Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Lirik Lagu Anak By Achey

 Lirik Lagu Anak


Rasa ini kasih ini

Hanyalah untuk kamu seorang

Kesukaran kepayahan

Ku lakukan untuk mu wahai sayang


Kasih ku lama telah terpendam

Dan tiba masanya

Untuk aku luahkan


Oh anakku

Dari dulu ingin bersamamu

Akhirnya kau muncul dalan hidupku

Menjadi penyeri menjadi penyuntik

Semangat dalam hidupku


Oh anakku

Jagalah dirimu selalu

Hormati kedua ibu bapamu

Dari dulu lagi

Hingga akhir nanti

Sehingga nafas pun terhenti


Dan tiba masanya

Untuk aku luahkan


Oh anakku

Dari dulu ingin bersamamu

Akhirnya kau muncul dalan hidupku

Menjadi penyeri menjadi penyuntik

Semangat dalam hidupku


Oh anakku

Jagalah dirimu selalu

Hormati kedua ibu bapamu

Dari dulu lagi

Hingga akhir nanti

Sehingga nafas pun terhenti




Take note : Sejak ada anak ni semua benda yang dibuat pasti akan dahulukan anak. Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa. Aamin

Izinkan Dirimu Melakukannya

Izinkan dirimu sedih, 

jangan disembunyikan. 

Dan belajarlah utk bergembira..


Izinkan dirimu marah, 

jangan dipendam. 

Dan belajarlah utk mengampuni..


Izinkan dirimu terluka, 

jangan berpura-pura. 

Dan belajarlah utk SEMBUH..🙏🏻




Jom Bangkit! Mulakan kembali

Kita pernah berjalan, berlari dan terjatuh. Pada masa itu, hanya kekuatan yang dapat membawa kita ke arena semula. Kita dah pernah lalui kesusahan, dan kita sedang ulangi proses yang sama.


Jom bangkit, mulakan kembali. Kali ini kita telah ada pengalaman untuk lebih matang, tenang dan bahagia. InsyaAllah ☺️ 




Harga Sebuah Kedewasaan

Menuju kedewasaan memang mencabar. Tanggungjawab, cabaran dalamlm pekerjaan, tekanan hidup pasti akan merubah kita.


Bukan tak bahagia tapi mungkin tak seceria dulu.. rindu saat saat dulu seakan rindu yang tak kesampaian. Semoga kita semua diberi kekuatan olehNya dalam menempuh hidup ini 🤲🏼




Antara Impian Dan Tanggungjawab

“Dia” tak hilang. Masih ada. Cuma tanggungjawab perlu didahulukan. Bila dah sampai waktunya, “dia” akan muncul semula.


Masih dalam fasa mencari diri yang hilang… 


Orang hanya nampak kita baik-baik sahaja tapi hakikatnya tengah berperang dengan segala macam emosi; antara impian dan tanggungjawab. 


Terima kasih untuk diri sendiri yang masih ingin berjuang dan bertahan 🕊️🫶🏻




Terima Kasih Untuk Diri Sendiri

Mungkin nasib kita tak sebaik orang lain - Tapi orang lain belum tentu 'Sekuat’ kita.


Setiap hari jangan lupa ucapkan 'Terima Kasih’ buat diri sendiri. 


Hanya diri kita tidak pernah meninggalkan kita walau sekuat apa pun dugaan tetap teguh bertahan. 


Cuma terkadang kita terlalu memikirkan orang lain hingga mengabaikan 'Diri’ sendiri❤️‍🩹


Love And Self Care🤍





Buat Adik Beradik Kesayanganku

Kita membesar dirumah yang sama,makan bersama, bermain bersama, bergurau senda bersama, pergi mana mana pun bersama.


Dulu mungkin kita rapat serapat rapatnya tapi bila dah dewasa kita saling berjauhan disebabkan kerja masing masing. Kita lahir dari rahim yang sama tapi takdir kita mungkin berbeza. Betapa rindunya kenangan waktu kecil kecil dulu, kan? Tapi semuanya hanyalah tinggal kenangan semata mata.


Tapi doaku untuk adik beradikku sentiasa mengiringi mereka. Dan suatu hari, pasti akan ada yang pergi tinggalkan kita. 


Semoga kita semua disatukan semula bersama mak dan ayah di akhirat kelak. 




Maafkan Ibu Anakku

Assalamualaikum..

Hari ni kerap pulak aku buka blog. Entah, tetiba rasa macam nak taip taip. Padahal agak susah jugak blogging menggunakan telefon. Okay, abaikan..


Dimalam yang hening ni tetiba hati aku rasa sayu. Tengok muka anak solehah yang sedang lena dekat sebelah ni lagilah bertambah sayu. Teringat balik satu persatu perkara yang jadi hari ni. Kerap betul tertinggikan suara pada anak solehah aku. 


Maafkan ibu sayang. Ibu tak dapat nak kawal emosi. Hurmm... rasa bersalah sangat lepas marah marah. Anak solehah ibu tetap datang dekat ibu dengan muka senyum manis. MasyaAllah, runtuh betul hati ibu ni sayang.


Awak kecil lagi, masih tak tahu apa tapi ibu terlebih lebih pula. Maafkan ibu. Tadi sebelum tidur anak solehah ibu menangis sebab nak telefon, tengok kartun. Abah bagi kejap lepas tu tutup. Anak ibu menangis mungkin sebab tak puas lagi tengok kot. Ibu dekat sebelah diamkan saja. Bagi reda tangisan tu dulu baru ibu panggil anak ibu. Anak ibu datang peluk ibu. MasyaAllah, sedih betul ye, berjurai airmata. Ibu macam nak gelak tapi macam sedih pun ada, bercampur pula dengan penat. Jadi cubalah sedaya upaya kawal emosi, taknak termarah anak ibu. 


Ibu pujuk anak solehah dengan susu tapi tak berjaya. Ibu dukung, dodoi. Senyaplah kejap lepas tu sambung nangis. Adehh, sabar ibu macam dah tak berapa nak sabar dan akhirnya tertinggi suara juga. Hurmmm maaf sayang. Khilafnya ibu. Tadi pun lepas termarah cepar cepat ibu peluk. Ibu rasa bersalah sangat. Padahal ibu tahu anak ibu tak bersalah pun. Menangis tu sebab mengantuk nak tidur pun ia jugak tu. Maafkan ibu sayang. Ibu sayang anak ibu dunia akhirat. Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa. Semoga anak ibu dipermudahkan segala urusan. Aamin. 




Kisah Laptop Kesayangan

 "Jika hatimu sakit tapi memilih untuk diam, itulah kesabaran. Dan jika matamu ingin menangis tapi kamu memilih untuk tersenyum, itulah kekuatan"


Diam tak perlu kata apa apa

Diam tak perlu kata apa apa

Diam tak perlu kata apa apa

Nak marah tapi kena sabar

Nak marah tapi kena sabar

Nak marah tapi kena sabar


Hahaaa... terngiang ngiang plak lagu tu dalam di telinga. Tengah layan anak ni teringat plak pada laptop.


Hurmm... sejuta rasa yang dirasa. Laptop yang menyimpan sejuta kenangan. Laptop yang sangat berharga untuk aku, laptop yang sangat bermakna.  Laptop tu ayah yang bagi sewaktu aku nak sambung belajar lepas SPM 17tahun yang lepas. Hurmm sedih weh, sekarang lapotop tu banyak sangat rosaknya. Aku pun dah jarang guna laptop tu sejak setahun kebelakangan ni.


Mungkin bagi orang lain ianya hanya sebuah laptop tapi bagi aku ada nilai sentimentalnya. Aku ingat lagi, ayah jual lembu demi nak belikan aku laptop tu. Waktu tu kewangan kami tak mengizinkan. Tapi ayah nak anak anak dia sambung belajar. Katanya, tak ada duit ayah boleh cari tapi jangan ponteng sekolah, belajar molek molek. Sebak bila dikenang kembali.


Berkenaan laptop tu, hari tu aku ada buka sebab nak update resume. Aku dapat tawaran temuduga melalui SPA. Jadi, banyak benda yang nak dibuat. Nak kena update itu ini, nak kena print itu ini, tapi laptopnya tak boleh nak hidup pulak. Aku pergi hantar format. Berhabislah jugak duit. Tapi tulah, aku guna tak sampai seminggu tetiba tak boleh nak hidup plak. Ishhh... stresslah jugak waktu tu. Banyak benda nak buat menggunakan laptop tu. Tapi nak hantar repair lagi aku macam takpe lah... hold lah dulu.. so terpaksalah aku settlekan segala kerja menggunakan telefon. Agak leceh tapi takpe lah. Nak buat macam mana, dugaan. Nak berjaya bukan senang, kan. Settle segala dokument dan aku pun dah settle temuduga pada 5 september hari tu.. Keputusan temuduga katanya selepas 2 bulan. Tunggu jelah... semoga ada rezeki aku untuk jawatan tu. 


Hari ni aku teringat pulak kat laptop tu so aku pun pegilah hantar repair. Hurm.. tak tahulah apa lagi masalahnya. Semoga tak teruklah sakit laptop tu. Bajet aku tak berapa besar ni. Hahaaa... maklumlah dah tak kerja sekarang so kenalah berjimat cermat. Semoga laptop kesayanganku kembali sihat seperti biasa. Aku sangat perlukan laptop tu. Aku masih perlukan laptop tu dan aku sentiasa perlukan laptop tu. Setiap kali tengok laptop tu pasti aku teringat kat arwah ayah. Alfatihah ayah. Semoga ayah tenang disana. Rindu dihati ni tak pernah hilang dan takkan mungkin hilang. 



Suara Duka - Ical Mosh

 



(verse) 

Berapa ramai lagi korban,

Buka mata penglihatan, 

Bayi kecil menangis, 

Beribu peluru tak larat kalis,


Timbul mentari pun masih suram,

Mereka masih diam, 

Rasa terasing di bumi sendiri, 

Dihujung nyawa mana mahu lari, 


Siapa mahu mati, 

Dalam perang siapa layak menang, 

Majoriti siapa berani tentang, 

Ramai tukang palu siapa berani gendang, 


Kaum kerabat semua tinggal tulang, 

Yang pergi belum tentu pulang, 

Kesatlah air dimatamu, 

Moga keadilan yang kau akan temu, 


Di bumi ini ramai orang zalim, 

Siapa pun boleh jadi hakim, 

Belum keluar dari dalam rahim, 

Tapi ramai yang dah jadi anak yatim, 


Celakalah kaum yang buat kerosakan, 

Ditanah suci yang Engkau janjikan, 

Oh Tuhan mereka keterlaluan, 

Kepada kau kami mohon bantuan, 


(chorus) 

La la la la la, 

La la la la la, 

La la la la la, 

La la la la la, 


Mohon pada pengasih, 

Ampun pada pengasih, 

Dari sungai ke segara, 

Mereka pasti merdeka, 

Mohon pada pengasih, 

Ampun pada pengasih, 

Dari sungai ke segara, 

Mereka pasti merdeka!


(verse) 

Ini lagu bahasa duka, 

Saat jalani hidup sukar, 

Terperangkap dalam sistem, 

Terkurung dengan aturan berkurun dalam minda, 


Adakah malaikat kan toleh, 

Saat tiada lagi yang boleh, 

Berani tegak berdiri, 

Lantang bersuara walau ramai pekak tuli, 


Anak anak kecil mati dalam kebuluran, 

Ibu meraung ketika disemadikan, 

Wanita tempat mereka lepaskan nafsu, 

Askar Net*nyahu, mereka wajib dipenjarakan, 


Apa kesudahannya konflik, 

Bangsa bersatu hujah alasan tak logik, 

Dikawal media putar belit, 

Sanggup hilang maruah dari hilang duit, 


Ambil sikit masa pandang ke Rafah, 

Saudara kita sedang dilapah, 

Beribu siang berganti malam, 

Menanti muncul panji panji hitam, 


Celakalah kaum yang buat kerosakan, 

Ditanah suci yang Engkau janjikan, 

Oh Tuhan mereka keterlaluan, 

Kepada kau kami mohon bantuan, 


(chorus) 

La la la la la, 

La la la la la, 

La la la la la, 

La la la la la, 


Mohon pada pengasih, 

Ampun pada pengasih, 

Dari sungai ke segara, 

Mereka pasti merdeka,

Mohon pada pengasih, 

Ampun pada pengasih, 

Dari sungai ke segara, 

Mereka pasti merdeka!


(outro) 

Mereka pasti merdeka,

Mereka pasti merdeka,

Mereka pasti merdeka,

Mereka pasti merdeka, 


Mereka pasti merdeka,

Mereka pasti merdeka,

Mereka pasti merdeka,

Palestin pasti merdeka!



Bunga Tanpa Akar

Rindu..
Tapi taknak pun kembali
Cuma nak diluah rasa rindu itu
Nak diingat kembali kisah lalu
Tanpa yang lalu takkan ada yang kini
Ada hubung dan ada kaitannya

Kadang hati tertanya
Kenapa aku?
Kenapa mesti aku?
Kenapa harus aku?

Tapi takpe.. 
Akalan cepat bertindak
Hati berkata lagi
Apa yang jadi pasti ada hikmahnya
Belajarlah berdamai dengan takdir

Sakit, perit, pedih
Pasti akan berlalu
Dan bahagia pasti akan muncul
Persoalannya bila, dimana, bagaimana
Terserahlah, berserah sajalah

Tenangkan hati
Damaikan jiwa
Semoga kembali rasa itu
Rasa gembira seperti dulu kala
Rasa gembira yang tak terbatas



Genap Setahun Ayah Pergi

rindu semakin berakar umbi

yang kurasakan saat kau pergi...


Ayah, 

Rindu ni tak pernah padam,

Semakin hari semakin bertambah rasa rindu ni

Rindu yang tak mampu diungkap dengan kata kata

Rindu yang ada kalanya dirasa terlalu menyakitkan

Rindu yang tak bertepian

Rindu nak salam cium tangan

Rindu nak dengar suara marah dan gelak tawa gurau senda

Rindu nak tengok ayah duduk dekat dapur sambil main fon

Rindu nak video call malam malam

Rindu nak angkat call dari ayah

Rindu nak dengar kata nasihat

Rindu.. rindu.. rindu..

Setiap kali bercerita tentang ayah mesti orang nangis

Rapuhnya diri ni sejak ayah dah takde

Hurmm... banyak nak dicerita kata ayah

Banyak benda orang nak kongsi dengan ayah

Banyak sangat tapi tulah..

Sekarang dah tak boleh nak kongsi kongsi dengan ayah

Harini genap setahun ayah pergi

Genaplah setahun orang tak jumpa ayah, tak dengar suara ayah

Genaplah setahun orang merindui ayah..

Terima kasih ayah

Terima kasih untuk semuanya

Orang saksi susah payah ayah untuk besarkan kami 6 beradik

Semoga segala peluh keringat ayah dibalas dengan segala yang terbaik untuk ayah disana

Alfatihah ayah

Mohd Rusli Bin Mohd Zain

07011958 - 27082023