Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

- pandangan dunia kita berbeza -

" t'sentuh pada hati "
" nilailah dengan mata hati "
" indah bukan pada zahir "
" tapi terletak pada tutur "
" t'hampar pada pekerti "
" t'serlah dengan kesopanan "


mendung berarak dalam hidupku
tak siapa tahu derita kalbu
tiap jelmaan malam dan siang
airmataku bagaikan hujan
usahlah diri ini dibezakan
usahlah diri ini disisihkan
kita semua di pentas dunia yang sama
kusedar diri serba kekurangan
meratap dan mencari perlindungan
darimu insan ku gantung setinggi harapan
pada mereka yang membantu
redhakanlah aku
setiap budi yang diberi
ku bawa ke mati
terima kasih pada mu teman
selamat tinggal aku ucapkan
dimalam sunyi yang memisahkan
airmataku bagaikan hujan

take note : aku bahagia ngn dunia aku.. aku bahagia ngn dya.. aku bahagia ngn mereka... biarpun dunia kami dunia yang dipandang tidak bernilai namun kami bahagia.. hidup kami so biar kami yang tentukan.. hati kami tak siapa yang ketahui.. bukan keseronokan yang kami kejar, bukan kepuasan yang kami cari tapi kami mencari sebuah keserasian.. sebuah keselesaan... kami mencari sebuah ketenangan.. biarpun kami dianggap tidak bernilai tapi sikap dan perangai kami tidak seteruk seperti yang dianggap.. kami punyai impian, kami ada cita-cita, kami ada matlamat hidup.. biarpun kami acm neh tapi kami ta pernah ganggu hak dan privcy owg laen... kami dgn dunia kami... dunia aku dunia plu..


- I will show you -

Assalamualaikum reader..


Naega sajun oseul geolchigo
Naega sajun hyangsul ppurigo
Jigeumjjeum neon geunyeol manna
Tto utgo itgetji

Geureoke johatdean geoni
Nal beorigo tteonal mankeum
Eolmana deo eotteoke deo
Jal haeya han geon ni

 Neoreul amuri jiullaedo
Hamkkehan nari eolmainde
Jinan sigani eogulhaeseo
Jakku nunmuri heureujiman


Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin nanjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojijianha
Boy you gotta be aware

Santteutage meoril bakkugo
Jeongseong deullyeo hwajangdo hago
Haihire jjarbeun chime modu nal dorabwa

Uyeonhi rado neol mannamyeon
Nuni busige useojurmyeo
Nollan ni moseup dwiro han chae
Ttagak ttogak georeo garyeo hae

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin nanjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojijianha
Boy you gotta be aware

Niga jwotdeon banjil beorigo
Niga sseotdeon pyeonjil jiugo
Miryeon eobsi huhoe eobsi
Ijeo jul geoya neoreul ijeullae neoreul jiullae..


Nota Hati : Buat insan yang aku sayangi, seandainya aku telah pun pergi dan tak kembali, ingatlah memori indah kita bersama sebagai kenangan pengubat rindu. Jangan pernah meratapi kepergian aku, hentikan airmata yang berlinangan di tubir matamu. Jangan bazirkan airmata yang bernilai itu untuk aku yang tidak pernah kau kasihi ini. Hentikanlah tirakatmu dan hentikanlah segalanya. Kekasihku, itulah dirimu yang aku sebutkan di dalam hatiku. Ingin aku bersamamu dan tinggalkan segala yang aku miliki demimu tapi aku tak berdaya kerna tidak cukup masa. Dengarlah sayang, luahan terakhirku ini hanya untukmu. Ingin aku ucapkan selamat tinggal kerana aku tahu aku yang akan pergi dulu. Sayang, jangan pernah bersedih. Cinta, janganlah kau menangis. Ingatlah saat-saat bersama, andainya kau merinduiku. Kepada insan yang aku sayang, harapanku jangkan kau kenang bimbang nanti kau akan berduka. Kepada insan yang aku cinta, harapanku agar kau berubah. Tuhanku, bukakanlah pintu hatinya. Kini aku mohon kemaafan kepada diri kau sebelum terlambat, sepenuhnya hati hanyalah mencintaimu namun apa daya harus kita berpisah. Permintaanku hanyalah satu, agarkau tabah jalani hidup tanpa aku. Bimbangku nanti kau akan merana lalu aku bersedih melihat wajah sugul kau.

- Allah menguji sebab kita mampu -

Assalamualaikum reader..

Cuaca petang ni mendung seperti hari-hari yang sudah. Namun kemendungan petang ni disertai sekali dengan hati aku yang mendung. Kenapa aku bermendung? Hurmm.. Kerana aku telah kehilangan dua orang saudara dalam masa kurang dari dua minggu.Kehilangan itu menyakitkan dan juga memeritkan, tapi disebalik kehilangan pastinya ada tersembunyi hikmah yang telah Allah aturkan untuk para hamba-hamba yang disayangiNya.

Petang ini, aku berblogging sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Aku selesa meluahkan disini tanpa sebarang kata-kata kerna andai berkata-kata nanti pasti akan diiringi deraian airmata lagi. Cukup sudah, cukup hanya setakat ini airmata kesedihan yang aku tumpahkan. Sebanyak mana pun aku menangis pastinya insan yang aku kasihi tidak akan dapat kembali juga. Bahkan aku mungkin membuatnya terseksa disana. Subahanallah..

Tanggal Oct19,2014, jam 3.25am, aku kehilangan bapa saudara terdekat. Sungguh kehilangan arwah langsung tidak terjangka oleh kami semua. Hurmmm.. arwah yang tinggal nun jauh di Kuala Lumpur, kali terakhir kami semua berkumpul adalah waktu Raya Haji baru-baru ini. Waktu tu, tiada sebarang tanda bahawa arwah akan tinggalkan kami semua buat selamanya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditangan Allah. Ya, Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik buat hamba-hambaNya. Walaupun perit namun kami redha. Kami, anak-beranak dan cucu cicit Haji Embung kehilangan arwah dalam masa yang singkat. Menurut kata isteri arwah *mak saudara aku*, pada malam tu, arwah terjaga dari tidur dan mengadu sakit dada, sesak nafas dan tidak beberapa minit kemudian, arwah telah tiada. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya disisi isteri dan anak bongsunya. Menurut kata doctor pula, arwah mengalami serangan jantung secara mengejut dan menyebabkan pembuluh darahnya pecah. Akibat dari itu, muka arwah menjadi biru-kebiruan dan meninggal dunia. Kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang. Arwah dibawa ke HKL untuk disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar dan setelah segala surat dan sijil kematian dikeluarkan,arwah dimandi dan dikapankan disana sebelum dibawa pulang ke Kuala Terengganu atas permintaan ibu arwah *nenek aku*. Di sini disembahyangkan dan disimpan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kecil, Kuala Terengganu bersama anak-beranak dan cucu cicit yang telah selamat disemandikan di situ. Arwah pergi dengan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang dalam lingkungan sebelah tahun dan tujuh bulan. Semoga arwah tenang dan aman disana, Aamin.

Tanggal Oct27,2014, jam 4:38am aku kehilangan seorang kakak sesupu yang rapat dengan aku. Kehilangan yang aku rasakan bagaikan suatu mimpi. Rasanya baru minggu lepas aku bercakap dengan arwah, waktu di kenduri tahlil pakcik saudara. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang ketahui hikmah disebalik dugaan yang Engkau timpakan kepada kami. Arwah meninggal ketika ingin melahirkan anaknya yang kedua. Akibat daripada pendarahan yang teruk maka arwah pergi meninggalkan kami bersama-sama anak yang dikandungnya itu. Kini petang dah pun beransur malam dan arwah sudah pun selamat di simpan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kecil, Kuala Terengganu. Hurmmm.. sayunya hati ini tak siapa yang tahu. rasanya bagaikan baru semalam kami bergurau senda, bagaikan baru semalam arwah memanggil-manggil nama aku.. Ya Allah, tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Arwah telah meninggalkan seorang suami, seorang anak perempuan yang berusia dua tahun setengah dan kami semua. 

Sedih dihati tak siapa yang tahu. Tatkala aku memandang mata Umi *ibu arwah* yang kemerahan, hati aku dirundum pilu, bila terpandang wajah polos Fatimah Al-Zahra *anak arwah* , hati aku menjadi sayu. Ya Allah, Fatimah kehilangan ibunya dalam usia yang terlalu muda. Si kecil yang tak mengerti apa-apa itu hanya mampu tersenyum setiap kali diagah oleh tangan-tangan yang menyentuhnya. Semoga si kecil itu tabah melalui kehidupan yang mendatang, Aamin,

Hurmmm.. okaylah, aku pun dah tak mampu untuk menaip lagi.. rasa sebak didada kian menyucuk tangkai hati. Untuk malam ni, tahlil arwah akan diadakan di rumah kedua ibubapa arwah *mak saudara dan pakcik saudara aku* di Pak Tijah, Gong Badak, Terengganu. Buat rakan-rakan dan sahabat handai yang terbaca entry ini, aku mohon dengan sepenuh keikhlasan yang korang ada, tolong sedekahkan Al-Fatihah dan titipkan doa untuk kedua-dua arwah saudara aku yang telah pergi menghadap Pencipta itu ya. Semoga doa kalian dapat mempermudahkan lagi perjalanan arwah, Aamin.


Nota Hati : Al-Fatihah

- Bercuti kami ke Kuala Terengganu -

Assalamualaikum Reader..
Cak.. dalam kereta pun sempat lagi kami berposinggg..

Kimchi! #Bukit Puteri berdekatan #Pasar Payang


Senyummmm.. #Masjid Kristal #Losong


Cakkkkk !!! #Pantai Teluk Ketapang #Gong Badak

Enjoyyy !!! #Lorong Payang #Kg Cina #Kuala Terengganu
Posing.. #D'Ganu Cafe #Steamboat #Pulau Duyong






Take Note : Lalalalaaa happy, hari hari happy, happy happpy. Sebenarnya alkesah aku happy sebab dapat jumpa dan hang out bersama-sama Kak Oyienz dan Fatin. Tapi sedihlah juga sebab Opah tak dapat join sekali. Kesempatan bercuti sempena Devali beberapa hari yang lepas, Kak Oyienz dan fatin telah datang ke Terengganu. Mengikut plan asalnya, sepatutnya Opah datang sekali tapi disebabkan ada hal-hal yang tak dapat dia elakkan maka dia terpaksa menarik diri disaat-saat akhir, so tinggallah kami bertiga saja untuk trip bercuti kali ini. Even bertiga tapi kami tetap happy ! Ya happy. Hahaa biarpun cuaca hujan yang agak lebat menanda tapi kami tetap mantain berjalan. Bak kata Fatin, kalau boleh nak teroka satu bandar Terengganu dalam masa satu hari. Prufffff! memang hampir separuh bandar kami terokai. Agak keletihan, agak kepenatan, agak yang teragak-agak walaupun adalah beberapa kali kami tersesat jalan dalam bandar. Bhahahaaa.. Antara tempat-tempat yang sempat kami berkunjung termasuklah Pantai Kelulut di Marang, Pantai Teluk Ketapang di Gong Badak, Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu, Masjid Terapung di Kuala Ibai, Pulau Warisan di Kuala Terengganu, Bukit Puteri di Kuala Terengganu, Pasar Payang di Kuala Terengganu, Masjid Kristal di Losong, Muzium Negeri di Losong, Kampung Cina di Kuala Terengganu, Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu dan beberapa buah tempat lagi di sekitar Kuala Terengganu. Walaupun masa yang singkat namun kami sempat juga berkunjung seketika. Huhuuu nak kejar masa punya pasal, kami redah semua rasa sakit dan kepenatan yang makin menular di dalam diri masing-masing. Alhamdulillah, selesai sudah trip bercuti kami untuk kami ini. InsyaAllah plan seterusnya kami akan ke Pulau Kapas pula sekiranya kami berempat ada kelapangan. Semoga kami dapat berjimba-jimpa lagi di laen hari dan laen masa. Okbya.. Assalamualaikum..

- Taubat seorang hamba -

Assalamualaikum reader...

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terimalah taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubatku ini..
Telah aku merasakan derita
Jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhaMu Ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubatku ini..
Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubatku ini..
Nota Hati : Dari ANAS BIN MALIK R.A. berkata : RASULULLAH SAW BERSABDA, " Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan." [BUKHARI-MUSLIM]

- Merpati Putih kau kesayanganku -

Assalamualaikum reader...


Mengering sudah bunga dipelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam
Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu
Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang terang...


Sayang tidak semestinya akan bersatu.. Sayang tidak semestinya akan bersama.. Sayang tidak semestinya akan berdekatan.. Sayang tidak semestinya akan memiliki.. Sayang, satu rasa yang wujud jauh di dalam sudut hati yang paling dalam. Sayangnya aku terhadap kau tak mungkin dapat aku ungkapkan.. Sayangnya aku kepada kau tak mungkin untuk aku memiliki.. Aku tahu rasa sayang aku tak mampu untuk membahagiakan kau.. Aku tahu hanya berbekalkan rasa sayang aku mana mungkin kau akan bergelak ketawa disisi aku.. Aku tahu aku bukanlah insan yang kau sayangi seperti mana aku menyayangi kau.. Sayangnya aku pada kau melebihi rasa sayang kau terhadap aku. Aku tahu rasa sayang aku untuk kau tidak mampu mewujudkan jiwa yang hidup di dalam hati kau. Aku tahu aku tak mampu menghidupkan jiwa kau yang ketandusan kasih sayang itu. Sesungguhnya hanya berlandaskan rasa sayang aku masih tidak mampu mendapatkankan jiwa kau. Sungguh hati ini menyayangi kau.. terlalu menyayangi kau.. Aku mengerti kehadiran aku hanyalah halangan untuk kau mendapatkan kebahagiaan kau...Maaf andainya kehadiran aku mengganggu masa dan waktu kau.. Namun ingin aku katakan, rasa sayang yang hadir di dalam hati aku adalah suci dan ikhlas untuk kau.. hanya untuk kau meskipun kau bukan milik aku.. Aku tak mampu untuk memiliki kau..Terlalu tingginya harapan aku untuk hidup dengan kau..Apakah aku belum beruntung naman tingginya harapan aku untuk hidup disisi kau.. Aku sempurna dengan kau.. Aku ingin habiskan sisi hidup dengan kau.. Hanya kau yang mampu membuatkan aku terpukau...

- Cinta Terlarang -

Assalamualaikum reader...

Cinta..
Dengarkanlah ku ingin mendengar suaramu
Nyanyikanlah laguku bila kau rindukan aku
Cinta..
Relakanlah akhiri cerita tentang kita
Ku tahu berat pagimu untuk melepaskan aku
Ku pinta kepadamu jangan keluar malam ini
kerna aku tak akan menemuimu
Aku minta kepadamu jangan keluar malam ini
Sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
Namun secepatnya engkau harus aku lepas
Selagi engkau berdiri dan kau bernafas
Lekaslah pergi agar engkau pun terbebas
Sesungguhnya engkaulah insan yang aku sayang
Tetapi cinta kita ini cinta terlarang
Aku mengharapkan agar kau cepat menghilang
Dan janganlah lagi kau datang...


Cinta..saat ini tatkala aku sendirian beribu satu macam perkara yang menerjah masuk ke dalam kotak fikiran aku. Sepoian angin malam seakan mengerti kemalut dihati ini. Apakah bisikan angin yang menyapa ditelingaku membawa perkhabaran rindu dari kau? Ouh, mana mungkin aku memahami bahasa percakapan sang angin. Indah, hanya itu yang mampu aku ungkapkan tatkala terkenangkan kisah kita. Seandainya kau mengerti rasa hati ini pastinya kau akan berada disisiku saat ini. Tapi mana mungkin kau akan disisi aku lagi, kan? Pernah dulu kau katakan, cinta kita bagaikan bintang dilangit yang takkan dibinasakan. Tapi kenapa kini semuanya hancur berkecai. Pernah dulu kau katakan, akulah yang terindah, tak mungkin kau mampu hidup tanpa aku disisi. Tapi kini kenapa kau mengjauh dan semakin jauh? Hah! Semua kata-kata dan janji-janji kau hanyalah dongengan cuma. Aku? Aku yang tersungkur lantaran terlalu memegang tali janji dan terlalu percaya setiap butiran percakapan kau. Ternyata kini akulah insan yang kehilangan..ichi

- Gerhana Senja - PART 1



Alya Natasha melihat jam yang melilit di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam loceng akan berbunyi. Dia mendengus. Penerangan Cikgu Sama tentang factor-faktor perkembangan Bandar di Tanah Melayu tidak dihiraukannya. Memang dia bosan dengan mata peajaran Sejarah tetapu yang lebih membosankannya ialah guru yang mengajar subjel tersebut yang juga merangkap guru disiplin pelajar perempuan. Sudah beberapa kali guru tersebut memalukannya kerana melakukan pelbagai salah laku. Dia benci! Guru muda itu juga telah mengugut akan memberitau ibunya sekiranya dia mengulangi kesalahan yang sama.
            Ahhh!” mengingatkan peristiwa dua hari lepas, hatinya jadi sakit.
            “Alya, sudah berapa kali awak tengok jam? Kenapa? Dah tak sabar nak jumpa boyfriend awak?”
Dia tersentak.
Cikgu Sama merapati mejanya.
            “Tengok! Ini nota sejarah awak?” Cikgu Salma mengambil keratan gambar Lee Hongki yang baru dikoyakkannya daripada surat khabar perpustakaan rehat tadi.
Alya Natasha menuntukkan kepalanya, berpura-pura takut. Dalam hati dia menyumpah Darwish yang telah melihat gambar tersebut dan meletakkannya di dalam buku mota Sejarahnya. Lebih menyakitkan hatinya bila Cikgu Salma merenyuk-renyuk gambar artis pujaannya itu dan melemparkan ke mukanya.
Hati Alya Natasha semakin sakit!
Dia mengangkat muka melihat kawan-kawan sekelasnya. Matanya berhenti pada Kiera. Pandangan tajam Kiera seolah-olah mengejak dan mentertawakannya. Di sebelah Kiera duduk pula Dami, pengawas yang selalu mengadu masalah dan kesalahan peajar-pelajar perempuan kepada Cikgu Salma. Suriati cukup menyampah melihat kedua-dua manusia itu. Tetapi dia mengurut dada lega bila mendengar loceng waktu balik berbunyi.
            “Okay kelas, balik siapkan tugasan yang cikgu berikan tadi dan tolong hantar tugasan pada pagi besok.”
            “Bangun! Terima kasih cikgu.” Suara Fadir, Ketua Tingkatan 5C disambut gembira oeh pelajar lain.
            “Alya! Ikut saya ke bilik guru!” arah Cikgu Salma tegas.
Serta-merta air muka Alya Natasha berubah. Rancangannya untuk melepak dengan Zack di pusat membeli belah terpaksa dibatakan saja.
            “Alya! Apa lagi yang awak khayalkan? Cepat siapkan kerja-kerja ni!”
Hampir terpeanting pen yang sedang digigit hujungnya. Serta-merta seluruh ingatannya terbang. Dia meneruskan kerja-kerja latihan Sejarah yang tidak disiapkan sebelum ini. Dia menyeak buku di depannya., membilang-biang jumpal muka surat latihan yang terpaksa disiapkan pada petang itu.
“Mak! Datuk! Lagi sepuluh helai.” Perutnya mendidih pedih. Tadi waktu rehat dia tidal makan di kantin. Wanng beanja pemberian ibunya pagi tadi dan pagi semalam disimpan untuk membelanja di pusat membei belah nanti.
            “Alya, minta nombor teefon rumah awak. Saya nakberitahu keluarga awak kenapa awak balik lewat hari ni. Nanti risau pula mereka.”
            “Rumah saya tak ada telefon, cikgu.” Sengaja dia berbohong. Bimbang tembeangnya akan pecah. Malam tadi sesudah dia menelefon Zack, dia memberitahu ibunya yang dia akan balik lewat kerana ada keas tambahan Sains.
            “Kalau begitu, mungkin awak ada nombor telefon jiran terdekat.”
Guru itu dirasakan masih sengaja mahu menyakiti hatinya.
            “Ibu saya tak ada di rumah, cikgu. Pukul 6 nanti baru puang.”
            “Ayah?”
            “Ayah dan Ibu saya dah dah bercerai.”
Cikgu Salma merenung Alya Natasha. Tidak disangkanya gadis selincah Alya Natasha mempunyai perjalanan hidup yang tidak sesempurna gadis-gadis remaja lain.
Alya Natasha meneruskan kerja. Dari ekor matanya, dia dapat merasakan yang Cikgu Salma sedang memerhatikannya.
            “Awak selalu berjumpa ayah awak.?”
            “Sejak mereka bercerai. Saya tak pernah jumpa dia lagi.”
            “Ayah awak tinggal di mana?”
            “Tak tahulah, cikgu. Ibu saya akan marah bila saya bertanya tentang ayah. Ata mak, ayah sudah mati.”
            “Ibu awak ada beritahu sebab yang mereka bercerai?”
            “Tidak, cikgu. Tapi saya masih ingat, ketika itu saya dalam darjah dua.”
            “Ibu awak kerja apa sekarang?”
“Kerja Ofis.”
“Adik-beradik awak berapa orang?”
‘Ahhh! Banyak tanya pula orang tua ni. Bukannya apa, sengaja nak cari modal untuk diceritakan pada guru-guru lain.’ Alya Natasha mengerutu di dalam hati.
Dua orang.”
“Adik awak berapa tahun?”
“Dua belas tahun.”
“Ibu awak kahwin lain?”
“Tidak.” Jawapan yang tidak sempurna itu cukup untuk menunjukkan yang Alya Natasha tidak suka kisah hidupnya diketahui oeh orang lain.
Cikgu Salma menulis sesuatu didalam buku rekod pelajarannya. Dia tifak dapat menumpukan perhatian. Ada sesuatu yang mengocak jiwa wanitanya. Dia ingin bertanya Alya Natasha lebih lanjut tentang latar belakang hidup pelajarnya itu tetapi melihatkan Alya Natasha seolah-olah tiada mood, dipendamkan sahaja niatnya itu. Lagipun dia tidak mahu mengganggu ketekunan Alya Natasha yang cuba menghabiskan kerjanya itu. Walaupun dia seorang  guru disiplin yang selalu memarahi pelajar-pelajarnya tetapi dia menganggap pelajar-pelajarnya seperti anak-anaknya juga. Dalam diam dia menyimpan azam untuk memulihkan pelajar yang selalu melanggar peraturan sekolah itu.
            “dah siap?” Cikgu Salma bertanya setelah melihat Alya Natasha menggeliat kepenatan.
Dia mengangguk lemah. Jarum jam di bilik guru menunjukkan hampir pukul tiga setengah petang.
Cikgu Salma meneliti kerja Alya Natasha. Dia tersenyum melihat tulisan Alya Natasha yang senget sekejap ke kiri dan sekejap ke kana sebelum mengangguk tanda puas hati.
            “Lain kali jangan main-main dalam kelas lagi.” Cikgu Salma masih mahu memberti nasihat.
            “Terima kash, cikgu,” ucap penghargaan kerana terpaksa dari Alya Natasha.
            “Jom cikgu hantar kamu balik.”
            “Tak payahlah, cikgu. Saya boleh balik dengan bas nanti.
‘Ahh! Lebih baik naik bas. Boleh juga aku ronda-ronda di Bandar nanti.’ Alya Natasha memujuk hatinya.
Niatnya untuk meronda terpaksa dibatalkan. Perutnya memulas sakit. Dia menekan perut sambil berjalan ke perhentian bas berhampiran. Peluh dingin mula merenik di mukanya. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. dia menahan sebuah teksi.
            “Hantarkan saya ke rumah nombor Lot 2141, Taman Aman Desa.”
Dia tiada pilihan lagi. Jika naik bas, dia terpaksa berjalan setengah kilometer ke rumahnya dari perhatian bas. Perutnya sakit bagai hendak pecah.
Tiba di rumah, ibunya terperanjat melihat wajah Alya Natasha yang pucat lesu.
            “Kenapa Sha? Tak sihat. Ya?”
Alya Natasha menyembamkan mukanya ke bahu ibunya.
            “Tadi Cikgu Salma meneruskan kelas sehingga pukul tiga setengah. Siapa pun tak boleh keuar makan.” Dalam esak Alya Natasha masih sempat mendustai ibunya.
            “Teruknya cikgu Shat u. Esok Ibu akan jumpa pengetua.”
Alya Natasha tidak menjawab. Dia mengikut sahaja ibunya ke biik. Puan Ramlah mengurut perut Alya Natasha dengan minyak angin. Perut yang merening kembung itu beransur-ansur kempis sedikit.
Selepas makan malam, Alya Natasha terus berehat di daam biliknya sehingga tertidur.

------- BERSAMBUNG----


Nota Hati : Ketika jemari lincah bertaip, telinga aku disajikan dengan halwa alunan lagu Senandung Malam by Erin. Hati sedikit terusik menghayati bait-bait lagu sambil memerah idea yang bersimpang siur dalam kepala. Bagi aku mendalam maksud yang tersirat dalam lagu ni. Okbya ! Assalamualaikum..

- Ya Allah, jika aku jatuh cinta... -

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..


Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu..


Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..


Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin…