28 Mei 2015




Selamat pagi. Bangun pagi terus on lappy then blogging sambil dengar lagu-lagu dekat youtube. Memang melayan perasaan pagi ni. Tiba-tiba terkeluar lagu nostalgia yang tak kesampaian. Deep! sentap terus tangkai hati ni. Terbayang 'dia' di ruangan mata. Teringat balik kata-kata dan janji yang pernah 'dia' ucapkan dulu. Hempeh!

Hurmmmm... lagu ni, sampai hari ni setiap kali aku dengar mesti sebak, mesti teringat kat 'dia', mesti akan bla..blaa..bla.... Semuanya tentang 'dia'lah!. Rapuhnya aku bila disebut tentang dia. Untuk pagi ni, sehabis mungkin aku mneghayati lagu ni. Setiap kata-kata dalam lagu tu, aku try untuk proses satu persatu. Rindu 'dia'!

Kalaulah dia tahu apa yang aku rasaa saat ni. Kalaulah dia faham isi hati aku ni. Kalaulahhh... kalaulah tu terlalu mustahil untuk kembali kini. Beberapa tahu dah pun berlalu tapi aku saja yang masih setia menanti. Sebenarnya tak adalah menanti sangat. Cuma tak ready utk mencari pengganti. Entah! mungkin sebab serik kowt dengan apa yang dah berlaku. Tak pun, mungkin sebab aku ni mengharapkan pengganti yang sebijik macam dia. Huhuuuu.. 

Saat ni aku teringat kat 'dia'. 'Dia' cakap nanti kalau ada rezeki, kami akan jumpa lagi. Time tu 'dia' nak nyanyikan lagu ni untuk aku. 'Dia' suruh aku fahami lagu ni. Entah! malas aku nak fikir panjang-panjang. *mulut kata malas nak fikir padahal kepala berulang kali fikirkan perkara yang sama!*. Aku cuba untuk kotakan janji yang pernah aku patrikan dengan 'dia' dulu. Aku tahu 'dia' sekarang dah pun berbahagia dengan someone yang berjaya menggantikan tempat aku di hati 'dia'. hurmmm...

Sedih! Aku rindu 'dia'. Walau apa pun yang dah 'dia' lakukan pada aku, aku tetap sayang 'dia'. Kalau dulu sayang aku menggunung, tapi sekarang sedikit kurang. Hahaaa apa pun sayang tu tetap ada. Tetap sayang!

Aok.
Koi tahu aok sekarang dah bahagia dengan dia. Koi tahu mungkin koi bukan yang terbaik untuk aok sebab tu aok berpaling tadah. Apa pun berlaku koi tetap syg aok. Cuma koi terkilan dengan sikap aok. Aok mengambil sikap untuk berdiam dia dan membuatkan koi berada dalam dunia teka teki. Mulanya koi tak faham apa yang berlaku. Koi tak faham apa permainan aok sebenarnya. Koi tak faham apa yang membuatkan aok berubah. Tapi sekarang ni, saat ni rasanya koi dah pun memahami segalanya. Koi faham, tersangat faham. Ya, marah tu memang marah. Tapi koi lagi terkilan dan sentap dengan tindakan aok. Kalau ada apa-apa, salah ke aok berterus terang? Salah ke jujur ? Kenapa perlu berdolak dalih? Entah.. kekadang bila diingatkan balik apa yang telah aok buat tu, koi rasa marah sangat. tapi bila diingat balik sikap aok waktu kita bersama dulu, hilang terus marah koi. Huhuuuu... aok tetap penyutua dihati aye. Semoga aok bahagia dengan dia yang aok pilih. 

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

12 ulasan:

  1. Kembalikan cinta kepaDa pencipta cinta... Insha Allah pasti akn jumpa cinta sejati yang lebih indah... Jadikan dia sbg ujian hidup dari Allah...utk mematang kn diri kita...

    BalasPadam
  2. ada yang lebih baik menanti, so jangan sedih sedih lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu...
      Sedih tu dah terhapus.. :)

      Padam
  3. Mendalam jugak kesan yang ditinggalkan hinggakan bila mendengar sesuatu lagu dapat mengembalikan kenangan2 tersebut...
    Yang pasti, kemaafan adalah dendam yang terindah... Kita tidak tahu kebahagiaan hari esok jika tidak menempuh keperitan hari ini....

    BalasPadam
  4. Alahai sedihnya.... Biarkan ianya berlalu, jangan fikirkan sangat, lagi difikir, lagi susah nak dilupakan. Cuba buat aktiviti² yg boleh buatkan kita 'lupa' dia, walaupun buat sementara...

    Apa pun, life must go on...tunjukkan pada dia, awak pun boleh bahagia tanpa dia. (^^,)

    Regards,
    Yana Afi Mohamed

    BalasPadam
  5. mulut kata malas nak fikir padahal kepala berulang kali fikirkan perkara yang sama. haha perempuan memang selalu begitu!

    BalasPadam
  6. Kadang-kadang ada juga layan lagu yang selalu ingatkan saya tentang 'dia'. Tapi lagu tu dah tak memberi kesan apa-apa pada saya, hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaaa.. itulah jadinya bila hati dah sodo kan. :)

      Padam