Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Penat Dengan Kerja


Penat..
Akhirnya sabtu muncul juga.. hahahaaa gelak jahat! Tak sabar nak cuti.. alaaa cuti hujung minggu je, bukan gempak sangat pun! Well, kau tak tahu situasi aku jadi jangan memandai menilai aku. 

Tahu tak, cuti hujung minggu merupakan cuti yang paling nikmat untuk aku... fuhhh bebas dari belenggu kerja yang tk pernah habis.. bebas dari tekanan kerja yang tiada kesudahan.. paling penting bebas dari pekikan teriakan makian dan cacian orang atasan. Hah gitu, nikmat beb dapat cuti biarpun hanya sehari setengah sahaja. 😁

Minggu ni agak penat. Kerja agak berat. Empat hari berturut turut kiteorang buat maintenance. Fuhhhh.. habis kudrat beb. Hari ni agak teruk sikit. Oil seal pada gear box leaking pulak dah. Jenuh nak buka sprocket, keluarkan bearing bagai. Fuhhh mencabar sungguh harini. Kebetulan pulak machine kali ni agak jauh dari kipas, maka berpanaslah kami buat kerja. Yeyeyehhh.. yeyeyehhhh.. orang ynag tak tahu akan cakap kerja kami best, santai je, boleh jalan jalan dalam production tapi hakikatnya hanya kami yang tahu. Penat weh.. Hilang terus keayuan dan kesopanan kesusilaan aku. Hahahaa! Nak kejar masa punya pasal.. Alhamdulillah, aku masih mampu hadapi segala kepayahan dan keperitan disitu... walaupan dah bermelion kali aku merungut nak cari kerja lain.. nak resign.. tapi sampai.sekarang aku masih mampu bertahan. Alhamdulillah.

Ya, kekadang aku rasa tak mampu. Aku hampir tersungkur. Aku hampir mengalah. Tapi seandainya aku menyerah, siapa yang akan menolong aku?? Berjuta kali aku ulang ayat keramat itu bilamana aku kian rebah. 

Aku bertahan demi keluarga. Aku kuat demi mak dan ayah. Aku yakin aku mampu biarpun aku hampir tersungkur. Kuatlah wahai hati demi orang orang yang aku sayang. Tak kisahlah berapa juta kali aku hampir jatuh, insyaAllah aku akan terus bangkit selagi sisa kekuatan aku masih ada. 

Aku kasar. Hati aku kering.
Bukan. Aku hanya manusia biasa yang berpewatakan mengikut situasi semasa. Jiwa aku kental? Bukan kental tapi terpaksa kental. Sampai bila nak bergantung harap pada orang lain. Kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat. Yessss!! Aku boleh. Aku boleh. Aku boleh.




Tiada ulasan