Memaparkan catatan dengan label Sedih. Papar semua catatan

Kecewa dengan sikap peniaga di bazar


Pada ramadan ke 3, beberapa hari lepas hakak ada berkunjung ke bazar ramadhan disekitar Paka, Terengganu. Kebetulan petang tu hujan lebat, niat hakak macam sedikit terbantut. Tapi alhamdulillah, sekitar pulu 6, hujan mulai reda. Hakak pun merempitlah ke bazar dengan sorang kawan. Mula-mula plan nak naik kereta, sebab takut hujan di pertengahan jalan. Tapi disebabkan takut tersekat dalam kesesakan so kami pun bermotosikal je. Okay, abaikan situasi itu.

Lebih kurang jam 6 suku petang kami tiba di bazar. Alaa tade lah jauh mana jarak bazar dari rumah tu. Ingatkan pergi bazar lambat, pengujung makin berkurangan tapi sebaliknya pulak. Keadaan orang masih lagi berpusu pusu. Okay, memang sesak dengan manusia. Nak tak nak, terpaksa jugak hadap kesesakan manusia sekalian.

Hakak singgah dari satu kios ke satu kios. Macam macam lauk yang ada. Sebut dan cari je, mesti jumpa. Yang penting fulus mesti ada. Itu je. Dalam kepala hotak hakak ni, dah terbayang ayam masak merah, daging masak kunyit dan lempung lembu. Itu je. Misi pencarian makanan diteruskan. Okay, satu gerai menarik perhatian hakak. Dia punya ayam masak merah agak mengancam. Hakak pun belilah seketul. Kawan hakak beli dua ketul. Katanya sekali untuk sahur nanti. Okay, settle satu lauk.

Misi diteruskan lagi. Kami pusing punya pusing punya pusing sampailah jumpa sati gerai yang jual lempung lembu. Niat hati hakak nak beli je terus dekat situ tapi terbatal niat tu. Banyak sangat lalat, geli pulak tengok. Okay, misi diteruskan. Hakak jumpa satu gerai. Kebetulan dekat situ ada jugal daging dan lempung sekali, hakak terus beli. Tengok keadaan gerai tu macam bersih. Tade lalat yang berkeliaran. Nampak muka abang dan hakak yang dia tu macam suci bersih je. Settle pembelian lempung dan daging masak kunyit.

Kami teruskan pencarian. Untuk kali ni nak cari air buah plak, kata kawan hakak. Tengok jam waktu tu dah dekat pukul 7. Kami pun percepatkan langkah supaya misi cepat selesai. Okay, misi berjaya. Keseluruhannya, hari tersebut kami beli ayam masak merah, lempung lembu masak berlada, daging masak kunyit, dan air tebu. Kuih? Malas nak beli sebab nanti tak termakan. Selesai misi kami terus balik.

Niat hati nak berbuka puasa petang tu punyalah excited. Almaklumlah, makanan peberet depan mata. Dengar je azan, kami terus berbuka. Baca doa, minum air, makan kurma dan terus capai nasi. niat hati, daging masak kunyit tu nak ratah saja-saja. Tak nak dijadikan lauk dan makan dengan nasi. Tapi hampa. Tak sangka plak ternampak telur lalat dalam daging tu. Hurmmm putus terus selera makan. Kecewa! waktu tu hanya Allah yang tahu, apa yang hakak rasa. Hakak beli dengan duit. Nak dapatkan duit tu perlu kerja. Nak kerja perlukan masa. Kesudahannya buang macam tu je. Membazir tapi apa boleh buat.

Sebenarnya, kes telur lalat tu malas nak bercerita dalam ni. Nak diamkan je. Tapi disebabkan petang semalam sekali lagi hakak terkena so nak lah jugak meluahkan dalam ni. Petang semalam, 6 ramadhan , hakak pergi bazar dengan kawan. Macam biasa kami beli lauk pauk. Nasi masak dekat rumah. Tade lah banyak sangat pun lauk yang kami beli. Setakat ayam masak merah, lempung masak berlada, ikan keli goreng berlada, kuih akok dan apam pokodot. Makan untuk dua orang so malas nak membeli sakan.

Petang semalam, waktu nak berbuka puasa baru kami perasan rupanya apam pokodot tu macam dah berkulat. Kami tengok ada hitam hitam dekat apam pokodot tu. Ishhhhh putus lagi selera hakak nak makan. Sabar je lah. Dah dua kali terkena macam gini.

Hurmmm.. terfikir jugak dihati ni. Para peniaga di bazar tu memang berniaga semata-mata nak cari untuk je ke? Diaorang tak terfikir ke perasaan para pelanggan? Berniaga di bulan mulia ni, takkan lah nak perdajalkan orang jugak kowt. Beragak lah sikit. Berniaga tu biarlah ikhlas sikit. Janganlah demi keuntungan semata-mata. Fikirlah, duit yang korang dapat tu berkat ke tidak? diredhai Allah ke tidak? Ya, memang makanan korang laku, ramai yang beli. Tapi itu disebabkan mereka tak tahu apa yang berlaku pada makanan tu sebenarnya. Luaran nampak sedap sebab tu kami beli. Beli dengan senang hati lagi. Bila nak makan, baru tahu rupanya makanan tu dah tak elok. Okay, susah hati terus bila jadi macam tu. Sedih plus kecewa nak mampus kowt dengan sikap korang.

Malas nak berkata-kata panjang berjela sebenarnya. Tapi dah terkilan sangat. Kecewa giler kowt. Sampaikan semalam, waktu nak makan tetiba kawan hakak cakap, "saya tak sangka peniaga melayu macam ni. Jahat sangat padahal dengan orang melayu sendiri, Islam pulak tu. Memang bodohlah peniaga tu.". Hakak tahu dia kecewa sebab kuih tu berkulat. Kuih kesukaan dia plak tu. Ouh lupa nak bagitahu. Kawan hakak tu non muslim. Sepanjang hakak berkawan dengan dia, tak pernah lagi hakak dengar dia bangkitkan isu melayu dan islam. Hakak tahu dia kecewa dengan situasi tu. Hakak plak rasa malu bila dia cakap macam tu.

Hakak harap lepas ni takkan terkena jadi dengan kejadian macam ni. Nak tak nak, hakak tetap jugak perlu pegi bazar, cari lauk pauk. Nasi memang hakak masak sendiri. Biasalah, hakak kan duduk hostel. Mana boleh nak memasak bagai. Setakat heater dan rice cooker tu bolehlah. Sabarlah hati. Berbaki lagi tiga minggu je hakak dekat sini. Tak sabarnya nak habis praktikal. Nak balik kampung.

Sekadar gambar hiasan je ni.
Hakak tak sangup nak snap gambar apam yang berkulat tu.




Bacalah Al-Quran



Jika berlalu sehari tanpa membaca al-Quran..
terlalu sedih mengenang apakah dosa telah
aku lakukan hari ini hingga dilalaikan sedemikian rupa...


Harta anak bukan milik ibubapa

Sedeh laa bila baca artikel ni..

Antara isi kandungan kuliah maghrib yg disampaikan oleh Al Ustaz Suhaimi Abd Hamid...Mudir Maahad Tahfiz Mawaddah di Surau Taman Pelangi yg begitu menarik perhatian;

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati,makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lg dgn sesuka hati.Takut rosak la,takut langgar la,takut calar la.Kalau guna pun...pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak..
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tp anak-anak...belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tp...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia yg akhir zaman ini...

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. in shaa Allah.. 😭😭

Kisah Nokia yang tidak bersalah


Nokia CEO mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa2 kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas"
Oleh: Ziyad Jawabra.

Semasa sidang akhbar yang mengumumkan bahawa Nokia telah dibeli oleh Microsft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa2 kesalahan, walau bagaimana pun, kami tertewas". Ucapan beliau itu diiringi dengan titsan air mata termasuk dari pihak pengurusan Nokia sendiri.

Nokis merupakan sebuah kompani yang diiktiraf dan dihormati. Mereka tidak melakukan apa2 kesalahan didalam perniagaan mereka, walau bagaimana pun, dunia berubah terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu kuat.

Mereka ketinggalan didalam mempelajarinya. Mereka tertinggal mempelajari perubahan dalam industri telekominikasi, dan mereka terlepas peluang yang berada dihadapan mereka untuk membesarkan perniagaan. Bukan sahaja mereka terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar tetapi mereka juga terlepas peluang untuk meneruskan hidup.

Pengajaran dari cerita ini, JIKA ANDA TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN DALAM PERLUMBAAN INI.

Bukan menjadi satu kesalahan jika anda tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru, walau bagaimana pun, jika anda tidak mampu mengikuti arus perkembangan semasa, anda akan disingkirkan dari perlumbaan.

Kesimpulannya:
1. Kelebihan yang anda ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Anda tidak perlu melakukan apa2 kesilapan pun, tetapi jika pesaing anda berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, anda akan tewas dan anda akan gagal.

BERUBAH dan memperbaiki diri adalah seperti memberi peluang kedua kepada diri sendiri. Tetapi jika kita dipaksa berubah oleh orang lain, itu maknanya kita menghinakan diri sendiri.

Sesiapa yang menolak untuk belajar dan maju, sudah pasti suatu hari mereka menjadi beban dan tidak diperlukan dalam bidangnya. Mereka akan terpaksa belajar melalui cara yang amat sukar dan sangat mahal harganya.
 Dlm Islam pun diajar untuk kita sentiasa dinamik dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Wallahualam.

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”.
  ~Saidina Ali r.a


Surah Al-Baqara, Verse 218:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ku sangka orang gila



Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

Take Note : Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Credit : Warta dari hati

Bukti sebenar cinta




bukti sebenar cinta itu
apabila kita menghargai orang yang
kita cintai dengan perbuatan
agar dia rasa terselamat dan terhormat.
Contohnya,
disaat kita ingin melepaskan seseorang
ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dulu.
disaat kita tidak merindukannya
ingatlah saat pertama kali kita
melafazkan cinta padanya
disaat kita mulai bosan dengannya
ingatlah saat-saat indah kita bersamanya

Cerpen | Bodohkan aku melepaskan dia

Aku kenal dengan dia melalui seorang kenalan. Nak disenangkan cerita, dia merupakan salah seorang kawan kepada ex aku. Sepanjang aku bersama dengan ex aku tu, aku tak pernah tahu pun kewujudan dia.*nampak tak setianya aku. tak pandang orang lain pun*. Setiap kali aku dan ex keluar, dia tak pernah pun join sekali. Setiap kali aku ikut ex pergi main futsal or badminton dengan kawan-kawan, aku tak pernah perasan kehadiran dia. Huhuu entah mana dia menyorok.

Hampir dua tahun aku bersama ex, akhirnya kami putus. Entah, tak pasti siapa yang salah sebenarnya. Semuanya seakan mimpi. Katanya, aku yang salah. Aku curang. Tapi bila difikirkan balik, bila masanya aku curang. Dengan siapa lagi yang aku keluar, kalau tidak dengan dia dan kawan-kawan. Dengan siapa lagi yang aku selalu text kalau bukan dengan dia. Entahlah! Orang kata bila seseorang tu dah tak sayangkan kita atau dah ada orang lain, pasti akan dicari berjuta alasan untuk putus. Biarlah dia, aku malas nak ambil peduli. Bukan tak sayang perhubungan kami yang dah hampir dua tahun tu, tapi hati aku sakit. Sakit bila dituduh macam-macam sedangkan aku tak buat  pun semua tu.

Satu hari, dia ws aku. No aku tak kenal so aku ignore kan aje. Hampir seminggu jugaklah, setiap pagi dia say morning, tengah hari ingatkan aku tentang lunch dan malam, dia tak pernah lupa say good night. Aku baca ws yang dia hantar tapi tak tergerak hati untuk reply. Entah! Maybe aku dah malas ambil port kowt. lebih kurang dua minggu lepas tu, aku tersilap call ni. Niat hati nak call kawan sekali tercall dia. Dahlah tak bagi salam. Dia angkat aje call terus aku cakap 'weh ka katne beb. Tolong ambil aku ples, class cancle lah. Bus mcm lambat je. Tolong erk.. syg kau beb!". Ambekaw!
"Ok awak nanti saya ambil awak. Awak katne ni?", sekali aku dengar ayat tu keluar dari mulut dia. terus aku pandang skrin telefon. Ya Allah, aku tersilap dail number lol. Mampus! malu tak terkata, terus aku matikan talian. Lepas kejadian tu, kami terus jadi kawan.

Hampir setahun kami berkawan. Dengan dia, aku tak pernah cover sikap kasar aku. Dia pun macam selesa dengan aku. Dia pun banyak tolong aku. Biasalah, aku kan student yang perantau. Huhuuu memanglah bawak transport sendiri pergi kolej tapi kadang-kadang tu bila transport aku buat hal, dialah penyelamatnya. Mengenali dia, banyak mengajar aku tentang kehidupan. Dia banyak bersusah dengan aku. Pernah suatu ketika dia sanggup korbankan masa tidur dia semata-mata temankan aku pergi klinik. Hurmmm.. baiknya hati dia. Tapi aku yang tersilap langkah. Aku sering sakiti hati dia dalam aku sedar dan tidak.

Dia selalu bawak aku pergi pantai. Sebab dia tahu aku sukakan pantai. Dia selalu belikan aku Mc Flury Orea sebab dia tahu itu kesukaan aku. Dia selalu ajak aku pergi tengok driff kereta sebab dia tahu aku sukakan aktivitu tu. Dia tahu semua tentang aku. Entah! aku pun tak pasti mana dia tahu. Dan dia juga selalu bercerita tentang impian dia pada aku. Katanya dia nak hidup dengan aku. Dia nak aku selalu disisi dia. Dia nak ada susah dan senang dengan aku. Semua benda yang kita lakukan sering kali dia dahulukan aku. Tapi aku? Entahlah!

Hingga satu hari, aku kenal dengan seseorang, Mr.Y. Sejak kenal Mr.Y, aku jarang ada masa dengan dia. Setiap kali dia ajak keluar, macam-macam alasan aku cipta. Setiap kali dia ajak jumpa macam-macam cara yang aku fikir untuk elakkan. Massage? hurmmm.. berkeping-keping dia massage aku, hanya sekeping dua aku reply. Kejamnya aku! Tak lama lepas tu aku diamkan diri. Hampir 6bulan aku bersikap macam tu tapi dia tak pernah jemu contact aku macam selalu. Akhirnya dia pun menyepi. Tiada lagi call, tiada lagi massage, Aku? langusng aku tak massage or call dia bertanya khabar. Pedulikan dia!

Hampir 3 bulan lepas tu, aku tergerak hati nak contact dia. Alhamdulillah, dia masih guna no yang sama. Dia reply massage aku seperti biasa. Aku ada call dia, dia angkat dan cakap macam biasa. Aku ajak dia jumpa dan dia setuju. Aku ingat lagi, malam tulah penetuan segalanya. Pantai menjadi saksi airmata kesesalan aku. Hurmmm.. aku menyesal tapi semua tu  dah terlambat...

Malam tu aku mintak maaf dengan dia. Aku cakap, aku tahu selama ni aku abaikan dia. Aku jauhkan diri dari dia tanpa sebab. Aku buat dia tertunggu-tunggukan aku. Aku banyak sakitakn hati dia padahal aku tahu dia sayangkan aku. Dia anggap aku lebih dari seorang kawan. Aku tahu semua tu tapi aku butakan mata, pekakkan telinga. Dia hanya tersenyum mendengar penjelasan aku. Dia tanya, mana aku hilang. Hurmmm aku cerita kepada dia sejujurnya. Dia hanya senyum. Reaksi muka langsung tak nampak tanda marah, sedih pun tak ada.

Aku tanya dia, dia masih sayangkan aku ke tak. Dia angguk. Aku tanya dia dia serius sayangkan aku ke tak. Dia angguk. lepas tu dia cakap sayang dia pada aku dah tiada guna. Semuanya dah berlalu. Dia tengah cuba lupakan sayang dia pada aku. Aku hanya mampu terdiam saat tu. Katanya, semuanya dah terlambat. Aku datang terlalu lambat. Selama ni dia diam sebab dia tunggu aku datang mencari dia. Hurmmm... katanya dia dah nak kahwin dengan pilihan family dia. Aku senyum, aku tahu dia bergurau sebab dia memang jenis yang suka bergurau. Tapi muka dia time tu serius. Katanya lagi, dia akan kahwin dalam masa terdekat. Bakal isteri dia tu pilihan family. Satu kampung dengan dia. Aku tanya dia, taknak jemput aku sekali ke. Katanya, taknak. Sebab dia tak sampai hati melihat aku di majlis dia nanti. Dia takut dia tak kuat. Hurmmm entahlah... Saat tu aku tak mampu tutur apa-apa. tapi hati ni terasa sakitnya. Seolah-ola aku kehilangan dia.

Sejak hari tu, aku terus sepikan diri. Bagi aku biarlah dia bahagia. Mungkin dia bukan milik aku. Hurmmm... sebulan lepas tu, aku log in facebook. Prakkkkkk! aku ternampak nama dia. Tangan gatal giler nak stalk. Perhhhhh! mula-mala sekali aku nampak gambar dia berbaju melayu purple. Hati aku berdebar. Aku buka album dia. Aku tengok satu persatu. Hati aku hancur. Airmata aku laju kejatuhan. Ya, dia dah kahwin. Dia tak tipu aku. Dia betul-betul dah kahwin. Aku dah kehilangan dia. Aku yang bodoh lepas kan dia. Hurmmm..



Take note : Aku dalam story diatas merupakan salah seorang kawan Ms. kejupenyet. Cerita ini diolah setelah mendengar cerita yang beliau ceritakan kepada Ms. Kejupenyet.

Cerpen | Aku Lelaki Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali pada aku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salah aku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak..." Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi.

Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. "Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,"tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia.

Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU.

Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu aku buka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang..."

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan aku ambil satu bintang. Aku buka origami itu dan di dalamnya tertulis,"Love is like a poisonous mushroom. You don't know if it is the real thing until it is too late.."Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya.

Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya aku baca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku.

Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya,"Sayang..saya datang... Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,"pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur.

Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku.

Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. "Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya?
Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh.

Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia.

Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.





Take Note : Aku dalam cerpen diatas ialah salah seprang kawan baik Ms. Kejupenyet. Cerita ni merupakan sebahagian dari kisah hidupnya yang pernah diceritakan kepada Ms. Kejupenyet. Ingat lagi, first time dengar dia bercerita dulu, Ms. Kejupenyet tumpang menangis sama. Sepanjang kami berkawan, itulah kami pertama Ms. Kejupenyet melihat airmata lelakinya. Mungkin diantara mereka tiada jodoh. Apapun Ms. Kejupenyet doakan mereka bahagia dengan pasangan masing-masing kini dan selamanya. Semoga mereka mampu menjadi kawan kembali walaupun bukan lagi bercinta.

Hargailah insan yang menyayangi kita, sanggup bersusah payah dengan kita

Sabtu cuti ganti | Tinggalkan link anda untuk diblogwalking

Assalamualaikum..

Hari ni hari sabtu. Selalunya hari sabtu, aku akan bermalas-malasan atas katil je. Tapi untuk hari ni, aku terpaksa pergi kelas. *terpaksaaaaa*. Ini kerana hari ni, merupakan hari ganti cuti raya aidilfitri baru-baru ni.

Oichhhh mengantukkkk. Ikutkan hati, nak ponteng je, tapi rasa macam sayang pulak nak tinggalkan kelas. Hari ni, pergi kelas mengikut jadual hari jumaat. Jadinya, untuk hari ni, aku ada subjek JomStreet. Giler kau! Kalau aku tak datang kelas memang habislah! Hancur terus segala bagai tugasan aku nanti.

Biasalah, dah namapun student kan. Jadi tak salah kalau korangkan sedikit masa demi kelas. Hohooooo bersusah-susah dahulu, insyaAllah nanti dah habis belajar bolehlah menikmati kesenangan hidup. Cewahhhh gitu!

Oklah, aku pun tak nak merungut panjang lebar. Huhuuu kalau ikutkan hati ni banyak yang nak di luahkan kat sini. Tapi mungkin belum masanya lagi kowt.


Tinggalkan link anda. Nanti akan diblogwalking


Pentingnya Al-Quran dalam kehidupan


Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, insyaAllah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Credit to Haji Surur

Tazkirah pagi khamis | Kejahatan


Merugikan, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

Jangan tanya apa yang dibuat oleh agama untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk agama

Benar yang menutup aurat tidak semestinya ke syurga, tetapi yang tidak menutup aurat itu pastinya ke neraka


Take Note : Aku tahu kita tidak baik. Tak salah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Kenapa mesti diagung-agungkan kejahatan yang dilakukan. Padahal kita sendiri pun tahu setiap kejahatan pasti dipakejkan dengan ganjaran dosa. Kenapa tidak kita melakukan kebaikan. Padahal kita tahu, setiap kebaikan diberi ganjaran pahala. Walaupun sekecik-kecil kebaikan, tetap akan diberi pahala. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Tapi tidak salah jika kita menegur kesalahan yang dilakukannya. Gunalah pendekatan yang berhemah. Janganlah kejahatan dibalas kejahatan, bimbang nanti kejahatan kian bermaharajalela. Belajarlah lakukan kebaikan kerana dalam setiap kebaikan yang kita lakukan ada kemanisannya yang mungkin kita sendiri tidak sedari. Wassalam.

Tazkirah pagi rabu | kata-kata


Jangan membuang masa dengan memikirkan apa akan berlaku setelah itu dan setelah itu. Doa dan Usaha dulu.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.

Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit.

Kukatakan pada syaithan & hawa, "Aku ini makhluq mulia. Jiwa & ragaku terlalu berharga untuk dicemari nista & dosa." - Al Mutanabbi.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Doa memberikan kekuatan pada orang yg lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan.

Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah. - Hadis Riwayat Muslim.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka.

Sungguh, dakwah ini adalah mata rantai. Dan kita mahu menjadi sebahagian daripada mata rantai itu biar sedikit cuma peranan kita.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, Aamin.



Take Note : Kekadang kita merasakan kata-kata dn ayat yang disampaikan itu terlalu ringkas dan mudah tapi sangat besar maksud disebaliknya. Baca, hayati dan renungkanlah. 

Rindu kenangan waktu wireman


Ini merupakan projek waring pertama yang kami lakukan setelah 9 bulan praktikal.
Huhuuuu pendawaian fasa tunggal menggunakan kondiut pvc. Agak sedikit kekok
disebabkan dah lama tak masuk bay. Tapi apapun alhamdulillah, projek kami menjadi.
Lampu, kipas dan seangkatan dengannya berfungsi dengan baik. Terbaikk!

Sempat kami merakam kenangan ketika di bangkel aircond.
Huhuu untuk 3 bulan terakhir sebelum kami menampatkan latihan,
kami diarahkan supaya belajar serba sedikit berkenaan aircond. 

Sempat kami posing sebelum bersiap untuk ambil gambar ukuran pasport.
Gambar tu untuk diletakkan dalam sijil Wireman nanti. 


Cakkk! Hahaaa inilah sebahagian dari bebudak kelas aku.
Macam-macam gaya, macam-macam ragam yang ada. 

Free posing. Hahaa siapa cakap lelaki tak suka selfie? Siapa kata lelaki
tak suka bergambar? Tuh dia buktinya. Pantang nampak camera, mesti semua
sibuk nak tumpang sekaki. Apapun be happy


Final projek. Waktu ni, orang dari ST (Suruhanjaya Tenaga) sedang melakukan 'oral'
pada salah seorang budak kelas aku.  Waktu peperiksaan amali ni, hanya Allah yang
tahu apa yang kami rasakan. Takut, bimbang, risau, cuakkk, semua ada.
Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga semua projek kami berfungsi dengan baik.
Semoga kami semua dapat lulus dengan cemerlang dan tamatkan latihan dengan jayanya.

Berakhir sudah peperiksaan amali. Cakkk ! Sempat possing dengan pemeriksa dari ST.
Huhuuu dia mungkin serius ketika peperiksaan sedang dijalankan tapi diluar waktu
peperiksaan dia sangat sporting. Alhamdulillah, kami semua lulus exam amali.

Tuh dia! Exam teori pulak sedang dijalankan. Huhuu semua tengah tumpu pada soalan
yang agak memeningkan kepala. Lecture kat depan duk ambil gambar kami tapi kami dono kan aje.
Punyalah takut tak cukup masa untuk jawab exam kan.
Yahoooo ~ exam dah habis ! Merdeka! hahaaa kami kaki selpie.
Satu kelas, satu kepala, giler bergambar,.

Tuh dia, bergambar lagi. 

Hari terakhir kami di ABMT (Akademik Binaan malaysia Wilayah Timur).
Tak sangka setelah dua tahun membanting tenaga, akhirnya kami dapat menamatkan
latihan dengan jayanya. Happy sebab dah habis belajar, tapi sedih sebab dah nak berpisah
dengan kawan-kawan. lepas ni dah susah nak jumpa, nak bergambar dan lepak sama-sama.

Merakam kenangan terahir bersama student Wireman batck 12/13.
Sedih weh, lepas ni semua dah bawak hala tuju masing-masing.
Berakhir sudah perjalanan kami selama dua tahun di ABMT.
Alhamdulillah, semua lulus dengan berjaya. 

Muka happy ! Yahooo dah tamat latihan. Tak sangka, akhirnya berjaya jugak
tamatkan latihan dengan jayanya. Sepanjang dua tahun di ABMT, macam-macam perkara
yang berlaku. Perjalanan sedikit sukar terpaksa aku lalui lantaran hanya aku seorang sahaja pelajar perempuan.
Suka duka, pahit, bahagia, susah, penat, jerihnya hanya aku yang alami. hanya aku yang rasai dan
hanya aku yang fahami. Pernah satu ketika aku nak menyerah, tapi alhamdulillah, aku masih mampu bertahan
dengan sokongan family, lecture dan rakan-rakan seperjuangan.
Akhirnya, aku berjaya memegang segulung sijil Wireman PW2 kompetent dan endorson.
So lepas ni, sesiapa yang nak waring rumah, bolehlah contact aku ye. Hahaaa!


Take Note : Aku merupakan bekas pelajar ABMWT (Akademik Binaan malaysia Wilayah Timur) dalam jurusan Wireman (PW2) pada awal feb 2012 sehingga feb 2014. Perjalanan hidup aku di ABMT bukanlah sesenang yang orang lain sangkakan. Pelajar kelas aku seramai 30 orang pada awal kemasukan tapi hanya 24 orang sahaja yang berjaya bertahan sehingga akhirnya. Jurusan yang aku ambil ni sebenarnya sedikit lasak. Kata orang, cous nie lebih sesuai untuk kaum lelaki. Ye ke? Entah! Aku pun tak pasti. Tapi dah minat aku ke arah elektrik, so aku teruskan lah melangkah dalam bidang ni. Proses pembelajaran aku, setahun aku belajar di ABMT, 9 bulan aku praktikal dan masuk balik ke ABMT selama 3 bulan untuk final exam dengan ST (Suruhanjaya Tenaga).

Bagi aku tiga bulan terakhir di ABMT merupakan satu azab. Habhaa ! Waktu ni lecture sangat bertegas dengan kami. tiga bulan terakhir ni, denda bagaikan perkara biasa bagi aku dan rakan-rakan. Pantang salah sikit terus denda. Pantang silap sikit terus denda. Bila ditanya tapi tak dapat dijawab maka terus denda. Ye, denda! Disebabkan denda yang sering kami kami terkena itulah, maka akhirnya kami mampu lakukan setiap apa yang lecture suruh dengan baik. Disebab denda itu jugalah, kami mampu mengadap pemeriksa untuk ujian amali, oral dan teori dengan confident. Alhamdulilla, disebabkan denda itu juga, akhirnya kami mampu menamatkan latihan dengan jayanya. Kami mampu menggengam sijil wireman PW2 dengan bangganya!

Hurmmmm.. rindu zaman study Wireman (PW2) dulu.
Aku sekarang dah sambung Chargeman (A1).

Gengam tangan isteri ketika dia menangis

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
Jika seorang isteri pernah menangis karanamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2,
Jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…



Duhai Encik Suami, ingatlah isteri begitu berharga dan sangat berharga.

Bersukan menyakitkan badan tapi menyihatkan

Assalamualaikum..

Nampak tak tajuk kat atas? Hah, meh sini aku nak cerita sikit peristiwa petang semalam.
Nak dijadikan cerita, petang semalam aku turun main netball. Alaaa tade lah main sangat pun. Just pasing2 bola je. Pastu buat hantaran, balingan dan sewaktu dengannya. Anggota badan yang banyak aku gunakan adalah tangan.

Kenapa aku kata bersukan menyakitkan badan? Huh! bangun tidur pagi tadi, aku rasa macam baru bangun dari jatuh terhempap. Tuh dia, punyalah sakit-sakit badan. Almaklumlah, dah lama sangat kowt aku tak bersukan. Selalunya, habis saja kelas petang terus berkurung dalam bilik. Niat dihati nak jog lah, nak main badminton lah, nak bla bla blaaaa lah.. Niat hanya tinggal niat saja lah, jawabnya.

Tapi untuk petang semalam, aku merasakan satu kepuasan. Setelah lama aku tinggalkan permainan netball tu, akhirnya semalam aku kembali memegang bola netball. Sebenarnya, pihak IPT akan menyertai satu kejohanan sukan pada pertengahan bulan depan. Jadinya mulai semalam diadakan latihan dan seterusnya memilih pemain yang berkelayakan untuk menyertainya. Antara sukan yang akan dipertandingkan termasuklah badminton, bola sepak dan netball. Hurmmm.. mungkin ada banyak lagi kowt sukan-sukan yang dipertandingkan tapi aku tak ambik peduli. Hihiii, sebabnya pihak IPT au hanya akan hantar wakil untuk sukan yang aku sebutkan tadi sahaja.

Aku nak main netball ke tidak? Entah! Kalau ikutkan hati aku nak jugak main netball tapi entah akan terpilih ke tidak. Aku pun tak pasti. Sebabnya, aku dengar pihak atasan nak mencari pelapis dari pelajar-pelajar semester satu. Oichhhh.. pemain nettball yang lama pun dah ramai yang habis dan bakal habis. Lepas tu ada yang dah pergi praktikal sekarang ni. Macam aku pulak, aku balak pergi praktikal pada awal tahun depan. Tapi harap-harap adalah rezeki aku untuk bermain netball pada semester ni. Huhuuuu... mencari dan menambahkan pengalaman sebelum keluar praktikal.

Semoga aku terpilih dan segalanya dipermudahkan.

Di akhir pemergianmu

Malam raya.

Ibu mengetuk pintu bilikku.

Menghulurkanku sepucuk surat.

“Apa ni, mak?”

“Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.”

Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat.

Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali.

Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya.

“Assalamualaikum.

Maaf mengganggu.

Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?”

Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.

“Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawikh.

Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak.

Kecewa sendiri.

Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.

Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan. Begitulah rutin awak setiap hari.

Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali.”

Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca.

“Saya sedih. Sangat sedih.

Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah.

Tapi, gembira saya tak lama.

Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.

Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?

Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga.

Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.
Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.

Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat tak kesampaian.

Cukuplah sampai sini.

Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak bermakna saja pada awak.

Biar berjauhan.

Awak kenal siapa saya.”

Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua.

“Saya Ramadhan.

Jaga diri, jaga iman.

Selamat tinggal.”

Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu.

Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.

Melihat orang lain beraya, aku juga mahu sakan beraya dengan orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada Ramadhan Allah.


Air mata mengalir tak tertahan lagi.
Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.
Kesal 150 juta kali.

credit to Muhammad Rusydi

Laptop | Encik kesayangan kembali sihat.

Assalamualaikum

Alhamdulillah Encik Kesayangan dah sihat seperti sedia kala, bahkan bertambah sihat. Gembiranya rasa hati. Bahagianya hati berbunga-bunga lagi. Sehari Encik Kesayangan sakit, hampir sasau aku jadinya. Tengok, punyalah aku sayangkan dia, kan? Agak-agak, Encik Kesayangan tu berasa bertuah dan bahagia ke tidak dengan rasa sayang aku pada dia? hahaaa !

Bebehari lepas, aku ada update enteri menggunakan telefon. Baca sini. Ini semua disebabkan Encik kesayangan tak sihat. Tergendala jugalah segala akiviti dan plan aku. Tapi.. tertabahkan hati dan menyabarkan jiwa. Cewahhhhh.. padahal dalam hati bimbang tak terkata.

Semoga Encik Kesayangan sentiasa sihat dan berada disisi aku selama mungkin yang mampu. InsyaAllah semoga Encik Kesayangan, buah hati awal dan akhir aku.



Nak tahu siapakah Encik kesayangan yang dimaksudkan?


Dimanakah kedai baiki laptop di sekitar BBST, Nilai dan Seremban.

Assalamualaikum..

Hari ni pertamanya dalam sejarah aku update entri dengan menggunakan telefon. Alaa telefon pun tak adalah canggih mana tapi alhamdulillah. Telefon ni berharga dan berjasa untuk aku.

Hurmmm.. Kenapa aku tetiba update entri menggunakan telefon bimbit?

Alkisahnya nak dijadikan cerita, laptop aku buat perangai! Sakit sungguh rasa hati ni. Senak jiwa menahan kebimbangan yang bersarang dihati. Entah macam manakah agaknya segala hasik kerja yang aku simpan dalam laptop tu. Hurmmm.. Agak-agak terburn tak segala khazanah aku dalam tu?

Hurmmm.. Masalah bertambah! Area Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) Sepang, Nilai dan Seremban ni mana nak cari kedai komputer erk? Agak-agak ada ke yang  boleh siap dalam masa sehari saja.Contohnya, kalau aku hantar repair pagi, petang tu dah boleh ambil dan guna macam biasa. Ada ke? Tapi area mana ?

Sesiapa yang ada info dan cadangan mohon dikongsi ya. Aku tersangat memerlukan bantuan sekarang. Huhuu biasalah aku kan perantau dekat sini. Jadi aku tak berapa tahu sangat yang sekitar sini. Kalau area Kuaka Terengganu dan Kuantan tu, aku tahu lah jugak. Apapun semoga ada hamba Allah yang dapat membantu aku. Sekian.

Hati-hati bermain hati


Kadang-kadang anda perlu melakukan apa yang terbaik untuk anda
dan kehidupan anda, bukan apa yang terbaik untuk orang lain.

Sometimes you have to do what's best for you and your life, not what is best for others.

Hati ini sering kali lelah memikirkan perasaan dan menjaga hati orang lain. Tapi pernahkah hati kita dijaga? Hati ini penat merintih tapi siapa yang mendengar rintihan tersebut. Bagi aku kenapa perlu kita terlalu menjaga hati yang lain, sedangkan hati kita rabak terluka. Tak salah sebenarnya menjaga hati yang lain tapi jangan sampai diabaikan hati sendiri.

Menyebut kisah hati, aku teringat pulak zaman cinta dulu kala. Hohoooo, disebabkan terlalu menjaga hati si dia sehingga hati sendiri terluka. Biasalah, ketika tu hati sedang sayangkan, so rasa sakit dihati mana jelas kelihatan. Sanggup saja memendam segala ketidak puasan hati demi menjaga hati dia. Entah apa-apa! Bila difikirkan balik, rasanya kesemua tu bagaikan tak berbaloi. Oichhhh tidakkkkk..


Take Note : Tak sangka pulak pagi ni aku sempat naikkan satu entri. Huhuuu sebenarnya dah lama rasanya aku tak berentri dipagi hari. Apapun, insyaAllah aku akan kembali seperti rutin sediakala. Setiap pagi akan update entri sebanyak satu, dua, tiga, empat, atau sebanyak mana yang sempat lah sebelum bersiap pergi kelas. Oklah, aku pun taknak berleter panjang. Tengok jam sekarang pun dah hampir pukul 7:00 Am. Jadi sebelum aku terlewat dan terlambat better aku bersiap dulu ye. Okbye. Wassalam.

Sakit hati kembali ke asrama

Setelah hampir dua minggu aku bercuti raya, akhirnya hari nie kembali ke hostel. Oichhh tidakkkk! Rasa macam tak ready lagi nak pergi kelas besok. Rasa macam tak ready lagi nak belajar. Hurmmm..
Time ni apa yang aku sedang buat? terbaring atas katil sambil mengadap laptop. Ikutkan hati, aku tengah lapar tapi entah. Tak terasa nak makan. Mungkin sebab teringatkan family kowt. Tak pun sebab aku tengah sakit hati. 

Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya baru balik dari roll call tadi. Macam apa entah! Sakit pulak hati aku. Orang lain yang buat salah tapi aku pulak yang terkena sekali tempiasnya. Apa salah aku weh? Apa silap aku weh? Sehabis mungkin aku cuba patuhi setiap peraturan dan arahan. Sedaya mungkin aku cuba elakkan dari melakukan kesalahan dalam kolej. Tapi entah! Sakit hati.

Secara keseluruhannya, roll call tu sekadar untuk mengesan berapa juta student lagi yang tak laporkan diri. Yalah, esokkan dah start kelas seperti biasa so kenalah laporkan diri, balik ke hostel hari ni. Tapi entah.. dah namapun manusia. Semestinya ada silap dan salah. Kedegilan dan ketegaran yang jelas ternyata kowt. Dah diberitahu, kesemua pelajar wajib balik ke hostel hari ni tapi ada jugak yang ingkar arahan. Aku pun tak tahu spesis apakah mereka. Degil nak mampus! Ikut kepala sendiri. Menyampah aku!

Bagi aku, sepatutnya semua masalah ni tak sepatutnya wujud kowt. Masing-masing dah besar, dah reti bahasa, dah pandai berfikir jadi tak seharusnya kesemua isu ni timbul. Dah namapun pelajar jadi pandai-pandailah sedar diri. Ikutlah arahan, patuhilah peraturan. Kalau ye pun nak redah, fikirlah pelajar-pelajar lain jugak. tak pasal-pasal disebabkan segelintir pelajar yang bermasalah, pelajar lain semua terkena tempiasnya.

Hurmmm.. entah! ikutkan hati ni banyak benda yang aku nak luahkan. Sakit hati. Panas hati. tapi rasa macam tak berkesudahan je. Dari pada aku merapu panjang berjela rasanya better aku stop kat sini. Kan nanti ada yang terbaca, dan ada yang terasa. Btw, aku tak ada mention nama sesiapa kan so pada sesiapa yang baca tu mohon terasa lah ye. Bak kata pepatah, siapa makan cili, dialah yang terasa kepedasan tu. 


Take note :  Sebagai seorang pelajar, sila patuhi segala arahan dan peraturan. Niat dihati nak belajar, nak timba ilmu so buat cara yang sepatutnya. Jangan menggedik nak susahkan orang lain untuk ikut serta dengan masalah yang dihadapi. Mohon jangan pentingkan diri sendiri.