Featured Slider

Oh My Blog Berhabukkk!!

 


Oh my bloggg! Oh my blogg!! 

Sudah banyak hari tak buka blog semestinya hampir naik sawang labah labah ni. Adehhh! Bulan lepas baru je berazam nak mula blogging. Nak update entri setiap hari tanpa gagal. Tapi itulah, gagal juga akhirnya. Lahaiiii bloggg.. ni pun den terbuka blog sebab ada hamba Allah email bertanyakan tentang cara cara nak buat blog. Terus den buka blog tauuu. Buka pastu rasa bersalah sebab dah lama tak update. Huhuuu... perangai sangat erk!


Sebenarnya hujung bulan Mei haritu, den tak berapa sihat. Batuk, selsema, demam, datang sekali full package. Hampir seminggu jugaklah badan tak larat. Tapi tetap gagahkan diri juga uruskan hal hal dirumah. Bila den hampir sihat, anak solehah pulak demam selsema. Hurmmm... berjangkit dari ibu dialah ni. Sian kat anak, tidur malam tak lena. Hidung tersumbat lepas tu batuk batuk. Boleh dikatakan sepanjang anak tak sihat, den memang tak tidur lena dimalam hari. Bimbangkan anak tu satu, lepas tu anak memanjang nak tidur atas riba. Fuhhh.. rasa nak patah pinggang ibu nak. Demimu ibu relakan juga.


Dah sihat demam, raya pula. Raya Haji tahun ni balik Kuala Pilah. Tidur 2malam di kampung Kuala Pilah. Banyak aktiviti yang dibuat sampaikan tak cukup tidur. Bertabahlah, bukan selalukan rasai suasana sebegitu.


Dah habis rasa, keadaan pun dah reda tapi mood blogging masih tak datang. Itu yang sampai ke sudah tak buka dan update blog. Kalau blog buka, laptop pun semestinya lah tidak terbuka. Lahaiii.. berhabuk sudah laptopku gamaknya. Okeylah.. jap lagi den blogwalking di blog kawan kawan ye. 

Jadilah Bagian Hidupku | Bersama Kita Berjuang

 


"Hiduplah selayaknya. Kalau penat, beristirahatlah. Lakukan apa yang kamu suka tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai rumahmu."


Oh aku ingin kau tahu

Cintaku ini sungguh tulus untukmu

Tak peduli dunia berkata

Ku kan buktikan cinta ini....

Jadilah bagian hidupku

Dan jadilah pelengkap kisah hidupku

Kau adalah alasan

Untukku selalu berjuang.