Kadang kita terlepas pandang kekuatan kita dan airmata bukanlah tanda kelemahan dan apa yang kau hadap hari ni tak bermakna hidup kau cuma tentang kesedihan ini, bahagia akan tiba semula nanti kau cuma tinggal percaya.
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Antara kekuatan dan Airmata
17 Julai 2021
Sihir Pemisah Dan Ayat Ruqyah Amalan
03 Julai 2017
Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan-pasangan atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.
Sihir jenis ini juga boleh memisahkan anak dengan ibu, anak dengan bapa, adik-beradik, di antara pasangan-pasangan, rakan syarikat perniagaan dan lain-lainnya. Perpisahan di antara pasangan suami isteri paling bahaya dan banyak berlaku. Sihir jenis ini boleh menyebabkan timbulnya rasa benci yang bersangatan dengan tiba-tiba, merasakan seseorang lain lebih memahami daripada pasangan sendiri, berlaku syak-wasangka tidak boleh bertolak ansur, menyebabkan berlakunya perselisihan faham biarpun atas sebab-sebab yang kecil.
Sihir juga menyebabkan berlakunya perubahan rupa suami pada mata isteri atau sebaliknya. Isteri akan melihat suaminya dengan pandangan yang menyakitkan hati dan tawar hati atau sebaliknya.
Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.
2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.
4. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.
5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
6. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang ia telah melafazkan cerai, padahal ia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri.
Sumber : FB
Kelebihan Gerakan Solat Untuk Kesihatan Diri
16 Jun 2017
Solat tidaklah hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti, tetapi gerakan-gerakan solat paling terbaik bagi tubuh badan manusia. Bahkan dari sudut kesihatan, solat adalah gudang ubat dari pelbagai jenis penyakit. Ibadat solat merupakan ibadat yang paling baik untuk metabolism dan tekstur tubuh badan manusia. Gerakan-gerakan di dalam solat mempunyai kelebihan masing-masing.
Takbiratul Ihram.
Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau di bawah bahagian dada. Gerakan ini bermanfaat untuk melancarkan aliran darah, limfa dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh badan. Ketika mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau di bahagian bawah dada. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai sakit sendi, khususnya pada bahagian atas badan.
Rukuk
Rukuk yang sempurna ditampung oleh tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas tulang belakang tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Gerakan ini bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi serta fungsi tulang belakang sebagai penyangga badan dan pusat saraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada bahagian tengah badan. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi untuk meregangkan otot-otot bahu sehinggan ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan bagi kemih sehingga gangguan prostate dapat dicegah.
Iktidal
Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Iktidal merupakan variasi dari postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerakan ini bermanfaat sebagai latihan yang baik bagi organ-organ percernaan. Ketika iktidal dilakukan, organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pelonggaran secara bersilih-ganti. Ia memberi kesan bagi melancarkan pencernaan.
Sujud
Menonggeng dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai. Posisi sujud berguna untuk memompa getah bening ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah beroksigen akan mengalir ke otak. Aliran ini mempengaruhi pada daya pemikiran seseorang. Oleh kerana itu, sebaiknya melakukan sujud dengan tuma’ninah, tidak tergesa-gesa agar darah yang mencukupi berada di otak. Posisi seperti ini mengelakkan seseorang dari gangguan wasir. Khusus bagi perempuan, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.Duduk antara dua sujud
Sambungan.....Duduk antara dua sujud
Duduk setelah sujud terdiri dari dua jenis iaitu tahiyat awal dan tahiyat akhir. Perbezaannya terletak pada posisi tapak kaki. Ketika tahiyat awal, badan tertumpu pada pangkal peha yang berhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini mampu menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan hamstring. Duduk tahiyat akhir sangat baik bagi lelaki kerana tumit menekan aliran kandungan uretra, kelenjar prostate dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul, posisi seperti ini mampu mencegah impotensi. Kedudukan tapak kaki pada tahiyat awal dan akhir menyebabkan seluruh otot tunjang turut meregang dan kemudian rehat (relaks) kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ pergerakan badan.
Salam
Gerakan memusing kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima. Salam bermanfaat untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala serta menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta menjaga keanjalan kulit muka.
Sumber : Info solat
Tidak digalakkan berdebat dengan orang jahil, bodoh dan sombong.
15 Jun 2017
Dalam Islam, kita tidak digalakkan melayan orang jahil atau orang yang degil & sombong dalam berdebat atau berbincang kerana ia tidak membawa sebarang faedah. Saya tertarik kata2 Bernard Shaw "I Learned long ago never to wrestle with a pig, you get dirty, and besides the pig likes it".
Saranan menjauhi mereka ini sangat tepat dengan firman Allah swt :
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ
Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: ""Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil (Al-Qasas : 55)
Juga kata-kata Imam As-Syafie
إذا نطق السفيه فلا تجبه ... فخير من إجابته السكوت
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih' ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya...maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.
Sumber : FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Kelebihan Dan Kenikmatan Solat Tahajjud
06 Jun 2017
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani
Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Kelebihan Zikir Ya Latiff
12 Mei 2017
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..
Semoga bermanfaat buat semua...
Istimewanya Wanita Maka Bersyukurlah
07 April 2017
Istimewanya Wanita..maka Bersyukurlah..
Wanita..
Dalam Al-Quran wanita mendapat tempat kehormatan yang tidak diberikan kepada kaum pria. Terdapat surat An-Nisa (wanita) namun tidak terdapat surat Ar-Rijal (laki-laki).
Dan diantara bentuk penghormatan kepada wanita di dalam Al-Qurān, wanita begitu dijaga dan dilindungi kehormatan dan kesuciannya, tidak diumbar keindahannya meskipun hanya sekedar namanya. Karena tanpa ditampakkan sekalipun naluri laki-laki normal pasti akan mencarinya.
زين للناس حب الشهوات من النساء ..
"Telah dihiasi bagi manusia (laki-laki) kecintaan terhadap syahwat berupa wanita.." (QS. Ali Imran : 14)
Silahkan anda cari nama wanita selain Maryam Ibunda Nabiyullah Isa alaihimas salam yang Allah ta'ala sebutkan di dalam Al-Qurān. Tidak ada. Itupun Allah sebutkan dalam rangka membantah orang-orang yang mengklaim Isa anak Allah, untuk menegakkan tauhid dan meruntuhkan kesyirikan.
****
Secantik-cantik wanita adalah yang sedikit bicaranya dan banyak diamnya..
Seindah-indah wanita adalah yang banyak berkreasi dengan kesabarannya dan suka membahagiakan selainnya..
Dan sebodoh-bodoh wanita adalah yang suka bersolek dengan penampilannya namun buruk perilakunya.
Oleh: Ust. Ridwan Abu Raihana hafidzahullah
#copypaste
Tags:
agama,
Info,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama
5 Perkara Perlu Tahu Untuk Dapatkan Jodoh Secara Online
07 Mac 2017
PESANAN BUAT MUSLIMAH :
Ramai orang yang merasakan lebih susah untuk mencari jodoh di zaman sekarang. Dengan peredaran zaman, ramai yang mahu cuba mencari jodoh secara online. Cara ini sebenarnya ada baik dan buruknya. Berikut adalah beberapa perkara yang anda patut fikirkan semasa dalam proses menjadi jodoh secara online.
1. Jangan sekali-kali beri maklumat peribadi di awal perkenalan
Di dunia online, ramai orang yang kata mereka sedang mencari bakal suami / isteri. Tapi sayangnya, tak semua orang berniat baik. Ada yang akan cuba mengumpan anda dengan ayat-ayat Islamik untuk menarik minat anda. Hati-hati. Sebelum anda beri apa-apa maklumat peribadi, tanya pendapat wali anda tentang calon yang anda temui ini. Kalau perlu, beri nombor telefon wali.
Mereka lebih tahu cara untuk menguji keikhlasan calon pasangan anda. Kalau calon anda ada menelefon wali anda dan mereka nampak serius, anda boleh teruskan cuba mengenali mereka jika anda mahu.
2. Terus terang tentang niat anda.
Jelaskan yang anda hanya berminat untuk mencari pasangan hidup. Jangan bazirkan masa anda bercakap tentang perkara yang sia-sia. Lebih-lebih lagi jika dia mahu bercakap tentang perkara-perkara yang anda hanya patut kongsi dengan suami atau isteri anda.
Jangan sampai anda terpedaya. Juga, hati-hati dengan orang yang sentiasa mengelak bercakap dengan wali anda. Mungkin dia hanya mahu mempermainkan anda.
3. Sentiasa libatkan keluarga / wali anda
Semakin hari, semakin ramai anak muda kahwin lari tanpa pengetahuan ibu bapa. Memang ada kes di mana ibu bapa tak memahami, tapi sekurang-kurangnya keluarga tetap perlu tahu.
Restu keluarga penting untuk bina keluarga yang diberkati. Dan paling penting, walau apa pun yang terjadi, keluarga anda akan sentiasa bersedia untuk bantu bila anda ada masalah nanti.
4. Selidik latar belakang si dia
Cuba sendiri atau minta wali anda bercakap dengan orang yang kenal calon pasangan anda. Selain itu, ada baiknya kalau anda boleh berjumpa dengan calon keluarga mertua anda.
Banyak perkara yang anda boleh belajar tentang si dia dengan cara ini. Sambil itu boleh tahu apa yang mereka harapkan dari anda jika hubungan anda berdua berkekalan dan apa peranan anda sebagai menantu dalam keluarga itu nanti.
5. Berdoa
Akhir sekali, perkara paling penting untuk membantu anda berjaya dalam proses ini adalah doa kepada Allah SWT. Selain itu, Nabi Muhamad SAW juga menyarankan kita solat Istikaharah bila perlu membuat keputusan – jadi lakukan. Petunjuk takkan dating dalam bentuk mimpi yang mengujakan tapi tetap lakukan dengan ikhlas, di samping dapatkan nasihat orang-orang yang boleh dipercayai dan buatlah keputusan.
InshaAllah, anda takkan menyesal dengan keputusan yang dibuat kerana adalah dah lakukan semua ikhtiar yang patut dilakukan
Walau apa pun yang terjadi, ingatlah bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk berjalan menuju ke SyurgaNya jadi jangan pilih seseorang hanya kerana dia ada rupa atau harta. Memang rupa dan harta itu penting, tapi ia bukanlah perkara yang paling penting. Kalau anda nak pasangan yang baik, pastikan anda juga sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik.
Tags:
agama,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Renungan,
Tips
10 Aurat Wanita Yang Perlu Kita Tahu
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki
Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
-Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan merek
Tags:
agama,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Renungan,
Tips
Jom Amalkan Sunnah Rasulullah SAW
05 Mac 2017
*Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua*

Simple Sunnah Rasulullah SAW
*Simple Sunnah - 1*
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.
*Simple Sunnah - 2*
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.
*Simple Sunnah - 3*
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.
*Simple Sunnah - 4*
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.
*Simple Sunnah - 5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.
*Simple Sunnah - 6*
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.
*Simple Sunnah - 7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.
*Simple Sunnah - 8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas;
"Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini."
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.
*Simple Sunnah - 9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.
*Simple Sunnah - 10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.
*Simple Sunnah - 11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).
*Simple Sunnah - 12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.
*Simple Sunnah - 13*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.
*Simple Sunnah - 14*
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.
*Simple Sunnah - 15*
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
Rezeki Ada Di Mana Mana
Tuhan nak ambil atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lah, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil, maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.
Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.
*Kekadang kita lupa..*
Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
Kerja tak pressure pun rezeki..
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..
Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..
*Jom fikir luasnya rezeki.*
Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..
Kekadang..
Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.
Demikian Tuhan membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Tuhan.
Bersyukurlah seadaanya..
Semoga murah rezeki kita hari ini dan seterusnya..
Sikap Manusia Yang Suka Melabel Orang lain
“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan
yang meninggalkan dunia tempat huru hara
mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka
perbuatan baik adalah kapal yang menempuh gelombang”.
GEMUK. HITAM. BOTAK. CACAT.
Selalu aku perasan yang parents, kakak, abang mahupun ahli keluarga yang lebih tua biarkan je anak-anak kecil melabel orang lain tanpa ada tunjuk ajar dan adab sopan.
Contoh; Eeee mama! Cuba tengok kakak gemuk tu!
Abang, tengok dia takde tangan kan? Cacat. Awak kenapa awak cacat? Haha. Takde tangan. Tak power takde tangan tak boleh main dengan kita!
Eee hitamnya muka! Hahaha muka hitam macam K word.
Mak abah dia pulak boleh gelak-gelak setuju.
Astaghfirullah.
Maka, bila dah besar sikit, anak itu akan terbiasa.
Nak kemana tu Lukman?
Nak pergi rumah Rahim.
Rahim mana?
Alaaa Rahim simpang anak Wak Melan yang gemok gedempol tu!
Kau ingat kau tu bidadari nak hina orang?
Ni, aku nasihatkan diri aku pertamanya dan kau orang jugak, kawal bahasa anak-anak.
Cukup je cakap, Rahim anak Wak Melan simpang. Tak payah nak tambah penghinaan dekat fizikal dia.
Kalau orang yang bertanya tu tak cam dan tak kenal juga Rahim tu, kau cari attributes lain.
Contoh, Rahim anak Wak Melan simpang yang kerja cikgu dekat Sabah tu yang pakai kereta Volvo hitam.
Senang kan?
Tak siapa terasa.
Ingat, akhlak anak kau mencerminkan siapa diri kau sebenarnya!
Kalau anak kau kurang ajar, aku akan pandang kau atas bawah sampai kau berpeluh sebab kau tak pandai jaga anak.
Hahaha.
Take Note : Perkongsian ini daripada group ws family. Aku terpanggil untuk berkongsinya disini. Bila difikir semula, ada betulnya apa yang hamba Allah ini perkatakan. Bagaimana sikap dan perangai anak kita dimasa akan datang sebenarnya bergantung kepada apa yang kita ajari mereka saat ini.
Batasan Aurat Wanita
Apakah batasan aurat wanita?
Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
3. Aurat di hadapan mahram
4. Aurat di hadapan wanita lain
1. Aurat bersama suami
Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.
2. Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?
Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya).
Dalilnya ialah firman Allah;
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).
Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain.
3. Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan,
Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram.
firman Allah;
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”. (31)
4. Batasan aurat sesama wanita ada 2 iaitu..Aurat di hadapan wanita Islam ialah Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya.
dan Aurat di hadapan wanita kafir..
Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka; tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?
Apa pendapat wanita muslimah tentang dakwaan kewajiban memakai tudung dan berhijab tetapi telanjang . Mengapa ianya di anggap remeh sedangkan itulah batas-batas aurat wanita..
Sayangnya Allah kepada Perempuan
11 November 2016
Siapa kata jadi perempuan tu senang..?
Nak kena tutup sana, tutup sini.. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising.. Perempuan, stokin pun kena pakai.. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.. Confirm tak tahan bertutup semua.. Tapi, perempuan cool je.. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah.. Hebat kan perempuan..?
Siapa kata jadi perempuan tu senang..?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit.. Nak pergi kelas pun susah.. Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit.. Cuba tengok budak lelaki, selamber je.. Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit.. Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je.. Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit.. Hebat kan perempuan..?
Siapa kata jadi perempuan tu senang..?
Hati ni Allah jadikan lembut betul.. Cepat je sensitif.. Cuba tengok orang putus cinta, selalu perempuan yang paling susah nak lupa.. Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru.. Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan, siapa yang paling teruk menangis..? Perempuan kan..? Lelaki boleh gelak-gelak lagi.. Lembut tak hati perempuan..? Tapi, dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.. Hebat tak perempuan..?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni la, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.. Kita cakap, Allah tak adil.. Kenapa Allah lebihkan lelaki..? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami..? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah.. Bak kata orang,
"Nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan"
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan di luar sana yang tidak pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,
"Lelaki tak payah tutup pun"
Kita berani bertepuk tampar dengan lelaki, kita sanggup gadaikan diri kita sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.. Tak kesian ke dekat diri kita..?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, kita sanggup rosakkan diri kita.. Kita cakap kita buat macam tu sebab Allah tak adil.. Persoalannya sekarang, bet ke Allah tidak adil dengan perempuan..? Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya.. Betul, isteri kena ikut cakap suami.. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya.. Tak adil lagikah Allah pada perempuan..?
Kenapa perempuan hebat..?
Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.. Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio.. Banyak lagu pasal perempuan kan..? Contohnya macam lagu SUMAYYAH.. Jarang kita dengar lagu pasal lelaki.. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan.. Sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.. Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya.. Orang akan cakap,
"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"
Kita tak pernah dengar orang cakap,
"Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' kan..?"
Hebat tak Allah jadikan perempuan tu..?
Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan..?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.. Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.. Tengok hadis ni,
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Sahabatku yang perempuan, sedarlah.. Betapa sayangnya Allah dekat kita.. Betapa cintanya Allah dekat kita.. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas kepada Allah..? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia.. Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita dijadikan hiasan.. Dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.. Kesiannya dekat diri kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan..?
Moga gelaran solehah..bidadari Syurga menjadi milik kita..bertaqwa la kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, Syurga akan menjadi milikmu..in shaa Allah
Tags:
agama,
Info,
Isu semasa,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Renungan
Perkara Yang Patut Dilakukan Sebelum Tidur
12 Oktober 2016
ANDAI AJAL DALAM TIDUR...
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )
Resepi Bancuhan Makanan Sunnah
17 September 2016
Ini adalah resepi membuat bancuhan makanan sunnah untuk menyembuhkan penyakit.
====================
Resepi 1 - Bancuhan Cair
====================
Ciri-ciri: Rasanya sedikit pedas, kurang likat, boleh diletakkan di dalam botol untuk dispray
1. 50% Habbatus Sauda
2. 30% Minyak Zaitun
3. 15% Madu (atau 10% madu dan 5% propolis)
4. 5% Sari Kurma/Pati Kurma
Kelebihan: Menyembuhkan penyakit berkaitan jantung, paru-paru, darah, gout, strok. Juga elok dibuat sebagai minyak sapu.
Cara minum:
- 1 ml 2 x sehari
================
Resepi 2 - Bancuhan Pekat
================
Cir-ciri: Rasanya manis, pekat, perlu diminum menggunakan sudu
1. 60% Madu
2. 15% Habbatus Sauda
3. 15% Minyak Zaitun
4. 10% Sari Kurma
Kelebihan: Menyembuhkan penyakit berkaitan dengan perut, demam, gastrik, sembelit, strok, kanser. Memberikan tenaga dan membekalkan antibodi yang kuat.
Cara minum:
- 1 sudu besar (gunakan sudu plastik), 3 x sehari.
=========
Ramuan ini hanyalah usaha sahaja, banyakkan berdoa agar Allah yang menyembuhkan. Semoga dengan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat boleh membantu kita sembuh dari apa sahaja jenis penyakit yang kita hadapi :)
Amalkan. Semoga bermanfaat. :)
Kenali Jenis-Jenis Sihir
Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab. Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di malaysia. Ada banyak lagi, tapi tak larat nak cerita semua.
Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, bersegeralah melakukan rawatan.
1. Sihir Penceraian
Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri.
Antara simptom-simptomnya
- Sering bergaduh atas isu kecil
- Panas baran tanpa sebab
- Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
- Tidak boleh duduk berdua
- Sering prasangka buruk
- Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh
2. Sihir Penghalang Nikah
Biasanya lebih kerap berlaku daripada 'ain daripada sihir.
Kesannya:
- Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
- tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
- Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
- Beberapa kali putus tunang secara mendadak
3. Sihir Pendarahan
Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun
Simptomnya:
- Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
- Darah yang keluar tidak normal
Boleh juga jadi:
- Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan
4. Sihir Pemisah
Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan
Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.
Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.
Kesan:
- Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
- Tidak boleh berbincang dengan elok
5. Sihir Penyakit
Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.
Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
- Muntah darah
- batuk berterusan
- Ulcer
- Kanser
- Jantung
6. Sihir Mahabbah
Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain
Tanda-tandanya:
- Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
- Selalu terbayang-bayang
- Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga
7. Sihir Gila
Sihir untuk membuatkan seseorang gila
Dengan membuatkan orang tersebut:
- Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
- Sering mendengar bisikan-bisikan
- Sering merasai dirinya dibenci semua
- Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
- Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia
8. Sihir Bisikan
Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.
9. Sihir Mandul
Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak.
Sekiranya mengandung juga, sering gugur
10. Sihir ikatan
Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage
Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan
Teruskan buat rawatan islam jika perlu. Amalkan juga zikir pendinding diri sebagai pendinding diri bagi mengelakkan gangguan. Korang boleh download Buku Zikir Pagi & Petang dekat SINI dan untuk pembelian Buku Zikir Pagi & Petang bolehlah klik dekat SINI.
Credit ; SINI
Semoga bermanfaat
Simptom- Simptom Terkena Gangguan
Ini adalah simptom-simptom yang biasa dialami oleh mereka yang terkena gangguan.
Semak diri anda, dan ahli keluarga anda, dan bersegera ambil tindakan.
Amalkan Zikir Pagi & Petang untuk perlindungan segera.
Ada masalah untuk mengawal emosi. Dan perubahan ini boleh berlaku secara mendadak atau beransur-ansur.
- Emosi tidak stabil
- Sentiasa ragu-ragu / was-was
- Senang cemas & takut
- Mudah marah
- Mudah menangis tanpa sebab/secara tiba-tiba
Tips rawatan:
- Banyakkan solat & Puasa
2) Gangguan Ibadah
- Susah khusyu’
- Sering lupa rukun / bilangan rakaat solat
- Malas beribadah
- Senang bermaksiat
- Panas @ sesak nafas bila membaca Al-Quran
- Sukar melakukan ibadah dengan gerakan sempurna
Tips rawatan:
- Banyakkan solat berjemaah dan hadiri majlis agama
3) Gangguan Psikologi
- Mendengar bisikan untuk bunuh diri, buat maksiat dll
- Sering mengalami dejavu
- Mampu meramal
- Mampu tahu rahsia seseorang walaupun baru pertama kali jumpa
- Mampu membaca fikiran orang lain
- Melihat jelmaan jin
- Sering bau sesuatu wangian/bau busuk tanpa sebab
- Gila
- Kemurungan
- Suka berkhayal & bersendiri
- Blank @ blackout tiba-tiba
Tips rawatan:
- Rawat dengan kaunseling
- Jauhi ubat-ubatan berasaskan dadah
- Membetulkan saraf / posisi tulang leher dengan Chiropractic/Yumeiho
Gangguan secara fizikal ini boleh datang dari pelbagai aspek
Masalah sistem:
- Mudah sakit / masalah autoimmune
- Buah pinggang
- Sakit perut
Masalah peranakan
- Mudah gugur, sukar mempunyai anak, Masalah rahim
- Pendarahan / haid tidak teratur
- Impotensi, kemandulan, dan penyakit kelamin
Masalah jantung
- Sakit jantung
- jantung rasa seperti dicucuk
- sering berdebar
Masalah pernafasan
- Nafas tidak puas
- nafas tersekat-sekat
- nafas berbau
- mudah terkena serangan asma
Masalah kulit
- kegatalan, bisul ruam yang berpanjangan/berulang-ulang
Lain-lain:
- Penyakit misteri / penyakit yang tidak sembuh-sembuh
Tips rawatan:
- Lakukan rawatan nyahtoksin
- Mendapatkan nutrien yang secukupnya
- Gunakan bahan seperti madu, minyak zaitun, habbatus sauda, minyak kelapa dara, buah-buahan dan herba-herba
5) Gangguan Ketika Tidur
- Insomnia (susah tidur, gelisah saat tidur, sering terjaga)
- Susah bangun subuh
- Ditindih ketika tidur
Selalu bermimpi perkara-perkara seperti:
1. Binatang-binatang berbisa @ berkuku tajam @ bertaring
2. Bermain-main / melompat dari tempat tinggi
3. Mimpi kubur/tempat-tempat yang sering didatangi jin
4. Mimpi melihat jin/syaitan/tukang sihir
5. Mimpi diperkosa/cubaan diperkosa
6. Mimpikan pasangan melakukan suatu yang tidak baik, sedangkan rupa/wajah/perangainya tidak sama dengan yang sebenar.
Tips rawatan:
- Lakukan ruqyah terlebih dahulu sebelum tidur
- Amalkan zikir dan amalan sebelum tidur
6) Gangguan Dalam Perhubungan
- Lesbian/homoseksual/biseksual
- Kehilangan seri muka
- Sukar mendapat jodoh
- Sering bergaduh dengan pasangan/ahli keluarga dalam hal-hal remeh
- Dibenci/dimusuhi/dipulau manusia lain tanpa sebab
- Persahabatan putus secara tiba-tiba @ secara drastik
Tips rawatan:
- Lakukan ruqyah mandiri
- Berjumpa kaunselor / peruqyah
7) Gangguan Berkaitan Anak
- Sukar mendapat anak
- Kandungan hilang tiba-tiba sebelum waktu kelahiran
- Anak hilang sebaik sahaja dilahirkan
- Anak kerap menangis tiba-tiba
- Selalu bercakap seorang diri / dengan kawan yang tidak kelihatan
- Sering terjaga waktu malam
- Nampak kelibat/bayangan
- Mendengar bisikan
- Berubah perangai dengan tiba-tiba
Tips rawatan:
- Selalu biasakan anak-anak dengan al-Quran
- Jaga pemakanan dan berikan nutrien secukupnya
8) Gangguan Ruqyah
- Panas/tidak tenteram semasa di dalam rumah
- Bunyi dibaling pasir/guli/sesuatu ke atas bumbung
- Bau hanyir/busuk/hancing di sesetengah tempat tanpa sebab
- Air kencing yang muncul tiba-tiba
- Sering terlihat kelibat/bayangan
- Terdengar suara/gelakan/nyanyian ghaib
Tips rawatan:
- Membaca surah al-Baqarah di rumah
- Biasakan solat sunat di rumah
Credit ; SINI
Take Note ; Melalui pengalaman sendiri, kami sekeluarga pernah mengalami salah satu daripada gangguan yang diatas, Gangguan Ruqyah. Sejujur, kami sekeluarga tak tahu pun yang kami mengalaminya. Sampailah satu ketika tu, adik aku sakit. Waktu tu kawan dia datang melawat. Hari pertama dia datang, okay je berborak kosong. Hari kedua, tengah borak-borak tetiba dia cakap, ada sesuatu yang kacau adik aku. Dia tanya ada tak bermusuh dengan sesiapa, ada tak rasa macam diperhatikan, dan beberapa soalan lagi yang aku dah lupa. Tapi soalan yang paling aku ingat, biasa malam-malam ada tak dengar bunyi atas atap? Okay, meremam badan aku dengan soalan tu.
Katanya, ada 'benda' atas atap. Sungguh, kami memang selalu dengar bunyi atas bumbung tapi tak menyangka pun 'benda' tu. Pada kami, itu hanyalah bunyi tikus atau tupai. Yalah, sebelah rumah aku kan ladang sawit. Jadi, ingatkan tupailah yang lalu lintas atas bumbung tu.
Hampir sebulan lamanya kami berubat dari ganguan tersebut. Alhamdulillah, takde lagi dengar bunyi atas bumbung. Tidur malam takde lagi dengar buyi bising2. Bila difikir-fikir balik, rasa macam tak percaya pulak. Kami sangkakan tupai atau tikus rupanya bukan. Katanya ustaz, itu bukan bunyi berjalan tapi bunyi ditabur pasir.
Semoga kami sekeluarga berada dalam lindunganNya sentiasa. Sesungguhnya hanya padamu Ya Allah, tempat untuk kami berlindung.
7 Doa Yang Patut Ibu Amalkan Demi Anak-Anak
15 September 2016
Kami ingin kongsikan kepada anda senjata yang paling utama dan berkuasa bagi umat islam lebih-lebih lagi untuk seorang insan yang dianugerahkan gelaran ibu. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.
Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.
Yang penting apa?
Ikhlas.
Berharap.
Credit : SINI
Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.
Yang penting apa?
Ikhlas.
Berharap.
Credit : SINI
Tags:
agama,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Tips
Cara Solat Sunat Dhuha
Panduan ringkas mengenai solat Dhuha. Salah satu fadhilat solat dhuha ni, adalah murahkan rezeki. Sama-sama kita berusaha amalkannya :)
Tags:
agama,
Peringatan bersama,
Perkongsian bersama,
Tips
Langgan:
Catatan (Atom)









































