Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Redha Itu Indah




Kadang, apa yang kita perlukan hanyalah sebuah penerimaan. Redha, itu jalan yang mendatangkan ketenangan. Saat kecewa atau terluka – cubalah pujuk diri untuk terima semuanya dengan hati yang terbuka. 


Firman Allah: 


"Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka serta berkata, "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah. (Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." 


[Surah at-Taubah ayat 59]

Move On | Kisah Silam Lipatan Sejarah

Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Kisah lalu. Kisah silam. Lipatan sejarah.
Kisah lama tidak perlu diungkit. Teruskan perjalanan bersama kisah baru dan teruskan mencipta kenangan baru.

Kenangan lama bagaimana?
Perkara yang lepas hanya kenangan!! Kenangan yang takkan mungkin dapat dikembalikan. Andai berputar kembali takkan mungkin sama seperti yang sebelumnya.

Itulah salah satu ayat yang menjadi pegangan aku.

Sakit. Pedih. Derita. Itulah hakikat sebuah kehidupan. Tapi jangan sesekali menafikan hak diri sendiri untuk bahagia. Jangan menidakkan kebahagiaan yang mendatang dalam hidup kita. Buka hati, buka mata untuk selami keindahan dalam kehidupn ini. 

Senyum. Gembira. Bahagia.
Jangan terlalu leka dengan kehidupan. Ada kalanya kemarau akan melanda. Ajari diri jangan terlalu cepat melatah. Selami diri sendiri. Disebalik kebahagiaan pasti akan terselit tangisan. Itulah yang dinamakan renca kehidupan. 

Dalam kesedihan terselit kegembiraan. Dalam penderitaaan pasti ada kebahagiaan. Dalam derita pasti ada senyuman. Ingatlah wahai diri sendiri. Sesakit mana pun kau jatuh, tetaplah bangun kembali. Seteruk mana pun kau rebah, tetaplah berdiri megah. Jangan pernah kau mengalah. Hidup kau untuk kau dan keluarga. Jangan biarkan orang lain tertawakan dirimu. Jangan biarkan orang lain terus memijak kebaikanmu..

Ingatlah wahai diriku..
Jangan sesekali menyusahkan orang lain
Jangan sesekali sakiti hati orang lain
Jangan sesekali berbuat jahat terhadap orang lain
Jangan biarkan aura negative menakluki dirimu
Biarlah positive mewarnai kehidupanmu.
Sejahat mana pun orang pastikan kau berbuat kebaikan

Sabarlah diatas setiap kejahatan yang mendatang
Tabahlah diatas setiap keresahan yang dirasai
Kerna kemanisan pasti ada
Yakin. Percaya dengan kehidupan ini
Teruskan perjalanan susuri denai kehidupan
Semoga segala kepahitan yang aku rasai cepatlah berlalu pergi dan diganti dengan kemanisan yang tidak aku duga. Aamin.






Lirik Lagu | Jalan Panjang by Saykoji

 Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Apapun mereka bilang

Tekadku takkan hilang

Jalanku masih panjang

Garis akhir yang kupandang


Yeah, dari awal pandang akhir ku rombak takdir

Kecilnya kemungkinan ku buat kocar kacir

Sejarah mulai saat ku langkahkan kaki ini

Cibiran tantangan ku undang mari sini


Terseok mata kaki, tegar dimata hati

Lupakan kebiasaan buruk meratapi

Kantong kosong, ringankan gerak

Waktu 'kan mengisi pundi dengan emas perak


Rangkai kata bait perbait jadi genap

Angkat suara buyar tadinya senyap

Sempit gelap jadi luas…




Covid19 | Taburan Kes Mengikut Daerah Di Malaysia 12 November 2020

 




Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 12 November 2020.


#COVID19

#KitaTeguhKitaMenang

#sihatmilikku

#walkthetalk


)

Indahnya Sebuah Kehidupan

Apa yang terjadi kadangkala akan membuatkan kita letih. Kejadian itu tidak seperti yang kita harapkan. 


Kecewa?

Sejujurnya, kekecewaan itu tidak mampu untuk kita menyembunyikannya. Terpacar jelas pada raut wajah. Tapi siapa kita untuk menidakkan semua yang terjadi.


Bangkit!

Serapuh mana pun jiwa dan semangat kau saat itu, bangkitlah! Jangan menyerah dengan kehidupan yang parah. Bangun dan teruskan berjuang. Berjuang pada landasan yang betul. Perbaiki diri kau. Jangan sesekali sakiti orang lain. Gapai kejayaan dengan usaha kau sendiri


Hidup ini sebenarnya indah andai kita reti menghargai dan bersyukur. Berdiri pada landasan yang betul. Sepahit mana pun kehidupan, bangkitlah dan mulakannya sekali lagi.


Setiap orang berhak dan layak untuk berbahagia. Kadangkala kebahagian yang kuta cari bukan milik kita dan kebahagiaan yang diberikan itu sebenarnya milik kita. Jadi, belajarlah terima hakikat. Belajar terima perubahan dalam kehidupan kita. Redha. Pasrah.



Kau Sahabat Yang Aku Sayang

 


Janganlah buat bukan-bukan. Aku tahu kau sedih, kecewa, marah. Tapi kalau kau tak sayang diri kau. Siapa lagi nak sayang diri kau. Janganlah camtu. Aku tak nak kau hilang dalam diri kau. Aku sayangkan kau. Sabar okay? Sabar.. Tenang.. Jaga diri tau.. 


Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau tabah orangnya. Aku tahu kau takkan cepat menyerah dan beralah. Bertabahlah sahabat. Jangan pernah kau sia siakan hidup sendiri demi dia yang langsung tak reti nak menghargai kau. 


Aku sentiasa ada untuk kau. Tatkala perluka bahu untuk bersandar, carilah aku. Andai kau perlukan tangan untuk hapuskan airmata kau, carilah aku. Andai kau perlukan telinga untuk dengar luahan hati kau, aku sedia mendengarnya. 


Bangkitlah sahabat. Kuatkan hati kau. Cekalkan semangat kau. Aku akan sentiasa ada untuk bantu kau keluar dari detik kesakitan ini.


Buat sahabatku,

Semoga kau kuat dan tabah dalam melalui semua ini.


Senyum Tidak Bererti Gembira



Hati-hati dengan kata, mungkin kau anggap itu satu gurauan. Tapi dalam hati dia banyak terguris dengan kata kau sendiri. Sebab itu dia jadi pendiam. Kau cuba memahami dia, dalam masa yang sama kau juga menilai dirinya. Selama ni kau tanya dia ok, tapi sebenarnya dia tak.
 

Jaga Keaiban Diri Sendiri

 Apapun terjadi, jangan bagitau aib sendiri pada pasangan. Sebab nanti pasangan akan 'overthink'. Tak semua perkara kau perlu jujur. Aib itu hanya kau simpan seorang saja. Serahkan saja pada Tuhan. Jangan sibuk-sibuk nak tahu atau ceritakan aib seseorang. Bukan senang nak lupakan.




Keindahan Sebuah Kehidupan

 Aku faham kau letih dengan apa yang jadi sekarang, ada masa apa yang jadi bukan macam apa kau harapkan. Tapi janganlah mengalah dengan hidup sebab orang yang kau kejar tu tak hargai apa kau buat, janganlah mengalah kalau kawan-kawan tak peduli apa kau rasa dan jangan mengalah kalau apa kau usaha masih tak berjaya.


Rugi, banyak benda hidup boleh bagi tapi kau pilih kejar dia lagi. Rugi, banyak benda lagi boleh buat kau happy tapi kau pilih dengar kata-kata orang dengki. Rugi, kalau kau gadaikan hidup sebab kau rasa orang tak peduli. Ada masa kita kena berdikari,  berdiri di kaki sendiri dan jatuh berkali-kali. Hidup bukan cuma bahagia dan tak manis sentiasa. Kadang kena ada pahitnya baru kita sedar yang kita cuma hamba.


Hidup ini terlalu indah andai kita tahu menghargai sebuah kehidupan 🤗




PKPB Kembali Lagi

 Covid-19

Sebelum ini aku tidak pernah mencoretkan perihal Covid-19 dalam lipatan blog aku. Kenapa? Entahlah! Mungkin disebabkan aku ini kurang nak mengambil tahu isu semasa. Aku hanya tahu sepintas lalu. Aku hanya peduli tanpa mengambil cakna. Aku beranggapan ianya tidak akan mengganggu aku. Hurmmm... itulah silapnya aku.


PKPB tatkala aku baru memulakna kerja ditempat baru.

PKPB sebelum ni sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian aku. Segala aktiviti terbantut terus. Disetiap hujung minggu aku hiking terpaksa dihentikan serta merta. Disetiap kali selepas tamat waktu bekerja, aku akan keluar cod Klubna Laleh di sekitar Seremban. Disebabkan PKPB, aku terpaksa hentikan seketika cod tersebut ketika itu. Paling terkesan bila aku diberi cuti disebabkn PKP dan sampai kesudah company aku tak panggil lagi untuk kembali masuk kerja!


Segala rutin harian aku terbantut dan terbatas. Aku mengambil masa yang agak lama untuk terima segala perubahan ini. Terkurung dalam rumah dengan jangka masa yang agak lama sememangnya memberi kesan terhadap diri aku. Hurmmm... aku bangkit hari demi hari. Aku bangun selangkah demi selangkah. Perit yang aku laui tidak terluah. Dipenghujung PKP, aku cuba mencari pekerjaan baru. Banyak tempat yang aku pergi tapi jawapan mengecewakan. Sakit. Pedih. Jerih. Aku tanggung sendiri. Dalam kecewa aku tetap usaha. Setiap pagi aku keluar mencari kerja. Cari dan terus mencari.


Alhamduillah. Usaha aku membuahkan hasil walauoun hampir sebulan lamanya aku menunggu khabar dari company tersebut. Huhuuu... sebenarnya pihak HR dah bagithu aku diterima untuk position tu tapi disebabkn musim covid, so aku perlu buat Swap Test sebelum masuk kerja. Nak tunggu surat untuk pergi buat Swap test itu ambil masa yang agak lama. Blaaaa.. blaaa... blaaaa... selepas dah settle segala apa yang company minta, aku pun datang lapor diri da mulakan tugas ditempat baru.


Alhmdulillah. Syukur. Aku bahagia. Aku gembira bekerja ditempat baru. Suasana kerja yang sememangnya baru. Cara kerja takde lh berbeza sangat cuma kerja ditempat baru sedikit santai. Huhuuu... Kalau machine takde problem, bolehlah santai. Tapi kalau dalam satu satu masa tetiba machine semua breakdown, memang huru hara. Nak rehat sekejap pun tk sempat tu. Alaaaaa chilll sudah. Relak... apa apa kerja sekalipun pasti cabaran. Terpulang pada kita bagaimana nak hadapi cabaran tersebut. Chill!


PKPB kembali lagi.

Aku sudah bahagia dengan rutin harian aku. Pergi kerja, balik kerja. Kerja pagi balik petang. Kerja malm balik pagi. Tiba tiba dapat perkhabaran PKPB kembali lagi. Oichhhh kemurungan kejap sis terima perkhabaran tu. Permulaannya, aku beranggapan PKPB tersebut tidak akan mengganggu rutin harian aku. Tapi ternyata meleset! Hari kedua PKPB, dah heboh department aku mungkin akan berhenti operasi sementara waktu. Konsep bekerja dari rumah digunapakai. Hurmmm cuti tanpa rekod. Cuti bergaji, katanya. Ternyata apa yng dihebohkn itu benar belaka. Department aku sudah mula bercuti. Aku harap covid ni akan menghilang dan keadaan akan pulih seperti sediakala. Baru sehari diberi cuti aku dah mati akal duduk dirumah. Huhuuu apa lagi mau ku buat. Segenap pelusuk rumah sudah aku kemas ni!







Perangkap Dalam Pemikiran Sendiri

 Kadang kau rasa kau terpaling sunyi tapi kau salah sebenarnya masih ada orang yang kisah soal kau. Mungkin yang salahnya bila kau sentiasa hidup dalam otak sendiri. 


Fikiran kita sendiri yang kadang membuatkan kita rasa orang benci atau tak peduli soal kita.


Pemikiran kita sendiri kadang yang bunuh kita.