Setelah hampir dua minggu aku bercuti raya, akhirnya hari nie kembali ke hostel. Oichhh tidakkkk! Rasa macam tak ready lagi nak pergi kelas besok. Rasa macam tak ready lagi nak belajar. Hurmmm..
Time ni apa yang aku sedang buat? terbaring atas katil sambil mengadap laptop. Ikutkan hati, aku tengah lapar tapi entah. Tak terasa nak makan. Mungkin sebab teringatkan family kowt. Tak pun sebab aku tengah sakit hati.
Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya baru balik dari roll call tadi. Macam apa entah! Sakit pulak hati aku. Orang lain yang buat salah tapi aku pulak yang terkena sekali tempiasnya. Apa salah aku weh? Apa silap aku weh? Sehabis mungkin aku cuba patuhi setiap peraturan dan arahan. Sedaya mungkin aku cuba elakkan dari melakukan kesalahan dalam kolej. Tapi entah! Sakit hati.
Secara keseluruhannya, roll call tu sekadar untuk mengesan berapa juta student lagi yang tak laporkan diri. Yalah, esokkan dah start kelas seperti biasa so kenalah laporkan diri, balik ke hostel hari ni. Tapi entah.. dah namapun manusia. Semestinya ada silap dan salah. Kedegilan dan ketegaran yang jelas ternyata kowt. Dah diberitahu, kesemua pelajar wajib balik ke hostel hari ni tapi ada jugak yang ingkar arahan. Aku pun tak tahu spesis apakah mereka. Degil nak mampus! Ikut kepala sendiri. Menyampah aku!
Bagi aku, sepatutnya semua masalah ni tak sepatutnya wujud kowt. Masing-masing dah besar, dah reti bahasa, dah pandai berfikir jadi tak seharusnya kesemua isu ni timbul. Dah namapun pelajar jadi pandai-pandailah sedar diri. Ikutlah arahan, patuhilah peraturan. Kalau ye pun nak redah, fikirlah pelajar-pelajar lain jugak. tak pasal-pasal disebabkan segelintir pelajar yang bermasalah, pelajar lain semua terkena tempiasnya.
Hurmmm.. entah! ikutkan hati ni banyak benda yang aku nak luahkan. Sakit hati. Panas hati. tapi rasa macam tak berkesudahan je. Dari pada aku merapu panjang berjela rasanya better aku stop kat sini. Kan nanti ada yang terbaca, dan ada yang terasa. Btw, aku tak ada mention nama sesiapa kan so pada sesiapa yang baca tu mohon terasa lah ye. Bak kata pepatah, siapa makan cili, dialah yang terasa kepedasan tu.
Take note : Sebagai seorang pelajar, sila patuhi segala arahan dan peraturan. Niat dihati nak belajar, nak timba ilmu so buat cara yang sepatutnya. Jangan menggedik nak susahkan orang lain untuk ikut serta dengan masalah yang dihadapi. Mohon jangan pentingkan diri sendiri.
Semangat... semangat ... :)
BalasPadamhuhuuu.. semangat sedikit merudum jadinya..
Padammcm2 ragam manusia, kan, dari zamann U, nnti msuk zaman kerja, lainnn lg, hehe~
BalasPadamall the best, stay calm and success !!!!!! cayokkkkkk!!!!!!!!
Thanks sis :)
Padamselamat kembali ke sekolah ms kejupenyet :D jangan sedih2 tau :D biasalah tuh :D
BalasPadamHuhuuuu.. Thanks aisya
Padam