07 Mei 2015

MOTHER'S DAY GIVEAWAY SPONSORED BY SOUFEEL



SELAMAT HARI IBU, mak.
Mak, 
Angah mintak maaf seandainya seringkali sakiti hati mak, sering kali susahkan hati mak, sering kali buat mak resah dengan sikap angah dan sering kali membantah setiap nasihat mak. Angah tahu mak menyayangi angah dengan seikhlas hati. Mak sentiasa ada tatkala angah sedih mahupun gembira. Mak tak pernah lupa dan tak pernah jemu menyokong setiap keputusan yang angah lakukan dalam hidup nie. Terima kasih yang tak terhingga mak. Angah hargai setiap kepayahan dan komitment yang mak berikan dalam membesarkan angah dan adik-adik. iLOVEu Mak.

Mak,
Untuk tahun ni, angah minta maaf sebab tak dapat bersama-sama untuk meraikan Hari Ibu bersama mak. Maafkan angah, angah tak dapat balik minggu nie untuk meraikannya bersama keluarga kita. Apa pun dari kejauhan, angah sentiasa dan tetap ada dibelakang mak. Angah sentiasa doakan mak, ayah dan adik-adik sentiasa sihat dan gembira selalu. Angah tahu, tanpa angah pun mesti along dan adik-adik tetap masih mampu raikan Hari Ibu bersama mak dan ayanh dengan meriahkan. Hehee nanti bila mak potong kek tu jangan lupa simpankan untuk angah sikit tau. Snpa gambar banyak-banyak nanti hantar dekat angah ye.

Mak, 
Untuk saat nie, angah rindukan mak. Angah rindukan mak, ayah dan adik-adik. Rasanya ni lah kali pertama angah sambung belajar jauh dari keluarga. Bila cuti, masa untuk balik ke kampung agak terbatas lantaran jarak dan kekangan masa. Thanks mak, sebab sentiasa faham dengan situasi yang angah alami. Hampir saban malam mak melayan panggilan telefon dari angah. Hampir saban malam mak menjadi pendengar setia setiap luahan dan aduan yang angah ceritakan kepada mak. Thanks juga untuk nasihat yang tak pernah jemu mak berikan. "Perbanyakkan berdoa dalam apa juga keadaan" , "Jangan tinggal solat" , "Jangan melewat-lewatkan solat" , "Jaga diri dan kesihatan" , "Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya" , "Fikir positif dalam menghadapi cabaran hidup" dan banyak lagi nasihat-nasihat lain yang mak titipkan setiap kali angah menelefon mak. Angah hargai sangat perhatian yang mak berikan pada angah dan adik-adik.

Mak,
Angah bersyukur kerana mempunyai ibu seperti mak. Mak sentiasa ada untuk angah dan adik-adik dalam apa juga keadaan. Mak sentiasa siap dan sedia disisi kami dalam apa juga perkara. Nasihat mak tak pernah lengkang untuk kami. Mak cekal dan tabah dalam membesarkan kami bersama ayah. Jarang sekali mak memarahi kami melainkan kami melakukan sesuatu yang mencabar kemarahan mak. Heheheee iLOVEu mak. Love you so muaaah. Dalam pada marah, mak tetap comel. heroin dihati ayah dan wirawati dihati angah dan adik-adik. Muahhh setepekk..

Mak,
Angah nak mak tahu, walauapa pun yang berlaku, mak tetap ibu terbaik yang angah miliki. Mak lah heroin yang terbest angah ada. Angah hargai sangat kewujudan mak dalam hidup angah. Angah doakan mak dipanjangkan umur, diberi ketabahan yang berpanjangan dalam membesarkan kami dan sentiasa gembira bahagia disisi keluarga kita. Ketahuilah mak, angah dan adik-adik terlalu menyayangi mak dan ayah. Angah sayangkan keluarga kita. iLOVEu MAK

Mak,
Angah harap, angah sempat dan dapat membahagiakan mak dengan usaha dan hasil daripada angah sendiri. Angan impikan semoga dapat menghantar mak dan ayah ke tanah suci dengan hasil usaha angah sendiri. Angah tahu, pengorbanan mak dan ayah kepada angah dan adik-adik tidak ternilai dan angah harap sangat dapat menggembira dan membahagiakan mak. Mak, tunggu angah berjaya ye. InsyaAllah nanti angah akan capai cita-cita angah. Angah nak tunaikan segala impian dan harapan dari mak dan ayah. Semoga mak, ayah, angah dan adik-adik hidup gembira dan bahagia selamanya. iLOVEu mak, ayah dan adik-adik. iMISSu so muuuuahhhh!




KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tamat : Hari Ibu

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

24 ulasan:

  1. sebak kalau pasal mak ni..tak tertahan ari mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. Bila disebut tentang mak, ayah, family, hati cepat sangat tersentuh..
      Sensitif :)

      Padam
  2. Semoga berjaya... saya pun join jugak.... sangat menarik artikel ini khas untuk hari ibu. he..he... Ibu kaulah ratu hatiku... Jom lawati di
    Mother's Day Giveaway Sponsored By Soufeel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks ye..
      Done blogwalking back (=

      Padam
  3. all the best, sayu,sebak kann...

    nahh..jom bce...

    http://nonasani.blogspot.com/2015/05/mothers-day-giveaway-sponsored-by.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sensitif dihati bila memperkata tentang family.. Huhuu

      Padam
  4. all the best...salam berkenalan..akma balas kunjungan awak...

    BalasPadam
  5. OHHH..IBU.. SINGGAH JALAN2 SINI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Ibu, engkaulah ratu hatiku... (=

      Padam
  6. Balasan
    1. Mak, Hadiah terindah dalam hidup ini..

      Padam
  7. Semoga mak awak sihat & gembira selalu... :)



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin. semoga mak sentiasa sihat dan gembira disisi kami, anak-anaknya.. (=

      Padam
  8. tahniah kejupenyet
    amat tersentuh bila baca kata2 pasal ibu
    beruntunglah mereka yg masih emmpunyai mak
    tempat utk mengadu, mendptkn kasih n pemberi sokongan n motivasi
    moga mak berstatus muslimah di dunia ni mendpt rahmat dariNya
    dikurniakan kesihatan yg sihat walafiat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sis..
      Semoga mak diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, Aamin.
      Huhuuu sayang mak sangat2

      Padam
  9. SELAMAT HARI IBU...ANAK YG SOLEH NI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari Ibu jugak sis.
      Semoga ibu, mak, umi, mama dan dll diberi kesihatan dan kekuatan dlm membesar dan mendidik anak-anak.

      Padam