26 November 2016

Monolong | Part 16


- Andai Jodoh -
Semakin jauh dan semakin laju
Langkah ini ku susun rapi 
Ku cuba sedaya upayaku
Membawa diri ini pergi

Bukan mudah namun harus ku berpura
Selindungan titisan airmata
Pilu sepilunya hatiku terasa
Namun ku yakin kau juga rasa sama

Kerana kita saling cinta
Namun pertengkaran sering saja
Terjadi didalam hubungan ini
Hingga harus kita berpisah

Tapi ku yangkin ini sementara
Andai jodoh ini milik kita
Pasti disuatu hari nanti
Kita kan bertemu kembali...



Aku kecewa.. entah hari ini merupakan hari yang keberapa.. aku lupa.. aku tak ingat.. dan rasanya tak penting untuk aku ingat.. alhamdulillah.. hati aku makin tenang.. sedih.. memang aku sedih tapi rasanya kesedihan tu semakin berkurangan.. melupakan.. hurmmm rasanya terlalu mustahil untuk aku lupakan semua ni dalam sekelip mata..

Kadangkala bila sendiri mesti aku teringatkan dia.. terbayang kenangan aku dan dia... keluar pergi situ.. keluar oergi sana.. bergurau senda.. marah.. ketawa.. merajukk.. semualah.. berderai airmata.. sedih.. tak sangka ini yang aku dapat akhirnya..

Dikala hati aku sakit dengan tindakan dia.. aku masih tak mampu untuk lupakan dia.. membenci.. jauh sekali untuk aku benci dia... aku tak mampu untuk membenci dia.. sebab sepanjang aku kenal dia.. dia sentiasa ada dikala aku sedih dan happy.. banyak masa dan tenaga dia bazirkan untuk aku.. hurmmmm... dalam jahat dia banyak kebaikan dia yang aku nampak..

Jodoh... sememangnya mustahil untuk kami bersama.. ya aku tahu semua tu.. aku sedia maklum dengan situasi kami.. tapi bukan ini pengakhiran yang aku harapkan.. entahlah.. bila ingat semua ni buat hati aku makin sakit.. sakit tak terkata... sebab tu aku ambil pendekatan untuk diam..

Sebenarnya banyak benda yang aku nak bertanyakan kepada dia.. tapi aku tak mampu.. aku diam sebab aku tak nak hati ni semakin sakit.. ikutkan hati aku.. nak ws dia.. nk massage dia.. nak tanya khabar.. sihat ke dia.. dah makan ke belum.. macam mana dengan kerja.. family dia macam mana.. mak dia apa khabar.. hurmmm tapi semua tu tak mampu untuk aku tanya lagi..

Aku harap suatu hari nanti.. aku kuat untuk bersemuka dengan dia.. untuk tuntut penjelasan dari dia.. huh penjelasan lah sangat..  apa pun aku doakan semoga dia bahagia dan happy selalu.. harap dia dapat stop smoke slow2.. sungguh walau sekuat mana aku benci dia.. jauh dasar hati aku tetap ada sekelumit sayang untuk dia.. Semoga bahagia milik dia.. bpc
Previous Post
Next Post

post written by:

0 Pengkritik: