Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Salam Ramadhan 2022

 Sudah terlalu lama aku tak berblogging. Kalau dulu blogging merupakan salah satu cara untuk aku hilangkan rasa bosan, tekanan, dan salah satu punca aku selalu berjaga sampai lewat malam. Entah, aku pun tak pasti sebenarnya apa yang aku buat mengada blog ni. Hehehee..

Pertama sekali aku nak ucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua sahabat blogger. Alhamdulillah, aku masih disini walaupun tenggelam timbul. Banyak sebenarnya kisah yang aku nak kongsi, tapi tidak tahu nak bermula dari mana. Berkenaan status aku, lesen kereta, tempat kerja dan kehidupan aku yang sudah berubah hampir 360 darjah. Gempakkk, kan? 

Ramadhan susah hampir tiba ke penghujungnya, bagaimana dengan ramadhan untuk tahun ni? Meriah ke tidak? Raya pula bagaimana, tahun ni balik kampung mana dan dimana? Apa ke husband wife yang bergaduh berkenaan giliran balik kampung? Heheee... terujaan setelah dua tahun berkurung, akhirnya dapat juga beraya. Alhamdulillah. 



Belajar Perbaiki Diri Sendiri

Kalau kita rasa semua benda serba tak kena, mungkin yang perlu diperbetulkan adalah diri kita sendiri. Tenteramkan hati supaya tidak bitter dan negative sepanjang masa


Kau salah.. Kau salahh.. Kau salahhh.. semua salah kau.. apa aku buat semua tak kena. Apa kau buat semua betul.. apa kes ni??

Well, kalau kau rasa orang lain salah dan kau sentiasa betul.. sila check balik hati kau. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena disitu. Jangan terlalu menyalahkan orang lain dan keadaan disekeliling kau. Belajar salahkan diri sendiri dengan setiap apa yang kau lakukan. Mungkin ada sesuatu yang kau terlepas pandang, siapa tahu, kan? Muhasabahlah diri tu.. nilai balik setiap kebaikan dan kejahatan yang kau sendiri lakukan.. jangan terlalu cepat merunding jari gaisss.. tak ada faedah dan tak ada kebaikan pun..