12 Januari 2016

Luahan hati | 12 Jan 2016


Apa motif kau masej aku? apa motif kau call aku? hurmmm.. sejujurnya aku terkejut.. tak percaya pun ya jugak.. dah lama kau hilang.. sepikan diri.. tetiba semalam kau muncul dengan sekeping masej kosong.. untuk hari ni kau muncul dgn tiga kali misscall.. misscall sebab kau call waktu aku tengah kerja.. kebetulan aku tinggal fon tu.. hurmmm maybe tade rezeki untuk kita kembali contact kowt.. ye ke? entah!

Sebenarnya, malam ni aku tergerak hati nak luahkan dekat sini.. dah sarat sangat aku pendam.. rasa macam dah tak tertanggung lagi.. banyak sangat persoalan yang bermain dalam kepala hotak aku.. apa motif kau cari aku lagi?? tak cukup lagi ke aku disound dulu?? sampai ke hari ni aku tertanya tanya siapa yang sound aku.. wife kau? bila kau kahwin?

Life kau penuh dengan teka teki.. kan? dari zaman kita sekolah dulu lagi.. sehingga hari ni.. hidup kau penuh dengan teka teki.. macam puzzle.. aku penat nak berfikir tentang kau.. mohon kau memahami kepala hotak aku ni.. dah hampir sembilan tahun dah kita tinggalkan alam persekolahan.. tapi aku tetap masih tak dapat memahami kau.. apa yang kau nak sebenarnya.. kau cakap sayang tetiba kau hilang.. aku belajar lupakan kau.. tetiba kau muncul.. aku belajar terima kau kembali.. tetiba kau hilang.. aku cuba hidup tanpa kau.. tetiba kau datang semula.. berapa juta peluang kau nak sebenarnya dari aku.. padakau maybe aku macam tak bersungguh sunggguh menyayangi kau.. tapi sedar tak kau.. jauh disudut hati aku sebenarnya aku terkilan dengan sikap kau.. aku belajr untuk sayangkan kau.. aku bagi peluang pada kau.. aku pujuk hati ni untuk terima sikap kau.. tapi kesudahannya apa yang aku dapat..

Sakit hati aku pernah kau ambil tahu? sedih jiwa aku pernah kau peduli? mana kau waktu aku jatuh? mana kau ketika aku nak berkingsi rasa happy? mana kau pegi sebenarnya.. hurmm.. aku ingat untuk tahun ni kau dah tak wujud lagi dalam hidup aku.. tapi tak sangka pulak.. di awalan tahu.. awalan bulan kau dah mencari aku kembali.. apa motif kau? apa tujuan kau? tak cukup lagi ke kau bagi harapan pada aku.. tak cukup lagi ke kau buat aku berharap.. siapa sebenarnya aku dalam hati kau.. nak saja aku bertanya.. tapi entah.. tak tertanya.. kalau betul kau sayangkan aku.. tunjukkan.. kalau betul kau serius dengan aku.. bertindak.. bukan sekadar tarik tali.. aku manusia yang ada hati perasaan.. aku kenal apa itu kekecewaan.. aku kenal apa itu putus asa.. so jangan sampai aku kecewa dan putus asa..

Untuk malam ni.. hati aku tertanya tanya tujuan kehadiran kau kembali.. apa motif kau sebenarnya.. CMHCA

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan:

  1. Semoga sentiasa kuat walau apa pun masalah yang melanda..
    Semoga dipermudahkan juga urusan dengan 'dia'..

    BalasPadam