Kawan Itu Bukan Sahabat Aku Lagi

Kawan belum tentu jadi sahabat kita.
Sahabat belum tentu boleh jadi kawan kita.
Manusia tetap manusia.
Manusia akan berubah tapi tidak kenangan.

Kawan,
Dulu aku ada seorang kawan
Kawan yang sangat rapat dengan aku
Aku anggap kawan itu sahabat aku
Kami berkongsi segala masalah bersama
Kami lalui hampir setiap hari bersama

Suatu hari kawan aku pindah ikut keluarga dia
Persahabatan kami menjadi semakin hambar
Jarang sudah berkongsi rasa
Jarang sudah bersua muka
Jarang juga berhubung sesama sendiri

Bagi aku, itu satu kehilangan
Aku rindu dia
Aku rindu masa masa kami bersama
Aku rindu kenangan kami

Lalu aku ambil keputusan untuk eratkan kembali
Tapi tetap tidak sama seperti dulu
Hambar makin hambar dan kian hambar
Mesej aku tak dibalas
Call aku tidak diangkat
Aku nampak sosial dia aktif
Selalu up status kesana kemari

Hurmmm.. 
Aku hanya mampu tengok, like dan komen yang murni
Sungguh aku rindu
Aku rindu dia yang dulu
Aku rindu dia yang selalu ada dengan aku
Aku rindu dia yang selalu berkongsi rasa dengan aku
oichhh rindu...

Tapi aku tahu
Semua tu takkan kembali lagi
Dia kini sudah bahagia
Dia sudah ada kawan yang baru
Dia sudah ada pengganti aku..


1 ulasan

  1. Alah~ sedihnya.. Itu la kawan yang sentiasa datang dan pergi. :'(

    BalasPadam