- 1) Dahulukan Keperluan Anak Kecil
- 2) Basuh Baju Mengikut Jadual
- 3) Basuh Baju Awal Pagi
- 4) Cara Paling Mudah Uruskan Pakaian
- 5) Multitasking
- 6) Membuat Kerja Secara Sistematik
☆☆🌹 السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته ...
بسم الله الرحمن
الرحيم،🌹☆☆
DO'A PAGI dulu sblm memulai aktiviti 😊😊
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا.
ALLAHUMMA INNII AS-ALUKA 'ILMAN NAAFI'AN, WA RIZQON THOYYIBAN, WA 'AMALAN MUTAQOBBALAN.
“Yaa Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang halal, dan amal yang diterima...
Yaa اَللّهُ ...
Kami bersyukur padaMu kerana telah menjaga tidur kami dan membangunkan kami kembali di pagi ini...
Engkau telah izinkan kami kembali memulai hari yang indah ini...
Kami mohon pagi ini untuk berbahagia dengan orang² di sekeliling kami... Jadikanlah mereka gembira apabila berada bersama kami...
Jadikanlah hari ini penuh keindahan, keindahan dengan rahmatMu yang melimpah...
Kurniakanlah hati kami dgn kedamaian, ketenangan dan keiklasan...
Berikanlah kami ketajaman fikiran sehingga dengan bijak dan sabar menjalani segala ujianmu pada hari ini...
Ya Robbana...
Jadikanlah apa yang kami lakukan hari ini sebagai amalan untuk bekal kami mengadap Mu, berikan kami kekuatan iman untuk istiqomah dlm menggapai ketaqwaan padaMu semata2...
Ya Robbana...
Kuatkanlah hati dan badan ini untuk tetap berjalan dalam naungan CahayaMu...
Hilangkan kelelahan dan kelemahan dalam diri kami sehingga kami dapat memberi yang terindah bagi keluarga, sahabat dan pekerjaan kami...
Ya Allah...
Berikanlah kasihMu, Rahmat Mu, PerlindunganMu, CahayaMu untuk saudara2 ,sahabat2 kami yg Engkau rahmati...
Berkatilah umurnya...
Berilah kesihatan yg baik padanya...
Angkatlah penyakitnya...
Murahkanlah rezeki nya...
Berkatilah mereka dgn taufik dan hidayahMu...
آمين... آمين... آمين... يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن...
May Allah leads us to his righteous path...
🌹🌹جزاك الله خيرا في الدنيا
والآخرة. .🌹
ْ
Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Seiring dengan perkembangan fesyen, baik yang berbadan S mahupun XXXL memang tidak mahu ketinggalan untuk memperagakan fesyen terkini.
Bagi yang berbadan kecil 'S', pencarian fesyen terkini memang tidak menjadi masalah. Berlambak fesyan yang berada dipasaran untuk saiz mereka.
Tapi bagaimana pula dengan berbadan comel, chubby, montel, bersaiz XXL? Sedarkah anda akan dilema mereka? Mereka juga ingin berfesyen tapi agak terhad. Rata-rata wanita chubby yang aku kenali merungut, terlalu sukar untuk mendapatkan baju dengan fesyen terkini untuk pemakaian mereka. Menurut mereka, kebanyakan butik dan kedai-kedai pakaian tidak menjual pakaian untuk saiz mereka. Oichhh sedih sungguh!
Kekdang aku terfikir, kenapalah tak ramai yang mendesign pakaian untuk wanita yang berbadan besar? Sedangkan mereka pun ingin bergaya. Salah seorang kawan aku berkata, dia lebih suka membeli blous yang bersaiz besar di instagram. Tapi apapun, agak payah jugak untuk mencari kerana penjualan agak terhak. Tak ramai yang menjual baju-baju untuk saiz besar, katanya.
Jadi, sekiranya ada sesiapa yang tahu dimana boleh dapatkan pakaian yang bersaiz besar sila infom ye. Tak kiralah sama ada penjualan di facebook ke, instagram ke, twitter ke, atau mana- mana je bolehlah tinggalkan maklumat dibawah. Semoga dapat membantu.
Bila ditimpa kesusahan sering kali kita mengingati Allah. Ada kala kita meratapi dan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Tapi sedarkah kita, ketika dalam kesenangan tidak pernah walau sekali kita mengingatiNya.
Segala nikmat kesenangan yang diberikan olehNya, pernahkah kita bersyukur? Pernah ke kita kongsi dengan insan lain yang kurang bernasib baik? Pernah ke kita cuba untuk perbaiki segala kekhilafan kita? Pernah ke?
Jadi apa hak kita untuk pertikaikan dugaan yang menimpa kita? Dugaan yang ditimpa itu sebenarnya sedikit teguran untuk kita. Dengan dugaan itu kita mengingatiNya, kan?. Dugaan itu tanda kerinduan Dia kepada kita. Ketika ditimpa musibah, kita mencari Dia. Kita mengadu kepada Dia, kita berdoa bersungguh sungguh kepada Dia. Tatkala itu kita sedar akan kewujudan Dia. Kita sedar akan tahu, apa yang kita perlukan hanyalah Dia. Hanya Dia.
Duhai manusia, sampai bila harus kita menganyam mimpi yang indah? Sedarkah kita bahawa dunia ini bukan milik kita? Harta yang kita miliki bukan hak milik mutlak kita? Itu semua hanya pinjaman. Dipinjamkan kepada kita hanya untuk sementara waktu.
Take note : Saat ini hidup sedang diuji. Aku tahu Allah mengujiku kerna Dia menyayangiku
Sungguh aku lemah, tapi aku tahu aku mampu harungi dugaan ini kerna Allah menguji hambanya dengan ujian yang termampu hambaNya lalui. Semoga segalanya dipermudahkan, Aamin.
Bila sebut tentang kahwin, naik lemau plak aku rasa. Banyak benda yang nak difikirkan. Tarikh dah dekat tapi persiapan masih lagi terkial-kial. Pening sebenarnya memikirkan kerenah bakal pengantin ni. Nak dikerahkan dah besar. Nak di push push kan bimbang kita plak yang dikatanya over. Tapi itulah, aku ni takde lagi sampai tahap over. Hehee setakat excited tu adalah. Almaklumlah nak dapat kakak ipar kan.
Kekadang bila difikirkan balik rasa macam aku plak yang nak kahwin. Ada dua tiga perkara yang aku kene settlekan bagi pihak pengantin. Tapi takpe, ianya satu pengalaman baru untuk aku.
Baru-baru ni, aku berpeluang ikut abang dan tunang dia ke Era Nona cawangan Kuala Terengganu. Alkisahnya, niat dihati nak pegi cawangan yang besar sekali sesat. Try guna maps tapi sesat jugak. Kesudahannya, terpaksalah pegi ke cawangan area Giant, Terengganu.
Apa yang dibeli? Sebelum tu kami dah list beberapa benda yang nak dibeli. Bila sampai ke Era Nona tetiba rasa mcm blank. Untuk bunga, walaupun tak banyak pilihan tapi masih boleh dipilih. Untuk gabus pulak, hanya ada tiga bentuk je so aku pilih bentuk yang segi empat tepat. Bekas letak cincin tak banyak pilihan jadi bedal je lah apa yang ada. Tapi cantik jugak sebab ala-ala baldu gitu.
Apa lagi yang dibeli? Aku beli sampul untuk balut gabus, beli pistol gam dan ubat, beli daun sirih, beli span hijau untuk cucuk bunga, beli reben, beli album untuk selit duit hantaran, beli bunga dua warna, beli bunga-bunga kecil untuk design album dan beberapa barang lagi.
Untuk hantaran nanti, aku akan gubah sendiri. Tu salah satu sebab kenapa aku ikut abang dan tunang dia pergi Era Nona tu. Kihkihkihhh. Rasanya apa yang kami beli waktu tu banyak jugak. Tapi alhamdulillah tak lari budget.
Aku plan nak buat gubahan DIY. Gubahan yang agak simple tapi nampak mewah. Bila dikira-kira kos pun takde lah besar mana. Ok lettuw, boleh berjimat kan. Untuk kad kahwin pun, aku plan nak buat sendiri. Aku ni kalau diikutkan takde lah kretif mana. Tapi takpe, aku cuba. Mana yang boleh dikurangkan tu kita cuba kurangkan.
"Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!"
Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi.
Pertama, aku bukan nak buka aib sendiri, aku kongsikan ni sebagai inspirasi dan pengajaran untuk semua.
Aku share supaya lebih ramai yang sedang 'down' tu, akan terinspirasi. InsyaAllah.
.
Ya, dulu aku bukan budak baik, mencuri adalah kerja sambilan aku.
Sekolah sampai tingkatan 2 saja.
Saat orang semua tidur, bukit bintang jadi taman permainan aku masa remaja dulu.
Aku tak bangga dengan apa yang aku buat dulu.
Sebab aku banyak menyusahkan mak ayah aku.
Aku banyak menyusahkan orang lain.
Aku menyesal dengan perbuatan aku dulu.
Sedih bila terkenangkan banyak kebodohan dah aku buat dulu.
.
.
Tapi dalam jahat aku dulu, aku ada pasang impian.
Jangan ingat remaja tak habis sekolah, suka mencuri, nakal itu tiada impian.
Mereka semua ada impian.
Bezanya, impian itu biasanya hanya kami simpan sendiri-sendiri.
Sesuatu yang kami malu nak kongsikan dengan orang lain. Sebab apa?
Sebab orang akan gelakkan impian kami.
"Budak bodoh jahat macam kau nak kaya dan berjaya? Boleh mimpi!"
Dalam mereka gelak, mungkin atas inilah monolog mereka ketika itu.
.
.
Tak lama lepas tu, di saat aku rasa aku dah jauh sangat sesat dalam dunia aku, aku rasa aku kena buat sesuatu.
Seperti 'dirasuk' dengan satu semangat, aku akhirnya buat sesuatu untuk capai impian karut aku!
Aku tak peduli apa orang nak kata.
Aku tak fikir pun sama ada aku akan berjaya ke tak.
Aku tak fikir pun kemampuan aku masa tu.
Aku tak pandang ke belakang dah.
Aku mula langkah pertama aku dengan berniaga online.
.
.
Bermula dari saat tu, aku macam satu keretapi yang tak boleh berhenti.
Kejayaan kecil demi kejayaan kecil, seolah menolak aku untuk terus cuba dan mencuba.
Ketika tu aku sedar satu perkara,
Budak jahat, budak tak habis sekolah, budak tak guna, juga mampu untuk buat sesuatu untuk capai impian dia!
Rasa seperti kisah dongeng!
.
.
Dipendekkan cerita,
Dari jual produk orang tanpa modal, hari ni, budak tak guna ni dah mempunyai syarikat yang dah keluarkan produk kecantikan sendiri.
Dari pernah meminta sedekah untuk beli rokok, budak tak guna ni dah berjaya capai jualan jutaan Ringgit.
Dari mula menjual online di Cyber Cafe, budak tak guna ni dah ada office sendiri dengan staffnya sendiri.
Dari hanya berjalan kaki dan menaiki bas, budak tak guna ni dah ada dua kereta impiannya sendiri.
Dari tidur di surau stesen bas, budak tak guna ni dah ada hampir 9 buah rumahnya sendiri. (1 duduk, 8 lagi sewakan)
Dari hanya mengecewakan ibu bapanya, budak tak guna ni dah berjaya gembirakan ibu bapanya.
Dari hidup tak tentu arah seorang diri, budak tak guna ni dah ada seorang isteri yang terbaik.
Dari hanya mencuri, budak tak guna ni berpeluang untuk memberi pula pada orang lain.
Alhamdulillah. Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah.
.
.
Apa yang aku cuba sampaikan,
Jangan biarkan kisah gelap kita halang kita berimpian!
Jangan biarkan kebodohan terdahulu buat kita rasa kita bodoh selamanya!
Jangan biarkan pandangan jijik orang pada kita buat kita lemah!
Jangan malu nak berimpian walaupun tiada segulung ijazah!
Jangan sesekali rasa nasib kita sentiasa di bawah.
.
.
Allah swt dah susun sehabis cantik perjalanan hidup kita.
Di saat Allah swt ingin curahkan rezekinya pada kita, kita pasti akan rasakan semua itu seperti bermimpi.
Semalam poket kita kosong, esoknya boleh jadi sepenuh-penuhnya, mencurah-curah.
Hari ni orang hina kita, esoknya boleh jadi orang pandang tinggi pada kita.
Hari ni kita rasa sedih, esok kita boleh jadi gembira tak terhingga.
.
.
Percayalah, sesiapa saja layak berimpian untuk berjaya.
Baik dia itu bekas penjenayah, baik dia itu pengemis, baik dia sesiapa pun. Jangan sesekali bunuh impian orang lain.
Lagi-lagi orang yang bermasalah, macam aku dulu.
Sebab hakikatnya, impianlah akan jadi pendorong untuk orang seperti ini berubah.
Jika impian mereka ditertawakan, tiada lagi impian dan mereka akan kekal jadi sebegitu.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt.
Dan ingat, impian adalah sia-sia tanpa tindakan.
.
.
Mulakan sesuatu hari ni.
Kejarlah ilmu, belajarlah, usahalah.
Jika orang jahat, budak bodoh tak habis sekolah, tak guna seperti aku boleh, kenapa tidak anda?
.
Muhammad Zukermi Bin Edi
Universiti Jalanan
24 tahun
.
Take note : Salah seorang hamba Allah kongsi cerita diatas kepada saya. Agak terkesan dihati ini dengan apa yang dilaluinya ketika meniti usia remaja. Sungguh dugaan dalam hidup kita berlainan. Rezeki kita juga berlainan tapi ingatlah, jangan sesekali putus harapan. Jangan sesekali perkecilkan kebolehan diri sendiri. Siapa tahu, jauh didalam diri kita ada sesuatu yang perlu diasah dan digilap sedikit untuk bersinar.
'Hentikan Penjualan Topi Keledar Kura-Kura Kerana Boleh Bahayakan Pemakai'...
LARUT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran agar memberhentikan penjualan topi keledar separuh atau topi keledar kura-kura kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang motosikal.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, pihaknya mendapati ramai penunggang motosikal yang gemar membeli topi keledar itu walaupun ia tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan.
"Selain daripada tindakan pihak berkenaan, orang ramai juga seharusnya mempunyai kesedaran dengan tidak membeli dan menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya sebagaimana lapor mStar Online.
Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Selama, dekat sini pada Selasa.
Apa pandangan anda??
Credit : mStar Online
Budak 2 Tahun Ditinggal Dalam Kotak Tepi Jalan
KISAH penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang dijumpai dalam sebuah kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru, Ipoh, Perak, kini menjadi viral menerusi media sosial.
Kanak-kanak kecil yang berusia dalam lingkungan dua tahun itu dilaporkan mujur ditemui orang awam kira-kira pukul 1.30 petang, pada 30 Julai lalu namun berita tersebut hanya dihebahkan baru-baru ini.
Berikutan kes itu, pihak polis kini sedang berusaha untuk mengesan ibu bapa atau waris kepada kanak-kanak berkenaan dan ia menjadi sensasi dalam kalangan netizen tempatan yang simpati dengan nasib mangsa.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu kini kritikan dan sedang dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh ekoran mengalami masalah pendarahan otak.
Berita penemuan kanak-kanak itu disahkan oleh jurucakap Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin.
“Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.
“Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629.
Take note : Dimana letaknya hati perut si ibu? Tergamak meninggalkan anak yang masih kecil dijalanan. Senang cerita, kalau tak nak jaga tu jangan menyibuk nak beranakkk!
Naluri wanita sentiasa nak berfesyen, ingin kelihatan cantik sehinggakan tak sedar terseksa pandangan yang memandang dan mengaibkan diri sendiri.
Dear hawa, tutuplah auratmu bukannya membalut auratmu. Kekadang aku sendiri sebagai wanita malu melihat penampilanmu yang menjolok mata. Bak kaum muda mahu pun tua semuanya sama. Terlalu mengejar dunia fesyen hingga lupa batasan yang dituntut oleh agama. Bagi aku, nak berfesyen tak salah tapi biarlah berpada. Cuba longgarkan sikit mana yang ketat. Cuba labuhkan sikit mana yang singkat.
Cuba teliti gambar berikut. Manis ke dipandang? Cuba lihat dalam cermin. Kita mahu wanita dilihat dengan penuh hormat bukan dengan penuh nafsu. Renungkan.
Take note : Seorang sahabat kongsi kata-kata diatas dengan kepada saya dan terpanggil untuk kongsinya diisini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat. Semoga bermanfaat.
Rezeki dalam hidup kita lain-lain..*_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat travel sana-sini_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, business maju dan bertambah maju_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi_
_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami_
_*Hakikatnya..*_
_Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri._
_Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_
_*Alhamdulillah..*_
_Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walaupun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walaupun sekali dalam hidup dia_
_*Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat*_
_Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara_
_Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat_
_Rezeki kita.._
_Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat.._