Featured Slider

Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Genap Setahun Ayah Pergi

rindu semakin berakar umbi

yang kurasakan saat kau pergi...


Ayah, 

Rindu ni tak pernah padam,

Semakin hari semakin bertambah rasa rindu ni

Rindu yang tak mampu diungkap dengan kata kata

Rindu yang ada kalanya dirasa terlalu menyakitkan

Rindu yang tak bertepian

Rindu nak salam cium tangan

Rindu nak dengar suara marah dan gelak tawa gurau senda

Rindu nak tengok ayah duduk dekat dapur sambil main fon

Rindu nak video call malam malam

Rindu nak angkat call dari ayah

Rindu nak dengar kata nasihat

Rindu.. rindu.. rindu..

Setiap kali bercerita tentang ayah mesti orang nangis

Rapuhnya diri ni sejak ayah dah takde

Hurmm... banyak nak dicerita kata ayah

Banyak benda orang nak kongsi dengan ayah

Banyak sangat tapi tulah..

Sekarang dah tak boleh nak kongsi kongsi dengan ayah

Harini genap setahun ayah pergi

Genaplah setahun orang tak jumpa ayah, tak dengar suara ayah

Genaplah setahun orang merindui ayah..

Terima kasih ayah

Terima kasih untuk semuanya

Orang saksi susah payah ayah untuk besarkan kami 6 beradik

Semoga segala peluh keringat ayah dibalas dengan segala yang terbaik untuk ayah disana

Alfatihah ayah

Mohd Rusli Bin Mohd Zain

07011958 - 27082023



Perempuan Itu

 Perempuan..

Kelihatan lemah lembut, sopan santun

Dari raut wajahnya terpancar kegembiraan

Seakan tiada bebenan masalah

Dari nada suaranya kedengaran ceria

Terserlah dengan senyumannya

Mereka yang melihat terasa bahagia

Namun, tanpa siapa sedar hakikat sebenarnya

Perempuan itu menyimpan sejuta perasaan

Ada kala gembira, ada kala bahagia

Namun sering kali berduka

Sendirian memendam rasa

Keseorangan menahan tangisan

Pada siapa harus bersandar

Penat lelah tak siapa peduli

Kuatnya perempuan itu kerana yang dia sayangi

Semoga perempuan itu terus kuat, tabah

Semoga kebahagiaan sentiasa milik perempuan itu

Semoga perempuan itu akan rasai manisnya sebuah kehidupan.