"Jika hatimu sakit tapi memilih untuk diam, itulah kesabaran. Dan jika matamu ingin menangis tapi kamu memilih untuk tersenyum, itulah kekuatan"
Diam tak perlu kata apa apa
Diam tak perlu kata apa apa
Diam tak perlu kata apa apa
Nak marah tapi kena sabar
Nak marah tapi kena sabar
Nak marah tapi kena sabar
Hahaaa... terngiang ngiang plak lagu tu dalam di telinga. Tengah layan anak ni teringat plak pada laptop.
Hurmm... sejuta rasa yang dirasa. Laptop yang menyimpan sejuta kenangan. Laptop yang sangat berharga untuk aku, laptop yang sangat bermakna. Laptop tu ayah yang bagi sewaktu aku nak sambung belajar lepas SPM 17tahun yang lepas. Hurmm sedih weh, sekarang lapotop tu banyak sangat rosaknya. Aku pun dah jarang guna laptop tu sejak setahun kebelakangan ni.
Mungkin bagi orang lain ianya hanya sebuah laptop tapi bagi aku ada nilai sentimentalnya. Aku ingat lagi, ayah jual lembu demi nak belikan aku laptop tu. Waktu tu kewangan kami tak mengizinkan. Tapi ayah nak anak anak dia sambung belajar. Katanya, tak ada duit ayah boleh cari tapi jangan ponteng sekolah, belajar molek molek. Sebak bila dikenang kembali.
Berkenaan laptop tu, hari tu aku ada buka sebab nak update resume. Aku dapat tawaran temuduga melalui SPA. Jadi, banyak benda yang nak dibuat. Nak kena update itu ini, nak kena print itu ini, tapi laptopnya tak boleh nak hidup pulak. Aku pergi hantar format. Berhabislah jugak duit. Tapi tulah, aku guna tak sampai seminggu tetiba tak boleh nak hidup plak. Ishhh... stresslah jugak waktu tu. Banyak benda nak buat menggunakan laptop tu. Tapi nak hantar repair lagi aku macam takpe lah... hold lah dulu.. so terpaksalah aku settlekan segala kerja menggunakan telefon. Agak leceh tapi takpe lah. Nak buat macam mana, dugaan. Nak berjaya bukan senang, kan. Settle segala dokument dan aku pun dah settle temuduga pada 5 september hari tu.. Keputusan temuduga katanya selepas 2 bulan. Tunggu jelah... semoga ada rezeki aku untuk jawatan tu.
Hari ni aku teringat pulak kat laptop tu so aku pun pegilah hantar repair. Hurm.. tak tahulah apa lagi masalahnya. Semoga tak teruklah sakit laptop tu. Bajet aku tak berapa besar ni. Hahaaa... maklumlah dah tak kerja sekarang so kenalah berjimat cermat. Semoga laptop kesayanganku kembali sihat seperti biasa. Aku sangat perlukan laptop tu. Aku masih perlukan laptop tu dan aku sentiasa perlukan laptop tu. Setiap kali tengok laptop tu pasti aku teringat kat arwah ayah. Alfatihah ayah. Semoga ayah tenang disana. Rindu dihati ni tak pernah hilang dan takkan mungkin hilang.
Tiada ulasan