05 November 2016

Segmen Kad cinta #3

http://rahsiahatikuyangtidakkufikirkan.blogspot.my/2016/10/segmen-kad-cinta-3.html 

Kenapa nak postcard cinta???

Dulu, waktu zaman sekolah menengah dulu aku duduk hostel. pernah terjadi satu kejadian, someone hantar surat cinta dekat aku. Omg surat cinta kau !!! okay tak lawak! Nak dijadikan cerita, si posmen tu kawan baik aku, satu bilik dengan aku dan satu kelas dengan si pengirim surat tu. Hampir setiap hari aku dapat surat tu. Tak pernah terfikir nak tanya siapa yang bagi. Kenapa? Sebab waktu tu aku dah ada someone yang aku sayang. Cewahh *gedix bercinta zaman sekolah!*

Kawan aku tu tak pernah tahu yang aku dah ada someone yang aku sayang. Sampailah satu hari, kawan aku, si posman tu tak bertegur sapa dengan aku. Angin takde, ribut takde, tetiba mogok taknak kawan dengan aku. Kau rasa??

Lama jugak situasi tu. Lebih kurang seminggu kalau tak silap. Hurmmm.. parah kan. sedih pun ada. Kami berkawan dah lama kowt tetiba jadi macam gini. Bila aku tanya, paksa dan desar, akhirnya aku dapat segala persoalan aku. Kenapa? mengapa? Bagaimana?

Dia sakit hati sebenarnya jadi posman antara aku dan si pengirim tu. katanya, dia tak suka aku rapat dengan budak tu. Dia tak suka aku berkawan dengan budak tu. Dia tak suka budak tu beri perhatian kepada aku. Rupa-rupanya selama ni dia makan hati. Hurmm.. dia ada hati dekat si pengirim tu. katanya dari mula-mula masuk sekolah lagi dia terminat dekat budak tu. Sebab tu dia berusaha jugak untuk duduk satu kelas dengan budak tu. 

Sejujurnya aku tak tahu pun kisah ahti dia terhadap si pengirim tu. Serius! Kalau aku tahu, terus terang aku cakap, aku takkan terima dan baca segala bagai surat mengarut tu. Aku lebih sayangkan persahabatan kami dari surat cinta yang entah apa-apa tu.

Cerita aku ni memang dah lama. Berzaman sudah aku tinggal zaman sekolah. Tapi untuk hari ni, aku teringat kembali tatkala membaca tajuk segmen ni. 'Kad cinta' .
 
Tamat : 12 Novemver 2016

Previous Post
Next Post

post written by:

2 ulasan:

  1. Wah.. macam citer novel.. rupanya ada realiti..

    BalasPadam
  2. Cinta monyet. Sweet sgt bila ingat balik kan.

    BalasPadam