Memaparkan catatan dengan label Luahan hati. Papar semua catatan

Maafkan Ibu Anakku

Assalamualaikum..

Hari ni kerap pulak aku buka blog. Entah, tetiba rasa macam nak taip taip. Padahal agak susah jugak blogging menggunakan telefon. Okay, abaikan..


Dimalam yang hening ni tetiba hati aku rasa sayu. Tengok muka anak solehah yang sedang lena dekat sebelah ni lagilah bertambah sayu. Teringat balik satu persatu perkara yang jadi hari ni. Kerap betul tertinggikan suara pada anak solehah aku. 


Maafkan ibu sayang. Ibu tak dapat nak kawal emosi. Hurmm... rasa bersalah sangat lepas marah marah. Anak solehah ibu tetap datang dekat ibu dengan muka senyum manis. MasyaAllah, runtuh betul hati ibu ni sayang.


Awak kecil lagi, masih tak tahu apa tapi ibu terlebih lebih pula. Maafkan ibu. Tadi sebelum tidur anak solehah ibu menangis sebab nak telefon, tengok kartun. Abah bagi kejap lepas tu tutup. Anak ibu menangis mungkin sebab tak puas lagi tengok kot. Ibu dekat sebelah diamkan saja. Bagi reda tangisan tu dulu baru ibu panggil anak ibu. Anak ibu datang peluk ibu. MasyaAllah, sedih betul ye, berjurai airmata. Ibu macam nak gelak tapi macam sedih pun ada, bercampur pula dengan penat. Jadi cubalah sedaya upaya kawal emosi, taknak termarah anak ibu. 


Ibu pujuk anak solehah dengan susu tapi tak berjaya. Ibu dukung, dodoi. Senyaplah kejap lepas tu sambung nangis. Adehh, sabar ibu macam dah tak berapa nak sabar dan akhirnya tertinggi suara juga. Hurmmm maaf sayang. Khilafnya ibu. Tadi pun lepas termarah cepar cepat ibu peluk. Ibu rasa bersalah sangat. Padahal ibu tahu anak ibu tak bersalah pun. Menangis tu sebab mengantuk nak tidur pun ia jugak tu. Maafkan ibu sayang. Ibu sayang anak ibu dunia akhirat. Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa. Semoga anak ibu dipermudahkan segala urusan. Aamin. 




Awal Tahun 2021 Yang Mencabar

 Assalamualaikum...

Semestinya berhabuk, bersarang sudah blog kesayangan aku. Berhari, berminggu, berbulan dan rasanya hampir sudah aku tidak ambil peduli. Well, aku sibuk weh!! Yesss, sibuk dengan masalah dunia, masalah peribadi, cerita di kedai kopi... Kihkihkihhhhh... guraulah!

Okay, sebenarnya dari pertengahan tahun lepas sehinggalah ke hari ni aku masih gagal nak bahagiakan masa. Gagalkah aku? Yes! Sebab bermula pertengahan tahun lepas, rutin harian aku berubah 360 darjah. Berubah terus beb. Kalau sebelum ni tempat kerja lama, aku mulakan kerja seawal jam 9 pagi dan habis kerja jam 6petang. Tapi bila masuk ke company baru, aku terpaksa masuk kerja seawal jam 7pagi dan habis kerja jam 7malam. Di company baru juga, aku ada shift. Ada night shift beb! Seminggu aku morning shift dan seminggu aku night shift, bergilir gilir setiap minggu dan begitulah seterusnya. 

Berasa agak penat, tapi kadang kala aku happy dengan suasana di tempat baru ni. Kenapa aku happy? Well, mungkin sebab ini department baru dan aku merupakan salah seorang yang terawal bekerja di department ni so skrg aku sudah boleh dipanggil otai kot. Kihkihkihhh... otailah sangat! Waktu mula mula dulu memang happy tapi skrg happy suam suam kuku. Biasalah department engginering mana pernah ngam dengan production. Ada je benda yang nak digaduhkan. Lagi lagi bila operetor baru yang jaga machine. Jangan terkejutlah kalau down time untuk mechine tersebut luar biasa banyaknya. Boleh dikatakan normallah, sekiranya setiap hari ada isu machine rosak.

Selain dari masalah kerja, aku juga ada sedikit masalah kesihatan. Sedikit ke? entahlah, bagi aku agak banyak masalahnya. Permulaannya aku bertahan dengan hanya makan ubat dari Klinik penal tapi bila dah tak tahan sangat, aku teruk ke hospital bahagian kecemasan. Tung tang tung tang setelah pemeriksaan apa yang patut akhirnya aku perlu dirujuk kepada doktor pakar. 

Hari ni merupakan hari pertama temujanji aku dengan pakar sebenarnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Aku ke hospital pagi tadi seawal jam 8.30 pagi, padalah temujanji aku jam 9.30pagi. Saja aku datang awal, dengan harapan dapat selesaikan segala urusan awal so boleh balik awal. Untuk hari ni lagi sekali aku kena ambik darah. Selain tu aku juga kena buat Xray. Rasanya tahun ni merupakan tahun yang agak mencabar untuk aku, kesihatan merudum. Pertengahan bulan nati aku perlu datang lagi untuk ambil darah dan awal bulan depan aku perlu datang lagi untuk temujanji doctor pakar.

Doakan aku kembali sihat seperti biasa ya. Semoga segala urusan aku dipermudahkan. 






Bernafas Dengan Kehidupan Baru

Alhamdulillah. Setelah agak lama menyepi akhirnya aku kembali. Kembali aktif meneruskan kerja yang hakiki. Aku rasa, perjalanan hidup aku untuk setengah tahun ni sangat mencabar. Jatuh, rebah, tersungkur, emosi tak stabil, mental barai dan keseorangan.. itulah hakikat sebuah perjalanan yang aku tempuhi.

Dunia kehidupan aku tak seindah yang aku bayangkan. Apa yang aku impikan jauh tersasar dengan apa yang aku perlu dan harus lalui. Sakit, perit.. tetap aku harus dan terpaksa lalui. Nak tak nak, itulah kehidupan. Tak mungkin dapat kita mengundur bahkan semakin terus maju ke hadapan. Apa yang ada dihadapan terpaksa juga dilalui.

Aku boleh tersenyum. Aku boleh gelak tawa. Aku boleh berkata kata. Hakikatnya, tabir hidup aku perit. Tak siapa yang tahu.

Alhamdulillah. Kini kesabaran disebalik keperitan itu aku dapat rasai buahnya kini. Nak kata berubah seratus peratus tu, idok ler. Tapi ada perubahan. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil. Ini baru permulaan perjalanan aku. Untuk pertengahan dan pengakhirannya nanti aku masih tidak tahu. Apapun, aku mengharapkan kemanisan untuk aku kecapi. Biar lambat asalkan berbuah hasil.

Alhamdulillah. Syukur. Tak terkata untuk aku luah. Walaupun sekarang agak kelam kabut tapi aku tak kisah. Mungkin sebab ini sebahagian dari minat aku. Takpe, aku terima dan cuba untuk lebih gigih lagi.

Banyal sebenarnya yang nak aku kongsi tapi biarkan untuk seketika lagi. Bila tiba waktunya, akan aku kongsi dengan semua. Untuk seketika ini, aku mohon korang doakan semoga segala urusan dan perjalanan hidup aku dipermudahkan ye.

Terima kasih korang.


Rindu Yang Tiada Penghujung | Alfatihah Sahabatku

"Rindu. Ya, aku rindu mu. Rindu sangat sangat wehh. Rindu nak sembang dengan mu. Rindu nak gurau dengan mu. Rindu nok gosip dengan mu. Rindu nak buat semua benda dengan mu. Ya Allah, aku rindu dia. Aku rindu sahabat aku. Dulu, walaupun kita jarang jarang jumpa tapi contact jugak melalui wasap, facebook dan insta. Sekarang, hanya doa yang dapat aku titipkan buatmu. Aku rindu mu, wahai sahabat"



Hari ni aku skroll mesaj mesaj dalam wasap. Aku mulai dari bawah. Wasap cstmr yang dah lama sangat tak aktif aku buang. Aku perhati satu persatu. Banyak yang aku buang. Tetiba nampak satu nama.

Lili Rawai. Nama yang dah lama tak muncul dalam wasap aku. Berderu rasa darah. Aku buka wasap tu. Aku skroll dari bawah ke atas. Lepas tu skroll dari atas ke bawah pulak. Aku baca satu perrsatu masej masej dalam tu.

Ya Allah, sebaknya rasa hati. Sayunya rasa jiwa. Sakit dada aku tahan tangisan yang akhirnya pecah jua. Airmata aku mengalir tak dapat ditahan. Aku cuba kawal tangisan sebaliknya semakin kuat. Sungguh aku rindu dia. Terbayan tingkah laku dia di ruangan mata aku. Terngiang ngiang suara dia di telinga aku. Ya Allah, sebak aku tak terkata.

Aku wasap no tu. Saja wasap, nak tahu masih aktif ke tidak. Nak tahu ada yang guna ke no tu atau pun no tu sudah jadi no recycle. Ada respon. Wasap aku berbalas. Ouhhh, Iqmal, adik arwah yang pakai no tu sekarang. Aku bertanya khabar sepatah dua. Tanya khabar family arwah. Bertanya tentang mak dan tok wank dia. Bertanya juga tentang Iqmal.  Aku doakan semoga mak arwah kuat untuk terus jalan ni kehidupan ini.



Kebebasan Sebuah Layang Layang

"Betul lah orang cakap. Benda yang makin kita kejar, makin jauh dia dari kita. Stop chasing things. Stop chasing people to love you. Start love yourself even more. Life will figure it out the best for you."

"Dunia ni ibarat bayang bayang, Lagi kita kejar lagi dia menjauh. Kejarlah Allah maka dekatlah kita dengan Allah."

Bagaikan layang layang. Makin aku tarik makin dia meronta untuk terbang lebih tinggi. Penat aku menarik, makin ganas dia meronta. Mungkin tiba masanya untuk aku lepaskan tali. Bukan putuskan tapi cuma lepaskan.

Biarkan ia berterbangan bebas. Pergilah kemana yang nak pergi. Singgahlah kemana yang nak disinggah. Tapi jangan sesekali lupa aku disini yang setia menantimu.

Tak pernah walau sedetik aku lupakan kau. Tak pernah walau sesaat kau hilang dari akal fikiran aku. Aku lepaskan tali memberi kau ruang, peluang dan masa. Hargailah segala apa yang aku bagi itu. Jangan sesekali kau tersilap langkah. Jangan sesekali kau hancurkan kepercayaan aku.

Semoga kau terbang bebas wahai layang layang. Nikmatilah kebebasan yang kau dapat dengan akal fikiran yang waras. Bertindaklah dengan bijak. Fikirlah sebelum kau bertindak dalam sesuatu perkara. Harapan aku, semoga kegembiranan dan kebahagiaan sentiasa kau rasai walaupun bukan dengan aku.




Manisan Yang Menyakitkan

Cinta...
Terlalu indah untuk diungkap
Tiada kata yang mampu merungkaikannya
Terlalu manis untuk diselami

Cinta...
Hadirnya tanpa diduga
Datangnya bersama kebahahagiaan
Tempisannya adalah kesengsaraan

Cinta..
Kata orang cinta itu kejam
Padahal manusia yang kejam dalam bercinta

Cinta..
Terlalu sukar untuk dirungkai
Ironinya memakan diri

Apa itu cinta
Dimana wujudnya cinta
Kenapa ada cinta
Bagaimana lahirnya cinta
Mengapa perlu cinta

Tidak dapat aku rungkaikannya...


Aku Mencari Damai Di Hati

Aku mencari kekuatan
Aku mencari damai dihati
Aku mencari sebuah harapan
Aku mencari secebis kebahagiaan

Tak banyak yang aku pinta
Cukup cuma mampu membahagiakan aku
Bukan emas permata yang aku impikan
Tapi cuma ketenangan dihati

Senyum
Jangan pernah menangis
Jangan pernah mengalah
Jangan pernah melatah
Kebahagiaan hak milik setiap insan

Kuat
Jangan sesekali rebah
Jangan sesekali tersungkur
Jangan sesekali berundur
Teruskan langkah demi langkah

Kesakitan bukan selamanya
Kebahagiaan bukan selamanya
Disebalik kesakitan terselit kebahagiaan
Disebalik kebahagiaan terselit penderitaan..

Aku mencari damai dihati..

- ien -


Motor Masuk Bengkel

"Motor dah ok ke belum?"

"Belum. Sadai kat rumah. Tulunnn tulunn tulun".

"Nak tlg apa hah dah mlm. Tolak motor p bengkel dululah"

"Ada motor kosong tak? Pinjam"

"Bawak ex5 balik dulu"

"Jap den pegi bengkel ambil motor y pastu p umah ko tunda motor p bengkel"

"Malam ni ke? Siyeh r"

"Sent loc dulu"

"Nak gerak, kabo"

"Dah gerak ni"

Nak dijadikan cerita, malam tadi 140819 sedang elok aku nak lelapkan mata tetiba whatsApp masuk. Halahhh.. halahhh.. dia dah muncul. Maksudnya dia dah sampai Senawang, dah balik dari kampung kot.  Aku sangkakan dia nak tolong settlekan masalah ni keesokan harinya. Sangkaan aku meleset. Malam tu juga settle. Tunda motor bawak ke bengkel. Alhamdulillah, kesayangan aku selamat masuk 'wad'. 


Sampai bengkel, sempat lagi dia buka inner motor, tengok  apa entahh.. Yes, memang ada campuran minyak dan air kat dalam tu. Hurmm ternyata betul sangkaan aku. Benda ni takde lah parah sangat tapi agak rumit. Lebih-lebih lagi motor LC, terpaksa buka itu ini terlebih dahulu.


Okay, hari dah jauh mlm so aku bawa EX5 balik rumah. Fuhhh.. gempak mak bapakk nyahh! Bunyi ekzos padu bak hanggg. Dari jauh boleh dengar bunyi ekzos tu. Hahaaa sis like it 😁


Keesokan harinya, aku bawa si EX5 tu pergi kerja. Yesss, bunyik ekzos memang padu. Member ditempat kerja semua macam pelik. Hahahaaa lantak koranglah weh, janji aku ada kenderaan untuk pergi kerja. Kalau idok, memang terpaksa ponteng kerjalah jawabnya untuk hari tersebut. Thanks Chottt, bagi pinjam motor 🤭

Seperti biasa, lepas habis kerja aku akan keluar cod Klubna Laleh. Kebetulan pula untuk hari tersebut ada 4 tempat yang perlu aku cod. Eh, jauh pulak tempatnya. Risau jugak sebenarnya, kot kot tengah cod tetiba motor habis minyak. Huhuu.. motor tu kuat makan minyak weh. Biasalah dah upgread itu ini so mestilah power lain macam sikit. Selesai cod lebih kurang jam 8.30malam, terus balik rumah. Penat.

Sampai rumah lebih kurang jam 9.00malam. Settle apa yang patut pastu lepak depan tv dengan housemeet. Tetiba whatsApp dari Ateh muncul. "Motor dah siap. Bila nak datang ambil?". Blur kejap. Wehhh aku dah sampai rumah baru kau whatsApp motor dah siap. Apeni Atehhhh 🤦‍♀

Maka bersiap siaplah aku dan terus gerak ke bengkel. Ikut hati memang dah malas nak keluar. Better ambil besok je. Tapi takot esok sibuk pulak, kang tak sempat nak singgah bengkel. Lagi huru hara 😁


Tadaaaaa kesayangan dah balik rumah. Alhamdulillah. Dah okay. 


Carburator Motorsikal 135LC Masuk Air

Carburator masuk air.. weh carburator masuk air.. halahh halahhh carburator masuk air.. masuk air wehh.. sob sob sobbb.. inilah kisah sedih aku dipagi hari raya pertama Aidiladha untuk tahun 2019

Nak dijadikan cerita.. hari ini aku cuti hujung minggu.. nasib baik raya Aidiladha jatuh pada hari ini.. kalaulah esok raya Aidiladha, alamaknya aku beraya di tempat kerja ler.. Alhamdulillah..

Dipagi nan indah, aku bangun dengan azam yang baru.. maklumlah sambut raya di perantauan so feel raya tu takde lah sampai sangat.. pagi ni aku macam terlebih rajin pulak.. kemas satu rumah.. siap lap kipas siling bagai... hahaa padahal baru minggu lepas kiteorang bersihkan kipas tu.. tapi takpe, kerajian itu bagus. 

Dah settel kemas bahagian dalam, aku beralih ke bahagian luar rumah pula. Basuh motor.. basuh motor.. basuh motor.. basuh motor.. basuh motor weh.. seperti biasa aku akan sabunkan motor dengan sabun pencuci pinggan mangkuk, sunlight dan ditambah sedikit pewangi softlan.. fuhh bau semerbak wangi gitu.. rasanya dah tiga minggu lebih kot tak cuci motor.. so aku ambil masa yang agak lama untuk membasuh.. sental tayar.. cuci bahagia celahan spoket.. cuci celahan rim.. blaa.. blaa.. blaaa... terlebih feel pulak weh!! Settle..


Hah carburator masuk air??
Yesssza!! mungkin sebab waktu cuci motor tadi aku terlebih feel kot.. sampai tesimbah air kat bahagian carburator. sedih!! tapi yang lagi sedih, bila aku dapat tahu semua ni agak lambat. Tengah hari tadi aku nak keluar pergi cod. Hidupkan enjin motor seperti biasa. Pastu tolak motor keluar dari garaj dan tutup gate. Tekan gear satu.. pulas minyak sikit.. bunyik macam sendu sendu.. pulas minyak lebih sikit.. terus motor mati... fuhhhh berdebar jantung aku nyah! aku hidupkan motor lagi sekali.. pulas minyak.. masih lagi jadi seperti tadi.. boboboooo tetiba padam. Mati akal weh!!!

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku.. air masuk dalam carburator.. carburator dah masuk air wehhh... aku cuba lagi hidupkan enjin lepas tu blow perlahan lahan.. terlebih blow, enjin mati.. aku cuba lagi dan lagi... hampir sejam lebih kot.. sampai panas enjin tu.. tapi tak berjaya juga.. mati akal.. makanya aku terpaksa batalkan cod untuk hari ni.. esok.. lusa.. tulat.. aku tak pasti dapat teruskan cod ataupun tidak.. musim raya weh, celah mana bengkel motor yang buka.. bengkel member aku pun tutup.. diaorang tengah beraya sakan kat kampung wehh.. so macam mana?




Penat Dengan Kerja


Penat..
Akhirnya sabtu muncul juga.. hahahaaa gelak jahat! Tak sabar nak cuti.. alaaa cuti hujung minggu je, bukan gempak sangat pun! Well, kau tak tahu situasi aku jadi jangan memandai menilai aku. 

Tahu tak, cuti hujung minggu merupakan cuti yang paling nikmat untuk aku... fuhhh bebas dari belenggu kerja yang tk pernah habis.. bebas dari tekanan kerja yang tiada kesudahan.. paling penting bebas dari pekikan teriakan makian dan cacian orang atasan. Hah gitu, nikmat beb dapat cuti biarpun hanya sehari setengah sahaja. 😁

Minggu ni agak penat. Kerja agak berat. Empat hari berturut turut kiteorang buat maintenance. Fuhhhh.. habis kudrat beb. Hari ni agak teruk sikit. Oil seal pada gear box leaking pulak dah. Jenuh nak buka sprocket, keluarkan bearing bagai. Fuhhh mencabar sungguh harini. Kebetulan pulak machine kali ni agak jauh dari kipas, maka berpanaslah kami buat kerja. Yeyeyehhh.. yeyeyehhhh.. orang ynag tak tahu akan cakap kerja kami best, santai je, boleh jalan jalan dalam production tapi hakikatnya hanya kami yang tahu. Penat weh.. Hilang terus keayuan dan kesopanan kesusilaan aku. Hahahaa! Nak kejar masa punya pasal.. Alhamdulillah, aku masih mampu hadapi segala kepayahan dan keperitan disitu... walaupan dah bermelion kali aku merungut nak cari kerja lain.. nak resign.. tapi sampai.sekarang aku masih mampu bertahan. Alhamdulillah.

Ya, kekadang aku rasa tak mampu. Aku hampir tersungkur. Aku hampir mengalah. Tapi seandainya aku menyerah, siapa yang akan menolong aku?? Berjuta kali aku ulang ayat keramat itu bilamana aku kian rebah. 

Aku bertahan demi keluarga. Aku kuat demi mak dan ayah. Aku yakin aku mampu biarpun aku hampir tersungkur. Kuatlah wahai hati demi orang orang yang aku sayang. Tak kisahlah berapa juta kali aku hampir jatuh, insyaAllah aku akan terus bangkit selagi sisa kekuatan aku masih ada. 

Aku kasar. Hati aku kering.
Bukan. Aku hanya manusia biasa yang berpewatakan mengikut situasi semasa. Jiwa aku kental? Bukan kental tapi terpaksa kental. Sampai bila nak bergantung harap pada orang lain. Kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat. Yessss!! Aku boleh. Aku boleh. Aku boleh.




Jiwa Memberontak Bila Kata kata Tidak Terluah

Kerja.
Bila memikirkan tentang kerja aku kusut
Bila memikirkan tentang kerja aku stress

Kenapa?
Entah. Tidak pandai untuk aku rungkaikannya.
Sejuta satu persoalan bermain di hati dan akal aku
Tapi semuanya tiada jawapan
Persoalan tinggal persoalan

Siapa yang salah?
Kami atau mereka ataupun dia??
Kami ke yang salah
Semua yang kami buat tak kena dimata mereka dan dia
Habis, apa lagi yang perlu kami lakukan.
Apa salah kami sebenarnya.

Rasis.
Boleh ke aku gunapakai perkataan itu untuk mereka dan dia.
Rasanya mungkin tidak keterlaluan kot untuk mereka.
Mereka terlalu kejam.

Ya, kini mereka kejam.
Jujur, aku benci dengan suasana itu sekarang.
Aku benci bilamana apa yang dilakukan dipersoal.
Aku benci bilamana bukan salah aku tapi aku yang dipersalahkan
Aku benci bilamana aku yang dijadikan mangsa luahan hati mereka.

Weh, aku manusia ada hati perasaan.
Aku manusia yang ada jiwa.
Aku manusia yang ada akal.

Sabar aku kian hilang.
Tabah aku semakin berkurangan.
Setiap hari aku berkata pada diri
'aku mampu, aku kuat, aku sabar, aku tabah'
Tapi hakikatnya kini, semua tu kian bersepai
Menunggu masa untuk aku rebah ke bumi

Aku suka kerja disitu.
Tapi aku benci dengan pengurusannya.
Aku benci melihat mereka menindas!
Aku benci melihat mereka memarai sesuka hati.
Aku mahu menolong tapi aku ak mampu..

Sedih.
Semoga aku kuat dan terus kuat.
Semoga aku bertahan dan terus bertahan
Semoga aku dapat kerja baru dalam masa terdekat
Semoga segala uruasan aku dipermudahkan
Semoga rakan sekerja aku juga tabah dan sabar melalui semua ni
Semoga kami kuat dan terus kuat disitu.


Hakikat Sebuah Pekerjaan

Orang yang banyak merungut mengenai bos, orang itulah yang paling lama bekerja. Dia pandai release tension dia kepada orang lain.



Alhamdulillah. Aku masih disitu. Aku masih mampu bertahan. Aku masih mampu bersabar. Masih sama seperti sebelum ini, aku suka kerja disitu sebab boleh kutip banyak pengalaman tapi aku tidak berapa suka dengan pengurusan disitu. Tapi apa nak buat, terpaksalah hadap dan redah semua yang ada didepan mata.

Ramai yang pelik kenapa aku masih disitu. Ramai yang hairan macam mana aku boleh bertahan disitu. Hahahahaaa... tak lawak pun sebenarnya soalan tu tapi bagi aku agak lucu!

Kenapa aku masih disitu?
Macam mana aku bertahan?
Aku rasa aku ni seorang yang simple kot atau mungkin komplicated. Mungkin? Entahlah!

Orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat. Susah mana pun hidup aku ada lagi insan yang lagi susah. Selagi aku mampu bertahan, aku akan bertahan. Selagi aku boleh sabar, aku akan sabar. Selagi aku mampu hadap, aku akan hadap. Bila tiba masanya, aku dah tak mampu nak hadapi semua tu aku akan angkat kaki. Itu prinsip dan kata kata yang aku pegang. Hahaaa kedengaran agak kasar, kan. Itulah hakikatnya!

Bagi aku, kerja kat situ hati kena kering. Mental kena kuat. Jiwa kena kental bossskurrr. Setiap hari dengar suara petir orang orang atasan, itu normal. Setiap hari dengar rungutan, itu normal. Setiap hari buat benda yang sama, itu normal. Entah! Aku pun tak tahu macam mana nak cakap, tapi itulah kurang normalnya disitu.

Kekadang aku buat kerja sambil merungut dalam hati. Kenapa meati aku yang buat kerja tu. Kenapa aku yang kena hadpa kerja tu. Kenapa aku yang kena padahal bukan salah aku. Kenapa.. kenapa.. kenapa.. blaaa.. blaaa.. bla...
Kalau awalnya dulu, hati aku menangis juga tapi sekarang seakan dah lali. Dah kalis dengan semua ni. Huhuuuu.. hati aku dah jadi kering sejak kerja disitu. 

Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang aku lalui dan hadapi. Ya, ini salah satu kehidupan yang aku kena hadapi. Aku tak pernah menyesal dan tak menyesal dengan semua ni. Sejujurnya, aku suka dengan pekerjaan aku. Aku suka kerja kat situ. Banyak benda yang boleh aku pelajari. Banyak pengalaman yang aku boleh dapat. Aku cuma tak suka dengan pihak pengurusan disitu. Tak suka cara pengurusan mereka. Itu je.

Semoga aku kuat dan tabah dalam melalui semua ni. Yes, aku kuat. Yeyehhh, aku kuat. InsyaAllah, aku akan kuat untuk mereka yang aku sayang. - #kejupenyet

Nasihat Dari Seorang Sahabat

Bukan semua yang kita hendak itu baik untuk kita. Ada kala Allah swt tak beri lagi apa yang kita mahu kerana nak lindungi kita dari mudarat yang lebih besar. Allah swt tahu apa yang ada di hadapan dan Dia juga tahu apa kelemahan kita. - Sahabat



Take Note : Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana ada disisi dikala aku tersungkur. Terima kasih kerana hulurkan tangan untuk aku bangkit. Terima kasih pinjamkan bahu untuk aku teresak seketika.  Terima kasih untuk masa dan perhatian yang kau berikan. Terima kasih untuk kata kata  yang menenangkan hati ini. Aku menyayangimu wahai sahabat. Semoga persahabatan kita sampai Syurga.

Dilema Pindah Rumah

Aku nak pindah rumah. Tapi tak tahu nak packing barang bermula dari mana. Pelik kan? Tapi itulah aku. Terkial kial bila bab pindah randah ni. Penat memikir nak packing apa dulu. Takut nanti dah siap packing tiba tiba barang tu nak digunakan pulak. Halahh jadi satu kerjaan pulak nak mencari nanti!

Okay, aku nak pindah rumah. Mengikut plan asal, aku sepatutnya pindah awal bulan March aritu tapi disebabkan kekangan masa maka aku anjakkan ke minggu ni. Tak tahulah sempat ke tidak packing dan angkut barang sebelum tiba hujung minggu ni. Harap harap sempatlah.

Dah dua tiga empat hari sebenarnya niat dihati nak packing barang tapi masih tak berkesempatan. Alhamdulillah, malam ni ada masa tersenggang sikit. Jadi bolehlah belek belek mana yang patut.

Apa yang nak dipacking dulu? Okay, aku packing dulu seluar baju yang memang dah takkan dipakai lagi. Itu je yang dapat dipacking setakat ni. Kihkihkihhhh... kusut kepala memikir nak pindah ni. Tapi apa boleh buat, laluinya dengan sabar.

Apapun, aku harap segala plan berjalan lancar. Packing barang siap siap. Jumaat malam, angkut brng masuk rumah baru. Sabtu habis kerja boleh rehat bersenang lenang. Ahad tibalah masa untuk hikinggggg!! Yeyehhh masa untuk aku hilangkan stress!

Semoga rancangan aku berjalan lancar.




Stress Di Tempat Kerja

Bila kerja dalam suasana yang tak best, aku akan rasa stress. Sekeliling aku rasa macam semakk. Persekitaran aku rasa macam menyampah. Mood aku pun merudum!!

Entah. Tak tahu kenapa kebelakangan ni rasa macam tak best je kerja. Rasa macam hambar sangat. Mungkinkah disebabkan kerja terlalu banyak atau persekitaran kerja yang tak teratur.

Sejujurnya, aku hilang mood nak kerja. Setiap pagi datang kerja aku akan tengoj jam. Wehhh cepatlah pukul 6petang, aku nak balikkk! Sampai macam tu sekali situasi aku.

Aku datang kerja macma biasa, aku buat kerja macam biasa tapi itulah... situasi kerja tu yang tak best. Aku suka kerja kat situ tapi pengurusan kat situ macam haremmm! Susahlah untuk aku ungkap. Rasanya setiap hari makan hati sendiri berulam jantung kot!

Bukan aku je yang rasa macam tu tapi hampir kesemua team aku. Kekadang aku terfikir jugak.. kami yang local pun dilayan macam ni.. mereka yg foreign apatah lagi. Hurmmm.. dah terlalu biasa kot kami melihat situasi sedih yang dihadapi oleh foreign kat situ.

Aku sabar selagi boleh sabar. Suatu saat nanti, bila kesabaran aku dah takde, aku akan pergi. Sekarang mmg aku sedang cari kerja lain. Tapi rezeki belum memihak pada aku lagi. InsyaAllah, aku akan kuat. Aku akan bertahan. Semoga segalanya dipermudahkan.


Rindu Memaksaku Menyayangimu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku
menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih.. walau perit..
Terpaksa aku menghadapi




Take Note : Rindu.. tiba tiba rindu bertamu dihati untuk tika dan saat ini. Terbayang diruangan mata gelagat dan telatah dia. Alahaiii rindu! Rindu pada dia yang telah jauh pergi meninggalkan aku. Doa aku untuk kau tak pernah putus. Semoga bahagia sentiasa milik kau. Terima kasih untuk segala yang terukir diantara kita Doakan kebahagiaan aku jua - ien 

Aku Tenang Di Hutan

“Kadang kadang apa yang kita impikan, tak semua jadi kenyataan “

“Hiduplah dalam kebenaran, kenyataan akan lebih jujur dari penantian.”

Bukit Melati, Nilai

Take note :  Bukan aku menyerah. Bukan aku mengalah. Tapi sebenarnya aku terlalu penat. Penat dengan permainan manusia. Penat mengikut rentak manusia. Aku juga manusia. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku ada keinginan dan aku ada cita cita! Jangan pernah halang aku untuk menggapai apa yang aku impikan.

Selagi mana impian aku itu ke arah yang lebih baik, tolong sokong aku. Tolong hulurkan cebisan kata kata semangat kepada aku. Jangan pernah kau lunturkan semangat aku. Jangan pernah kau pertikaikan keinginan aku. Tolong.. tolong belajar hormat dan fahami kehendak aku. Tak banyak yang aku pinta, hanya itu sahaja. - Aku Tenang Di Hutan. 

Semangat Yang Hilang

Dalam minggu ni banyak sangat perkara yang terjadi dalam hidup aku. Ada kisah suka dan ada kisah duka. Kisah suka biarlah jadi kenangan terindah aku. Tapi kisah duka yang membuatkan aku masih tak dapat nak move on. Hurmmmm... hilang hilang terus mood. Terbang terus semangat aku.

Kawan kawan cakap, aku sekarang ni tengah tertekan, kemurungan, sedih, bermasalah. Eh, betul ke? Macam melampau plak diaorang punya tanggapan tu. Tapi rasanya ada betulnya kata kata mereka tu. Entahlah...

Mana pergi semangat aku??
Minggu ni dah beberapa hari aku buat perangai tak semengah. Datang kerja separuh hari lepastu cauuuuu. Halfday. Masuk kerja lambat lepas tu loading time nak buat kerja. Ada juga yang aku mc dan ada juga yang aku tak datang terus tapi aku ada infom pada leader tau.

Entahlah! Bila difikirkna balik, sampai bila aku nak down macam ni. Sampai bila aku nak terkontang kanting macam ni. Sampai bila aku nak bersedih macam ni. Sampai bila semua ni nak berterusan...

Aku tak ada jawapan untuk itu. Aku cuba. Aku usaha tapi aku tak mampu. Kekuatan aku hampir luntur. Semangat aku dah terlalu banyak hilang. Aku tak berdaya. Hah gitu!

Aku plan, biarlah semuanya berakhir dalam minggu ni. Bermula minggu depan aku nak mulakan dengan nafas baru. Nak kembali jadi yang dulu. Mampu ke? Entah! Tapi aku usaha. Aku taknak cuba sebaliknya aku nak lakukan. Ya, izinkan aku hidup dalam dunia kesedihan ni untuk minggu ni. Minggu depan, insyaAllah aku akan kembali dengan semangat dan azam taked yang baru. Yang sentiasa gah dan positif. InsyaAllah.

Tapi boleh ke aku lakukan semua tu?
Aku tak pasti. Yang penting aku akan usaha dan terus usaha untuk tidak melayan lagi segala aura negatif ni. Aku nak kembali positive macam sebelum ni. Nak kembali ceria macam sebelum ni. Nak kembali kuat macam sebelum ni. Nak positive!! Positive!! Positive!!

Doakan semoga segala masalah aku dapat settle secepat mungkin. Doakan semoga aku kembali dengan azam dan semangat yang baru. Doakan semoga aku kembali positive dengan tekad yang takkan lunturkan semangat juang aku. Doakan ye. Terima kasih

Motor Honda EX5 Dan Motor LC

Motor honda. Macam pelik je bila disebut macam tu. Motor ex. Hahaaa tu baru sebutan yang betul. Tapi kenapa dipanggil ex? Entah. Aku pun tak tahu. Mungkin next time aku rungkaikan persoalan tu.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya dah lama aku tak bawak motor ex5. Hampir setahun lebih rasanya. Ya, setahun lebih. Selama ni setiap hari aku dengan motor lc. Pegi mana mana dgn motor lc. Takde nye berpaling tadah dgn motor lain. Hah, setia sangat kan!

Tiba tiba, untuk dua tiga hari ni aku bawak motor ex5. Alamakkk, aku dah tak setia. Dimana perginya motor lc?. Kisahnya macam ni, ingat lagi kes aku tukar break dics aritu? Okay korang bole baca disini.

Disebabkan layanan dan perkhidmatan yang bengkel motor tu berikan memuaskan hati aku, maka aku ambil keputusan untuk tukar block motor disitu. Bukan saja block, tapi keseluruhan yang sorak. Nak disebut satu persatu, banyak sangat. Dari depan sampai belakang. Dari atas sampai bawah. Dari luar hingga ke dalam. Memang keseluruhannya aku repair. Aku percaya pada diaorang. Setakat ni yang aku nampak, hasil kerja diaorang sangat teliti. Ramai cstmr yang puas hati termasuk aku.

InsyaAllah dalam beberapa hari lagi motor aku siap. Jadi, sementara waktu ni aku pakai dulu motor diaorang. Heheee dah jadi geng wehhh. Sejak kes break dics tu, kiteorang dah jd member. Aku oun tak pasti macam mana boleh masuk kepala dengan diaorang. Mungkin sebab motor. Mungkin sebab diaorang bnyk bg nasihat dan pandangan berkenaan motor. Mungkin sebab diaorang tak serik menjawab segala pertanyaan aku yang berkaitan dengan motor. Apapun, diaorang memang sempoi. Maju je buat kerja. Hasil kerja pun kemas. Terbaikk lah.

Okay, untuk korang yang tinggal di sekitar Senawang, Seremban, Negeri Sembilan yang masih tercari cari bengkel motor yang boleh dipercayai, aku cadangkan korang ke M & S Gboss Motorspot Ent yang terletak di Senawang. Berdekatan kilang Onn, Senawang. Lokasi yang strategik. Dibuka setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.



Tukar Piring Disk Dan Break Disk Motor LC

Assalamualaikum..

Halah.. halahh.. halahhh.. permulaan tahun baru, takkan  jentera kesayangan dah masuk workshop kot?

Ini kisah seminggu sebelum dan minggu pertama tahun baru.

Kisahnya macam ni, dua tiga minggu lepas aku tukar rantai motor satu set. Boleh plak pomen tu terusik papan plat aku. No plat aku sememangnya dah patah, aku letak gam uhu sebab nak jimat kot. Mls nak buat plat baru. Disebabkan pomen tu terusik, terus barai. Perhhh menyirap plak aku. Kebetulan waktu tu dah lewat petang. Bengkel tu plak takde perkhidmatan buat no plat. So mana aku nak cari no plat baru?

 Keesokannya,habis kerja aku pergi mencari kedai motor yang boleh buat no plat mengikut citarasa aku. Yes, aku memang cerewat bab bab no plat motor ni. Hahaaa lantak laaa orang nak cakap apa, janji aku puas hati bila no plat seperti yang aku idamkan tu aku dapat!

Normallah bengkel motor tutup dalam pukul 5ptg.. 6ptg.. macam tu. Aku ni plak, habis kerja pukul 6ptg. So agak payah nak mencari bengkel motor yang buka waktu waktu macam tu. Serius cakap, dua tiga minggu jugak aku habiskan masa untuk cari bengkel motor. Ya laaa dah lepas waktu kerja, berapa banyak je bengkel yang buka. Kebanyakannya dah tutup. Kalau ada yang masih buka pun, design yg diaorang tawarkan tak memuaskan hati aku. Yeyehh aku cerewat teruk!

Hari sabtu, minggu terakhir bulan Disember tahun lepas.. Habis ke waktu kerja aku merayap sekitar Klinik Kesihatan Senawang. Baru teringat dekat situ ada satu bengkel. Bengkel tu aku pernah pergi untuk repair bakul motor. Alamakkk tutup. Hancur harapan aku. Ingatkan bengkel tu buka.

Okay, aku pusing sekitar situ. Nampak satu bengkel, lupa nama apa. Aku pun singgah dan tanya. Sedih, katanya kehabisan stock papan untuk buat plat. Pomen kedai tu cadangkan aku ke sebuah bengkel motor, disekitar situ juga. Kebetulan waktu tu hujan renyai renyai. Aku tak peduli, redah je janji dapat apa yang aku nak. Aku pun pergi ke bengkel yang diberitahu tu, khabar sedih jugak sampai ke cuping telinga aku. Maaf dik, kami tak buat no plat. Cuba awak ke kedai yang bawah tu...

Aku pun pergilah. Nasib baik bengkel tu dekat je. Hahaaa serius, aku macam hati kering terus waktu tu. Dah laaa redah hujan, sorang sorang plak tu. Kebetulan waktu sampai ke kedai tu ada tiga empat orang dalam kedai. Ada yang tengah repair motor, ada yang tengah setting motor. Ada yang tengah berborak, ada yang tengah main fon. Aku pun tak pasti sape owner, sape custmer. Hahaaa compius!

Sampai je kat bengkel tu, semua pandang aku. Pelik barangkali tengok pompuan berhenti kat kedai motor. Tapi takpe, kesah plak aku. Pastu adalah sorang pomen tu tanya apa yang rosak. Aku pun jawablah, kat sini ada buat no plat tak. Katanya ada, design yang macam kat tepi tu. Aku pun laju je tanya, ada tak jenis yg besi. Pomen tu macam tersentak sikit. Kihkihhh.. katanya jenis besi payah nak cari, kalau ada pun mahal lah. Aku macam.. mahal takpe janji lepas ni tak patah patah dah. Pastu katanya, kalau betul betul nak, dia boleh minta tolong member dia buatkan tapi ambil masa sikit. Dala. Dua tiga hari macma tu. Aku pun terus mengangguk. On selalu boh!

Alang alang aku dh kat situ, terus aku minta tolong tukarkan disc brake. Blaa.. blaaa.. bla.. dibukanya satu persatu sambil mulut ramah tanya soalan. Hahaa aku pun jawablah mana yang rasa nak jawab. Oichhh.. Masalah datang lagi.. Piring disc aku dah makan kot. Dah haus sebab lama sangat guna tapi tak pernah tukar. Ya mmg dah lama tak tukar. Okay, tukar sekali piring disc. Sambil tangan buat kerja, sambil mulut berceloteh. Okaylah, pomem tu peramah. Banyak tips & nasihat berkenaan motor yg dia bagi kat aku. Pomen lain pun okay. Lupalah apa yg disembang waktu tu. Blaa.. blaa.. blaaa... settle semuanya.

Harga? Boleh tahan laaa harga tukar disc brake tu. Mur mur. Murah je dan kerja pun laju siap pluss diaorang pun peramah. Siap dipesannya plak, esok datanglah lepak situ. Hahaaa sengal kan. Dah settle semua, maka aku pun baliklah rumah dengan senang hati. Yeyehhh

Okay gais, untuk korang yang tercari cari bengkel motorsikal yang dibuka pada hujung minggu, bolehlah ke M&S Gboss Motorspot Ent. Lokasinya sekitar Kilang Onn Senawang. Servis diaorang mmg puas hati. Terbaik! Pertama kali aku repair motor kat situ rasa berbaloi. 


InsyaAllah lepas ni aku plan nak tukar cover set plak dekat situ. Doakan urusan aku dipermudahkan ye.