Featured Slider

Motor Masuk Bengkel

"Motor dah ok ke belum?"

"Belum. Sadai kat rumah. Tulunnn tulunn tulun".

"Nak tlg apa hah dah mlm. Tolak motor p bengkel dululah"

"Ada motor kosong tak? Pinjam"

"Bawak ex5 balik dulu"

"Jap den pegi bengkel ambil motor y pastu p umah ko tunda motor p bengkel"

"Malam ni ke? Siyeh r"

"Sent loc dulu"

"Nak gerak, kabo"

"Dah gerak ni"

Nak dijadikan cerita, malam tadi 140819 sedang elok aku nak lelapkan mata tetiba whatsApp masuk. Halahhh.. halahhh.. dia dah muncul. Maksudnya dia dah sampai Senawang, dah balik dari kampung kot.  Aku sangkakan dia nak tolong settlekan masalah ni keesokan harinya. Sangkaan aku meleset. Malam tu juga settle. Tunda motor bawak ke bengkel. Alhamdulillah, kesayangan aku selamat masuk 'wad'. 


Sampai bengkel, sempat lagi dia buka inner motor, tengok  apa entahh.. Yes, memang ada campuran minyak dan air kat dalam tu. Hurmm ternyata betul sangkaan aku. Benda ni takde lah parah sangat tapi agak rumit. Lebih-lebih lagi motor LC, terpaksa buka itu ini terlebih dahulu.


Okay, hari dah jauh mlm so aku bawa EX5 balik rumah. Fuhhh.. gempak mak bapakk nyahh! Bunyi ekzos padu bak hanggg. Dari jauh boleh dengar bunyi ekzos tu. Hahaaa sis like it 😁


Keesokan harinya, aku bawa si EX5 tu pergi kerja. Yesss, bunyik ekzos memang padu. Member ditempat kerja semua macam pelik. Hahahaaa lantak koranglah weh, janji aku ada kenderaan untuk pergi kerja. Kalau idok, memang terpaksa ponteng kerjalah jawabnya untuk hari tersebut. Thanks Chottt, bagi pinjam motor 🤭

Seperti biasa, lepas habis kerja aku akan keluar cod Klubna Laleh. Kebetulan pula untuk hari tersebut ada 4 tempat yang perlu aku cod. Eh, jauh pulak tempatnya. Risau jugak sebenarnya, kot kot tengah cod tetiba motor habis minyak. Huhuu.. motor tu kuat makan minyak weh. Biasalah dah upgread itu ini so mestilah power lain macam sikit. Selesai cod lebih kurang jam 8.30malam, terus balik rumah. Penat.

Sampai rumah lebih kurang jam 9.00malam. Settle apa yang patut pastu lepak depan tv dengan housemeet. Tetiba whatsApp dari Ateh muncul. "Motor dah siap. Bila nak datang ambil?". Blur kejap. Wehhh aku dah sampai rumah baru kau whatsApp motor dah siap. Apeni Atehhhh 🤦‍♀

Maka bersiap siaplah aku dan terus gerak ke bengkel. Ikut hati memang dah malas nak keluar. Better ambil besok je. Tapi takot esok sibuk pulak, kang tak sempat nak singgah bengkel. Lagi huru hara 😁


Tadaaaaa kesayangan dah balik rumah. Alhamdulillah. Dah okay. 


Carburator Motorsikal 135LC Masuk Air

Carburator masuk air.. weh carburator masuk air.. halahh halahhh carburator masuk air.. masuk air wehh.. sob sob sobbb.. inilah kisah sedih aku dipagi hari raya pertama Aidiladha untuk tahun 2019

Nak dijadikan cerita.. hari ini aku cuti hujung minggu.. nasib baik raya Aidiladha jatuh pada hari ini.. kalaulah esok raya Aidiladha, alamaknya aku beraya di tempat kerja ler.. Alhamdulillah..

Dipagi nan indah, aku bangun dengan azam yang baru.. maklumlah sambut raya di perantauan so feel raya tu takde lah sampai sangat.. pagi ni aku macam terlebih rajin pulak.. kemas satu rumah.. siap lap kipas siling bagai... hahaa padahal baru minggu lepas kiteorang bersihkan kipas tu.. tapi takpe, kerajian itu bagus. 

Dah settel kemas bahagian dalam, aku beralih ke bahagian luar rumah pula. Basuh motor.. basuh motor.. basuh motor.. basuh motor.. basuh motor weh.. seperti biasa aku akan sabunkan motor dengan sabun pencuci pinggan mangkuk, sunlight dan ditambah sedikit pewangi softlan.. fuhh bau semerbak wangi gitu.. rasanya dah tiga minggu lebih kot tak cuci motor.. so aku ambil masa yang agak lama untuk membasuh.. sental tayar.. cuci bahagia celahan spoket.. cuci celahan rim.. blaa.. blaa.. blaaa... terlebih feel pulak weh!! Settle..


Hah carburator masuk air??
Yesssza!! mungkin sebab waktu cuci motor tadi aku terlebih feel kot.. sampai tesimbah air kat bahagian carburator. sedih!! tapi yang lagi sedih, bila aku dapat tahu semua ni agak lambat. Tengah hari tadi aku nak keluar pergi cod. Hidupkan enjin motor seperti biasa. Pastu tolak motor keluar dari garaj dan tutup gate. Tekan gear satu.. pulas minyak sikit.. bunyik macam sendu sendu.. pulas minyak lebih sikit.. terus motor mati... fuhhhh berdebar jantung aku nyah! aku hidupkan motor lagi sekali.. pulas minyak.. masih lagi jadi seperti tadi.. boboboooo tetiba padam. Mati akal weh!!!

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku.. air masuk dalam carburator.. carburator dah masuk air wehhh... aku cuba lagi hidupkan enjin lepas tu blow perlahan lahan.. terlebih blow, enjin mati.. aku cuba lagi dan lagi... hampir sejam lebih kot.. sampai panas enjin tu.. tapi tak berjaya juga.. mati akal.. makanya aku terpaksa batalkan cod untuk hari ni.. esok.. lusa.. tulat.. aku tak pasti dapat teruskan cod ataupun tidak.. musim raya weh, celah mana bengkel motor yang buka.. bengkel member aku pun tutup.. diaorang tengah beraya sakan kat kampung wehh.. so macam mana?