Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

TIKET TERBANG MURAH IDAMAN SEMUA

Siapa yang tak suka kalau dapat cari tiket flight dengan harga semurah yang korang boleh dapat. Especially pada zaman skarang ni korang nak cari tiket yang murah supaya korang boleh travel dengan senang disebabkan hal kerja atau nak pergi bercuti dengan family. Aku faham sebenarnya dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang korang nak cari solution untuk save sket bajet korang nak pergi bercuti. So kat artikel ni aku nak share rahsia camne korang nak cari cheap flights booking yang senang. 
Find Cheap Flight Fast!
Firstly korang pernah dengar pasal apps Traveloka tak? Kalau kaki travel mesti pernah dengar, kalau belum pernah ni salah satu solution yang terbaik sebab kat Traveloka ni korang boleh find out tiket flight yang murah. Caranya korang bukak apps tu, korang search flight yang korang nak. Contohnya kalau korang nak ke Langkawi, korang boleh dapat cheap flights to Langkawi dengan apps ni. Korang pilih tarikh yang bukan cuti sekolah atau cuti perayaan yang ada kat Malaysia ni, dan nanti akan keluar list airlines yang ada. Selalunya yang paling murah sure kat paling atas. Kalau korang rasa terlebih bajet korang boleh try tarikh yang lain. Senang kan?


So kalau korang ke Langkawi nanti korang boleh la visit Air Terjun Temurun yang terletak di Datai Bay adalah air terjun 3 tingkat yang tertinggi di Langkawi. Air terjun ini diairi oleh air sungai daripada utara Gunung Mat Cincang. Batuan yang terdapat di kawasan air terjun ini dikatakan telah berusia mencecah 500 juta tahun. Dari tempat meletak kereta di laluan utama, kawasan air terjun yang terendah dapat diakses dalam hanya 5 minit berjalan kaki. Laluan di dalam hutan rimba Gunung Mat Cincang yang disediakan sepanjang perjalanan ke kawasan air terjun juga cukup mesra pengunjung, lengkap dengan beberapa buah gazebo yang boleh korang singgahi untuk merehatkan badan dan menghirup kesegaran oksigen yang ditawarkan. Sebagai peringatan, Air Terjun Temurun adalah sebuah tarikan yang mengikut musim yang mana korang dapat menikmati curahan air yang banyak hanya ketika musim hujan iaitu dari bulan September – Oktober.

Kalau korang tercari-cari kudapan dalam harga bajet untuk dinikmati setelah puas makan angin, datanglah ke Pasar Malam Temonyong yang terletak di Kampung Lubok Buaya. Pasar malam ini dibuka pada setiap hari Khamis dari jam 6 petang hingga 11 malam. Kalau korang merancang untuk ke sini, seeloknya, datanglah seawal yang mungkin supaya mudah untuk korang mendapat tempat parking kereta. Dah jumpa parking, berjalan-jalan di sepanjang pasar ini korang akan jumpa bermacam jenis makanan seperti sate, nugget, fishball, aneka kuih, cempedak goreng, kuew teow, nasi goreng, kebab dan lain-lain lagi. Air yang dijual juga datang dalam pelbagai jenis warna, tapi yang paling wajib korang cuba adalah jus mangga (Fresh Mango Juice) yang dijual di pasar ni, memang padu!

Pantai Kok adalah sebuah pantai pendek yang dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa dan pokok lain yang rendang. Di sekitarnya, korang turut dapat menyaksikan view bukit-bukit batu kapur serta dua buah pulau. Selain lokasi yang menarik untuk menikmati view, perairannya juga sesuai untuk korang bermandi-manda bersama keluarga sebab keadaan airnya yang cetek. Suasana di sekitar pantai ini secara keseluruhannya cukup mendamaikan dan tidak sesibuk pantai lain di sekitar Langkawi. Namun begitu, pada hujung minggu, ramai penduduk tempatan menjadikan kawasan pantai ini sebagai destinasi pilihan.

Pernah dengar tentang paragliding? Aktiviti glider ini lebih kurang sahaja dengan paraglide di mana korang dapat terbang di udara tapi, yang membuatkan glider ni lebih syok adalah sebab korang boleh duduk dengan relaks di atas kerusi sambil menikmati view. Kalau bertuah, dapatlah terbang sekali dengan burung-burung. Seolah-olah menaiki helikopter, dengan mengikuti aktiviti Langkawi Gliders korang dapat menikmati view tanpa batasan sekitar Langkawi sejauh mata memandang dari awan yang tinggi. So guys ni aku dah share untuk korang cari tiket flight murah ke Langkawi. Tapi korang boleh jugak cuba cara ni ke tempat lain jugak. 



Tiada ulasan