Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan

Cabaran 21 Hari Tanpa Gula Tambahan

Gula tanpa sedar adalah dadahyang paling bahaya sekali di dunia tetapi ianya dihalalkan.Pelik!



Kenapa ianya dihalalkan? Kerana gula adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi dunia. Jika gula diharamkan, banyak perniagaan akan ditutup terutama perniagaan makanan dan minuman dan akan menyebabkan ekonomi dunia akan menjadi lumpuh.

Sebenarnya tanpa sedar, dunia tidak mahu kita hidup sihat, mereka mahukan kita sakit demi ekonomi mereka. Jika banyak orang sihat, hospital, klinik, insuran, business ubatan tidak dapat menghasilkan jualan dan meraih keuntungan. Mereka sebenarnya mahukan kita sentiasa sakit, demi ekonomi mereka, terutama pihak yang kaya raya di atas sana.

Jadi adakah kita mahu tunduk kepada mereka dengan mempercayai mereka?
Fikirkanlah kerana kita seharusnya sayang diri kita, mereka sebenarnya kurang pedulikan kita.

Kenapa dikatakan gula adalah dadah paling bahaya?

Gula tidak seperti dadah lain, tidak perlu dicucuk ke dalam badan, tidak perlu di "smoked", tidak perlu di "snorted" untuk mendapatkan kesan tenang dan bertenaga. Gula hanya boleh ditelan direct ke dalam mulut melalui makanan ataupun minuman. Sebab itu kanak-kanak yang diberi gula kadang-kala menjadi hyper (sugar rush) dan sering ketagih lagi mahukan gula tersebut. Jika tidak dapat, akan menangis berontakkan. Kenapa? Sebab mereka sudah ketagih di awal usia lagi

Bahayanya dadah gula ini akan dikesan dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa terdekat. Tetapi dalam masa yang pendek, kesan gula ini akan memberikan kanak-kanak atau orang dewasa kegembiraan (ketika mereka makan), melegakan keadaan stress, menghilangkan kesakitan/ kedukaan emosi, memberi fokus kerja dan memberi tenaga sehingga dose gula tersebut habis. Dan apa yang lebih bahaya, mereka yang sudah biasa, akan mahukanya lagi dan lagi. Ketagih!

Penggunaan yang berterusan tanpa sedar akan menyebabkan gejala obesiti (kegemukkan) sebati dengan mereka dan lama kelamaan dari obesiti ini akan menyebabkan mereka mendapat diabetic (kencing manis) seterusnya serangan jantung/sakit jantung dan seterusnya sakit buah pinggang, penyakit 3 serangkai. Penyakit 3 serangkai ini adalah punca utama paling tinggi yang menyebabkan kematian di dalam dunia. Asalnya dari mana? Yes, dari dadah gula yang kita makan dan minum tanpa sedar sejak dari kecil lagi.

Dadah lain (yang diharamkan) tidaklah sebanyak mana menyebabkan kematian jika dibandingkan dengan dadah gula (yang dihalalkan) tetapi tidak bermakna kita boleh menggunakan dadah lain. Disebabkan itulah, gula tanpa sedar adalah dadah yang paling bahaya sekali di dunia.

Credit : KKM



*Adakah kita akan teruskan pengambilan gula? Atau sebaliknya?*


Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan

Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan.

Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.

Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri. Sedis!

Carilah sedikit masa untuk hargai badan anda. Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.

1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS

Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.


2. PELAJARI ILMU TENTANG KALORI

Pantau berat badan selalu!

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.

Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.


3. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Jangan sampai ‘obese’  baru nak mula diet

Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.


4. ELAKKAN MAKAN WAKTU5. ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA

Jangan sampai jadi gemuk, diabetes pula

Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang. MALAM

Roti canai memang sedap. Tapi kalau nak kurus, masih lagi bernafsu nak makan?

Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.


6. TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK

Katakan tidak pada teh tarik dan nasi lemak bungkus

Kalau pergi Pasaraya, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?


7. BANYAKKAN MAKAN BUAH

Kalau bosan dengan epal dan anggur, makan pisang dan tembikai susu

Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.


8. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.

Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?


9. BANYAKKAN BERJALAN (DAN BERJOGGING)

Seronok bila beriadah bersama keluarga

Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.

Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.


10. BERI 100% KOMITMEN PADA TUJUAN ASAL ‘NAK KURUS’

Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.

Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.

Take Note : Semuanya bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri, siapa lagi? Bayarlah RM10,000 sebulan pada Personal Trainer di gym, kalau minda tidak fokus pada kuruskan badan, sukar untuk mencapai impian berat badan idaman. Cara paling mudah dan efektif ialah: Ubah Cara Hidup atau ‘Lifestyle’.




Cara Hilangkan Kutu Rambut Menggunakan Bawang Merah

Petua: Bawang Merah Untuk Basmi Kutu Rambut dan Telur


Kutu rambut biasanya begitu normal dengan anak-anak, walaupun begitu, orang dewasa juga pastinya akan merasakannya. Banyak langkah yang dapat digunakan untuk membasmi kutu rambut beserta dengan telurnya. Tetapi, biasanya orang memakai langkah tidak semulajadi untuk mengatasinya seperti memakai ubat atau produk yang mempunyai kandungan bahan kimia khusus.



Membasmi kutu rambut dengan cara pantas dengan bahan kimia memang popular cukup efektif serta cepat, namun perlu diketahui juga membasmi rambut dengan cara pantas itu bakal mengakibatkan beberapa masalah yang lain.



Bawang merah merupakan satu di antara bahan semulajadi yang dikenali cukup berkesan untuk mengatasi atau membasmi kutu rambut. Bawang merah mempunyai aroma yang begitu kuat sampai begitu bakal buat kutu rambut tak tahan dengan aroma atau bau yang diakibatkan. Selain itu, bawang merah juga mempunyai kandungan senyawa aktif yang dapat membunuh kutu rambut.



Langkah membasmi kutu rambut dengan memakai bawang merah cukup mudah. Di bawah ini langkah membasmi kutu rambut dengan bawang merah yang dapat anda semak.



Ramuan Bawang Merah



Langkah singkirkan kutu rambut dengan menggunakan bawang merah yang paling mudah yakni dengan memakai ramuan bawang merah itu. Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah siapkan bawang merah secukupnya saja. Lalu kupas bawang merah itu, lalu bersihkan bawang merah hingga bersih.



Apabila bawang merah telah bersih, leburkan bawang merah itu melalui langkah ditumbuk hingga halus. Jika bawang merah telah betul-betul halus, aplikasikan pada rambut anda lewat cara rata. Diamkan sebagian jam, baru lalu anda dapat selekasnya bersihkan rambut anda dengan menggunakan shampo yang umum anda pakai hingga benar-benar bersih.



Ramuan bawang merah dengan minyak kelapa



Ramuan bawang merah dengan minyak kelapa juga cukup berkesan dalam membasmi kutu rambut. Di mana langkah yang dapat anda kerjakan ialah menyiapkan bawang merah serta minyak kelapa secukupnya. Untuk minyak kelapa itu anda dapat memakai minyak kelapa semulajadi atau mungkin saja dengan memakai minyak kelapa paket.



Siapkan bawang merah secukupnya. Lalu bersihkan atau kupas bawang merah itu, lalu tumbuk bawang merah hingga halus. Lalu, campur dengan minyak kelapa yang telah anda sediakan. Gaul sampai rata. Lalu, aplikasikan ramuan itu pada rambut anda. Tunggulah beberapa jam, lalu bersihkan hingga betul-betul bersih.



Dengan itu, kutu rambut bakal benar-benar mati malah dibasmi dengan telurnya sekali. Kutu rambut merupakan antara parasit yang bakal membiak cukup cepat serta begitu besar di bahagian kepala. Selain itu, kutu rambut juga begitu suka pada keadaan rambut yang kotor serta lembap. Tetapi, jika anda boleh membuat perlindungan kebersihan rambut, anda dapat lepas dari permasalahan kutu rambut.



Itulah langkah singkirkan atau membasmi kutu rambut dengan menggunakan bawang merah. Semoga bermanfaat.



Sumber: Petuaibu.com

Kesihatan | Membuang Lemak Bagi Mereka Yang ‘Gemuk Air’

Membuang Lemak Bagi Mereka Yang ‘Gemuk Air’


Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?

Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.

Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.

Jadi, apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?

Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri. Mudah saja!

1. Minum Banyak Air Kosong 
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi. Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2. Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.

Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam. Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.

3. Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga. Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buah-Buahan 
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.



Pentingnya Kesihatan Untuk Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai korang. Lama dah tak share info kesihatan. Ok hari ni saya nak share tips kesihatan yang ringkas dan mudah terutama untuk kaum wanita. Sama samalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri


Wanita dan kesihatan berpisah tiada :)







4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi



Nak nampak cantik bukan hanya fokus pada bahagian wajah dan tubuh badan sahaja. Kecantikkan dan kebersihan kuku tangan dan kuku kaki juga perlu diambil kira. Yelah, penampilan yang cantik, kemas serta bersih amat penting dalam meningkatkan keyakinan dalam diri.

Ini antara cara mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih tanpa perlu berbelanja banyak, buat kat rumah gitu.

Limau Nipis

Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.

Bawang Putih

Kupas bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk bawang putih tu sampai lumat dan gosok pada kuku. Kemudian bilas sehingga bersih. Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat. Bawang putih mampi mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

Lemon

Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, ia mampu menjadi kuku lebih sihat, cantik dan berkilat. Sapukan hirisan lemon pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Lemon dapat membantu mengatasi masalah kuku kuning.

Kulit Tembikai

Gosok kulit buah tembikai pada kuku anda. Biarkan ia mengering terlebih dahulu. Kemudian, cuci dengan air sehingga bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: EH

Fakta Kesihatan Mata

Macam mana nak jaga kesihatan mata ?

1. Senaman mata tidak akan memperbaiki atau menjaga mata dari penggunaan cermin mata. Ianya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti bentuk mata dan kesihatan tisu mata. 

2. Pencahayaan yang kurang tidak akan merosakkan pandangan mata anda. Tetapi membaca pada cahaya yang kurang akan sebabkan mata anda cepat letih. 

3. Lobak memang bagus untuk mata kerana mengandungi vitamin A. Tetapi buahan yang segar dan sayur sayuran mengandungi anti oxidan seperti Vitamin C dan E lebih baik daripada lobak. 

4. Jika anda perlukan cermin mata atau kanta lekap, pastikan anda menggunakannya. Bila anda tidak menggunakannya anda akan membuatkan mata anda lebih cepat penat. 

5. Menggunakan komputer tidak merosakkan mata anda. Tetapi ianya akan membuatkan mata anda letih dan kering. Apa yang anda perlu lakukan adalah berehat setiap 20 minit dan gunakan eyemo jika anda rasa mata anda kering. 

10 Sebab Kenapa Pengambilan Protein Penting Untuk Kecantikan Seorang Wanita


10 SEBAB KENAPA PENGAMBILAN PROTEIN PENTING UNTUK KECANTIKAN SESEORANG WANITA

Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan. Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

1. Membantu mengekalkan berat badan ideal

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.

2. Membantu mengawal rasa lapar

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

3. Membuat anda rasa kenyang

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

4. Protien membantu membakar lebih banyak kalori

 Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

5. Protein penting untuk penjagaan tulang

Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

6. Membantu melawan penuaan

Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting.

7. Melindungi anda dari stress

Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

8. Bagus untuk kulit

Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda.

9. Bagus untuk rambut

 Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.

10. Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya sedap

 Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.

Demikianlah 10 fakta mengapa protien penting kepada wanita yang mementingkan kecantikan. Secara tidak langsung juga, pengambilan protein ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan seseorang wanita. Oleh itu, makanlah dengan bijak dan bertanggungjawab.

Sumber : Majalah Kesihatan


Diet Pisang Untuk Kesihatan Yang Sihat Cergas


Pernah dengar tak tentang diet pisang?
Diet pisang merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan sekaligus membantu menghilangkan perut buncit.

Diet pisang 3 hari tidak memerlukan waktu anyg panjang untuk anda menjaga pemakanan. Pisang mengandungi enzim yang membantu mempercepatkan proses pencernaan dan melancarkan buang air besar sekaligus membantu untuk menurunkan berat badan.

Selain itu pisang mengandungi zat yang membuat anda rasa kenyang lebih lama serta meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh sehingga tubuh menjadi langsing.

Cara diet pisang 3 hari :

Pagi- sebiji pisang dan air suam

Tengahari- makan seperti biasa dengan portion yang kurang dari kebiasaan.

Malam- sebiji pisang dan air suam.

*Lakukan secara rutin ini secara teratur selama 3 hari, diet pisang mempunyai pantang iaitu anda dilarang mengambil sebarang makanan selepas jam 8 malam, elakkan aiskrim, cokelat, makanan berasaskan susu dan manis-manisan yang lain.


Untuk kesan lebih efektif anda boleh lakukan diet pisang selama 7 hari untuk hilangkan maksimum 3kg dan 12 hari untuk turunkan berat badan sebanyak 5-6kg. Tetapi anda haruslah berhenti selepas 12 hari dan konsumi mengikut jadual pemakanan yg seimbang.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Credit : Sinar.fm

Take Note : Aku selalu jugak kunyah pisang dekat rumah tapi kunyah tanpa disiplin. Huhuuu segala manisan dan lelemak aku balum termasuk hasil tenusu. Okay, disebabkan sudah tahu mengenai 'Diet Pisang' jadi lepas ni boleh cuba amalkan. Tidak salam mencuba rasanya. Yang penting kita berusaha dan cari jalan untuk capai apa yang kita nak. Jom amalkan sama-sama.

Jenis-Jenis Perut Buncit Yang Wanita Alami


Mesti ramai yang ingat perut buncit ni sama je dan tak ada beza pun. Rupanya ada beza dan kategorinya tersendiri. Terutamanya untuk kaum wanita, ada 5 jenis masalah perut buncit yang selalu anda alami. Jangan buat main, kadang-kadang ianya boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan!

1. Perut Pir (PEAR TUMMY)
Selalunya orang yang berpinggang ramping alami masalah ini. Bahagian bawah perut lebih besar dengan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan ketidakseimbangan hormon.

2. Perut Ibu (MUMMY TUMMY)
Selepas tiga bulan bersalin, perut kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menggeleber. Ini disebabkan otot–otot perut turut mengembang.

Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata.

3. Perut Tiroid (THYROID TUMMY)
Perut tiroid disebabkan kalenjar berbentuk kupu–kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalejar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain membengkak.

Tanda–tanda tiroid adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda.

4. Perut Stres (STRESS TUMMY)
Ramai yang tak tahu, stress juga penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Punca masalah ini adalah kerana anda berada dalam situasi stres.

5. Perut Kembung (BLOATED TUMMY)
Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Penyebab utamanya adalah angin.



Atasi Masalah Mulut Kering



Bagi kaum perempuan pasti akan alami masalah mulut kering ni kan. mcm den, alergik dgn lipstik atau lipbam kalau pakai jer mulut akan kering rasa bibir tebal mcm kena sengat tebuan dah.
so den kongsi sedikit tpis selepas beberapa tahun usung vasselin dn menahan sakit bila senyum je hujung bibir akan pedih.

1) Sapu madu setiap mlm sblm tidof & berus bibir 

2) Sapu cream malam dekt bibir sblm tidor atau cream malam if ada treatment cream so sapu yg treatment make sure cream yg utk guna malam sahaja.

3) Berus bibir dgn soda bikabonat atau cmpur sedikit lemon.

InsyaAllah, bibir akan jadi lembut dan lembab. No more lips lagi bagi yang jenis tak suka make up macam den ni :)



10 Petua Kembalikan Bibir Merah


Bibir Hitam Walaupun Tak Merokok?
Cuba 10 Petua Ini Kembalikan Kemerahan Pada Bibir

Bibir pucat dan gelap seperti orang merokok padahal dia tak merokok? Sebenarnya memang ada jenis bahan makanan yang sangat bagus untuk merawat bibir dan mengembalikan warna kemerah-merahan bibir seseorang. Jom kita tengok antara petua yang anda boleh guna pakai.

1. Madu
Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.

2. Limau nipis
Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.

3. Minyak zaitun
Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.

4. Air mawar
Sapu air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.

5.Tomato
Ambil tomato kemudian sapurkan ia ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.

6. Lidah buaya
Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin untuk kesan yang cepat.

7. Kunyit hidup
Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.

8. Elak dari menjilat bibir
Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar.

9. Jauhi kafein dan merokok
Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.

10. Air masak
Banyakkan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba

Atasi Masalah Kentut Vagina


Apa itu kentut vagina?
Kentut vagina @ faraj kentut merupakan sebuah keadaan di mana alat kemaluan yang sulit milik wanita mengeluarkan udara @ bunyi seperti kentut. Ia tidak berbau. Sekiranya ia berbau ia disebabkan jangkitan mikroorganisme.

Punca kentut vagina @ faraj kentut.
  1. Kelemahan pada otot otot kemut. Contoh, wanita yang telah melahirkan ramai anak.
  2. Mengalami kejatuhan peranakan
  3. Mengamalkan hubungan seks melampau.


Keburukan :
  1.  Apabila wanita faraj kentut bermakna faraj longgar, Bila bersama suami sudah tidak "grip".
  2. Apabila wanita faraj kentut maksudnya urat faraj dah tak sihat. Jadi dinding dalam hubungan intim. Tiada nafsu.
  3. Kekeringan faraj.
  4. Masalah keputihan.


Petua mengatasi kentut faraj:
  1. Memakai seluar dalam yg tidak terlalu longgar, yang mampu membenarkan udara keluar msuk.
  2. Jangan sesekali menyembur air paip ke dalam kemaluan dengan tujuan membersihkan kemaluan. Sebenarnya anda telah membuka ruang udara dalam kemaluan anda
  3. Elak makanan yang sejuk.
  4. Mengamalkan senaman kemut @ kagel untuk memperkuatkan kembli otot otot faraj.



Tips Atasi Jerawat Di Muka



1. Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkan selama 5 minit kemudian bersihkan. 

2. Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan air berasa dan tumbuk beras itu dgn sedikit kunyit hidup. Gaulkan dgn perahan limau nipis dan sebiji telur. Sapu pd muka mcm masker. Biarkan ia kering dan bilas dgn air suam. Lakukan setiap hari.

3. Rendam tisu pada putih telur dan tekap pada muka sehingga tisu itu kering. Cuci muka korang lepas tu. 

4. Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dlm peti sejuk. Setiap pagi amik sehelai dan gosok pada kawasan wajah yg berjeragat. 

5. Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian lembabkan muka dan gosok spt skrub dan cuci. 

Sumber: WOM

Cara Atasi Bintik Kolesterol Bawah Mata


Ada bintik dekat bawah mata? Bukan jerawat tapi bintik ni tak hilang-hilang. Walau macam-macam cara buat tapi bintik ni ada bawah kulit, bukan kat luar macam jerawat. Rupanya inilah kolesterol jahat yang sudah mula memunculkan diri.

Cuba  tengok bawah mata korang sekarang. Ada tak benda ni? Macam jerawat tapi bukan jerawat.

Mula-mula mesti kita ingat ini adalah jerawat kan. Ada orang panggil jerawat nasi. Bukan ye tuan puan, inilah bintik kolesterol.

Bintik Kolesterol Kat Mata

Pernah dengar bintik kolesterol? Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam badan.

Bagaimana nak hilangkan bintik kolesterol ni? Ada cara ke? Tengok pun geram je kan.

Bagaimana Boleh Terjadinya Bintik Kolesterol?

Bintik kolesterol ni berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata kerana salur darah mengandungi kolesterol tinggi. Bintik kolesterol ini boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

Banyak sebab boleh menyumbang seperti mengambil makanan yang tinggi kolesterol dan tidak bersenam atau mengeluarkan peluh. Dan juga sudah tentu mengambil makanan yang tinggi kolesterol dengan tidak terkawal.

Bagaimana tips dan cara menghilang dan menghindari bintik kolesterol ini?

Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol.ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik dan tinggalkan kolesterol jahat. Kolesterol jahat dikenali sebagai LDL dan kolesterol baik dikenali sebagai HDL.

Makanan yang meningkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau makan roti boleh bertukar kepada wholemeal bread berbanding dengan roti putih.jauhkan dari kerap mengambil makanan yang meningkatkan lagi paras kolesterol jahat seperti daging, marjerin dan desert yang manis-manis.ambil banyak buah buahan segar dan juga sayur-sayuran kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Dan tips untuk makan buah, anda digalakkan ambil buah segar, bukan jus buah. Sebab kita perlukan fiber dari buah tu bukan air semata.

Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolesterol yang ada.

Ambil omega 3. Kalau beli telur kat pasaran pun jangan lupa beli telur yang mengandungi omega 3.Ada banyak juga telur di pasaran anda boleh pilih.lebihkan hidangan ikan. Kalau boleh makan daging tu seminggu sekali dah cukup, yang selebihnya ambil ikan. Ikan yang bagus adalah seperti ikan laut dalam macam sardin, macherel, salmon.

Tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan.

Ambil bawang macam bawang merah dan seangkatan dengannya. Bawang juga ada fungsi anti radang.


Ada masalah kolestrol tak? jom keluarkan peluh buang toksin dlm bdn

Sumber : SINI


Rahsia Wanita Mengekalkan Keayuan..


1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Credit : Mingguan Wanita

8 Makanan Yang Ternyata Beracun Kalau Dipanaskan. Wanita, Isteri Dan Ibu Sila Ambil Tahu!



Kadang-kala kita merasa sangat sayang dengan lebihan makanan. Lalu esoknya kita panaskan bakinya. Semua ini sudah jadi seperti amalan biasa. Tetapi tahukah kita ia sebenarnya amat bahaya kepada kesihatan kita.

1. Berhenti menghangatkan lebihan nasi. Sebaiknya masaklah sekadar mencukupi sahaja.
Nasi merupakan makanan wajib sehari-hari, kerana kandungan karbohidrat dan kalorinya menjadikan sumber energi utama. Namun, ketika kamu memanaskan kembali nasi yang sisa, maka akan menyebabkan pertumbuhan spora dan ketika suhu nasi tersebut mendingin kembali, spora tersebut akan berkembang biak. Spora ini akan menghasilkan bakteri dan kuman yang menyebabkan diare dan muntah-muntah.

Menurut kajian dari Martin Goldberg, ahli mikrobiologi, dijelaskan bahawa memanaskan kembali nasi sangat tidak digalakkan. Bakteria Bacillus cereus yang ditemukan dalam nasi boleh bertahan selama proses pemasakan. Ketika nasi sudah sejuk, spora akan membiak dan mengeluarkan neurotoksin yang boleh menyebababkan sakit terutama pencernaan.

Menurut Food Standards Agency, sebenarnya yang membuatkan ia beracun bukan memanaskannya, tetapi cara menyimpan nasi sebelum dipanaskan lagi. Kalau nasi tidak disimpan dengan betul, akan muncul spora bakteria yang tidak akan mati meskipun nasi dipanaskan lagi.
Sebaiknya nasi yang telah masak disejukkan terlebih dahulu dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 12 jam sebelum dipanaskan kembali.

2. Ayam memang favorite semua orang. Boleh dihangatkan jika memang terpaksa, tetapi dengan api yang perlahan. Ketika daging ayam dimasak kembali atau dipanaskan, komposisi protein yang dikandungnya akan berubah dan akan menimbulkan masalah kesihatan dan pencernaan.

Meski begitu, tetap boleh memanaskan daging ayam tetapi perlu dipastikan ia  panas hingga ke dalam, jangan hanya dipanaskan luarnya saja. Gunakan api kecil dalam waktu singkat, angkat sekiranya ayam sudah cukup hangat.

Pemanasan akan membuat protein bahan terdenaturasi sehingga kemampuan mengikat airnya menurun. Hal ini terjadi kerana tenaga panas akan mengakibatkan terputusnya interaksi pada struktur asas protein.

3. Telur yang rebus dengan kuning telur di dalamnya, punya risiko tinggi ketika dipanaskan.
Telur merupakan sumber protein yang memiliki banyak nutrisi baik untuk tubuh Bermula dari vitamin A, kalsium, Vitamin B6 dan B12, fosforus dan tentunya protein dengan kadar yang tinggi.Ketika telur dimasak pada suhu tinggi ketika dipanaskan, meskipun hanya bertujuan untuk menghangatkan, ini akan menyebabkan munculnya kandungan racun dalam telur khususnya bahagian kuning telurnya, yang akan mengganggu sistem pencernaan.

4. Bayam yang dihangatkan kembali memunculkan zat karsinogenik yang memicu kanser pada tubuh manusia Bayam merupakan jenis sayuran yang banyak mengandung zat besi, kaya vitamin, mineral dan serat tinggi. Itulah sebabnya sayur ini akan tampak berwarna kehitaman setelah beberapa jam dimasak.

Jika ternyata masih ada lebih dan boleh dimakan,  sebaiknya jangan dipanaskan kerana Kandungan nitrat dalam bayam akan berubah menjadi nitrit dan bersifat zat karsinogen atau pemicu kanser.

5. Memanaskan cendawan berulang tidak baik buat pencernaan, parahnya, hingga mempengaruhi jantung. Selain sebagai sumber protein, cendawan juga kaya akan kandungan mineral, vitamin, asid amino dan anti oksidan. Namun sebaiknya pengambilan makanan yang mengandungi cendawan hendaklah dimakan ketika masakan masih baru.Jika dipanaskan,  kandungan protein akan berubah komposisi dan menyebabkan masalah pencernaan dan kamu juga kehilangan manfaat zatnya.

6. Kentang mengandung bakteria  langka dan berbahaya bagi tubuh ketika dipanaskan.
Kentang banyak mengandung zat besi dan tembaga yang sangat baik untuk nutrisi otak. Bukan itu sahaja, kentang juga diketahui memiliki kandungan karbohidrat yang mudah dicerna dan mampu menyihatkan perut.

7. Buang potongan saderi yang terdapat dalam sup ketika dipanaskan, jika tidak mahu keracunan
Sederi seringkali digunakan pada makanan berkuah sebagai bahan asas untuk mempertajam rasa makanan tersebut. Saderi  mengandung cukup banyak vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B4, B5, B6, vitamin C, K dan E yang baik untuk sistem imunisasi manusia, melancarkan aliran darah, menghambat penuaan dan mencegah berbagai macam penyakit.

Bayam dan saderi jika dipanaskan berulang kali, akan terjadi proses oksidasi. Proses Oksidasi adalah proses pengikatan oksigen atau proses penambahan bilangan oksidasi. Maka, Fe2+ pada bayam akan berubah menjadi Fe3+ atau senyawa Ferri yang beracun bagi tubuh akibat pemanasan tersebut.

8. Jangan Goreng Semula Makanan Bergoreng.
Yang ini juga yang selalu dilakukan.  Menggoreng semula makanan bergoreng seperti pisang goreng, tempe dan seumpanya, akan membuatkan  kandungan lemaknya semakin tinggi

Semoga bermanfaat untuk kita semua

Credit : Majalah Rasa

Ostania Manggis Amrita | Minuman Kesihatan Terbaik


Ostania Manggis Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai 'ratu buah', minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstral epal, roselle, acai beri, anggur dan delima. 


Mengapa anda perlu minum Ostania?

1. Satu cawan kecil Ostania manggis Amrita mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga

2. Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan

3. Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser)

4. Membantu sistem pencernaan anda dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun

5. Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan kuman, fungi dan yis.

Fakta Ostania
  • Nilai ORAC antioksidan 14186.98
  • Tiada tambahan gula
  • Tiada pewarna tambahan
  • Mengembalikan tenaga
  • Memuliharakan kesihatan
  • Fungsi terapeutik
  • Anti-penuaan
  • Pemanis semulajadi (buah)
  • membantu penghadaman
  • Anti-kanser
  • Anti-inflamasi


Untuk lebih detail berkenaan "Ostania Manggis Amrita | Minuman Kesihatan Terbaik", anda bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts


Ostania Manggis Amrita, minuman kesihatan untuk anda seisi keluarga 



Produk Penjagaan Luka | Spray 8


Pernah dengar tak mengenai SPRAY 8?
SPRAY 8 ialah produk penjagaan luka tradisional yang mengandungiekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, luka pembedahan, mengurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Rumuan utama dalam Spray 8, ialah ektrak kulit manggis (Garcinia mangostana L) yang telah lama digunakan secara tradisional di Asia sebagai rawatan untuk jangkitan kulit dan luka. Rumuan lain adalah ektrak daun neem (Azadirachta indica) yang mempunyai khasiat analgesik (melegakan kesakitan), anti-histamin, anti-alergi, anti-virus, anti bakteria, anti fungi, dan anti ulser. Selain itu, nimbin dan nimbidin di dalam ektrak manjakani mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Menurut kajian santifik, komponen asas Spray 8 mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Produk ini mampu melegakan rasa gatal dan mengeringkan luka.

Bagaimana SPRAY 8 membantu?
 - Luka air / minyak panas
- Penjagaan luka diabetis
- Penjagaan luka teruk
- Pressure sore / luka akibat terbaring lama
- Gatal-gatal dan melegakan rasa sakit





Cara penggunaan SPRAY 8

  1. Bersihkan luka
  2. sembur pada luka 3 kali sehari
  3. biarkan sehingga kering
Fakta SPRAY 8
* Mudah dan sedia untuk digunakan
*Tiada rasa pedih
*Tiada rasa gatal
*Penyembuhan yang tidak menyakitkan
*Sesuai untuk semua jenis kulit
*Tiada sisa tinggal pada kulit
*Tiada surfaktan / bahan kimia
*Selamat digunakan
*Tiada alkohol / steroid

Testimoni
























Untuk lebih detail berkenaan "Produk Penjagaan Luka | Spray 8", anda bolehlah layari laman sosial  Furley Bioextracts

Website : http://www.furleybio.com/
Facebook : https://www.facebook.com/furleybio?fref=ts
Instagram : https://instagram.com/furleybio/
Twitter : https://twitter.com/furleyb

Miliki produk SPRAY 8 sekarang untuk anda sekeluarga.


7 Khasiat Tomato Untuk Wanita


Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan, masker dan sebagai pati rawatan rambut.

1. Kikis lingkaran gelap di bawah mata
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah.
Amalkan petua ini seminggu dua kali.


2. Kecutkan jerawat
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah.
Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.

3. Jeragat jadi pudar
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi.
Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.

4. Kecilkan liang roma
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah.
Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.


5. Kulit wajah lebih lembap
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.

6. Tona kulit sekata
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.
Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis.
Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.

7. Rambut lebih sihat
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.
Untuk masalah kelemumur, sapukan kulit kepala dengan tomato yang dilenyek. Perap selama 15 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, rambut akan menjadi sihat, bersinar dan kulit kepala juga bersih.

Credit : SINI