Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- Selamat Hari Merdeka -

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya,
kita masih lagi beryawa dan menghirup udara di atas muka bumi ini.
Merdeka, kurang 45minit lagi, kita akan sama sama menyambut
'Hari Merdeka yang ke 57 Tahun'
tahniah Malaysia ! tahniah..
57 Tahun sudah, Malaysia mampu berdiri diatas kaki sendiri,
tanpa bantuan penjajah , tanpa keganasan dan tanpa bencana alam yang tak terhingga.
'31 Ogos', detik yang akan dikenang sepanjang hayat..
'31 Ogos', detik untuk kita memperingati wira-wira yang telah banyak berjasa..
'31 Ogos' hari untuk kita kenang segala susah payah dan perit jerih pejuang insan yang terdahulu
demi keamanan kita dimasa kini..
sesungguhnya tanpa mereka siapalah kita pada hari ini..
semangat mereka akan tetap dikenang meskipun mereka telah terkorban,
sesugguhnya pengorbanan mereka terlalu besar ertinya untuk kita..
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
laungan keramat yang dilaungkan bersama linangan airmata..
laungan keramat yang diungkapkan bersama rasa kegembiraan yang tak terkata..
laungan keramat yag dilafazkan bersama rasa syukur yang tak terhingga !
doaku semoga Malaysia terus aman, makmur dan damai..
'SELAMAT HARI MERDEKA'

-pengalaman aku dibulan Ramadhan-

Assalamualaikum..
Rasanya masih belum terlewat kowt untuk aku ucap
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN"
kat semua blogger. Huhuhuuuuu pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalukan.
Sekarang dah pun masuk pertengahan bulan 8 , btw rasanya hampir dua bulan
dah aku tak update blog nie. Banyak sangat kowt peristiwa yang berlaku.. 
Meh sini, baca apa yang jari jemari aku menaip..
nak dijadikan cerita, tanggal 11/07/14 hari tue
adik aku excident..ye excident..
excident yang takkan mungkin aku lupakan..
setelah hampir 5jam bertarung dibahagian kecemasan
akhirnya adik aku ditempatkan di ICU..
bayangkan 10ari ditempatkan kat ICU,
aku laa peneman setia disisi dya..
huhuuu daripada rasa takut, aku sendiri tak tahu mana
datangnya keberanian utk menghadapi semua dugaan ini..
10ari adik di ICU, hospital bagaikan rumah aku..
di hospital laa aku bersahur, di hospitallah aku berpuka puasa,
di hospitallah aku tidur dan di hospital juga laa aku mandi..
10ari adik di ICU, mcm2 benda yang bermain difikiran aku..
6hari adik koma, setiap kali waktu melawat,
hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan aku..
ingin aku menangis menatap sekujur tubuh yang tak berdaya
tapi aku tak mampu..
setiap kali waktu melawat, aku laa yang setia menemani dia..
alunan Surah Yassin sentiasa dipasang sambil aku bercakap dgn dia..
aku tak pasti dia dengr ataupun tidak apa yang aku katakan,
tapi yang pasti aku percaya dia seorang yang cekal,
yang aku tahu dia mesti bertahan, dia mesti tabah dan kuat..
10ari adik di ICU, mcm2 pengalaman yang aku dapat..
sepanjang aku menunggu, aku temui teman yang senasib dgn aku..
secara tak langsung kami rapat, kami menjadi kwn..
setiap hari, kami berkongsi rasa yang sama..
sedih, takut, pilu.. semua bergabung..
setiap hari, aku melihat pesakit keluar masukk..
aku melihat penjaga pesakit yang menangis..
ada yang kehilangan anak, ada yg kehilangan ibu, dan ada yg kehilangan ayah..
10ari adik di ICU, mmg takkan aku lupakan..
disitu aku knl siapa kawan, siapa lawan..
tanggal 20/07/14, Alhamdulillah kesihatan adik bertambah pulih..
doktor menempatkan adik diwad biasa 2EF..
hati aku lega, hati aku tenang even hanya sedikit..
biarpun sikap adik berubah bagaikan budak kecik
tapi aku tak kesah, kerna dia adik aku,
aku ikhlas menjaganya.. aku sanggup menjaga dia..
ayah, aku tahu ayah tidak sekuat mana, tapi ayah tabah demi kami adik beradik..
aku lihat ayah dah mampu menarik nafas lega..
huhuu bayangkan 10ari adik di ICU, ayah hanya melawat adik dari luar..
ayah tak mampu utk menatap sekujur tubuh yang tak bermaya itu..
pada aku laa tempat ayah bertanya..
'Amar apa khabar? , arini doc cakap Apa? , Amar sedar tak lagi ? , luka2 kat tubuh Amar acmne dah ? ,
Amar , Amar , Amar ... ye, ayah menyayangi anak anaknya..
sepanjang adik sakit , aku melihat wajah keruh kedua org tuaku...
insyaAllah apa yg jadi ada hikmahnya...
aku langsung tak merasa ralat menolak tawaran kerja demi menjaga adik yg sakit..
bagi aku, kerja tue insyaAllah nanti ada lagi rezki aku..
yang penting skrg aku nak tengok adik aku sembuh..
aku nak tengok adik aku sihat..
aku nak tengok adik aku puluh seperti sediakala...
apapun jadi aku pasti ada hikm-ah dariNya..
semoga adik kembali sihat dan kami sekeluarga bahagia selamanya... Aamin..

Ya Allah Ya Tuhanku,
sesungguhnya hanya padaMu tempat kami mengadu
hanya padaMu tempat untuk kami meminta
maka Engkau sembuhkanlah Muhammad Muammar Gadaffi
Engkau berikanlah kekuatan untuk dia menghadapi ujuan dariMu
Engkau berikanlah kesihatan yang baik untuk dia
semoga dia cepat sembuh seperti sediakala
Aamin.