11 November 2016

Monolog | Part 15


" Day by day, the concersatons become
short and less. There's no more to talk
about and lastly the one person has lost
interest with another"

Aku skroll twitter tadi.. aku rt mana yang berkenan di hati.. Tu ayat dekat atas.. tetiba aku rasa macam berkenan sangat.. rasa macam sama seperti situasi yang aku alami ketika ini.. bukan ketika ini sebenarnya.. tapi kebelakangan ini.. 

Kalau dulu, sejujurnya aku akan bersedih setiap kali masej aku tak direply.. aku akan fikir macam macam.. semuanya perkara yang negatif.. kekadang aku tahu dia kerja.. dia sibuk dengan kerja.. dia tengah lena tidur.. dia tengah penat.. tapi entahlah.. akal aku tetap nak fikir benda yang bukan bukan.. hhuhuu...

Kenapa aku fikir macam tu.. sebab ada ketikanya aku nampak dia online facebook.. online whatsapp.. online wechat.. pendek kata dia sedang online.. tapi dia langsung tak tegur aku.. langsung tak masej aku.. langsung tak reply whatsapp aku.. ok aku faham.. dia online bukan semata mata nak contatct aku.. kan? ada ketikanya aku berfikir.. kenapa dia boleh masej orang lain.. kenapa dia tak boleh masej aku? ada ketikanya aku berfikir lagi.. katanya dia sibuk kerja.. tapi kenapa masih sempat dia online.. pelik.. pelik sangat kan.. barangkali dia sibuk online kowt.. 

Kalau dulu sememangnya aku akan pertikaikan semua tu.. sebab aku rasa dia seolah olah kurang perhatian untuk aku.. tapi itu dulu.. sekarang bagi aku semua itu sudah lalu.. dia ada ke tidak.. bagaikan satu kebiasaan kini... sebaliknya bila dia yang contact aku.. aku pulak rasa pelik.. aikkk rajin dia contact.. awal plak dia bangun hari ini.. awal plak dia wish morning.. pelik.. ! ya sesungguhnya itu semua bagi aku sesuatu yang sangat pelik...

Aku rindu dia.. aku nak sangat masej panjang berjela jela dengan dia.. nak sangat gurau gurau dengan dia.. nak sangat macam dulu dulu... tapi entah.. rasa macam harapan tinggal harapan.. sejujurnya aku masih harapkan dia.. tapi harapan tu semakin tipis.. tipulah kalau kata aku langsung tak fikirkan dia.. dia tak pernah hilang dari kepala otak aku.. sentiasa aku fikirkan dia.. sampai satu tahap aku fikir.. mungkin kini dia mampu bahagia tanpa aku.. mungkinlah... 

Masihkah ada ruang untuk aku kembali gembira disisi dia.. masihkah ada peluang untuk aku kembali erat dengan dia.. entah.. aku malas nak fikir sebenarnya.. mulut je cakap malas nak fikir padahal hati memanjang fikir.. hurmmm... aku benci bercakap tentang dia.. kenapa? sebab airmata aku mesti laju je mengalir.. sama macam sekarang... tangan bertaip.. airmata mengalir.. 

Setiap hari aku wish morning.. morning syg.. morning awak.. morning yunkk.. mengharapkan morning aku dibalas.. mengharapkan dia bertanya khabar.. mengharapkan dia bagaikan  aku pungguk menanti bulan.. hurmm.. kekadang aku cakap aku rindu dia.. tapi rindu hanya tinggal rindu.. tak dibalas.. tak berbalas.. bodohkan aku.. sampai satu tahap aku langsung tak online facebook.. semata mata tak nak tengok dia.. aku tahu facebook da sentiasa update.. daripada aku makan hati melihat dia rancak online.. better aku elakkan diri.. biarlah facebook tu berkubur disitu.. sama seperti situasi yang pernah aku alami 5 tahun yang lepas... hurmmmm harap situasi itu yak kembali berulang.. kenapa? sebab aku benci manusia yang curang!! aku benci manusia yang tabur janji menggunung!!!

Aku penat.. penat sangat.. malas sudah berfikir.. malas sudah memikir.. apa yang berlaku aku redah... aku selesa dengan situasi sekarang.. walaupun kadang kala rindu menyapa.. ada kala aku terlalu ingatkan dia... ini satu rencah hidup dalam pada aku meniti kehidupan..


Duhai sayang..
andai kau ingin pergi
pergilah jauh dari aku
andai aku bukan lagi dihati kau
jangan pernah lagi kau muncul depan aku
aku rela kau pergi dan diam
dari kau muncul dan jelaskan  kekhilafan kau
andai masih ada sisa sayang kau untuk aku
carilah aku disini
di tempat yang tak pernah aku anjak
kau masih tetap utuh dihati aku
aku masih pegang janji dan kata-kata kau
andai kau di tempat yang betul
aku bahagia mendengarnya
namun seandainya kau di tempat yang salah
biarlah derita itu aku sendiri
jangan pernah kau muncul lagi
pergilah sejauh yang kau mampu
andaikata kita bertemu nanti
anggaplah aku tak pernah kau kenali
pegangan aku masih tetap utuh
biarlah kau jadi yang terakhir
aku tahu kau mengerti
apakah maksud yang terakhir itu


Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: