30 Julai 2016

Praktikal semester 4 | minggu terakhir bulan pertama

Hari sabtu, minggu terakhir untuk bulan ni. 
Hari ni mood kerja macam tak ada.
Kenapa? Entahlah.
Pagi tadi pun rasa macam malas je nak datang kerja. Ikutkan hati nak cuti je tapi tak sampai hati.
Almaklumlah dekat company ni menitikberatkan disiplin dan juga kedatangan pekerja.
Nama je praktikal tapi disini kami sama seperti pekerja, macam staff yang lain jugak.
Hari ni masuk workshop dengan muka monyok.
Okay, akui memang agak monyok sikit. 
Tak tahu kenapa sebenarnya tapi memang macam takde mood. Rasa macam nak mengamuk pun ada. Macam nak marah orang disekeliling pun ada. Sebab tu ambil pendekatan, lebih baik diam dari bersuara bimbang nanti termarah plak orang yang tak bersalah.



Rezeki dari tong sampah

Bagi kita sampah tapi untuk mereka itulah sumber rezeki.
Bagi kita sampah itu jijik tapi untuk mereka dari situlah datangnya duit.
Pemikiran kita dan mereka terlalu berbeza. Kekangan hidup mengajar mereka erti berusaha dan bersyukur. Kita hidup dalam limpahan rezeki, timbunan duit mana pernah kenal erti kesusahan. Mereka hidup dalam serba kedaifan, serba kekurangan dan apa yang ada dihargai sebaik mungkin. Hurmm.. kekadang hati ini tersentuh melihat mereka berusaha demi secebis rezeki sesuap nasi.

Manusia, kenapa tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki?

Take note : Dalam perjalanan nak pergi kerja pagi tadi, aku terpandang seorang pakcik yang sedang punggah sampah di tepi tong sampah. Hurmmm tersentuh hati melihat tingkah laku pakcik tersebut.  Semangat untuk hidup terlalu kental, mungkin jugak tak kental pun sebenarnya tapi terpaksa dikentalkan lantaran hidup memerlukan pengorbanan. Semoga urusan pakcik tersebut dipermudahkan dan pakcik tersebut dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Tanda-tanda sakit di anggota badan

*INFO BERGUNA*
••••••••••••••••••••••

*Sakit di bahagian bahu* :
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

*KEBAS TANGAN* :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*:
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

*SAKIT TAPAK KAKI* :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*:
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI* :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*:
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

※TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA※
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA* :
●Menandakan penyakit migrain.

*BISUL TERJADI DI KEPALA*
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH* .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

*MUNTAH DARAH*
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.
_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

※KENCING※
*KERAP KENCING*
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR*
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

*AIR KENCING BERMINYAK* :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT* :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH* :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

~BUANG AIR BESAR~
.. *CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*:
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*:
●Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*:
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

※BADAN※
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

~Sakit menyucuk~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

~Sakit sengal~:
● Menandakan luka di dalam badan.

~Sakit menyentap~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

~Sakit menegang~ :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH* . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS* .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN* :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*: ..Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH* :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT* :
..Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*:
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

Dari  Almashoor Wan Sakai: Pemusnah Sel Kanser
Ramai kwn2/famili/kenalan saya yg dah meninggal & kini berada d tahap kritikal disebabkn kanser sekarang ni. Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup
💞💞💞💞💞💞💞

Sila baca dan praktik sekiranya anda merasakan info ini bermanfaat.

🌹1. Lemon panas membunuh sel kanser.

🌹2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline

🌹3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.

🌹4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

🌹5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

🌹6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.

🌹7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

🌹8. Lemon Extract boleh  melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

🌹9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.

Institut Pencegahan Kanser mengumumkan Ranking sayuran anti kanser :
01: Ubi keledek direbus/dimasak 98.7%
02: Ubi keledek mentah. 94.4%
03: Asparagus. 93.9 %
04: Broccoli, 92.8%
05: Kubis/cabbage. 91.4%
06: Bunga Kobis/Cauliflower 90.8%
07: Saledri. 83.7%
08: Terong. 74.0%
09: Paprica. 55.5%
10: Wortel. 46.5%
11: Golden cauliflower 37.6%
12: Capsella/shepherd's purse 35,4%
13: Cohlrabi. 34.7%
14: Mustard. 32.9%
15: Brassica juncea. 29.8%
16: Tomato. 23.8%

*Tips utama*: Semua kentang mgandung kolagen, terutama ubi keledek kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah ubi keledek ungu dan jus lemon hangat tanpa gula.

_Penemuan resepi baru dari negara China_: *bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 batang kacang panjang di campur 1 buah tomato merah. Minum 2x sehari*. Silakan cek kadar gulanya esok hari,  dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan, mujarab tanpa pantang makan lagi.

Take note : Info diatas dikongsi oleh salah seorang sahabat hakak di ws group. Hakak terpanggil untuk dikongsikannya di sini. Semoga ada yang bermanfaat buat kita semua. Salam ukhwah.

22 Julai 2016

REBUT DUIT RAYA RM50.00 BY CIK AKAK


Tag : YongPall

Tamat : 25 Julai 2016

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip


Tag : Yongpall & Sweet sour

Tamat : 22 Julai 2016

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler




Tamat : 20 Ogos 2016


Kisah Para Nabi | Maryam al-Batul Alaihissalam

Kisah Para Nabi | Maryam al-Batul Alaihissalam

  Di Bait al-Muqaddis, hidup sepasang suami isteri, iaitu Imran dengan isterinya dalam keadaan berduka sepanjang masa kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata yang dapat menghiburkan mereka sebahagai puncak kebahagiaan yang didambarkan oleh setiap keluarga.

Isteri Imran adalah seorang wanita yang mandul, kerana itu dia merasakan bahawa dirinyalah yang menjadi penyebab wujudnya kepahitan hidup dalam rumahtangga mereka. Dia merasakan keperitan yang amat sangat, sehingga dia tidak dapat melayan suaminya dengan baik. Hatinya sudah terlampau ingin untuk mempunyai cahaya mata seperti kebanyakkan ibu-ibu yang lain, yang telah dianugerahi oleh Allah Taala anak lelaki dan perempuan.

Apabila dia melihat seorang ibu menggendong anaknya, maka dia mengkhayalkan bahaya dirinyalah yang sedang mendukung anak iu dengan kedua-dua tangannya sambil memeluknya erat-erat, sambil mencurahkan rasa cinta yang amat dalam dan kasih sayang yang boleh dijadikan dia dan anak yang dalam dukungan itu merasa bahagia.

Derita yang ditanggung oleh isteri Imran itu tidak tertahan lagi oleh batinnya, hingga dia jatuh sakit. Namun begitu keinginan yang sangat memuncak untuk memperolehi seorang anak tidak pernah luput daripada ingatannya. Bahkan apabila dia berbaring di tempat tidurnya, dia merasakan bahaya anaknya berada disampingnya. Adakalanya dia merasakan bahaya dia sedang menyusukan sambil memeluk anaknya itu dengan erat-erat sambil bercakap-cakap dengan anaknya itu dan anaknya manjawab percakapannya dengan mata uang indah berseri.

Keadaan seperti itu sudah lama dideritai oleh isteri Imran, di samping umurnya yang kian bertambah. Namun begitu harapannya kepada Allah Taala tidak pernah putus, kerana dia adalah seorang perempuan yang beriman, dan setiap orang yang beriman itu tidak putus ada terhadap nikmat Allah Taala. Dia sentiasa melaksanakan solat dan diiringi dengan doa kepada Allah Taala.

Kerana imannya yang begitu kuat kepada Allah Azza Wa Jalla, maka datanglah ilham kepadanya yang menyuruh dia bernazar kepada Allah Taala. Jika dia dikurniakan seorang anak lelaki, hendaklah dia menazarkannya untuk menjdadi khadam buat Haikal Sulaiman yang terletak di Bait al-Muqaddas, supaya dia tidak lalai dalam mengabdi kepada Allah Taala serta berkhidmat kepada rumah-Nya dalam keadaan bagaimana jua pun.

Kemudian, harapan isteri Imran yang mukminah itu menjadi kenyataan, maka dia hamil dengan izin Allah Taala. Tidak lama kemudian bergerak-geraklah janin di dalam perutnya, dengan demikian bertukarlah keadaan dalam hidupnya. Kesedihan yang selama ini menyelubungi rumahtangga mereka telah berganti dengan kegembiraan, kegelisahan telah bertukar dengan ketenangan, kesusahan bertukar dengan kebahagiaan.

Isteri Imran sentiasa terhibur kerana kehamilannya. Kini dia sudah tidak canggung lagi untuk berhadapan dengan suaminya dengan hati penuh redha, kerana dia sudah dapat menggantikan kesedihan suaminya dengan kegembiraan. Dia kini telah mengandung seorang bayi yang akan menjadi ubat jerih pelari demam bagi mereka berdua pada masa yang akan datang.

Benar..! Isteri Imran berterima kasih kepada Allah Taala kerana kurniaan-Nya itu. Dia bersyukur atas semua nikmat dan kurnia yang dilimpahkan kepadanya oleh Yang maha Kuasa.
Bagaimanapun, kibaran kebahagiaan dan pancaran kesenangan yang selama ini memancar dari rumahtangganya tidak berlangsung lama, kerana secara tiba-tiba suaminya dipanggil oleh Allah Yang Maha Kuasa untuk kembali menghadap-Nya.

Dengan pemergian suaminya itu, tinggallah isteri Imran sebatang kara. Kehidupan kembali diselubungi duka dan nestapa. Namun, sebagai seorang wanita mukminah, dia tidak mahu menyerah kalah dan berusaha untuk melawan semua kesedihannya itu dengan sedaya upaya. Wanita mukminah itu menanti kelahiran anaknya dengan penuh keimanan yang tulus dan kesabaran yang tidak tara.

Hari demi hari berlalu dengan cepatnya, isteri Imran melahirkan seorang anak yang ternyata perempuan. Wanita itu merasa kebinungan, dia tidak tahu bagaimana hendah membayarkan nazarnya kepada Allah Taala. Apakah mungkin anaknya itu dapat berkhidmat di Haikal, sedangkan dia adalah seorang perempuan. Kerana seorang perempuan sudah jelas tidak sama dengan lelaki, yang sanggup memikul tanggungjawab yang berat.

Hatinya kembali diselimuti kesusahan, kerana dia tidak dapat menyempurnakan janjinya kepada Allah Taala. Malahan dia sendiri tidak menemukan jalan yang terbaik. Jalan satu-satunya baginya ialah bermunajat kepada Allah Taala, dengan harapan semoga Allah Taala mengasihani dan merahmati dirinya. Wanita itu bermunajat kepada Allah taala diiringi perasaan malu sambil memohon keampunan kepada-Nya.

“Ya Allah, ya Tuhanku.., Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang bayi perempuan, yang sudah tentu tidak sama sama dengan bayi lelaki, dan aku telah memberinya nama dengan Maryam..” ujurnya. (Surah ali- Imran, ayat 36)

Allah Taala telah menerima dan merestui anak perempuannya dengan sebaik-baiknya kerana dialah yang akan mengabdi kepada Tuhannya. Kemudian datanglah bisikan ketenangan dalam hatinya yang menerangkan penerimaan Allah Taala itu kepadanya, sekaligus menyokongnya melaksanakan nazarnya. Maka ibunda Maryam menyelimuti anaknya itu dengan kainnya, kemudian membawanya ke Bait al-Muqaddas, tempat dia menyerahkan puterinya itu kepada pemuka-pemuka agama disitu. Mereka adalah para hakim dan para rahib.

Ibunda Maryam berharap agar mereka dapat menjaga anaknya dengan baik dan memeliharanya dengan kasih sayang serta mendidiknya dengan keimanan, agar anaknya itu dapat menunaikan khidmatnya di rumah Allah itu sebagaimana yang sudah dinazarkannya.

Ibunda Maryam telah menunaikan janjinya kepada Allah Taala. Kemudia dia kembali ke rumahnya dengan rasa puas dan kesyukuran di samping santiasa bertahmid dan beribadah kepada Allah taala.
Dengan demikian, Maryam si bayi yang masih kecil itu menjadi tetamu agung kepada rahib di dalam Haikal tersebut, dan setiap orang berkeinginan untuk menjadi penjaganya. Tetapi Nabi Zakaria tidak bersetuju untuk menyerahkan bayi itu kepada orang lain, kerana baginda merasakan bahawa baginda orang yang paling berhak menjaga dan mendidiknya, sebab baginda adalah suami kepada makcik Maryam. Hal inilah yang menyebabkan baginda paling berhak untuk menjaganya.

Para rahib dalam Haikal menolak hujah-hujah Nabi Zakaria hingga hampir saja menimbulkan pergaduhan dikalangan mereka. Akhirnya mereka menyerahkan urusan itu kepada Allah Taala, kerana Dia-lah yang akan menetapkan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Sebagai langkah untuk memilih orang yang berhak menjaga Maryam itu, maka setiap orang yang berada di dalam Haikal itu mestilah mengukir nama masing-masing di sebuag ranting kayu kemudian mencampakkannya ke dalam sungai. Barangsiapa yang kayunya berputar-putar di atas air dengan melawa arus, maka dialah yang akan dipilih oleh Allah taala untuk menjaga Maryam.

Kemudia para rahib itu berangkat ke sungai dan mencampakkan kayu mereka ke dalam sungai tersebut. Pada waktu yang sama, gelombang menghanyutkan semua kayu mereka dan membawanya ke muara, kecuali kayu Nabi Zakaria. Dengan demikian, Nabi Zakarialah yang berhak menjaga Maryam. Baginda memuji Allah Taala atas penghormatan dan keistimewaan ini. Nabi Zakaria ingin membuatkan sebuah bilik yang khusus di suatu tempat yang tinggi untuk tempat tinggal Maryam, agar Maryam jauh daripada pandangan manusia dan tidak diganggu oleh orang-orang yang jahat.

Nabi Zakaria adalah seorang yang sudah tua, namun begitu ketuaan baginda itu tidak menghalang baginda untuk menaiki tangga tersebut setiap hari untuk berjumpa Maryam. Nabi Zakaria menguruskan makan minum Maryam setiap hari di samping mengajarnya ilmu pengetahuaan dan membimbingnya ke jalan kesucian dan pengabdian kepada Allah Taala. Demikianlah tugas yang dilaksanakan oleh Nabi Zakaria bertahun-tahun.

Pada suatu hari, tatkala Nabi Zakaria masuk ke dalam mahrib Maryam, baginda menemui beberapa jenis makanan terhidang di sisi Maryam. Baginda terhenti seketika. Baginda tidak tahu dari mana datangnya makanan yang beraneka jenis itu, kerana tidak seorang pun yang masuk ke dalam mahrib Maryam selain daripada baginda.

Antara makanan yang terhidang ketika itu ialah buah-buahkan yang biasa berbuah di musim panas, padahal ketika itu adalam musim sejuk dan buah-buahan seperti itu tidak akan dijumpai di mana juga sekali pun. Kejadian itu adalah suatu yang sangat aneh dan luar biasa. Kemudian Nabi Zakaria mendekati Maryam dan bertanya kepadanya dengan lemah lembut.

“Bagaimana caranya engkau memperolehi semua makanan ini..? Dari mana datangnya semua makanan ini, wahai Maryam yang suci..?” tanya Nabi Zakaria.

“Semua ini adalah datang dari sisi Allah Taala. Allah Maha Pemberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”, jawab Maryam tanpa ragu-ragu.

Maka ketika itu, tahulah Nabi Zakaria betapa ketulusan iman Maryam dan betapa kewarakannya terhadap Allah Taala. Oleh yang demikian, maka baginda percaya akan apa yang dikatakan oleh Maryam itu, lantas baginda memuji Allah Taala Yang Maha Suci yang telah menganugerahi keistimewaan kepada mereka dan telah memberikan martabat yang tinggi kepada Maryam serta memilihnya di kalangan semua wanita di dunia ini.

Maryam membesar di dalam penjagaan Nabi Zakaria dan di bawah naungan Bait al-Muqaddas sehingga beliau menjadi seorang puteri yang cukup dewasa, tetapi beliau masih tetap menjalani kehidupannya seperti biasa. Beliau beribadat sepanjang masa dan sentiasa berbuat taat. Beliau hanya makan dari rezeki yang diturunkan oleh Allah Taala setiap hari.

Nabi Zakaria melihat semuanya itu dengan mata kepala baginda sendiri, kerana setiap kali baginda menjumpai Maryam di dalam mahribnya, baginda akan melihat makanan yang banyak terhidang di sisinya. Kemudian Nabi Zakaria keluar untuk memberitahukan kepada orang ramai perihal keadaan Maryam, sehingga tersebarlah namanya di seluruh pelosok.

Beliau menjadi sebutan tentang kesucian dan pengabdian kepada Allah. Salam sejahtera untu Maryam di dunia dan di akhirat.



09 Julai 2016

Quotes | Wanita ciptaan


“... berlaku baiklah terhadap kaum wanita kerana
mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok
adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya
dan jika kamu membiarkannya
ia akan tetap bengkok,
maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu..”
– Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim 

Quotes | Bukan Salah Cinta





Cinta tak pernah salah
Tak pernah kejam
Tak pernah berdusta


Yang salah itu kita
Tak mengenali apa itu cinta
Kerana sebelum kau mencintai seseorang
Kau mesti mencintai cinta itu dahulu


07 Julai 2016

Pengguna Listerine perlu tahu


PENGGUNA LISTERINE? INI FAKTA MENGEJUT

Tahu kah korang? Listerine bukan sekadar berfungsi sebagai mouthwash.

Sebelum itu, menurut The Krazy Coupon Lady, bermula pada tahun 1879, secara umumnya Listerine digunakan sebagai surgikal antiseptik dan untuk tujuan tujuan lain. Hanya pada tahun 1970an, Listerine dilancarkan untuk mengatasi "bau mulut"

#1. DEODORANT
Saat saat perlukan deodorant ketika travel tapi lupa bawa? tekapkan listerine kat kapas & gosok perlahan kat ketiak.

#2. KAKI
Rendamkan jari kaki dlm larutan listerine selama setengah jam untuk bunuh kulat kuku. Bagi kes yg teruk, campurkan sikit dengan cuka putih

#3. PEMBERSIH TANDAS
Bukan saje buat toilet tu wangi, tapi berkilat dan bersih. Sental sikit dgn berus toilet lepas tuang listerine dlm mangkuk toilet

#4. KULIT GATAL
Sapu pada kesan gigitan serangga, pada kulit yg gatal disebabkn oleh pokok pokok yang beracun

#5. RAMBUT
Tahu tak? Listerine boleh digunakan untuk melawan kelemumur! Urut kulit kepala yang dah disapu listerine, balut dengan kain untuk beberapa ketika & then basuh. Mudah kan?

#6. MUKA
Sapu pada jerawat 2x sehari untuk kecutkan jerawat. Listerine as antiseptic, remember?

#7. BERUS GIGI
Bukan sahaja mulut kita ada germ, berus gigi pun sama. Rendamkan je berus gigi dalam gelas yang dah dituang dalam gelas untuk bunuh germ2 yang lekat pada bulu berus

#8. SCREEN
Spray kat screen laptop, tv atau komputer untuk hilangkan kesan jari dan debu

#9. TONG SAMPAH
Buruk tak dapur yg berbau sampah? Untuk elakknnya, letakkn tisu dapur yg dibasahkn ngan listerine kat bawah sekali, dlm plastik sampah yg baru ditukar

#10. PET
Andai kata kau bela anjing atau kucing, campurkan larutan sabun ngan listerine & sedia untk digunakan. Pets kadang ade kutu dan masalah bulu kan?


p/s: Shocking fact! Listerine jugak pernah digunakan sebagai female intimate wash.



Tamat praktikal untuk semester 3

Inilah cover depan buku log hakak. Cantik tak?
Superdupervisor dah sign. Yeyehhh dah berjaya settlekan buku log.
1 Jan 2016 hingga 30 Jan 2016. Alhamdulillah, hakak dah berjaya tamatkan praktikal untuk semester 3 dengan jayanya. Selama enam bulan hakak membanting tulang, memerah idea akhirnya sampai ke pengujung semester. Penghujung semester bukan bererti hakak dah habis belajar. Berbaki lagi dua kali praktikal sebelum hakak grad.

Tetiba rasa macam cepat pulak masa berlalu. Enam bulan dah habis? Eh rasa macam tak percaya. Buku log pun hakak siapkan last minute. Biasalah student macam hakak ni, kalut saat-saat akhir itu normal. Huhuuu..

Hakak bersyukur, sepanjang enam bulan praktikal di Hyperwave Systems Engginering Sdn. Bhd, Paka (HSE), semuanya berjalan lancar. Tipulah kalau hakak tak pernah ponteng kerja, kihkihkihhh. Nasib baik supervisor hakak tolong coverkan untuk attandent bulanan.

Sejujurnya berkenaan Instrument Analayzer Systems, hakak langsung tak tahu pape. Bermula di HSE lah hakak belajar tentang analayzer. Hakak juga belajar tentang welding, cara buat pallat, cara repair gas detector (gd) dan banyak lagi. EH, jangan terkejut kalau hakak cakap, hakak pun buat kerja-kerja bahagian opis tau. Hahaa fotostep, susun dokument, checking barang, semak part number barang dan banyak lagi. Di HSE jugak lah hakak belajar berkenaan jenis-jenis skru. Banyak rupanya skru yang dicipta. Huhuuu

Alhamdulillah, staff-staff di HSE semua boleh dibuat sifu dan kawan. Mereka banyak bagi tunjuk ajar pada hakak. Abang wan, hakak banyak belajar cara untuk mengesan kebocoran yang berlaku pada simpling analayzer dengan abang wan. Dari dia jugak, hakak tahu cara menggunakan snoopy dengan betul. Kihkihkihhh, moment yang paling hakak tak boleh lupa bila mana kami terpaksa check simpling berulang ulang kali. Tahu, simpling tu memang bocor tapi tak pasti di mana kebocorang tersebut. Cari punya cari, setelah beberapa hari baru jumpa. Giler lah!

Waktu mula mula start praktikal di HSE, hakak banyak habiskan masa dalam workshop. Hakak pergi ke workshop fabrication, workshop teknikal dan kekadang tu ke bilik service gd. Hakak jangal sebenarnya. Yalah semua staff lelaki. Staff perempuan semua dalam opis admin dan teknikal. Bayangkan hakak sorang terkial kial ikut diaorang. Hahaaa time diaorang buat pallat hakak pun buat pallat. tolonglah mana yang patut. Pegang tukul dan paku tu perkara biasa. Time diaorang potong besi, hakak pun join sekali. Tapi okaylah, sekurang kurangnya hakak ada pengalaman dalam semua tu.


Minggu terakhir sebelum habis praktikal, hakak banyak habiskan masa dalam opis admin. Erkkk opis teknikal hakak tak berapa ngam mana sebenarnya. Setakat masuk keluar sekejap sekejap tu bolehlah tapi kalau nak lepak memang tidak sama sekali. Hakak lebih selesa lepak dalam opis admin. Bukak laptop, connect wifi lepas tu download cerita korea banyak banyak. Bila barang ataupun stock baru sampai, hakak akan check barang dan juga part number barang berkenaan. Kekadang hakak wpping barang, untuk dihantar ke coustmer. Okaylah, sekurang kurangnya hakak dapat pengalaman kan.

Tetiba rasa macam rindu pulak dekat HSE. Enam bulan dekat situ, banyak ilmu dan pengalaman yang hakak dapat. Ada yang manis dan ada yang pahit. Pahitnya bilamana hakak terpaksa berbuka puasa sorang diri dekat hostel. Perhhhh sabtu hingga rabu, itulah rutin yang paling menyedihkan hakak rasa. Bila petang khamis, hakak balik rumah family, so tade lah berbuka sorang diri. Tapi apapun, HSE banyak memberi pengalaman untuk hakak. Semoga ukhwah yang terjalin dalam HSE akan berkekalan. 





GIVEWAY PERTAMA edisi Raya


Tamat : 31 Julai 2016

GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016


Tamat : 13 Julai 2016