaranya dengan terperinci dan satu-satunya cara adalah dengan melakukan PSP setiap bulan. Melalui PSP, anda akan mengetahui tekstur payudara. Setiap individu mempunyai tekstur yang tersendiri. Sekiranya anda mendapati terdapat kelainan pada tekstur, segeralah berjumpa dengan doktor.


4. Saya mempunyai masalah ‘Fibrocystic Breast Disease’. Bagaimanakah patut saya lakukan PSP sedangkan payudara saya agak berbenjol-benjol?

Mintalah khidmat nasihat daripada doktor anda untuk mengajar anda PSP. Lakukan PSP sekali sebulan selepas haid bilamana payudara anda paling tidak bengkak dan sakit. Lama-kelamaan anda akan mula ‘mengenali’ payudara anda dan dapat mengesan sebarang perubahan pada payudara anda dengan mudah.

Apa itu Kanser Payudara | Breast cancer

Assalamualaikum


Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.

Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Faktor Risiko Kanser Payudara (KPD)

1. Adakah aktiviti fizikal mengurangkan risiko KPD? 
- Wanita yang bersenam 4 jam seminggu mengurangkan risikonya untuk mendapat KPD. Senaman meningkatkan sistem imun dan mengurangkan paras estrogen.

2. Adakah diet yang sihat menghindari saya dari mendapat KPD?
- Amalkan pemakanan yang seimbang. Diet yang tinggi kandungan lemak meningkatkan risiko KPD. Lemak meningkatkan hormon estrogen yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda.

3. Adakah merokok menyebabkan KPD? 
- Kebanyakan kajian tidak menunjukkan merokok menyebabkan KPD. Kajian untuk meneliti kaitan di antara KPD dan merokok serta merokok secara pasif masih dijalankan. Walaubagaimanapun, merokok mengurangkan jangka hayat seseorang yang telah disahkan menghidapi KPD.

4. Adakah pengambilan alkohol meningkatkan risiko saya untuk mendapat KPD? 
- Satu atau dua minuman alkohol sehari meningkatkan sedikit risiko anda. Lebih banyak diminum, lebih tinggi risiko anda.

5. Adakah sejarah keluarga meningkatkan risiko saya? 
- Jika anda mempunyai nenek, ibu, adik-beradik perempuan atau anak perempuan yang pernah mendapat KPD, anda memang berisiko tinggi. Lakukan mamogram sekurang-kurangnya 5 tahun lebih awal daripada umur ketika KPD mula- mula dikesan pada saudara terdekat anda. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya ada tanda- tanda yang luarbiasa.

6. Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat KPD? 
- Kebanyakan wanita tidak berisiko tinggi untuk mendapat KPD.Wanita –wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat KPD adalah seperti berikut:

- Pernah mengalami sendiri KPD pada sebelah payudara.
- Mempunyai masalah genetik tertentu yang meningkatkan risiko mendapat KPD.
- Mempunyai ibu, adik-beradik perempuan, anak perempuan atau lebih dari 2 orang saudara terdekat (seperti sepupu) yang pernah mengalami KPD , lebih-lebih lagi jika dikesan pada umur muda.
- Masalah payudara yang meningkatkan risiko untuk KPD ( seperti `atypical hyperplasia`), atau pernah menjalani biopsi payudara lebih dari 2 kali untuk masalah payudara bukan kanser.
- Bersalin anak pertama semasa umur lebih dari 30 tahun.
- Faktor-faktor di atas tidak menyebabkan KPD tetapi cuma meningkatkan risiko sahaja. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko tidak bermakna anda pasti akan mendapat KPD. Lagipun, hanya 5% wanita yang mengidap KPD mempunyai faktor genetik.

7. Adakah sejarah haid saya mempunyai kaitan dengan risiko KPD saya? 
- Anda berisiko tinggi jika anda akil baligh sebelum umur anda 12 tahun, anda tidak mempunyai anak, bersalin anak pertama selepas umur 30 tahun atau anda menopaus selepas umur anda 55 tahun.

8. Bolehkah deodaran menyebabkan KPD? 
- Satu kajian yang dilakukan dalam tahun 2002 untuk meneliti kaitan di antara KPD dan deodaran tidak menunjukkan peningkatan risiko KPD pada wanita yang menggunakan deodaran bawah ketiak. Begitu juga dengan wanita yang menggunakan pisau cukur tanpa elektrik dan deodaran, serta wanita yang menggunakan deodaran dalam masa 1 jam selepas bercukur dengan pisau cukur.

9. Jika seseorang wanita tidak mempunyai sejarah keluarga KPD, adakah wanita tersebut berisiko? 
- Ya, sebab 80 peratus dari wanita yang mendapat KPD tidak mempunyai sejarah keluarga. Walaupun sejarah keluarga meningkatkan risiko untuk mendapat KPD, ini tidak bermakna jika tiada saudara terdekat ( ibu, adik-beradik perempuan atau anak perempuan) yang mempunyai KPD tiada risiko untuk mendapat KPD.

10. Apakah risiko saya untuk mendapat KPD sekiranya saya mengambil hormon terapi gantian? 
- Anda perlu melakukan ujian mamogram sebelum mengambil hormon terapi gentian dan setiap tahun secara berkala. Pemantauan secara berkala oleh Doktor adalah penting. Risiko meningkat sedikit dengan pengambilan hormon terapi gantian.

11. Adakah memakai coli sepanjang masa atau `bermain` dengan payudara semasa seks menyebabkan KPD? 
- Tidak, apa yang anda pakai dan cara bagaimana payudara disentuh tidak ada kesan ke atas risiko KPD.

12. Bolehkah saya mewarisi KPD? 
- Terdapat beberapa gen abnormal yang dikaitkan dengan risiko tinggi KPD. Dalam keluarga dengan gen-gen abnormal ini KPD boleh diturunkan dari ibu kepada anak. Hanya 10 peratus daripada wanita dengan KPD ada mewarisi gen abnormal ini. KPD yang disebabkan oleh gen abnormal ini biasanya berlaku pada umur muda (bawah 40 tahun), melibatkan beberapa saudara terdekat dan melibatkan satu atau kedua-dua payudara (tetapi biasanya bukan serentak). Gen abnormal ini juga dikaitkan dengan risiko tinggi kanser ovari. Perlu ingat bahawa:
- hanya kerana ibu atau saudara terdekat anda mempunyai KPD, tidak bermakna anda pasti akan mendapat KPD
- kebanyakan wanita yang mendapat KPD tidak ada saudara terdekat dengan KPD
- terdapat banyak faktor risiko untuk KPD dan sejarah keluarga hanya salah satu daripadanya
Jika anda bimbang akan mendapat KPD, sila berbincang dengan doktor anda.

13. Bolehkah berat badan berlebihan menyebabkan KPD?
- Berat badan berlebihan mungkin boleh meningkatkan risiko mendapat KPD kerana sel-sel lemak menghasilkan estrogen yang boleh merangsangkan pertumbuhan KPD. Wanita sekitar umur 40`an dan 50`an yang paling berat mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat KPD berbanding dengan wanita yang paling ringan yang berumur sama.

14. Bolehkah lelaki mendapat KPD? 
- KPD boleh dikesan pada lelaki, tetapi jarang sekali, mungkin 1 peratus dari kesemua kes KPD.

15. Bagaimana KPD terjadi? 
- Faktor penyebab KPD tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat KPD, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat KPD adalah:

- mempunyai ibu atau adik-beradik perempuan dengan KPD
- akil baligh pada umur muda atau mencapai menopaus pada umur 50`an
- umur lebih 40 tahun
- tidak pernah beranak atau bersalin selepas umur 30 tahun
- mengambil rawatan gantian hormon
- pengambilan alkohol secara berlebihan
- obesiti

16. Adakah saiz payudara berkaitan dengan risiko KPD? 
- Tidak ada bukti yang dapat mengaitkan saiz payudara dengan risiko KPD buat masa ini.

Credit : SINI

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Ingat lagi, kali pertama singgah ke blog HH untuk tahu lebih lanjut tentang SEO. Apa itu SEO, macam mana nak mantainkan SEO dan segalanya tentang SEO lah. Lepas tu aku skodeng satu persatu enteri yang HH buat. Tertarik untuk aku baca dan banyak ilmu yang bermanfat. Sedikit sebanyak ilmu blog aku dapat dari pembacaan di blog HH. Ayat yang HH guna pun simple je, so senang untuk aku faham. Cara dan kaedah yang disampaikan HH agak mudah untuk aku memahami. Apapun, terima kasih HH untuk segala ilmu yang dikongsi. 


Tamat : 30 Nov 2015

Rindu tak terluah | 29 Nov 2015


Mohd Zuhairi Sareef
sam
aku rindu kau
tapi aku tak pasti kau rindu aku ke tidak
hurmmm.. tak tahu kenapa rindu tu terasa sangat mlm ni
kuat sangat ingatan aku dekat kau
orang kata bila kita rindukan someone
someone tu jugak sedang rindukan kita
betul ke
maknanya kau pun tengah rindukan aku ke
hurmmm tah aku pun tak tahu
sebelum ni aku tak pernah mention nama penuh kau, kan
tetiba malam ni terasa nak mention penuh penuh
kalau boleh, nak saja kau jerit kuat kuat dekat telinga kau
aku nak cakap yang aku rindu kau
aku nak cakap yang aku sayang kau
tapi maaf, sebab aku tak mampu
bukan cara aku untuk ungkapkan sayang dan rindu tu
kau pun tahu dan faham, kan
cukuplah hanya aku sorang yang tahu rasa rindu dan sayang tu
aku harap faham prinsip aku
sayang bukan syarat untuk kongsi kesemuanya
kalau betul sayang, terima seadanya
kalau betul sayang, belajar untuk sabar
sabar untuk kerenah tak matang aku ni
belajar untuk tabah lalui hari kau bersama aku
aku sendiri tak faham sikap aku apatah lagi kau
aku rindu kau
nak saja kau call aku, luahkan rasa yang aku rasai sekarang
tapi aku tak mampu
cukup aku seorang yang tau rasa rindu aku pada kau
aku harap ka sentiasa bahagia
aku doakan kau sentiasa sihat
ingatlah dikala kau gembira dan sedih
aku sentiasa untuk kau

Take Note : Kau tak pernah terhapus dari data ingatan aku. Sebaliknya kau semakin mekar dalam memori hati aku. Walau sejauh mana pun kau dari aku. Walau sesibuk mana pun kau dan aku. Walau susah untuk kita contact, kau tetap ada dalam hati aku. Tak pernah aku lupakan kau. Semoga kau sentiasa gembira, sam. Semoga kau dipermudahkan segala urusan. Ingatlah, aku kat sini sentiasa doakan yang baik-baik untuk kau. Rindu kau giler! T_T

Doa ketika anak sedang tidur

Assalamualaikum


Ketika anak hampir terlelap, bisikkan doa ini..
1. Surah Al-Fatihah 
2. Ayat Kursi
3. Surah Al-Insyirah
4. Surah Toha

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak. Niat agar anak menjadi soleh, lembut hati, rajin solat serta berjaya didunia & akhirat.

Semoga Bermanfaat

28 November 2015

Tanda kemanisan iman

Assalamualaikum



Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w:

       "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang,ia akan merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada ALLAH dan RASUL lebih daripada cintanya kepada orang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran),sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api."

Peringatan bersama | 28 Nov 2015

Assalamualaikum



Sahabatku kaum muslimin dan muslimat RENUNGAN KHUSUS untuk para wanita dan untuk aku sendiri…..


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya".

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya tuli dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya (mensetubuhkan diri di atas ranjangnya [berbuat dg yg lain]).

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. wallahua'lam
------------ Renungkan !!!------------

“Sesungguhnya aku mampu melihat apa yang tak sanggup kalian lihat. Kudengar suara gesekan dilangit (berkriut-kriut), langit sedemikian padatnya, tak ada tempat kosong bahkan seluas empat jari sekalipun karena langit dipenuhi para malaikat yang sedang bersujud kepada Allah SWT. Demi Allah!!! Sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui (tentang akhirat), niscaya kalian tidak akan pernah tertawa sedikitpun, bahkan kalian pasti akan banyak menangis (karena takut). Dan niscaya kalian tidak akan pernah bisa bersenang-senang dengan istri-istri kalian, dan niscaya kalian akan keluar berhamburan ke jalan-jalan (berteriak) untuk memohon (ampun) dan memanjatkan doa kepada Allah (meminta perlindungan dari bencana akhirat) yang akan Dia timpakan” ( HR Tirmidzi & Al-Bukhari)

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS. 14:7)

"Di hadapannya ada Jahanam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah, diminumnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati; dan di hadapannya masih ada azab yang berat. (QS.14:16-17)

Maka mereka ditimpa oleh (akibat) kejahatan perbuatan mereka dan mereka diliputi oleh azab yang selalu mereka perolok-olokkan. (QS. 16:34)

Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih. (QS. 17:9-10)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al Qur'an) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih.(An Nahl:104)

Semoga bermanfaat

26 November 2015

Pendosa ingin ke Syurga



Aku pendosa juga ingin ke syurga. Dosa ini la yang membuat hidup kita menjadi gelap, mungkin kita boleh sembunyikan keajaiban seluruh manusia, tapi kita tidak boleh sembunyi daripada Allah S.W.T. Allah berikan mata untuk melihat tapi kita gunakan mata ini la untuk melihat maksiat, Allah berikan tangan tapi tangan ini la kita guna kan untuk melakukan kejahatan, Allah berikan kaki tapi kaki ini la kita gunakan untuk melangkah tempat yg haram. Ya Allah banyak dosa ku selama ini, Ya Allah ampunkan dosa ku ini.

Sesiapa yang buat maksiat, pergi ke tempat haram dan yang duduk melakukan kejahatan tu hentikanlah. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita bertaubat kepada-Nya

JOM SHOPING DENGAN PS IKEA PERLIS


Jom ramai-ramai sertai
Terma dan syarat yang dikenakan sangat mudah
Mana tahu anda peserta bertuah yang dicari

Ragam interview DLC 02 | 25 Nov 2015

Assalamualaikum...




Pagi ni aku mampu berentri dengan perasaan lega... kenapa..? sebab aku dah berjaya selesaikan tugasan berinterview untuk subjek Baha Inggeris II..  Alhamdulillah.. walaupun agak cuak.. ketaq.. gabra.. takut.. dan bla bla blaaa.. namun aku mampu menjawab semua soalan Miss Sarah dengan lancar.. hahaaa almaklumlah.. aku kan sorang.. bebudak kelas yang lain semua satu kumpulan dua orang.. sedis.. tapi takpe.. semuanya dah selesai..

Lepas sesi berinterview tu malam tadi.. kami pun adalah buat sesi bergambar.. hahaa saja untuk kenang-kenangan.. opss lupa nak cakap.. interview tu dibuat malam tau.. saja Miss Sarah buat malam.. sebab taknak gangguan daripada pihak lain.. lagi pun kami perlu berpakaian seperti interview betul.. jadi kalau dibuat siang, waktu kelas biasa.. mesti pelajar lain pelikkan.. kenapa DLC 02 pakai smart-smart.. hahaa..

Nampak tak gambar diatas tu..gambar pertama tu merupakan sebahagian dari bebudak kelas aku.. DLC 02 .. chargeman A1.. dan gambar yang kedua tu.. merupakan gambar kesemua bebudak kelas termasuk dengan Miss Sarah sekali.. Lupa nak infom.. Miss Sarah tu lecture kiteorang.. dia muda lagi.. kepala pun giler-giler.. memang ngam.. boleh masuk dengan kiteorang.. hahaa pasal sesi bergambar ni pun.. dia yang terlebih semangat tau.. setting port baik punya.. bebudak kelas aku semua sekali 19 orang.. 18 student lelaki dan seorang student perempuan.. hahahaa aku lettuw student perempuannya.. apapun kira okaylah kami bergambar-gambar ni kan.. ala-ala kenangan sebelum masing-masing keluar pergi latihan industri kan.. hahaa

25 November 2015

Cerita semalam | 25 Nov 2015

Assalamualaikum...

Selamat pagi.. hari ni dah rabu.. oich sekejapnya masa berlalu.. malam ni kelas bi.. eh, dah fikir pasal malam ke.. padahal pagi masih muda.. hahaaa

Arini aku tak pasti apa yang bakal dilakukan dalam kelas.. entah.. sama ada melepak.. mereput.. kerepot atau bla bla bla blaaa.. tapi aku harap adalah sesuatu yang bermanfaat buat kami semua.. janganlah jadi macam pagi semalam.. dari pagi sampai tengah hari lecture langsung tak masuk.. sakit pulak rasa hati.. ishhhh, nak marah kan lecture.. taknak marah kan hati pulak yang sakit.. bukan apa.. kebosanan dalam kelas.. dah lah tade kerja yang ditinggalkan untuk kami.. mcm tugasan ke.. kuiz ke.. nota ke .. alah apa-apa je lah janji jangan tinggalkan kami dalam kelas terkontang kanting..

Pagi ni aku nak share sikit.. aku dah dapat tawaran untuk tempat latihan industri.. alhamdulillah, yang terbaru ni aku dapat dua tawaran dari tempat yang berbeza.. kalau sebelum ni aku ada bagitahu.. aku dapat tawaran disekitar Bukit Beruntung, Rawang.. kan.. untuk kali ni aku dapat di Seremban, Negeri sembilan.. dan lagi satu di Dungun, Terengganu.. Kedua-dua tempat ni ada menyediakan asrama.. tapi hanya yang Seremban tu sahaja ada diperuntukkan elaun.. hurmmm yang Dungun tu tade elaun.. padahal port tu dah cantikkk.. dah dekat dengan rumah aku tu.. alahaiii.. tapi tak pe.. sekarang ni aku masih menunggu dua lagi tawaran.. semoga aku berjaya dapatnya.. heheee satu di Balai Berita Ajil, Hulu Terengganu dan satu lagi di Kilang Sawit Sungai Tong, Setiu, Terengganu. . aku harap aku dapat salah satu diantara yang itu.. Perhhh kalau aku dapat memang gempak mak bapakkkk.. hahaaa.. bukan apa.. sebab yang Balai berita dan Kilang Sawit tu memang tempat yang sesuai untuk aku mempelajari sesuatu yang baru.. banyak kerja yang berkaitan dengan bidang aku dekat situ.. almaklumlah aku kang bidang elektrikal.. cous chargeman A1... huhuu

Aku dah malas merapu panjang.. jam pun dah dekat pukul tujuh pagi... nanti kan syok bertypinggg.. aku tertinggal plak masa utk pegi kelas.. apapun doa kan semoga segala urusan aku dipermudahkan ye.. heheee.. wassalam..

24 November 2015

8 cerita menarik yang patut anda lihat

Assalamualaikum..







Nak tahu apa yang menarik? Jom klik tajuk-tajuk diatas. Rugi kalau korang tak tengok. Hahaaa bukan apa, aku just nak share je dengan korang tentang apa yang aku tahu. Olalalalaaa aku dah tahu so korang bila lagi nak tahunya. 


Tips keselamatan difacebook | 24 Nov 2015

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian menyayat hati seorang kerani sekolah yang juga merupakan seorang ibu kepada seorang anak yang baru berumur 11 bulan.

Ramai wanita diluar sana mula menjadi bimbang dengan keselamatan mereka ini kerana walaupun berada di rumah kita boleh menjadi mangsa kepada 'manusia bertopengkan syaitan' ini.

BACA: Kerani Sekolah Dirompak, Dirogol Dan Dijerut Hingga Mati, Tinggalkan Anak Kecil

Banyak lagi kes yang terjadi sebelum ini, seperti kes guru tadika dirogol, pelajar tingkatan lima mati dibunuh dan banyak lagi.

Apa yang diceritakan ini bukanlah dikaitkan dengan isu-isu ini, apa yang ditulis adalah peringatan kepada wanita diluar sana supaya berwaspada.

Kita tidak tahu perkara yang hendak jadi di masa depan,  tetapi tidak salah kita cuba untuk beringat dengan mengambil tindakan yang memungkinkan kita terdedah dengan kejadian ini.

Berikut adalah sedikit nasihat dan tips diberikan kepada wanita diluar sana oleh Cik Puan Nurul supaya anda tidak menjadi perhatian manusia-manusia hidung belang ini.

Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan selfie.

Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.

2. Jangan check in rumah sendiri.

Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.

Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta

Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.

Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.
Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua di mana bukan sahaja wanita, lelaki terutamanya suami pun harus memainkan peranan demi keselamatan insan tersayang.

Kawalan Motor | D.O.L



Petang semalam aku buat kawalan motor. Sebenarnya aku agak kelam kabut sikit sebab pagi tu, waktu En.Asis bagi penerangan aku tade dalam kelas. Bukan ponteng, tapi pergi cari hadiah untuk Program BI yang kelas aku anjurkan pada minggu lepas.

Mula-mula masuk kelas petang semalam, memang blur sikit. Ya, memang aku dah belajar waktu di ABM dulu. tapi almaklumlah, dah lama tak sentuh D.O.L ni, so dah lupa. Bukan aku nyanyuk! kalau ikutkan diagram litar kawalan ni senang je. Sebab just guna Stop Button. Tak masuk lagi bagaian Foword/Reverse Button. Hehee.. Tapi kami ada menggunakan selected switch. Hah, itu yang aku blur. Padahal point dan penggunaannya sama je pun.

Okay tape. Aku study slow-slow. Auu cuba ingatkan balik. Alhamdulillah, aku mampu siapkan dalam masa lebih kurang 2jam. Kekemasan? Heheee memang out terus. Alaa aku pun tak menitikberatkan kekemasan pun kali ni. Just nak siapkan litar dan test samaada berjaya ke tidak. Well, mestilah berjaya. Heheee. Happy giler kowt. Dah laa aku buat sendiri. Okay, memang tanpa bantu taw. Alhamdulillah, ilmu yang aku belajar di ABM dulu masih boleh digunapakai. Walaupun dalam keadaan ingat-ingat lupa. Hahaa ayam betullah!.

Kalau ikutkan exam amali sebenar, kami diberi masa 4jam untuk siapkan. Kekemasan memang diambil kira ye. Untuk kali ni aku siapkan lebih kurang dalam dua jam tapi kekemasan memang hancur. Hahaaa tak kisahlah janji litar aku hidup.

Untuk kelas arini, maybe kali aku mulakan dengan Foword/Reverse pulak kowt. Doakan aku mampu lakukan dengan jayanya ye..