26 Jun 2016

GIVEAWAY CONTEST | Serunding Daging byIstanaSyurga


Waktu kecik nak jadi apa?
Banyak sebenarnya impian dan cita cita waktu kecik kecik dulu. Tapi itulah kita hanya mampu merancang. Kalau tak silap waktu tadika dulu, nak jadi penari tarian tradisional. Kenapa? Sebab waktu tadika dulu hakak agak aktif dengan acara tarian. Bila ada majlis di kampung, kebiasaannya kami yang pelajar tadika ni akan terlibat sama. Pernah kami masuk pertandingan dan dapat no 2. Time tu kami ikut rentak tarian ulik mayang.

Bila masuk sekolah rendah, impian kami macam berubah. Kenapa? Sebab waktu tu kami agak aktif dalam sukan, netball. Waktu tu baru kenal bola katakan, pantang ada latihan petang, mesti semangat giler turun berlatih. Sampai satu tahap, hakak dah plan. Nanti lepas upsr, hakak nak masuk Sek Sukan Bukit Nanas, Setiu, Terengganu. Punyalah fanatik kan. Tapi tak berjaya pun masuk ke situ kesudahannya, sebab mak tak bagi berjauhan dengan family. Sobsobb

Bila melangkah sekolah menengah, sekali lagi impian hakak berubah. Ishhh ishhh bagaikan lalang plak bila difikirkan balik. Dari ting. 1 hingga 3 hakak agak aktif dalam kokorikulum. Naib pengerusi Ranjer Puteri dan leader kawat uoll, jangan main main. Waktu tu hakak rasa macam berminat dengan badan unifom. Rasa macam nak jadi polis, askar, bomba dan seangkatan dengannya lah plak. Terfikir jugak nak masuk askar wataniah. Tapi tak lepas.

Lepas PMR, hakak sambung study ke sek teknik dalam bidang elektrical. Waktu tu dah tekad dalam hati, nanti lepas spm nak sambung dalam electrical jugak. Nak sambung ke peringkat yang tinggi dan tinggi lagi. Hakak target nak gengam chargeman. Alhamdulillah, hingga setakat ni impian dan target hakak dipermudahkan. InsyaAllah, kalau tak de halangan, akhir tahun depan hakak habis study dan target tercapai. Chargeman bakal hakak tawan :)


Tamat : Seminggu sebelum raya

7 ulasan:

  1. singgah ramadhan

    https://belogs.blogspot.my/2016/06/giveaway-contest-serunding-daging-by.html

    BalasPadam
  2. Wahhh, finally..semoga berjaya and bahagia okeyyyy,

    nona punya? jomm bacaa:

    http://nonasani.blogspot.my/2016/06/giveaway-contest-serunding-daging-by_66.html

    BalasPadam
  3. Nice write up 😙 tq join.. please make sure follow all the rules and public share this contest on your facebook..

    Good luck

    new participant list
    http://teamohada.blogspot.my/2016/06/giveaway-contest-serunding-daging-2016.html

    BalasPadam
  4. banyak cita-cita masa kecik ye...
    http://muslimahsejati96.blogspot.com/2016/06/giveaway-contest-serunding-daging-by.html

    BalasPadam