07 Mei 2018

Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum,

Aku nak kongsi satu kisah untuk harini. Saja aku abadikan dalam ni untuk dijadikan kenangan. Mana tahu pat ploh pat tahun akan datang, aku boleh singkap kembali memori ni. Kihkihkihh..

Alkisahnya, pagi tadi aku excited dan tak sabar sangat. Fuhhh semangat berkobar kobar nak keluar pergi kerja. Huhuu dalam kepala otak dah planning.. sebelum masuk kerja singgah ke pos laju kejap ambil barang. Hati meronta ronta nak tahu barang apa yang sampai sebenarnya. Teringin nak tahu, siapakah si penghantar tu. Kenapa? Sebab aku sendiri tak tahu siapa si pengiringnya. Nak kata barang untuk review dalam blog macam mustahil je. Nak kata barang hiking pun macam mustahil sungguh. Nak kata barang yang aku beli online lagilah teramat mustahil! Jadi barang apakah itu? Siapa yang hantar? Siapa pengirimnya? Kenapa aku penerimanya?? Cehhhh itu pun aku jadikan isu eh.. Hahaaa

Makanya pagi tadi aku pun singgah ke pos laju kejap sebelum masuk kerja. Agak kelam kabut jugak pos laju dipagi hari ye. Diaorang sibuk asing dan angkut barang yang nak dipos. Aku pun menyelit dan mencelah, tuntut barang atas nama aku. Eh, barang dalam kotak? Pelik ni! Okay, excited aku masih boleh ditahan. Aku dah tahu negeri mana yang poskan barang tu pada aku. Nun diseberang laut sana. Thanks you Bintulu. Kahkahkah...

Huhuu tunggu sampai tempat kerja nanti aku buka, apakah item didalamnya. Menurut slip pada muka depan barang tu adalah, 'barangan kasih sayang'. Hahaaa tergelak sorang aku baca. Bongoklah si pengirim pun. Malu kat abang posmen yang baca td. Kihkihkih..

Sampai je tempat kerja terus aku buka. Serius.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Rasa macam terharu tapi rasa macam nak marah pun ada. Mulut aku tak habis-habis potpetpotpet.. Haha giler.. budak giler buat kerja giler.. hahaa org giler memang gini.. giler wehhh.. budak gilerr sewel mereng.. 

Hurmmm.. aku terharu sebenarnya. Serius aku terharu. Tak tahu nak cakap apa. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Tak tahu. Tak sangka aku akan dapat semua ni. Tak sangka dia gigih cari dan pos pada aku. Tak sangka! Sungguh aku tak sangka! Aku tahu dia sibuk. Aku tahu dia serabut. Aku tahu aku banyak cari pasal kebelakangan ni. Aku tahu aku banyak buat hal. Aku tahu.. aku tahu semua tu tapi tetap aku buat hal jugak. 

Terima kasih awak. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya. Sentiasa setia dengar luahan hati saya. Sentiasa setia dengar masalah saya. Sentiasa sudi dengar bebelan saya. Terima kasih untuk semua. Terima kasih juga sebab bartahan dengan perangai tak semegah saya ni. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab sentiasa cuba buat yang berbaik untuk saya. Maaf sebab sentiasa susahkan awak. Maaf sebab sentiasa semakkan fikiran awak. Maaf sebab sentiasa serabutkan kehidupan awak. Hahaaa tapi adaku kisah? Kihkihkihhh...

Beberapa hari lepas aku ada mengadu dekat dia pasal jam rosak. Panjang berjela aku mengadu. Siap dengar mimik muka walaupun dia tak nampak. Dia setia dengar. Eh, tak tahulah betul betul dengar atau acah acah dengar sambil layan mobile lagend. Hahaa! Dua tiga hari lepas tu aku mengadu pulak pasal earphone hampir rosak dimamah usia. Dah tak boleh nak on call selalu sebab tak dengar suara, tak boleh dah layan suria cinta, tak boleh dah terpekik melalak karoke sorang2 lagu dimatamu by matpian. Huhuu.. sedis wehh! 

Tak sangka tetiba hari ni barang yang pernah aku mengadu pada dia muncul depan mata. Bahkan barang yang aku tak mengadu pun ada jugak. Sungguh aku tak sangka. Dia pos tanpa bagitahu sepatah kata. Langsung tak cakap apa-apa. Siap bagi note lagi. Hahaaa itu hadiah birthday so time birthday nanti jangan minta hadiah. Oichhhh sengal punya giler! Hahaaa... terima kasih ngek.

Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih. Saya terharu dengan taktik awak untuk kali ni. Terima kasih. Thanks you giler!


Take note : Siapa giler? Awaklah yang giler. Aku selesa panggil dia giler sebab dia memang giler. Tingkah laku dan tutur kata aku pada dia agak kasar tapi itu lahhh.. Dah terbiasa. Hahaaa memang memula kenal dia dah giler. Giler yang sentiasa berusaha hiburkan hati aku. Giler yang sentiasa buat yang terbaik untuk aku sentiasa menyusahkan dia! Aku punya 'manja' hanya kau yang faham. Thank syg! Semoga planning kita berjalan lancar. Semoga dipermudahkan segalanya. Love




Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: