Petang tadi team maintenance kemas kemas dan test run machine yang agak lama tak digunakan. Hurmm... sekali trip dan bau hangit menusuk hidup. Lah, burn sudah. Adehhh..
Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
Petang tadi team maintenance kemas kemas dan test run machine yang agak lama tak digunakan. Hurmm... sekali trip dan bau hangit menusuk hidup. Lah, burn sudah. Adehhh..
Pengalaman Setelah 2 Hari Dah Masuk Kerja
Assalamualaikum.
Rezeki tak salah alamat. Rezeki akan datang bila tiba waktunya. Allah dah susun cantik cantik jalan hidup kita. Yakin dan percaya tapi jangan sesekali berhenti usaha.
Alhamdulillah. Aku merasai semua tu. Nak diterangkan apa yang aku rasa, aku sendiri tak tahu. Tapi bila aku fikirkan semua, seakan tak percaya pun iya jugak. Namun, inilah hakikatnya.
Setelah 2tahun lebih aku berhenti bekerja. Aku duduk rumah jaga anak. Akhirnya kini aku kembali bekerja. Bekerja dalam bidang dan kepakaran aku. Paling best, sepanjang berhenti kerja aku langsung tak bukak toolbox. Hahaaa kini kembali aku buka setiap hari setiap masa sepanjang bekerja. Oichhh my toys. Rindu betul aku dengan uoll. Hehehee..
Alhamdulillah. Dah 2hari aku masuk kerja. Suasana kerja sedikit berbeza dengan kerja aku sebelum ni. Dulu department aku dalam ekon. Skrg department aku open. Panas, berdebu, habuk itu normal. Alhamdulillah, aku dapat team yang baik. Engginer aku pun baik. So aku takde lah rasa janggal dan terpinggir sangat sebab aku sorng je perempuan disitu. Orang office pun baik. Ada sorng aunty office selalu tegur aku. Ramah mesra betul aunty tu. Alhamdulillah, aku dikelilingi circle yg positif, circle yang baik.
Walaupun persekitaran kerja yang agak panas tapi aku okey. Yang penting dapat team yang okey. Tu dah boleh buat aku tarik nafas lega. Sebab apa? Sebab bila team positif, aku akan rasa seronok untuk bekerja, mudah nak berurusan, bila tanya itu ini mudah diaorang nak kongsi ilmu. Akan jadi sebaliknya kalau dapat team yg negatif. Faham, kan?
Alhamdulillah jugak sebab pengasuh anak aku baik sangat. Anak anak dia punn baik sangat. Sebelum ni selalu jumpa kat taman. Anak aku pun kenal diaorang so kat situ dah memudahkan kerja aku. Alhamdulillah. Walaupun kekdang anak solehah aku aada menangis juga kat rumah pengasuhnya. Menangis mungkin teringatkan ibu dia lettuw. Hahaaa.. Terima kasih acik dan kakak tolong jagakan Aira. Semoga Aira tak meragam teruklah ye.
Alhamdulillah untuk semuanya. Memang sangat memudahkan dan dilancarkan segala urusan aku dan anakku. Semoga aku terus kuat bersemangat dalam bekerja dan semoga anak solehah aku sentiasa faham ke apa setiap hari kena berjauhan seketika dgn ibunya.
Semoga anak solehah ibu sentiasa dalam lindunganNya walau dimana saha anak solelah ibu berada. Aamin.
Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
Blog “Blog Babyshambles” (https://akukaudansesuatu.blogspot.com) adalah ruang perkongsian bersifat peribadi dan reflektif, merangkumi topik motivasi, keibubapaan, kesihatan, tips gaya hidup, dan renungan agama.
Penulisnya, Nor Ain (Aien) Rusli dari Seremban, telah aktif menulis sejak Januari 2010, menghasilkan entri menyentuh emosi seperti luahan kerinduan (‘Genap Setahun Ayah Pergi’, Ogos 2024), peringatan kesihatan (‘HFMD Yang Semakin Meningkat’, Mei 2025), dan nasihat diri (‘Fokus Pada Kehidupan Sendiri’, Mei 2025) .
Gaya penulisannya jujur, bersahaja, dan meraih interaksi pembaca melalui komen. Aien juga menyertakan elemen kerohanian serta lagu/cerpen, menjadikan blog ini satu platform berbentuk campuran perkongsian, inspirasi dan luahan jiwa.
Alhamdulillah Untuk Segala Nikmat DariNya
Assalamualaikum..
Dikeheningan malam ni, jari jemari aku kembali menari diruangan ini. Sungguh, setiap taipan aku diiringi dengan satu perasaan yang tak dapat aku ungkap.
Dikala aku dah menyerah dan hanya berserah, disaat aku dah tetapkan satu titik lain untuk aku fokus, rezeki yang aku harapkan berkunjung tiba juga. Alhamdulillah.
Untuk korang yang rajin singgah ke ruangan aku ni rasanya dah tahu kot, bertapa usahanya aku cari kerja untuk tahun ni. Dah pelbagai cara aku buat tapi hasilnya langsung tiada. Sampai satu tahap, aku penat berharap. Aku putus asa. Dah malas nak pegi temuduga setiap kali ada temuduga terbuka. Frust wehhh.. penat aku print resume. Penat aku buat itu ini. Bukan sekali dua tau tapi berkali kali. Lalu akhirnya aku taked untuk berhenti berharap.
Seminggu sebelum Hari Raya Korban hari tu, aku skroll tiktok. Aku jumpa ilmu bermanfaat dan aku tekad untuk jadikan platform tu sebagai cara untuk aku dapat side income. Hampir sebulan dah perjuangan aku. Alhamdulillah, nampak hasilnya. Aku cuba untuk lebih serius dengan cara join program mentor mentee. Dikala usaha dan semangat aku sedang membuak buak ni, tetiba aku dapat sekeping mesaj bertan
ya adakah aku berminat untuk datang temuduga. Aku macam.... bila masa plak aku apply kerja dekat company ni. Rasanya tak pernah kot sebab agak jauh dari rumah aku. Tapi takpe, aku terima pelawaan tersebut.
Untuk kali ni aku tak bersungguh sangat sebab dah penat nak berharap kot. Punyalah tak bersungguh, resume pun aku tak update. Pakai jelah resume lama yang dah print, segala sijil bagai lupa aku nak photocopy.
Waktu hari temuduga rasa gementar aku pun dah hilang. Segala yang ditanya, aku jawab seadanya. Berkenaan kerja kerja aku sebelum ni pun dah banyak aku lupa. Maklumlah aku tak study oun sebelum hadiri temuduga kali ni. Aku jujur je terus mana yang tahu dan mana yang tak tahu. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan aku.
Penemuduga tu baik sangat. Banyak dia tolong aku. Sebelum selesai sesi temuduga, aku dibawa masuk site. Okey, panas, habuk, berdebu. Bagi aku normal persekitaran sebegitu. Penemuduga juga seakan yakin dgn ketahanan lasak aku. Dalam hati aku doa semoga ada rezeki aku untuk position ni.
Keesokan harinya, HR whatsApp aku untuk datang temuduga kali kedua. Waktu ni barulah aku tak senang duduk. Barulah rasa sedikit yakin. Barulah rasa ada sedikit sinar untuk aku kembali bekerja dalam bidang teknikal. Waktu ni barulah aku ulangkaji sikit apa yang patut. Tak senang duduk aku selagi tak selesai temuduga kali ni. Menghitung hari aku menanti temuduga kali ni. Takut, gementar, teruja, sedih dan gembira bersilih ganti beb.
Hari yang ditunggu telah tiba. Awal betul aku datang. Penemuduga kali ni orang lain pula. Kalau sebelum ni hampir 3jam aku ditemuduga, agaknya kali ni berapa lama lah erk?
Soalan yang ditanya agak killer untuk aku. Soalan random pun mematikan akalan aku seketika. Alhamdulillah, penemuduga kali ni jugak baik orangnya. Banyak soalan ditanya, disuruhnya bercerita itu ini dan sebagainya. Perasaan gementar aku memang tak terkawal sampaikan suara pun hampir bergetar. Percakapan hanya senafas, mungkin lupa seketika cara untuk bernafas kot. Hahahaa! punyalah nervous aku ketika itu.
Alhamdulillah, dipenghujung sesi tenuduga aku dapat khabar gembira. Aku lulus dan diterima. Tak tergambar perasaan gembira aku ketika itu. Aku gembira tapi terselit juga risau. Risau nak berjauhan dengan anak kesayangan aku. Hurmnn... masalah pulak erkk..
Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Aku dapat kerja. Aku jumpa pengasuh anak aku. Semoga anak aku okeylah dengan pengasuhnya nanti. Semoga aku kuat untuk lalui cabaran ditempat kerja baru nanti.
Sahabatku, doakan semoga dipermudahkan segala urusan aku dan anakku ye.
Oh My Blog Berhabukkk!!
Oh my bloggg! Oh my blogg!!
Sudah banyak hari tak buka blog semestinya hampir naik sawang labah labah ni. Adehhh! Bulan lepas baru je berazam nak mula blogging. Nak update entri setiap hari tanpa gagal. Tapi itulah, gagal juga akhirnya. Lahaiiii bloggg.. ni pun den terbuka blog sebab ada hamba Allah email bertanyakan tentang cara cara nak buat blog. Terus den buka blog tauuu. Buka pastu rasa bersalah sebab dah lama tak update. Huhuuu... perangai sangat erk!
Sebenarnya hujung bulan Mei haritu, den tak berapa sihat. Batuk, selsema, demam, datang sekali full package. Hampir seminggu jugaklah badan tak larat. Tapi tetap gagahkan diri juga uruskan hal hal dirumah. Bila den hampir sihat, anak solehah pulak demam selsema. Hurmmm... berjangkit dari ibu dialah ni. Sian kat anak, tidur malam tak lena. Hidung tersumbat lepas tu batuk batuk. Boleh dikatakan sepanjang anak tak sihat, den memang tak tidur lena dimalam hari. Bimbangkan anak tu satu, lepas tu anak memanjang nak tidur atas riba. Fuhhh.. rasa nak patah pinggang ibu nak. Demimu ibu relakan juga.
Dah sihat demam, raya pula. Raya Haji tahun ni balik Kuala Pilah. Tidur 2malam di kampung Kuala Pilah. Banyak aktiviti yang dibuat sampaikan tak cukup tidur. Bertabahlah, bukan selalukan rasai suasana sebegitu.
Dah habis rasa, keadaan pun dah reda tapi mood blogging masih tak datang. Itu yang sampai ke sudah tak buka dan update blog. Kalau blog buka, laptop pun semestinya lah tidak terbuka. Lahaiii.. berhabuk sudah laptopku gamaknya. Okeylah.. jap lagi den blogwalking di blog kawan kawan ye.
Jadilah Bagian Hidupku | Bersama Kita Berjuang
"Hiduplah selayaknya. Kalau penat, beristirahatlah. Lakukan apa yang kamu suka tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai rumahmu."
Oh aku ingin kau tahu
Cintaku ini sungguh tulus untukmu
Tak peduli dunia berkata
Ku kan buktikan cinta ini....
Jadilah bagian hidupku
Dan jadilah pelengkap kisah hidupku
Kau adalah alasan
Untukku selalu berjuang.
Gundah | Tetaplah Kuat Demi Mereka Yang Disayangi
"Kerna aku adalah dunia untuk anakku, ragaku harus sihat, jiwaku harus kuat, hatiku harus bahagia, tetap sabar dan waras dalam keadaan apapun. Boleh lelah tapi tidak untuk menyerah. Anakku adalah penyemangat dan penguatku untuk tetap hidup dan bahagia"
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila di sampingmu
Simpan segalanya, biar pudar semua
Agar jiwa ini tiada rasa
Telah ku gagah bertahan
Namun rapuhnya
Tapi ku rela jiwaku bersamamu
Kenangannya Masih Disini | Simpan Memori
"Ketika lelah kita hanya perlu berehat sejenaksambil menikmati secawan kopi bukan berhenti, apalagi berputus asa"
Kenangannya masih di sini
Walau dia kini telah pergi
Kenangannya masih di sini
Ceritanya tersusun rapih
Walau dia kini telah pergi
Ceritanya masih di sini
Kenangannya masih di sini
Di sini..
Kisah Anak Dan Beban Amarah Ibubapa
Anak itu bukan diciptakan untuk menanggung beban amarah kita.
Mereka datang ke dunia membawa hati yang bersih, belum kenal benci, belum kenal takut, belum kenal apa itu “aku tak cukup baik”.
Tapi bagaimana mereka akhirnya melihat diri sendiri, banyak bergantung kepada bagaimana kita sebagai ibu ayah melihat dan melayan mereka.
Kadang kita marah kerana penat.
Kadang kita menjerit kerana tak tahu cara lain.
Kadang kita kasar kerana itulah cara kita dulu dibesarkan.
Tapi hakikatnya, tiada satu pun anak yang akan membesar dengan tenang jika setiap hari disiram dengan suara tinggi, wajah bengis, teguran sinis dan ugutan yang menyakitkan.
Kita mahu anak yang jujur, tapi kita marah bila mereka bercakap benar.
Kita mahu anak yang berani, tapi kita herdik bila mereka bertanya.
Kita mahu anak yang baik, tapi kita lupa kebaikan itu tidak boleh dipaksa, ia perlu dicontohkan.
Anak yang sentiasa ditekan, dibentak, dan dihukum, dia belajar untuk diam, bukan kerana faham… tapi kerana takut.
Dia belajar untuk menipu, bukan kerana nakal… tapi kerana nak selamat.
Dia belajar untuk berpura-pura baik, bukan kerana jujur… tapi kerana takut kehilangan kasih.
Dan tanpa kita sedar, kita telah membentuk satu generasi yang penuh luka dalam diam.
Yang senyum di depan, menangis di dalam.
Yang nampak patuh, tapi memberontak dalam hati.
Yang akhirnya membesar menjadi penakut, pendendam, penipu, bahkan mungkin munafik.
Bukan kerana mereka mahu jadi begitu.
Tapi kerana mereka tidak pernah merasa cukup selamat untuk menjadi diri sendiri.
Wahai ibu dan ayah,
Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna.
Mereka hanya perlukan ibu bapa yang boleh menerima mereka dengan sabar, membimbing mereka dengan kasih, dan memeluk mereka ketika mereka paling lemah.
Kerana pada akhirnya, anak-anak ini akan meniru bukan apa yang kita katakan
Tapi bagaimana mereka rasa ketika bersama kita.
Fokus Pada Kehidupan Sendiri
Just be yourself je, tak perlu try hard sangat nak impress orang. Susah nanti nak keep up if hidup penuh kepura-puraan
Assalamualaikum.. selamat pagi..
Hidup ni mudah jadi tak perlu dirumitkan. Nak hidup tenang, jangan buang masa jaga tepi kain orang. Jangan sibuk fikirkan hidup orang dan paling penting jangan pernah menipu diri sendiri. Okey?
Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Ketika Marah Anak
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:
1. Pukul sampai berbekas
2. Kurung dalam bilik
3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain
4. Banding dengan kawan baik dia
5. Silent treatment tanpa explain/closure
6. Ugut sayang anak lain sahaja
7. Tinggal di tempat gelap
8. Rekod anak menangis dan malukan dia
9. Kata anak ni "menyusahkan"
10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak.
Sarapan | Nasi Goreng Ikan Untuk Anak Solehah Ibu
Assalamualaikum.. selamat pagi..
Pagi ni anak solehah ibu bangun awal. Wah.. muka ada senyum ye.. tidur lena malam tadi.. cukup tidur.. mood cantiklah tu. Alhandulillah.
Pagi ni ibu mikir nak masak apa untuk anak ibu. Plan malam tadi, untuk sarapan pagi nak beli nasi lemak je tapi cuaca tak mengizinkan untuk kelur. Pagi ni cuaca mendung, guruh dan hujan renyai renyai. Jadi ibu batalkan saja plan malam tadi ye.
Fikir punya fikir, teringat ada sekor lagi lebihan ikan goreng malam tadi.. tengok nasi semalam ada lagi sikit.. okey dapat idea masak nasi goreng ikan untuk anak ibu.. Sedap ni. Dah lama tak masak nasi goreng ikan.
Bahan untuk nasi goreng ikan sangatlah simple.. bawang putih, bawang besar dan halia tu cincang halus. Ibu cincang sebab anak solehah ibu ni tak suka bawang. Jadi untuk elakkan si kecik ni buang bawang dalam masakan, ibu cincanglah.. Halia tu ibu suka guna untuk kurangkan bau ikan.. lagi satu, anak solehah ibu suka makan halia. Lagi lagi kalau halia yang dipotong panjang panjang dalam sup.
Bahan tu tumis bersama cili kisar sikit.. agak agak cili tu dah masak bolehlh masukkan ikan. Gaul gaul sekejap dan masukkan nasi putih. Kacau kacau sampai sebati dan siap. Garam dan perasa tambahan jangan lupa plak, kang tawar rasanya nanti. Hah gitchuuu.
Alhamdulillah.. anak solehah ibu makan siap bertambah ye. Suka betul ibu tengok anak solehah ibu ni berselera makan. Sambil dia makan, sambil disuapnya kat ibu. So sweetlah baby girl ibu ni. Selalu kongsi makanan dia dengan ibu. Semoga anak solehah ibu membesar dengan sihat sentiasa. Aamin.
Anak Tak Perlukan Ibu Ayah Yang Sempurna.
TERKADANG YANG PALING SUSAH BUKAN NAK JAGA ANAKTAPI NAK JAGA EMOSI SENDIRI SEBAGAI IBU AYAH
Bukan Mengungkit Tapi Membangkit - Siti Nordiana
Tahu Dan Mengerti - Ical Mosh
Kemana nak ku bawakan hatiku
Yang berkecai setelah musnah
Dibunuh rindu
Hari bersilih ganti tak peduli aku
Semangatku yang kian pudar
Untuk hidup
Aku tahu dan mengerti
Kau tak mungkin kembali
Ke pangkuanku
Seperti dulu
Aku tahu dan mengerti
Kau tak mungkin kembali
Ke pangkuanku
Seperti dulu
Kau pergi tanpa tinggalkan pesanan
Yang ada hanya tinggal mimpi
Tak tercapai oleh ku
Kemana lagi harus aku cari ganti
Yag serupa denganmu
Yang serupa denganmu
Aku tahu dan mengerti
Kau tak mungkin kembali
Ke pangkuanku
Seperti dulu
Aku tahu dan mengerti
Kau tak mungkin kembali
Ke pangkuanku
Seperti dulu
Hilang mentari dalam hidupku
Aku bernyanyi dalam nafas syahdu
Gelora di hati, siapa tahu
Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu
Woahh ohh
Hilang mentari dalam hidupku
Aku bernyanyi dalam nafas syahdu
Gelora di hati, siapa tahu
Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu...
Aku tahu dan mengerti
Kau tak mungkin kembali
Ke pangkuanku
Seperti dulu
Aku tahu dan mengerti
Kau tak mungkin kembali
Ke pangkuanku
Seperti dulu
Hilang mentari dalam hidupku
Aku bernyanyi dalam nafas syahdu
Gelora di hati, siapa tahu
Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu
Woahh ohh
Hilang mentari dalam hidupku
Aku bernyanyi dalam nafas syahdu
Gelora di hati, siapa tahu
Dibenak mindaku tak pernah pudar wajahmu..
Sebuah Kehidupan Ada Pasang Surutnya
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Jika Dia Bukan Untukku - Shandy Pagalla
Namun hatiku tak bisa mendustakan rindu,
Setiap detik bayangnya menghantuiku,
Dalam doa namanya selalu ku sebutkan,
Tak ada kabar sunyi menghampiri,
Aku tersiksa dalam sepi yang tak bertepi,
Mengapa kau beri rasa yang sedalam ini,
Sedangkan untuk bersamanya begitu sulit,
Atas namamu aku mencintainya,
Walau ku tahu takdir tak berpihak padaku,
Jika dia bukan untuk ku genggam selamanya,
Ajari aku cara melupakannya,
Tuhan apakah ini ujian cinta,
Mengapa kau tanam rindu di dalam dada,
Jika memang harus ku lepas dia,
Berikanlah aku hati yang lebih tegar,
Namun jika dia memang untukku,
Biarkan takdir menuntunku,
Jika cinta ini kau restui,
Satukan hati kami dalam kasihmu
Blogging Awal Lepas Tu Blurr
Entah, aku pun tak tahu sebenarnya apa yang digodek.. tapi tulah..aku akan buka satu persatu apa yang ada dekat papan pemuka tu.. lepas tu aku duk fikir apalagi yang nak ditambah dalam blog ni.. dan apa yang patut aku buang dari blog ni.. ishh ishhh complicated betul aku ni! nilah punca kenapa blog aku makin berat..
Disebabkan awal blogging malam ni.. task aku pun siap awal.. dan sekarang aku blur, apa nak dibuat erk.. secawan air coffee aku tak habis lagi tu.. jam pun masih awal lagi.. idea malam ni takde pulak..
Ouh ye, aku nak tanyalah.. ada tak sesiapa tahu mana nak dapat tutorial untuk masukkan top komen di sidebar tu.. atau ada sesiapa yang sudi tolong aku.. ajar aku cara nak buat top komen kat sidebar tu.. aku ada google tapi tutorial yang keluar semua yang dah lama.. macam dah expired.. aku try godek kat blog kawan kawan tapi tetap tak jumpa juga... naik poning den memikior.. ishh.. ishh..
Pelam Epal Cicah Kicap Dan Gula
Andai Itu Takdirnya
PADA DASARNYA TAKDIR ALLAH ITU BAIK,ALAUPUN PERLU AIRMATA UNTUK MENERIMANYA.
Allah dah susun cantik cantik jalan hidup kita. Jangan pernah sekali kita menidakkannya. Laluilah ia dengan langkah kaki yang kental untuk terus berjuang. Jangan sesekali menyerah. Penat, rehat seketika dan kembali teruskan perjalanan kehidupan.
Selamanya Di Hatiku - Shandy Pagalla
Bayangmu hadir dalam kalbu
Kau bagai embun dipagi rindu
Menyentuh jiwaku yang beku
Waktu berlari takkan kembali
Namun cintaku tetap bersemi
Biar terpisah dunia fana
Janjiku takkan sirna
Dengarlah kasih bisikkan hatiku
Namamu terukir di langit biru
Jika takdir pisahkan kita
Ku jemput kau di surga
Oh sayang usaplah airmata
Cinta ini takkan pudar jua
Walau esok raga menghilang
Jiwaku tetap pulang
Kau seperti bintang dimalam sepi
Sinarmu abadi dalam hati
Walau badai meruntuhkan hari
Cinta ini tak terganti...
Biar nafasku tak tersisa
Cintaku tetap ada
Hingga nafaslu tak tersisa
Cintaku tetap ada..
Bintang Tak Bersinar - Ical Mosh
Gelap malam aku sendiri
Minda sepi enggan bermimpi
Yang mana hilang takkan terganti
Seperti bintang tak bersinar lagi
Namun aku masih belum mampu fasih
Bicara bahasa yang indah seperti kamu
Aku tak mampu lakonkan itu
Namun aku masih belum mampu fasih
Bicara bahasa kamu...
Aku tak mampu lakonkan itu
Dengan mindaku berkelahi
Agarku kekal diam
Buang rasa benci
Aku yang kau kenal dulu
Semangatku genggam dulu
Kini jadi debu
Tak perlu ingat balik
Waktu itu mungkin
Aku ini kurang cerdik
Tak mampu untuk menjadi
Seperti yang kau ingini
Tapi bil aku mampu
Tak pernah berkira
Sampai kosong yang disaku
Yang hina kekal aku
Yang hina kekal aku...
Biarkan aku disini
Merawat luka nestapa sendiri
Mungkin terhenti nadiku
Kau kan tenang
Tiada lagi aku disetiap ruang
Aku yakin itu
Tak perlu engkau tunggu
Aku kan pergi dari sini
Seperti bintang tak bersinar lagi
Gelap malam aku sendiri
Minda sepi enggan bermimpi
Yang mana hilang takkan terganti
Seperti bintang tak bersinar lagi
Namun aku masih belum mampu fasih
Bicara bahasa yang indah seperti kamu
Aku tak mampu lakonkan itu
Namun aku masih belum mampu fasih
Bicara bahasa kamu
Aku tak mampu lakonkan itu
Berapa banyak dosa ku buat?
Yang nyata dimata kau dapat lihat
Tak pernah nampak kebaikanku
Bersungguh pun tetap pahalaku takkan laku
Saatku sengsara diwaktu besarkan anakku
Harta pinjamanMu digadai dicatu
Kesabaran teruji
Berkat perjuangan dan doa anak isteri
Mereka menyakinkan waktu aku sedang hanyut
Mereka hulur tangan
Kadang waktu aku susah bergadai untuk makan
Mereka ingatkan aku yakin pada tuhan
Jadi jangan sebut namaku
Jangan cari aku
Buang segala memori
Mati aku usah kau cari
Usah kau tangis
Usah kau tepis
Segala yang tertulis
Disetiap muka surat takdir
Penamat kini sudah hampir
Bintang tak bersinar kini telah lahir
Bintang tak bersinar kini telah lahir
Bintang tak bersinar kini telah lahir...
Kemaafan Dendam Yang Terindah Versi Ara Johari
Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi
Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka
Kekasihku ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasihku tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja
Kemaafan dendam yang terindah
Kehangatan mentari dingin salji
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci
Kekasihku ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula
Kekasihku tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja
Kemaafan kemaafan dendam yang terindah
Bicara Rasa - Sheryl Shazwanie & Ayie Floor 88 (Cover)
Yang hanya manis pada bicara
'Tika bahagia indah semua
Sepertinya syurga milik kita..
Ada apa, pada cinta
Yang hanya manis pada mulanya
'Tika sempurna tidak bercela
Sepertinya esok milik kita..
Sampai bila,
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus,
Agar terpadam yang hitam..
Sampai bila,
Harus kita
terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula...
Andainya masih ada rasa yang terbuku
Semaikanlah sepenuh jiwa agar tidak terkubur
Maafkan aku yang dulu
Maafkan aku kasihku
Benarkanlah segalanya....
Sampai bila,
Harus kita terus mengkuhum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam..
Sampai bila.. (Sampai bila)
Harus kita terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula..
Cinta kita...
Throwback Entry Lama Lama Dalam Blog
Aku ada bukak satu komen tadi dari entri lama. Yes, entri lama yang sememangnya dah lama sangat. Entri zaman aku study dulu. Dah buka satu entri, aku buka lagi satu entri, lepas tu buka lagi satu entri dan lagi dan lagi. Aku buka dan baca entri entri tersebut. Terbit sejuta perasaan dalam hati aku. Ada rasa rindu, ada rasa sedih, ada rasa lawak dan juga ada rasa sakit hati. Paling ketara rasa yang ada adalah rasa sedih dan rindu. Wah, tak sangka dah beberapa tahun aku tinggalkan dunia belajar.
Aku terus masuk ke alam pekerjaan lepas habis belajar. Waktu konvo pun aku tak join tau sebab waktu tu aku hanya fikir pasal kerja dan nak cari duit. Tulah, sakarang ni rasa menyesallah plak sebab takde gambar pakai jubah dan ambil skroll. Tapi takpelah, apa yang jadi pasti ada hikmahnya Yang penting aku berjaya habiskan belajar tu. Alhamdulillah.
Beberapa tahun aku kerja dalam bidang yang aku belajar. Alhamdulillah, aku happy sangat dengan pekerjaan aku. Aku dikelilingi kawan kawan yang baik, yang sentiasa tolong aku. Maklumlah, aku ni sorang sorang merantau ke Seremban waktu tu. Takde saudara mara aku kat Seremban, memang harapkan kawan kawan jelah. Kiteorang pun dah macam adik beradik. Best, aku suka sangat waktu tu.
Tanpa sedar aku jumpa dengan someone, Waktu tu hubungan aku dengan kawan kawan agak slow sikit sebab aku fokus pada someone tu. Alhamdulillah, akhirnya someone tu dah jadi husband aku. Lepas kahwin, dunia aku hanya pada kerja dan family je. Aku dah kurang hang out dengan kawan kawan. Aktiviti hiking aku pun dah terkubur waktu tu. Huhuuu... dua tahun kahwin, aku dikurniakan seorang anak solehah yang comel dan cerdik.
Waktu usia anak aku 8bulan, tempat kerja aku tukar nama. Department aku ditutup dan aku ambil keputusan untuk diberhentikan dengan pampasan. Company ada offer aku untuk pindah department lain tapi aku taknak. Aku sayang weh semua machine yang ada dalam department aku tu. Dari mula machine tu sampai aku dan team yang bertungkus lumus pasang, setting dan repair apa yang patut. Serius aku sayang giler machine machine yang ada. Bila dah tukar owner, deparment tutup, machine machine dalam tu dijual semula so aku rasa sedikit terkilan, sedih. Hari last dalam department tu, diaorang sedih nak berpisah sesama sendiri, aku pulak sedih nak berpisah dengan machine machine tu. Hahaaa pelik tapi tulah hakikatnya!
Sebulan sebelum aku diberhentikan, ayah aku meninggal dunia. Aku terkilan aku tak sempat menatap ayah untuk kali terakhir. Serius cakap, sampai hari ni aku rasa terkilan tu. Terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam masa yang singkat. Tu salah satu sebab kenapa aku rela ambil keputusan diberkentikan kerja waktu tu. Aku fokus pada family. Masa aku 24jam kat rumah jaga anak, layan kerenah anak solehah aku.
Sekarang anak aku dah usia 2y3m. Aku ambil keputusan untuk kembali bekerja. Tapi masih belum ada rezeki aku. Takpe lah, sementara takda tawaran kerja lagi, aku habiskan masa sebaiknya dengan anak aku. Nanti dah mula kerja mesti dah tak banyak masa dengan dia.
Dalam masa beberapa tahun ni, banyak benda yang berlaku. Kekadang bila aku fikirkan balik seakan tak tertanggung tapi cepat cepat aku be positive. Apa yang jadi pasti ada hikmahnya! follow the flow. Doakan semoga aku dapat kerja kembali ye. Semoga dapat tawaran kerja yang aku nanti nantikan tu.
Kenapa Nak Marah Anak
Kenapa nak marah anak sangat?
.
Memang anak umur bawah 7 tahun ni sangat Egocentric 😡
- dia tak suka berkongsi
- asyik nak menang
- tak suka mengalah
- susah dengar kata
- nak ikut cakap dia je
.
Memang anak yang tengah Egocentric ni dia punya penangan lain macam. Biasanya perangai ni muncul di umur 2 tahun. Masa umur ni lah mak mak dah mula,
- stress
- kepenatan
- tak cukup tidur
- emosi turun naik
.
Tetapi tahu tak sifat Egocentric anak ni sebenarnya,
- baik untuk dia
- fitrah seorang anak
- dicipta khas untuk anak anak
.
Kenapa??
- kerana untuk melindungi anak kita sendiri!
Daripada siapa?
- Daripada mak ayahnya sendiri
.
Biar betul 😱
.
Yaaa. Bayangkan tanpa sifat Egocentric ni :
- anak anak akan jadi patuh pada semua arahan
- bila kita suruh diam anak akan diam
- bila kita suruh anak berhenti bermain dia akan berhenti bermain
- bila kita suruh anak senyap, dia berhenti bercakap
.
Bila anak anak ikut kita sangat maka perkembangan anak kita akan ROSAK 😫
.
Untuk otak anak berkembang sempurna, anak kita perlu :
- berlari
- memanjat
- melompat
- bercakap
- menangis
- eksperimen sini sana
- explore sini sana
.
Maka bersabarlah sedikit wahai emak emak semua. Akan sampai masanya anak anak kita semua akan,
- berhenti memanjat
- berhenti menangis
- berhenti bergaduh
- berhenti bising
.
Masa tu barulah kita tahu bahawa perangai anak yang membuatkan kita mengucap panjang setiap hari itu rupa-rupanya adalah sifat anak anak yang kita paling rindu dan ianya juga adalah sifat anak yang paling mereka perlu ❤️
Kredit: Taufiq Razif
TAKE NOTE : Semoga diriku diberi kesabaran yang tinggi dan lebih sabar dalam melayan telatah anak solehahku. Sesungguhnya kadang kala telatahnya menguji kesabaran aku. Namun, dengan telatahnya jugalah buat aku terhibur dan tersenyum bahagia. Ibu sayang anak ibu. Love you bby girl.
Kisah Anak Solehah Aku
Assalamualaikum,
Throwback Hiking Bukit Batu Putih, Port Dickson
Beberapa hari lepas aku ada contact dengan kawan waktu kerja kilang lama dulu. Wah, bila diingat kembali banyak betul kenangan di kilang tu. Hahahaa! yang nakal nakal tu kamilah, team maintenance yang tak berapa nak betul.
Berbalik pada aku contact kawan aku. Kebetulan aku tertengok status whatsApp dia. Gambar Bukit Batu Putih dengan caption tawan dari bawah je, lain kali kita hiking. Aku terus respon gambar tu dengan ayat teringat plak hiking ramai ramai batu putih dengan adam. lepas tu terus jadi sesi kitaorang membawang. Rindu plak kenangan waktu kerja dengan diaorang. Suasana kerja waktu tu, walaupun company toksin tapi aku enjoy sebab team semua okey. Sampai satu masa kitaorang semua, team maintenance ambil keputusan untuk resign beramai ramai.
Jomlah layan gambar gambar throwback aku bersama diaorang.
![]() |
16/12/2018 mak aikkk dah lama rupanya. Seawal jam 6.57 dah terpacak kat sini erk. Waktu ni tengah tunggu sebijik kereta lagi sampai. Sempatlah selfie |
![]() |
Nak jugak erk gambar sorang! Okey, tanda hadir. |
![]() |
Dah cukup satu team. Ni semua team maintenance pastu tambah sorang partner adam. 2 orang yang pakai jeans tu foreign tau. |
![]() |
Jom mulakan perjalanan. Kiteorang naik ikut depan. Nanti akan ada laluan disebelah kanan sebelum sampai ke rumah api. Kiteorang lalu ikut laluan tu sebab nak panjat batu yang berwarna putih tu. |
![]() |
Sampai!! Tak silap dalam sebelum pukul 8pagi dah sampai atas ni. Sampai atas ni dah penuh dengan para hiker yang lain. Padat jugaklah. |
![]() |
Leklu, posing duluan. |
![]() |
Yes! dapat tambah kawan baru. Nilah partner adam. |
![]() |
Selfieee! kiteorang bz bergambar ramai ramai. Si Adam busy bergambar dengan partner dia kat belakang tu. |
![]() |
Nak jugak gambar sorang sorang. Goyanglah jugak nak berdiri kat atas batu ni. |
![]() |
Posing gambar duduklah sekeping. Penat berdiri. Angin kat atas ni sejuk je walaupun matahari dah mula naik |
![]() |
Jom teruskan perjalanan ke peak lagi satu. Yang ni laluannya landai je tapi agak keliru sikit. Silap jalan boleh sesatlah jugak. |
![]() |
Tadaaaa! Inilah satu lagi peak Bukit Batu Putih. Serius cantik gila view kat sini. Kebetulan air surut, so bolehlah turun ke bawah tu. |
![]() |
Free style katanya. |
![]() |
Nampak tak batu batu kat belakang tu. Waktu air surut, kat bawah tu boleh nampak jalan untuk ke perigi tau. |
![]() |
Tadaaa.. dah selamat turun dengan jayanya. Masing masing kepenatan tapi muka banyak happy erk. Rehat jap, sebelum mula aktiviti mandi pantai dan bbq plak. |
![]() |
Selfie! Okey cukup 1 team. Naik atas banyak ni dan turun bawah juga sebanyak ni. Takde lebih dan takde kurang erk. |
![]() |
Nak jugak selfie sorang |
![]() |
Nak jugak gambar sorang. Bolehlah buat kenang kenangan. |
![]() |
Cantik sangat view kat sini. Tak puas nak bergambar. |
![]() |
Okey, bentang tikar, hidupkan api, mula bakar bakar. Relaks, santai santai dihujung minggu bersama kawan kawan sekerja. |
![]() |
Sementara diaorang mandi laut, sempatlah aku layan perasaan sekejap waktu ni. Layan jiwa bosskur. |