29 Februari 2016

Rindu nak aktif berblogging

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak munculkan diri dekat sini. Ada lebih kurang dalam beberapa minggu kowt. Kalau diikutkan, memanglah agak sibuk dengan praktikal. Namun boleh je curi masa untuk blogging sebenarnya. Tapi disebabkan masalah internet, blog ni sedikit terabai. Eh, bukajn saja saja nak abaikan tau.

Alkisahnya, hostel tempat aku praktikal skrg tade internet. Jadi agak menyukarkan aku untuk sentiasa update blog. Nak join segmen dan giveaway apatah lagi. Memang tak dapatlah. Hanya mampu memandang je tiap segmen dan giveaway yang muncul dekat home. Hohohooo sedihnya hati.

Hurmm.. kalau waktu bekerja tu adalah juga aku bukak blog menggunakan wifi company. Tapi itulah, hanya ketika waktu pejabat sahaja di on. Lepas waktu pejabat, off terus. So, disitulah masalah internet dan wifi membelenggu aku.

Pakai data sendiri? Aku ada jugak pakai data sendiri tapi agak terhadlah. Kebetulan pulak dekat kawasan ni line maxis tak berapa kuat. Lagilah membelenggu aku. Sabar je lah.

Tapi tu semua tak mematahkan semangat aku untuk terus berblogging. Hehee. Aku maybe jarang update entri. Tapi aku ada je bukak blog dan blogging ke blog kekawan. Hehee blogging pakai smartfon. Memang agak leceh sikit tapi boleh je.

Untuk hari ni, aku sempat update entri ni pun menggunakan wifi company. Kebetulan semua kerja dah siap so bolehlah aku blogging kejap. Hehee curi curi blogging sebenarnya nie. Hehee

Take note : Maaf diatas penggunaan perkataan 'aku' pada yang lebih dewasa. 


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

3 ulasan:

  1. hehe takpe... nnti dapat wifi marathon join GA k hihii

    BalasPadam
  2. pakai fon boleh update blog. tapi ssh kan.. tak puas. rasa kne pakai laptop jugak.

    BalasPadam