Memaparkan catatan dengan label CERPEN. Papar semua catatan

Cerpen | Kisah Seekor Kerbau

Seekor kerbau yang baik mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata...

FITNAH

1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"

4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."

5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Untuk renungan sahabat bersama.


Cerpen | Yang Ini Pun Akan Berlalu

Pada suatu hari, seorang pemuda meminta kepada seorang tukang emas yang sudah tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya.

Sang pemuda itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu yang boleh disimpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya boleh menjadi pelajaran bagi hidupku."

Berbulan-bulan si tukang emas tua renta itu membuat cincin tersebut, merenung... kalimat apa yang patut diukir di cincin emas yang kecil itu.

Akhirnya, si tukang emas tua renta mengukirkan sepotong kata dan menyerahkan cincinnya kepada yang menampahnya.

Dengan tersenyum, sang pemuda membaca tulisan kecil di cincin itu.
Bunyinya,

"THIS TOO, SHALL PASS"
(Yang ini pun, akan berlalu)

Awalnya sang pemuda tidak terlalu paham dengan tulisan itu. Tapi suatu ketika, tatkala menghadapi persoalan hidup yang pelik, tak sengaja ia membaca tulisan di cincin itu.

"YANG INI PUN AKAN BERLALU"

Lalu ia pun menjadi lebih tenang.

Tatkala ia sedang bersenang-senang, ia pun tak sengaja membaca tulisan di cincin itu

"YANG INI PUN AKAN BERLALU"

Lantas ia menjadi rendah hati kembali.

Ketika kita menghadapi masalah besar ataupun sedang dalam keadaan terlalu gembira, teringatlah:

"YANG INI PUN AKAN BERLALU "

Tidak ada satu pun di dunia ini yang abadi. Jadi, ketika kita punya masalah, jalanilah dan janganlah terlalu bersedih. Demikian juga tatkala kita sedang senang, nikmatilah dan syukuri, jangan lupa diri.

Ingatlah, apapun yang kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.
Untuk itu :
• Tetaplah SEJUK di tempat yang Panas.
• Tetaplah MANIS di tempat yang begitu Pahit.
• Tetaplah berasa KECIL meskipun telah menjadi Besar.
• Tetaplah TENANG di tengah badai yang paling Hebat.

Semua yang ada di dunia ini tak ada yang abadi, kecuali yang Empunya Kehidupan yakni Allah swt.

"THIS TOO, SHALL PASS"

Selamat menikmati kehidupan yang indah ini...

YANG INIPUN AKAN BERLALU..


    Setiap yang hadir dalam hidup ini umpama angin yang berlalu.
    Ia datang dan pergi ,tiada yang kekal abadi.
    Begitu juga kisahnya dengan dugaan hidup.

Cerpen | Kisah Si Ibu Yang Bodoh

Kisah si ibu yang bodoh.

Hari itu, Cikgu Yong, meminta murid-murid berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pun berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor, pensyarah, jurutera, saintis, peguam dan macam-macam lah! Semuanya hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

"Ibu saya... Uhm... ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pun, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

Ketahuilah wahai anak,
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, Syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

#copypaste


Take Note : Sebenarnya ibu tak bodoh tapi itulah pengorbanan. Pengorbanan yang tampak bodoh hanya dimata manusia!! Seorang ibu sanggup melupakan cita cita dan hasrat hati demi anaknya. Si ibu nak bagi sepenuh perhatian kepada anak. Belajarlah bersungguh sungguh. Orang bijak cipta peluang dan anak yang bijak sentiasa mendoakan orang tuanya.

Cerpen : Kisah Sepasang Suami Isteri Yang Merindu

Dari dalam kedai aku memerhati gelagat sepasang suami isteri itu. Sungguh romentik walaupun sudah lanjut usia. Orang kata, si usia yang senja ikatan suami dan isteri semakin utuh semakin bahagia. Alhamdulillah, gembira aku melihat situasi suami isteri tersebut. 

Langkah mereka menuju ke kedaiku. Mata aku bertentang dengan si isteri tersebut lantas aku senyum dengan ramah. Manis, si isteri membalas senyuman aku. Wahhh ada lesung pipit di sebelah kiri. So sweet, comel sangat!!

"Dik, boleh tolong tengokkan telefon makcik tak? Tak tahulah apa yang rosak. Sudah dua tiga hari tak berbunyi.", kata si isterinya. Si suami masih setia disisi isterinya.

Aku ambil telefon tersebut dan menekan button on. Telefon hidup seperti biasa. Aku cuba check data internet, masih banyak berbaki. Aku check apa yang patut, semua okay. Tiada apa yang rosak. Kelihatannya, telefon tersebut masih baru lagi. 

"Acik, telefon ni takde rosak apa apa pun. Elok je saya check. Data internet pun masih banyak lagi ni. Line pun okay je, full. Sound pun okay je", ujur aku sambil hulur kembali telefon tersebut kepada si siisterinya.

"Hurmm.. elok je, tapi kenapa dua tiga hari ni sepi je. Makcik ingatkan telefon ni rosak. Sudah beberapa hari makcik tunggu panggilan dari anak cucu makcik tapi takde pun. Itu yang datang sini, risau takut takut telefon ni yang rosak.", kata si isterinya berlinang airmata

Allahu.. tersentap hati aku. Rasa sayu menerjah jantung hati aku. Sebab itu rupanya. Wahai ibu sungguh suci bersih hatimu. Sanggup bersusah payah demi anak cucumu. Setiap menanti mereka walaupun mungkin mereka langsung tidak mengingatimu. Sedihnya hati aku tatkala itu..

"A'ah Acik. Telefon ni elok je. Tak pun macam ni. Acik bagi pada saya nombor telefon anak Acik, saya cuba call dia. Mungkin diaorang banyak kerja kot, tak sempat nak call Acik", kata ku.

"Hah, kan saya dah kata. Bukan telefon ni yang rosak tapi anak anak kita tu dah tak ingat kat kita ayang.. Kerja lagi penting dari kita ni," kata si suami tiba tiba.

Aku melihat raut wajah si isteri yang suram. Si suami pun turut sama suram. Mungkin mereka sedang merindui anak cucu yang nun jauh disana. Mungkin la...

"Huhuuu.. pakcik ada plak cakap macam tu. Munkin anak anak pakcik tengah sibuk kot. Biasalah dah nak masuk tahun baru ni, banyak benda yang nak kena buat kan. Pakcik dari mana ni? Nak saya tolong call kan diaorang ke?, kataku menyedapkan hati mereka.

Sejujurnya aku tak pandai nak kawal situasi waktu ini. Aku serba salah dan sedih. Teringat plak mak ayah di kampung. Hurmm...

"Takpe lah dik, nanti pandailah mereka telefon kami. Kami ni dah tua, nak perhatian sikit je dari anak cucu. Bila tengok diaorang depan mata rasa bahagia je hati ni. Tapi itulah, mereka bukannya faham pun hati orang tua ni. Kami ni tak tahulah dapat hidup sampai bila, kalau boleh nak lah habiskan sisa sisa yang ada ni dengan anak cucu. Rindu sungguh isteri pakcik ni dekat mereka. Dah lama sangat mereka tak balik. Bila call tak diangkat pulak. Kalau angkat pun tak sampai 3minute dah diletakknya, alasan tengah sibuk, banyak kerja. Hurmm...", kata si suami dengan nada sedih.

Belum sempat aku mencerna perbualan tersebut, si suami isteri itu telah melangkah keluar dari kedai. Aku melihat si suami menggenggam erat tangan si isteri. Ya Allah, beratnya ujian untuk mereka. Merindu pada yang masih ada tapi bagaikan tiada. Tak dapat nak dibayangkan bagaimanalah mereka lalui hari hari yang mendatang. 




Take Note : Duhai anak, ingatlah ibu bapamu. Sentiasalah bertanyakan khabar mereka walau sekejap. Tak banyak yang mereka pinta hanya secebis waktu darimu. Sesekali cubalah selami hati mereka, dengarlah luahan dan rintihan yang ingin mereka perkatakan. Ingatlah, kamu kian dewasa dan mereka kian dilanjut usia. Temanilah mereka disaat mereka masi ada. Berbaktilah kepada mereka, wahai anak.


Cerpen : Kisah Seekor Ikan Dan Penyu

Seekor ikan bertanya kepada sahabatnya si penyu,
"Mengapa setiap kali kau mengalami masalah selalu bersembunyi, masuk ke dalam cangkang kau?"

Si Penyu menjawab:
"Apakah sangat penting soalan itu untuk aku jawab?"

Si Ikan berkata:
"Semua mahluk di perairan ini mempertikaikan sifat kau yang selalu bersembunyi jika ada masalah!"

Si Penyu berkata:
"Adakah penting untuk kita ambil kira kritikan disekeliling? Aku tidak menghindar. Aku tidak lari dari kenyataan. Aku hanya mencari suasana yang lebih tenang dan damai di dalam cangkangku tu. "

Si Ikan bertanya lagi:
"Tetapi apakah kau tidak peduli selalu jadi bahan umpatan dan kutukan?"

Si Penyu menjawab:
"Inilah sebab mengapa aku lebih panjang umur daripada kau. Kau terlalu sibuk mengambil tahu kehidupan aku sampai kau lupa siapa diri kau, kau terlalu sibuk memperhatikan diri aku sampai kau lupa siapa diri kau."

"Dalam hidup ini kita sendiri yang menentukan pilihan, berbuatlah yang terbaik dan biarkanlah apa orang lain nak membawang pasal kita. Orang yang menyukainya pasti akan sentiasa menyokong kamu sekalipun kamu keliru, sebaliknya orang yang membencimu selalu akan menyalahkanmu sekalipun kamu betul."


"Berapa banyak waktumu dibuang hanya untuk menghukum kehidupan orang lain sehingga kamu lupa pada dirimu sendiri yang perlukan aura dan semangat yang positiv untuk teruskan kehidupan ini."

Sayangi dirimu dengan lebih peduli pada urusanmu sendiri, sebab engkau akan menjadi orang yang selalu kekurangan saat kamu selalu ingin tau urusan orang lain

Cerpen | Kisah Roti Hangit

Seorang anak bercerita,

Sepanjang hari mak melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Mak tak pernah mengeluh atau mengadu kepada kami adik beradik. Petang tu, ayah balik kerja seperti biasa. Mak hidangkan ayah dengan secawan kopi panas dan juga roti untuk minum petang tu. Roti yang dihidangkan kelihatan agak hangit. Hurmmm..

Aku melihat ayah menghulur tangan, mengambil cebisan roti tersebut sambil tersenyum manis kepada mak. Kemudian ayah mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayah menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Ketika aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar mak memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya dan aku tidak akan lupa jawapan ayah terhadap permohonan maaf mak.

"Ayang... jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit."

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti yang dibakar sampai  hangit?

Ayah merangkul aku ke dadanya dan berbisik ayat-ayat yang menyentuh tangkah hati aku

"Anakku, hari ini mak awak telah melakukan kerja-kerja berat dan mak awak sangat letih. Lagi pun.. roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati. Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib. Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan dan kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh. Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya. Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif. Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka. Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati."

Kredit : Ustaz Iqbal Zain

Wireman | Kisah "Saing Kawe"

SAING KAWE (TAK BACO RUGI BESAR)

Saing kawe,
Baik buruk saing kawe,
Tolol bengong pun saing kawe,
Nakal dan jahat tetap saing kawe,
Hok lebai ada jare jare,
Hok jahil sekeliling pinge,
Hok tak tahu gapo satu bertunggang lange,
Itulah saing saing kawe,

Saing kawe
Ada hok buleh tumpe,
Ada hok suka amik kesempate,
Ada hok make dale,
Ada hok suka cice alik belake,
Ada hok mace harima bele,
Dan ada hok jenis make ore,
Itulah saing kawe,

Saing kawe
Hok cidik tokleh nak tumpe,
Hok bodo tindih di perase,
Hok bengong jadi mat gie,
Hok tolol curi aye ore,
Hok lebai kade kade tak smaye,
Hok jahil sapa masjid dia ile,
Itulah saing saing kawe,

Saing kawe
Bukan semuanya tokleh tumpe,
Ada jugak masa kawe susoh dia bui tumpe,
Time kawe seney di hile,
Time tts berebut dia belanja make,
Masa kawe nak bayar dia menolak smace,
Kade kade kawe kata blakam pare,
Itulah saing kawe,

Saing Kawe
Ado hok pah ko hidup sore,
Ado hok dok gilo ko ore buje,
Ada hok bini sore,
Ada hok bini lebih pado sore,
Macam macam jenis saing kawe,
Dan itulah saing kawe,(TAK BACO RUGI)

Saing kawe
Alik sana ada hok seney,
Alik sini dok berkube lembe,
Mari alik depe nampok come,
Tengok kot blake super sete,
Nampok huduh tapi baik punya ore,
Itulah saing kawe,

Nukilan kawe
Berjudul : SAING KAWE


Take Note : Salah seorang rakan sekelas waktu Wireman dulu hantar kata kata ni dalam group. Bila dibaca dan dihayati.. seakan betul. Huhuuu... mendalam maksud yang cuba untuk disampaikan tu. Semoga persahabatan kami semua kekal sampai Syurga.

Isteri Idaman Lelaki


SEORANG ISTRI MENUTUPI KEMISKINAN SUAMINYA.


Ada sebuah kisah, ketika seorang suami menangis kepada sahabatnya.

Sahabatnya itu pun bertanya, "Kenapa kau menangis tersedu-sedu seperti ini?"

Sang suami menjawab, "Istriku sedang sakit demam"

Sahabatnya bertanya lagi, "Sebegitu cintanyakah kau?Sehingga istri sakit demam saja sampai menangis sangat dlm seperti ini?

Sang suami menjawab, "Kau tahu siapa istriku?".

Lalu sang suami menceritakan pada sahabatnya, Aku ini miskin, tidak punya pekerjaan tetap & setiap hari keluargaku hanya makan dngn kacang,itu pun jika aku pulang.

Jika aku tak pulang karena belum mendapat apa, untuk dimakan paling istriku hanya minum air atau berpuasa.

Suatu hari keluarga mertuaku mengundang kami untuk berkunjung ke rumahnya, kebetulan istriku berasal dari keluarga kaya.

Saat aku duduk berkumpul bersama mertuaku & keluarga yang lain di meja makan dengan hidangan yang mewah, aku tidak menemukan istriku. Lalu aku bertanya kepada ibu mertuaku,

"Dimanakah dia ibu?". Ibu mertuaku menjawab, "Istrimu sedang di dapur, dia mencari kacang.....Katanya dia sudah bosan dngn hidangan lauk & daging, sehingga dia sangat ingin makan kacang"

Ketika mendengar itu ayah mertuaku langsung memelukku sambil berkata,... "Terima kasih menantuku kau telah mencukupi nafkah anakku dngn baik, sampai dia bosan makan daging & malah ingin mencoba makan kacang."

Saat itu dadaku tersesak, menahan tangis.

Lalu saat pulang ke rumah kami aku tak bisa lagi menahan tangis, sambil ku peluk erat istriku ...

"Betapa engkau sangat menjaga kehormatanku di hadapan orang lain wahai istriku walau pun itu orang tuamu sendiri, sedangkan aku tahu setiap hari kau hidup kekurangan disini, bahkan sampai tdk makan sama sekali."

Istriku hanya menjawab, "Aku berkewajiban menjaga kehormatanmu, Karena istri adalah pakaian suami & suami adalah pakaian istri. Karena itu istri adalah kehormatan suaminya, begitu juga pun sebaliknya suami adalah kehormatan bagi isterinya".

Allahu Akbar

SEMOGA BERMAMFA'AT WAL BARAKAH.....

Take Note : Cerpen Seorang Isteri Menutup Kemiskinan Suaminya ini, telah dikongsikan oleh seorang sahabat di whatssApp group. AKu terpanggil untuk mencoretnya kembali disini Untuk tatapan aku dimasa hadapan dan juga sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua. Semoga bermanfaat untuk kita.


Sketsa | Abang, Sayang Lewat Sebulan



Seorang isteri menyambut kepulangan si suami dari pejabat dengan senyuman mesra.

Isteri : Abang, sayang lewat 1 bulan dah. Alhamdulilah kita akan ada baby. Tadi doktor pesan jangan bagitahu sesapa dulu. Risau tak jadi. ..

Keesokannya, datang petugas TNB mengetuk pintu. Setelah pintu terbuka dia memberitahu kepada isteri tu...

Petugas : Puan, puan dah terlambat 1 bulan.
Isteri : Hah dari mana kamu tau?
Petugas : Ini ada di rekod kami.
Isteri : Macam mana boleh ada di rekod pihak kamu?

Esoknya si suami ke pejabat TNB (pembayaran) dalam keadaan marah.

Suami: Bagaimana pihak kamu tau isteri saya terlambat 1 bulan?

Petugas : Sabar, sabar encik.. kalau nak rekod tu ada lagi, encik bayar je pada kami.

Suami : Wahh siap mengugut (dalam hati)
Kalau saya nekad tak nak bayar??

Petugas : Kepunyaan encik akan diputus...!!

Suami : Wahh... kalau kepunyaan saya diputus, isteri saya dirumah nak guna apa?..

Petugas : Yaaaahhh ... isteri encik boleh guna lilin je...

Suami : Arghhhhh sambil berlalu pergi dalam keadaan marah...

Petugas : $€#%¥$#$%¥?.!€#%

Take Note : Don't get me wrong, sayangi keluarga anda. Betapa excited nya kita bila tahu akan hadir baby hasil dari cinta sehingga bersungguh nak menjaga anugerah bermakna itu.


HAPPY MOTHER'S DAY 





Cerpen : Awak Hanya Ada 1 Jam Sahaja Untuk Hidup


Kisahnya: Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. 

Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. 

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. 

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.  Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. 

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. 

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. 

Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. 

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

Jawab Malaikat "Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, 

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?" Malaikat menunjukkan mereka itu. 

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. 

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. 

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.


Apa yang disesalkan:

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.


2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8. Beliau banyak kali menyakiti hati kedua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar.

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.



Sahabat: Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah iktibar dari kisah ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi. Mudah mudahan berkat hidup kita di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..

Take Note : Cerita diatas dikongsi oleh salah seorng saudara saya dalam family ws group. Saya terpanggil untuk memaparnya disini sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat di luar sana. Semoga dijadikan iktibar buat kita semua. Wassalam 😉

Cerpen : Papa Nanti Baca Cerita Ini Kuat-Kuat Pada Ina


Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.


Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.


“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.


“Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.


“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.


“Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah.


“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.


“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya.


Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ni kat Ina, ya papa!” Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.


Masa terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.


Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. “Mama dah baca, seronok papa,” kata Serena.


Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba Serena bertanya. “Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.


Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan.


Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.

“Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. 


“Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. 


Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator. Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah.


Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. 


Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.


Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.


“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.


Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlKalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.


Credit : SINI

Take note : cerita ni telah dikongsi oleh salah seorang sahabat dalam group. Saya terpanggil untuk kongsi cerita ini disini sebagai peringatan buat diri sendiri dan sahabat sekalian. 

Anak, anugerah terindah dan tak ternilai yang Allah hadiahkan kepada kita. Memegang tittle sebagai ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang payah. Pokok pangkalnya terpulang kepada kita untuk mencorakkan masa depan anak-anak kita nanti.



Kisah Benar Seorang Tukang Gunting Yang Menyeramkan


Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, 

“Mahu potong kepala?”.

Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawab, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidak boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

Cerpen ; Nasihat Dan Renungan Buat Si Peniti Hari Tua

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.” Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya.

Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi ; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.” Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

 Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat

1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.

2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingin tahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.

3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah terlambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai. Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan. Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.

Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal. Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya.

Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu menghianati aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiamana saya mengkhianati kamu? Saya tidak pernah mengkhianati. Saya dengan sabar menanti kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya.

Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.


Take note ; Kawan-kawan, begitulah umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mahu kita memiliki hikmahNya yang unik.

Cerpen : Mak mana ???

Serius! Mengalir air mata aku.

MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila
😭 😭 😭 👍

Take note : cerpen ditas dikongsi oleh salah seorang sahabat. Saya terpanggil untuk kongsinya disini buat tatapan sahabat alam maya dan peringatan untuk diri sendiri. Semoga kita menjadi anak yang menyenangkan keluarga, anak yang dapat menumpukan perhatian kepada ibubapa dikala mereka meniti usia senja. Sedarlah, mak ayah hanya mahukan sedikit perhatian bukannya wang berjuta ringgit. Mak ayah hanya mahukan kasih sayang bukannya harta melimpah bagaikan gunung. Senoga bermanfaat.

Sekadar peringatan sahaja


Kisah couple 

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangat dekat awak. Bagi saya, awak perfect sangat

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalau sudah minta awek tu maknanya couple dah kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat kerje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab..

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya tak nak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya walaupun tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring.

Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, ambil yg lain lah..

LELAKI : Em..tapi saya tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih balum berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

Jauhi COUPLE, dekati NIKAH...

Rokok tidak merbahayakan kesihatan

Ada yang mengatakan rokok sebenarnya langung tak merbahayakan kesihatan. Ye ke? Sebaliknya cuma sekadar mitos dan dongeng semta-mata. Betol ke? Okaylah, untuk perokok tegar apa kata korang baca ni.
    
Ramai orang berfikiran bahawa rokok sangat merbahaya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa orang pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak pernah merbahaya.

Ada sebuah 'the untold story'_yang membuka mata seluruh dunia bahawa rokok itu tidak merbahaya sama sekali.
     
Ada tiga orang pakar penyelidik dan mereka ini selalu sahaja bersama ke mana saja mereka pergi.
Tapi ketiga-tiganya memiliki kesukaan yang amat berbeza antara satu sama lain.
Suatu hari mereka pergi berjumpa dengan seorang Dukun Sakti. Lalu mereka memilih kesesuaian dengan kegemaran masing-masing.

*Si A*: ”Aku mahu perempuan² muda serta gadis jelita yang seksi dari berbagai bangsa dan makanan serta minuman yang cukup. Letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu kami selama 10 tahun".

*Si B:* “Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekalan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".

*Si C:* ”Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.”
 
Selepas 10 tahun kemudian, Dukun Sakti membuka pintu gua masing² sesuai dengan perjanjian mereka.
Ketika pintu gua pertama dibuka, keluarlah si A, kurus kering, berdiri pun tidak mampu karena lutut sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan dengan perempuan.
Beberapa saat kemudian si A pun jatuh ke tanah lalu mati..
         
Pintu gua ke dua dibuka, maka keluarlah si B, perut buncit dan mata merah kerana hari-harinya dihabiskan dengan minuman arak, jalan terhuyung hayang dan tak berapa lama jatuh ke tanah lalu mati.

Akhirnya tibalah dukun itu ke pintu gua yang ke tiga, TAHU APA TERJADI???
Tatkala pintu ke tiga dibuka, keluarlah si C, sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun yang lalu.
Dia berjalan tangkas ke arah Dukun Sakti itu dan terus menumbuk kepalanya serta berkata:
“Dasar DUKUN BENGONG!!! LIGHTERNYA MANA???! Kempunan aku 10 tahun dalam tu.... lighter takde....!”
       
Kesimpulannya, rokok tidak merbahayakan kepda kesihatan selagi tidak ada apinya. Dalam erti kata lain, perokok tidak dapat merokok jika rokok tidak dinyalakan dan itu sangat tidak bahaya. Hahaa

Take note : Apa nikmat menghisap rokok? Salah satu cara untuk hilangkan stress, hilangkan tekanan? Erkkkk rasanya banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan. Dikatakan salah satu kepuasan? Rasanya banyak perkara lain yang boleh dibuat untuk dapat kepuasan. Kan?

Inspirasikan orang lain yang tengah down terkenangkan kebodohan sendiri

"Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!"

Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi.

Pertama, aku bukan nak buka aib sendiri, aku kongsikan ni sebagai inspirasi dan pengajaran untuk semua.

Aku share supaya lebih ramai yang sedang 'down' tu, akan terinspirasi. InsyaAllah.

.

Ya, dulu aku bukan budak baik, mencuri adalah kerja sambilan aku.

Sekolah sampai tingkatan 2 saja.

Saat orang semua tidur, bukit bintang jadi taman permainan aku masa remaja dulu.

Aku tak bangga dengan apa yang aku buat dulu.

Sebab aku banyak menyusahkan mak ayah aku.

Aku banyak menyusahkan orang lain.

Aku menyesal dengan perbuatan aku dulu.

Sedih bila terkenangkan banyak kebodohan dah aku buat dulu.
.

.

Tapi dalam jahat aku dulu, aku ada pasang impian.

Jangan ingat remaja tak habis sekolah, suka mencuri, nakal itu tiada impian.

Mereka semua ada impian.

Bezanya, impian itu biasanya hanya kami simpan sendiri-sendiri.

Sesuatu yang kami malu nak kongsikan dengan orang lain. Sebab apa?

Sebab orang akan gelakkan impian kami.

"Budak bodoh jahat macam kau nak kaya dan berjaya? Boleh mimpi!"

Dalam mereka gelak, mungkin atas inilah monolog mereka ketika itu.

.

.

Tak lama lepas tu, di saat aku rasa aku dah jauh sangat sesat dalam dunia aku, aku rasa aku kena buat sesuatu.

Seperti 'dirasuk' dengan satu semangat, aku akhirnya buat sesuatu untuk capai impian karut aku!

Aku tak peduli apa orang nak kata.

Aku tak fikir pun sama ada aku akan berjaya ke tak.

Aku tak fikir pun kemampuan aku masa tu.

Aku tak pandang ke belakang dah.

Aku mula langkah pertama aku dengan berniaga online.

.

.

Bermula dari saat tu, aku macam satu keretapi yang tak boleh berhenti.

Kejayaan kecil demi kejayaan kecil, seolah menolak aku untuk terus cuba dan mencuba.

Ketika tu aku sedar satu perkara,

Budak jahat, budak tak habis sekolah, budak tak guna, juga mampu untuk buat sesuatu untuk capai impian dia!

Rasa seperti kisah dongeng!

.

.

Dipendekkan cerita,

Dari jual produk orang tanpa modal, hari ni, budak tak guna ni dah mempunyai syarikat yang dah keluarkan produk kecantikan sendiri.

Dari pernah meminta sedekah untuk beli rokok, budak tak guna ni dah berjaya capai jualan jutaan Ringgit.

Dari mula menjual online di Cyber Cafe, budak tak guna ni dah ada office sendiri dengan staffnya sendiri.

Dari hanya berjalan kaki dan menaiki bas, budak tak guna ni dah ada dua kereta impiannya sendiri.

Dari tidur di surau stesen bas, budak tak guna ni dah ada hampir 9 buah rumahnya sendiri. (1 duduk, 8 lagi sewakan)

Dari hanya mengecewakan ibu bapanya, budak tak guna ni dah berjaya gembirakan ibu bapanya.

Dari hidup tak tentu arah seorang diri, budak tak guna ni dah ada seorang isteri yang terbaik.

Dari hanya mencuri, budak tak guna ni berpeluang untuk memberi pula pada orang lain.

Alhamdulillah. Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah.

.

.

Apa yang aku cuba sampaikan,

Jangan biarkan kisah gelap kita halang kita berimpian!

Jangan biarkan kebodohan terdahulu buat kita rasa kita bodoh selamanya!

Jangan biarkan pandangan jijik orang pada kita buat kita lemah!

Jangan malu nak berimpian walaupun tiada segulung ijazah!

Jangan sesekali rasa nasib kita sentiasa di bawah.

.

.

Allah swt dah susun sehabis cantik perjalanan hidup kita.

Di saat Allah swt ingin curahkan rezekinya pada kita, kita pasti akan rasakan semua itu seperti bermimpi.

Semalam poket kita kosong, esoknya boleh jadi sepenuh-penuhnya, mencurah-curah.

Hari ni orang hina kita, esoknya boleh jadi orang pandang tinggi pada kita.

Hari ni kita rasa sedih, esok kita boleh jadi gembira tak terhingga.

.

.

Percayalah, sesiapa saja layak berimpian untuk berjaya.

Baik dia itu bekas penjenayah, baik dia itu pengemis, baik dia sesiapa pun. Jangan sesekali bunuh impian orang lain.

Lagi-lagi orang yang bermasalah, macam aku dulu.

Sebab hakikatnya, impianlah akan jadi pendorong untuk orang seperti ini berubah.

Jika impian mereka ditertawakan, tiada lagi impian dan mereka akan kekal jadi sebegitu.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt.

Dan ingat, impian adalah sia-sia tanpa tindakan.

.

.

Mulakan sesuatu hari ni.

Kejarlah ilmu, belajarlah, usahalah.

Jika orang jahat, budak bodoh tak habis sekolah, tak guna seperti aku boleh, kenapa tidak anda?
.
Muhammad Zukermi Bin Edi
Universiti Jalanan
24 tahun
.
Take note : Salah seorang hamba Allah kongsi cerita diatas kepada saya. Agak terkesan dihati ini dengan apa yang dilaluinya ketika meniti usia remaja. Sungguh dugaan dalam hidup kita berlainan. Rezeki kita juga berlainan tapi ingatlah, jangan sesekali putus harapan. Jangan sesekali perkecilkan kebolehan diri sendiri. Siapa tahu, jauh didalam diri kita ada sesuatu yang perlu diasah dan digilap sedikit untuk bersinar.